Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Isnin, 1 November 2010

SYAIR PAHANG 2


MOHON ULASAN DARI PIHAK TUAN2  MENGENAI  SYAIR INI SIAPAKAH PENGARANGNYA YANG SEBENAR SYAIR INI DIJUMPAI DI KAMPUNG SANGGANG SEBERNG,TEMERLOH PAHANG DI DALAM SIMPANAN IMAM MOHD YASSIN YANG DIAMBIL DARI BAPANYA IMAMYAAKUB SEORANG ULAMAK TAJWID YG TERKENAL DI PAHANG PADA AWAL 1900 MASEHI,  KAMI LEBIH CENDERONG MENGATAKAN SYAIR INI
KEPUNYAAN BELIAU KERANA SEMEMANGNYA BELIAU AHLI TAJWID……..


SYAIR TAJWID

1. Sejarah Rawi

001  Qurak’ [1]Sabaah hamba kabarkan
Rawi[2] dan Rumuz[3] hamba suratkan
Supaya terang yang mendengarkan
Menjadi tahu yang dibacakan

002  Nafik[4] itu Qalun rawinya[5]
Dengan Waras[6] jua adanya
Di Madinah tempat negerinya
Menjadi imam segala kaumnya

003  Ibn Kathir[7] rawinya Bazi[8]
Dengan Qunbul[9] rumuznya  “Zai”
Banyak salahnya Qunbul dan Bazi
Rumuznya “Ha” Imam Bazi

004  Abu Amir[10] rawinya Duri[11]
Keduanya itu Imam Susi[12]
Di negeri Basri[13] menjadi Qari
Banyak Idghamnya Imam Susi

005  Ibn Amir [14]rawinya Hisham[15]
Ibn Zakuan[16] di negeri Syam[17]
Kepada Quraan terlalu faham
Adapun Hisham rumuznya “Lam”

006  Asim[18] rawinya  Syukbah[19]
Dengan Hafaz[20] imam yang bahr[21]
Di negeri Kufah[22] telah mengajar
Bacaan halus laksana sukar

007  Hamzah[23] rawinya Halaf[24] imam
Dengan Halad[25] bacaan Ismam[26]
Di negeri Kufah menjadi Imam
Bacaan fasih sembahyang tamam

008  Al Kasai[27] rawinya Abu al Haris[28]
Dengan al Duri[29] Imam al Hawas
Kepada Quraan tiada ber............
Di negeri akhirat mendapat belas


2.Hukum Lima

009  Telah sempurna hamba berperi
Sekalian imam ahli Qari
Huruf Tajwid pula diberi
Di dalam kitab hamba keluari

010  Izhar Khafiah[30] hurufnya enam
Baik diketahui supaya kiram[31]
Tuan jangan tinggalkan diam
Baik belajar siang dan malam

011  Alif dan Ha, Ain dan Ghain[32]
Kha,Kha’ tiada lain
Itulah adanya yang sudah yakin
Idhgam Maal Ghunnah hurufnya lain


012  Idhgam Maal Ghunnah[33] hurufnya empat
Jika Nun Sakin bertemu dekat
Atau tanwin itu mendapat
Baik-baik supaya ingat

013  Yaa’ dan Wau hurufnya itu
Min dan Nun yang sudah tentu
Ingat-ingat engkau di situ
Jangan tersalah barang suatu

014  Idhgam bil la Ghunnah[34] hurufnya dua
Ingallah jua di dalam fatwa
Jikalau nun sakin[35] bertemu dia
Atau tanwin[36] tempatnya jua

015  Ra’ dan Lam huruf Bil la Ghunnah
Itulah dia jangan tersalah
Tiada lain hanya itulah
Nun Sakin dan Tanwin jika berjumpalah

016  Lima belas huruf Ikhfa[37]
Salah satu nya janganlah lupa
Dengan tanwin jika berjumpa
Nun yang sakin itu serupa

017  Zai dan Jim,Tsa dan Tha
Dal dan Zal,Sim pun serta
Syim dan Shad,Dhad dikata
Tha’ dan Dzha.Pa,Kaf dan Qaf serta[38]

018  Adapun Iqlab[39] hurufnya Satu
Iaitu Ba yang sudah tentu
Nun sakin dan tanwin bertemu itu
Bacaan Iqlab jika begitu

3.Bab Bacaan Mad

019  Mad Tabii [40] tiga tandanya
Wau dan Alif serta Ya’ nya
Yang didepan wau tandanya
Baris di bawah Ya’ tandanya

020  Alif tanda baris di atas
Ketiga itu semuanya luas
Panjangnya itu kira senafas
Jika dilebihkan menjadi tewas

021  Mad wajib[41] tandanya jika ada
Mad Tabii bertemu hamzah
Panjang nya itu yang telah sudah
Tiga Alif Imam ahli Kufah

022  Mad Lazim Musalqal[42]
Tiga alif berat panjangnya tuan
Mad lazim muhafaf tiga alif panjangnya ringan

023  Mad Badal[43] hamba berperi
Jika alif baris berdiri
Satu alif panjangnya engkau beri
Itulah fatwa ahli qari

024  Huruf Qalqalah[44] lima adanya
Baik-baik pengenalan akan hurufnya
Jangan tersebut pada lainnya
Qtubjad[45] itulah nizamnya

025  Jangan diqasar[46]kan Mad Takzim[47]
Tiga alif yang sudah lazim
Jika diqasarkan menjadi zalim
Ingat sekalian ikhwan yang salim

026  Mad Aridh[48] itu tiga wajahnya
Tiga alif atau dua satu qasarnya
Mana suka baca salah satunya
Jika wasal[49] Mad Tabii jadinya

027  Satu Mad Sakin sendirinya
Itupun Mad Lazim jua namanya
Tiga alif tetap panjangnya
Alim Lam Ra itulah firmannya

028  Alif itu sekadar menyatakan
Huruf tiada di madkan
Lam dan Min yang dilazimkan
Kitabnya jua yang menyatakan

029  Alif dan Ra yang mukhalif[50]
Ra itu satu alif
Pertolongan Allah yang amat Latif
Mengurangi ia hamba mulia dan daif

030  Dengarkan olehmu sekalian awam
Kaf Ha Ya Ain Shad[51] pd surah Maryam
Kaf Ain Shad samakan dengan Lam
Ha,Ya dan Ra satu Alif tamam[52]


4.Lanjutan Idgham
031  Idgham bil Ghunnah Mutanajisain[53] itu
Manakala mim mati bertemu dgn min tentu
Jika mim mati bertemu dengan ba’ itu
Jaza ul Ikhfa wa Izharuha tentu

032  Idgham Mislain[54] dikhabarkannya itu
Huruf sakin bertemu seumpamanya
Itu dinamakan idgham Mislain adanya
Ingatlah jua akan bacaannya

033  Idgham mutaqaribain[55] namanya tentu
Tha bertemu dengan tho itu
Dal sakin bertemu tha begitu
Mutaqaribain namanya tertentu

034  Idgham itu mertabatnya dua
Baiklah tuan mendengarkan petua
Idgham naqis[56] namanya jua
Idgham kamil[57] itu keduanya

035  Jikalau tuan hendak mengerti
Naqis[58] dan kamil[59] yang dihati-hati
Baik dipelajari kepada yang mengerti
Ilmu qari engkau tuntuti

036  Idgham kamil dua hurufnya
Segala qari mengatakanya
Ra dan Lam itulah dianya
Jangan bertukar kepada yang lainnya

037  Idgham naqis hurufnya empat
Ingatlah saudara segala sahabat
Jikalau kurang akan pendapat
Membaca quraan menjadi ralat

038  Mim dan wau hurufnya itu
Nun dan Ya yang sudah tentu
Itulah jumlah yang empat itu
Membaca quraan jangan tak tentu

039  Mad Ziyadah[60] diberi pasti
Sebelum Ha dhamir huruf yang mati
Itulah ziadah namanya pasti
baik dikenal serta dihati-hati

040  waqaf bilal[61] jangan dipanjangkan
satu alif jua panjangnya tuan
Kitabnya jua yang mengatakan
Baiklah tuan cuba ingatkan

041  Wajibul gunnah[62] yang amat sulit
Hurufnya dua jangan taklik
Mim dan Nun ma’a tasdid[63]
Baca oleh mu ghunnah sedikit

042  Ghunnah itu empat mertabatnya
Salah satu daripadanya
Mutaharrik[64] itulah pertamanya
Kedua Azhar [65]itu jua adanya

043  Ketiga Ghunnah “Tuhfu”[66] itu
Keempat ghunnah  “mislu[67]” ditentu
Baik-baik jaga disitu
Jangan tersalah yang empat itu

044  Tak boleh dipanjangkan ghunnah itu
Bukanya Mad sudahlah tentu
Jikalau panjang menjadi tulah itu
Keluar hurufnya salah Satu

045  Baris kasrah[68] keluar  “ Ya” nya
Baris Fatah[69] keluar  “alif”  nya
Baris Dammah[70] keluar  “Waw”  nya
Ketika itu menjadi salahnya

046  Baru ini zaman sekarang
Membaca ghunnah terlebihnya terang
Di dalam “Ittihaf”[71] nyata sekarang
Jangan disangka sebarang-barang

047  Bukan seperti zaman dahulu
Membaca ghunnah panjang terlalu
Sebab asalnya tiada berguru
Membaca ghunnah salah selalu

048  Jikalau tuan kurang percaya
Di dalam “ittihaf” adalah dia
Dabit[72] dan Mantuk[73] ada sedia
Baca olehmu pada yang mulia

Mahraj Huruf
049  Huruf Musaddad[74] hamba nyatakan
Semuanya itu adalah lapan
Salah satu yang demikian
Kitabnya jua yang menyatakan

050  Alif dan Jim, Dal dan Qaf
Tho dan Ba, Tha dan kaf
Supaya tertil membaca mashaf
Telah menyebutkan di dalam “Ittihaf”

051  Huruf Safawi[75] diberi tentu
Semuanya itu ada duapuluh tujuh
Jika mim sakin bertemu itu
Izhar safawi [76]namanya tentu

052  Tafhim[77]nya Ra hamba nyatakan
Jika fathah  atau di depan
Itulah tebal tuan bacakan
Baris kasrah dinipiskan

053  Baik dituntut jangan tersalah
Ra yang sakin baris dibawah
Sebelum huruf Istikla[78]
Tebalkan bacaan seolah-olah

054  Inilah huruf istikla yang tujuh
Kha dan sad,dhad,ghain tentu
Tho dan qaf,dzha tamatnya itu
Jangan lah lengah kita disitu

055  Huruf Hijaiyaah[79] duapuluh lapan
Baik diketahui sekalian ikhwan
Jikalau kurang ingatan
Terlalu susah membaca quraan

056  Dua puluh lapan huruf Hijaiyaah
Berbagi dua satu Syamsiyyah[80]
Yang sebahagian itulah Qamariah[81]
Telah tersebut di dalam Jauziyyah[82]

057  Jika Fatihah mu tiada betul
Sembahyang mu rosak menjadi batal
Masuk neraka terlalu sakal
Akhirnya engkau menjadi menyesal

058  Baik-baik tuan mengajar tajwid
Kepada qari, qarib dan baid[83]
Kerana itu yang amat sulit
Tiada boleh faham Kitab Tajwid




[1] Bacaan Tujuh merujuk kepada tujuh jenis bacaan yang terdapat di dalam al Quraan,ketujuh-tujuh bacaan ini dipelopuri oleh tujuh Imam  atau  7 rawi yang terkenal.
[2] Ar: Periwayat
[3] Rumuz maksudnya “tanda” yang terdapat di dalam Syair Imam Al Syahatibi dlm bidang tajwid
[4] Abu Ruim Nafik bin Abd Rahman , tinggal di Madinah, mati 169H.
[5] Abu Musa Isa bin Mina Al Muqri (220H)
[6] Osman bin Said, tinggal di Mesir,mati 197H
[7] Abu Muhammad Abdullah bin Ibnu Kasir,tinggal di Mekah, mati 120H.
[8] Abu Hassan Ahmad bin Muhammad bin Abdullah,Imam Masjid Haram,mati 250H.
[9] Muhammad bin Abd Rahman bin Khalid, mati 291H.
[10] Abu Amir Zuban bin Al Alaa’,tinggal di Basrah, mati 135H.
[11] Abu Umar Hafas bin Umar al Muqri, di Dur utara Baghdad, mati 266H
[12] Abu Said Soleh bin Ziyadah, mati 261H.
[13] Kota Basrah di Iraq
[14] Tabiin, Abdullah al Hais, tinggal di Damsyik,mati 118H
[15] Hisham, 240H
[16] Ibn Zakuan,Damsyik 242H.
[17]  Negeri Syaria
[18] Abu Bakar Asim bin Ibnu Najwad Al Asadi, Kufah,mati 120H.
[19] Ibnu Abbas bin Salim Al Asadi, Kufah, mati 193H.
[20] Abu Amir bin Hafs bin Sulaiman, mati 180H.
[21] البحر :  : ertinya laut yakni seorang yg alim
[22] Bukan negeri tetapi Bandar di Irak, di zaman dahulu di anggap sebagai sebuah jajahan Madinah.
[23] Abu Amir Hamzah bin Habib Al Ziyadah, 156H.
[24] Abu Muhammad Halaf bin Hisyam,mati 169H.
[25] Abu Isa Halad bin Khalid al Ahwal, mati 220H.
[26] Sejenis bacaan mengikut bunyi diftong terlalu lembut ke dalam
[27] Abu Hasan Ali bin Hamzah Al Kasai, mati 189H.
[28] Al lais bin Khalid Al Marwazi, mati 240H.
[29] Ibid no: 11.
[30] حروف أظهار الخفى
[31] كرام : مليا 
[32] ا, ه, ع, غ , خ , ح
[33] ادغام  مع الغنة, حروفث امفت يايت : و , ى , م , ن  
[34] ادغام بلا غنة, حروفث دوا : ل  دان  ر
[35] Huruf Nun Mati
[36] Baris Dua
[37]حروف الاخفا أ
[38] حروف اخفأ : ز,ج, ت, ث, د, ذ, س,ش,ص,ض, ط, ظ, ف, ك,ق
[39] ساتو سهاج اياله (ب)  حروف الاقلاب
[40]  بنتوق ( مد  الطبيعى )  اد حروف : ا,و,ى سلفس سسوات حروف لاين مك مستى باح دوا حركة ( قال) (قيل) (قول)
[41]  مد الواجب متصل:( الاسمآء) (للطآئفين)(هنئا)     
[42] مد لازم مثقل:تردافت حرف مد دان سلفسث اد تشديد : (دآبة) (الطآمة)     
[43] مد بدل: تردافت حرف مدبرباريس سلفسث حرف مد ( ءادم) ( ءال فرعون)  ( ءامنوا) (  أوف)     
[44] حروف  القلقلة : ق , ط, ب, ج, د     
[45]  ق,   ط   , ب   , ج   ,د    
[46] BA: dipendekkan sebutan
[47]  مد التعظيم: تردافت حرف (لا) سبلوم كلمة (اله) حونتوه ( لا اله الا الله) (لا اله الا هو )     
[48] مد العارض: حرف مد داخير اية سلفسث تردافت حرف برباريس ماتيكن باريس حرف ترسبوة بوله باج 2,4و6 ( العالمين )
[49] Jika baca sambung jadi Mad Tabi’ iويلعنهم اللعنون * الا الذين تابوا  :  
[50] ادغام مثلين : اياله برتمو دوا حرف يع سروفا دان يع فرتام تيدق برياريس ( ولكم ما كسبتم)  ( ويعلمكم ما لم تكونوا تعلمون )
[51] كهيعص
[52] Bacaan satu alif sahaja bersaman panjangnya dua harakat, dua alif bersamaan empat harakat.
[53] ادغام بالغنة المتجانسين: اياله برتمو دوا حرف يع سام مخرج تتافى برلاينن صفة  (فامنت طائفة ) (ولقد تركنا)  
[54] ادغام المثلين: اياله برتمو دوا حرف يع برسمأن مخرج دان صفة  (فهل لنا )  ( اذهب بكتبى)   
[55]    ادغام المتقربين: اياله برتمو دوا حروف يع برهمفيران  مخرجث تافى برلاينن صفة( اركب معنا ) ( يلهث ذلك)   
[56] ادغام الناقص 
[57] ادغام الكامل 
[58] Kurang atau sedikit
[59] Sempurna sebutan Idhamnya
[60] مد الزيادة  
[61]  وقف بلال 
[62] واجب الغنة 
[63] التشديد 
[64] المتحرك 
[65]  الاظهار 
[66] تخفوا  
[67] غنة المثل 
[68] الكسرة  
[69] الفتحة  
[70] الضمة  
[71] اتخاف   : Nama Kitab Tajwid
[72]  الضابط 
[73] المنطوق 
[74] حروف المسدد
[75] حروف الشفوى 
[76] أظهار الشفوى: اياله  حرف الميم ماتى برتمو دعن 26 حروف كجوالى (م) دان (ب) 
[77] التفخيم  
[78] حروف استعلاء
[79] حروف الهجائية 
[80]   حروف ال  السمشية  اياله (ال) سلفسث اد حروف : ت,ث,د,ذ,ر,ز,س,ش,ص,ض,ط,ظ,ل,ن  
[81] حروف ال  القمرية اياله حرف (ال) دان سلفسث حروف : ا,ب,ج,ح,خ,غ,ع,ف,ق,ك,م,و,ه,ى
[82] امام الجوزية
[83] BA: dekat dan jauh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog