Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Rabu, 8 Disember 2010

SEJARAH MUFTI2 PAHANG 1700 MASEHI SEHINGGA 2000 MASEHI


SEJARAH  MUFTI- MUFTI PAHANG 1700-1900
Sejarah Mufti Pahang yang dapat di ketahui dari sumber-seumber sejarah lisan dan buku yang kami kumpul dan kaji, Di sini kami paparkan bagi bahan perbincangan dan kajian yang mungkin lebih meluas dan mendalam oleh mereka yang pakar di dalam bidang sejarah. Ada golongan yang menolak tulisan ini akan tetapi bukti ini   dari sumber yang asli lagi tempatan.

            Sejarah Kesultanan di Negeri Pahang bermula apa bila Melaka menaaluk Pahang pada tahun 1945M. Sejak itu Negeri Pahang telah secara resmi menjadi negara Islam. Kedatangan Melaka juga membawa bersama mereka segala adat kebesaran raja ,adat istidat kerajaan dan yang  penting ialah Hukum Kanun Melaka.  Secara mudahnya kita membuat kesimpulan bahawa di sana telah terdapat pada masa itu sesaorang yang bernama mufti dan kadi bagi menjalankan upacara-upacara keagamaan seperti Majlis Berkhatan Anak-anak Raja, Majlis perkahwinan,Majlis Pemgkebumian dsb.Namun tidak terdapat sebarang catitan samada dari Kitab Sejarah Melayu atau dari mana-mana catitan lain mengenai orang-oang ini. Walaupun ada disebutkan secara sepintas lalu mengenai kadi dan mufti tetapi sayang namanya tidak dinyatakan. Di dalam sejarah perkembangan Islam di Pahang,kita dapati  Agama Islam mendapat perhatian yang baik dari pihak peguasa khususnya pihak istana. Raja-raja Pahang minat dan cinta kepada agama sejak dari Raja Jamil yang memasuki aliran tarekat dan bersuluk, di ikuti beberapa raja yang sanggup pergi berperang di atas nama jihad, kemudian ada pula raja yang cuba memkanunkan satu perundangan khusus yang di namakan Kanun Pahang. Peranan raja-raja ini disebutkan dengan jelas akan tetapi peranan yang sebenar yakni mereka yang mahir dan pakar di dalam bidang agama tidak di sebutkan.Namun dari sumber lisan dan sumber-sumber lain kita dapati tokoh-tokoh agama terutama di kalangan penguasa mula dinyatakan sejak tahun 1690M di antara mereka yang dapat di kesan ialah:

1) TUK MENGKASSAR (1690)
Merupakan peneroka pertama membuka kampong Makassar di Bandar Diraja Pekan Pahang, beliau tiba ke sana sekitar tahun 1690 semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil 1 iaitu seorang sultan yang sangat suka dan mencintai agama. Nama sebenar tokoh ini tidak di ketahui kecuali disebutkan nama tempat asalnya sahaja. Tuk Mengkassar berasal dari daerah Mengkassar di Selewasi Indonesia,merupakan penuntut dari pondok-pondok yang di asaskan oleh sunan-sunan di Jawa. Tokoh ini datang ke Pahang bersama empat yang lain bagi mengimarahkan negeri Pahang ini dengan pendidikan agama dan pentadbiran agama.Kata pepatah ulama-ulama dahuluh:" Suji Bilang,Ali Mambang,Mekassar,Besar".

2) TUK MENGKARAK    1 (Imam Dzu Bayan) (1730)
            Tokoh ini merupakan ulama yang mula membuka Kampung Mengkarak, di Daerah Bera. Beliau dikenali juga dengan nama Hashim. Mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Jambi dan Siak. Semasa Raja Kecil dapat menawan Pahang, peranan keluarga ini lebih besar kerana mereka mempunyai pertalian dari segi suku Melayu Minangkabau. Ibunya adik perempuan kpd Tuk Suji Bilang yang membuka penempatan di kawasan Temerloh.
Tuk Mengkarak selain berketurunan bangsawan beliau juga mahir di dalam pentadbiran;di antara jasa beliau ialah membina sebuah mahkamah timbang tara bagi menghukum pesalah,Setiap pesalah yang ringan atau yang dikenakan denda akan diletakkan di atas satu dacing yang mempunyai dua piring. Semua pesalah dinaikan ke atas salah satu piring dacing itu, manakala dacing yang disebelah lagi diletakkan padi atau beras,pisang jagung dan sebagainya. Di samping itu beliau juga membina sebuah tali air bagi pengairan sawah di Kampung Mengkarak.Ini bagi meningkatkan pendapatan petani. Jasa Imam Zul Bayan di dalam memajukan kampong-kampung di sekitar Bera tidak dapat di sangkal lagi dan beliau membawa cara baru di dalam bidang pertanian dan perlombongan.

3) TUK MENGKARAK   11 (Imam Nur Qadim(1750)
            Tokoh ini juga dikenali melalui syair “Ghafilah” yang dikarang oleh Tuk Shahibudin sekitar tahun 1720 yang menyebutkan nama beliau, yang merupakan seorang ulamak yang alim dan banyak membantu ayahndanya di dalam urusan pentadbiran agama di negeri Pahang ketika itu. Semasa hayatnya beliau mengaji kepada bapanya dan kemudian dipercayai mendalami ilmu Mertabat Tujuh ke Acheh Darul Salam yang ketika itu sangat kuat dipengaruhi oleh aliran Hamzah ini. Disebut oleh Tuk Shahibudin di dalam Syair al Ghafilah…..
            Kemudiannya itu Imam NurQadim
            Anak yang tua lagipun alim
            Mertabat besar terlalu rahim
            Seisi Pahang, tawakal dan salim
           
4) MUTIF MUKHSIN BIN HABIB ABDUL RAHMAN (1800)
Nama beliau di sebut oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Muhamaad  Riau di dalam risalah “ Bayani Al Sirki” pada tahun 1803, jika kita lihat di dalam tulisan itu yang berbunyi:
            “ Adapun kemudian dari itu maka akan berkata yang berkehendak pada risalah ini….Sheikh Abdullah anak Sheikh Muhammad…akan menyampaikan ia akan kehendak ku kepada negeri Pahang sanya menuntut dari aku setengah dari sebesar-besar manusia dan itu maulana penghulu yang mulia Mahusin namanya anak marhum Habib Abdul Rahman…….”
            Ketika itu  telah timbul polimik yang hebat di Pahang mengenai keharusan mempelajari ilmu Mertabat Tujuh yang di perkenalkan oleh Hamzah Fansuri. Oleh kerana timbul masallah di dalam “Ilmu Hakikat” maka, Tuan Mufti Haji Mahusin meminta jasa baik Sheikh Abdullah di Riau menulis satu risalah mengenai masalah tersebut untuk panduan penduduk negeri Pahang.(Sila lihat- Haji Wan Muhammad Saghir Abdullah – Manuskrip dan Dokument Riau- 18 Julai 2000.)

5 .MUFTI HAJI A SHUKUR BIN HI ABD KADIR  (-1830an)
            Dilahirkan pada sekitar tahun 1770.Ulamak  berketurunan Jawa ini menetap di Cenor setelah bapanya datang berdagang ke Pahang dan menetap di Kampung Sekara. Beliau menerima pendidikan awal dari bapanya seorang yang alim yang pernah belajar di Mekah.. Setelah tamat pengajiannya beliau pergi ke Mekah selama beberapa tahun,sekembali dari Mekah beliau pulang ke Cenor dan membuka pondok pengajian di sana. Oleh kerana kealiman beliau,maka beliau dilantik menjadi mufti pada tahun 1930 bersama dengan Kadi Abu Bakar Sanggang sebagai Kadi Besar (Chef Kadi)  ,disebut oleh W Linehan di dlm buku History of Pahang.

6.MUFTI H MOKHSIN BIN HAJI ABD SHUKUR (1850an)
            Beliau menjadi mufti mengantikan ayahnda beliau setelah ayahndanya tua,ibunya berasal dari Pekan Pahang. Beliau berlainan ibu dengan adiknya Kadi Abdul Rahman. Tokoh ini disebut sebagai mufti oleh Kadi Besar Pahang iaitu Kadi Haji Ibrahim bin Hurairah (1920m.) dalam kitab nya Syifa al Abdan. Jawatan beliau sebagai mufti terlucut apabila Sultan Ahmad Shah 1 menduduki takhta Negeri Pahang. Beliau di gantikan oleh Habib Mohd Amin.

7.MUFTI HABIB MOHAMAD AMIN 1865
Beliau dilantik menjadi mufti yang pertama selepas Sultan Ahmad Shah 1 menguasai takhta Negeri Pahang. Habib Mohammad Amin berasal dari Mekah dan menetap di Singapura. Kedudukan beliau sebagai mufti dinyatakan dengan jelas di dalam syair Sultan Abu Bakar Johor, apabila berlaku kunjungan Sultan Ahmad Muazzam Shah ke Johor .Lihat Prof Fauzi  Basri….

8.MUFTI HAJI OSMAN BIN SENIK (1900)
Sultan Pahang, menjemput tokoh ini tinggal di Pahang. Beliau memilih Pulau Tawar sebagai tempat pertama di duduki di negeri ini. Di Pulau Tawar ,Tuan Haji Montok membuka pondok pengajian dan juga bertugas sebagai penasihat kepada Sultan dan pembesar negeri.Beliau kemudian di panggil tinggal di Bandar Diraja Pekan Pahang, di sana Tuan Haji Montok di lantik menjadi Mufti Pahang mengantikan Tuan Habib Muahmmad Amin. Lahir dari keturunan beliau beberapa orang tokoh agama seperti Prof Dr Saudi bin Haji Junid;anak Pahang yang pertama memperolehi Phd dari Universiti al Azhar Mesir, dan Tuan Haji Qamaruddin Haji Kadir seorang guru yang banyak menulis antaranya menyalin semula “Syair Pahang” dan mentahkik kitab Imam Ghazali.

9. MUFTI HAJI ABBAS BIN TAHA  (1939 -1950)
            Sejak dari kematian Tuan Haji Montok, jawatan mufti tidak di isi hanya di pangku oleh Tuan Haji Daud sahaja sebagai Kadi Besar. Oleh kerana Negeri Pahang telah begitu lama tidak mempunyai mufti maka Baginda Sultan telah berusaha mencari seorang tokoh yang layak bagi jawatan tersebut. Setelah beberpa kali di perhatikan beberapa orang tokoh agama samada di Negeri Pahang atau di luar negeri maka pihak Baginda Sultan memperkenankan Haji Abbas Taha di lantik sebagai mufti.Beliau merupakan seorang tokoh kaum muda yang sangat rajin meny uarakan pendapat baru di dalam Islam. Beliau tinggal di Singapura beberapa lama,banyak menulis di dalam majalah dan akhbar seperti Al Imam di sana

10. MUFTI TUAN SHIEKH ABDUL RAHIM SAMANUDDI.
            Beliau berasal dari Mesir, kemudian datang ke Singapura dan mengajar di beberapa buah sekolah dan masjid di sana. Tuan Sheikh sempat berkenalan dengan Sultan Pahang ketika itu Pada tahun 1941 setelah Kulliah didirikan maka Baginda Sultan telah menjemput Shiekh Abdu Rahim menjadi pengetua Kulliah yang pertama. setelah beberapa tahun menjadi pengetua di Kulliah Sultan Abu Bakar,maka Tuan Haji  Abbas Taha meninggal dunia, maka Kebawah Duli Sultan berkenan melantik Tuan Shiekh Abdul Rahim sebagai mufti Pahang ketika itu. Tawaran itu diterima dengan baik oleh Al Fadilat al Sheikh, akan tetapi jawatan itu tidak lama kerana Tuan Sheikh sudah berumur dan selalu uzur, maka Tuan Sheikh meminta kebenaran dari Tuauku Sultan untuk balik ke Mesir.
11. MUFTI HAJI ABU BAKAR BIN MOHD YASSIN
12. MUFTI HAJI SIDEK BIN HAJI ARIFFIN
13. MUFTI DATO HAJI MUHAMMAD TAIB BIN HAJI HASSAN
14. MUFTI DATO HAJI SULAIMAN BIN AHMAD
15. MUFTI DATO HAJI ABD RAHMAN BIN OSMAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Mengenai Penulis

Foto saya
Mengkaji dan mengenali sejarah Islam khususnya di Negeri Pahang