MUZIUM PAHANG DI PEKAN

MENYIMPAN KHAZANAH DAN TINGGALAN SEJARAH DI PAHANG.

MASJID SULTAN AHMAD SHAH DI KUANTAN

MASJID NEGERI PAHANG.

MUZIUM TOKOH DI KUANTAN

MENYIMPAN GAMBAR TOKOH SERTA ORANG KENAMAAN DI PAHANG.

MAKAM TUAN TEH DI BERHALA GANTANG , TEMERLOH

MERUPAKAN SEORANG QADHI BESAR DI PAHANG.

Friday, October 29, 2010

SYAIR-SYAIR PAHANG SATU TINJUAN AWAL....


Perkembangan Syair Keagamaan di Pahang.


Pendahuluan


          Syair keagamaan mula diperkenalkan di dalam bahasa Melayu oleh Hamzah Fansuri di Acheh. Kebanyakan syair hasil karya beliau adalah di dalam bentuk syair tasawuff yang membawa ajaran Mertabat Tujuh yang terkenal itu. Di samping syair-syair yang di hasilkan oleh Hamzah terdapat juga sebuah lagi syair yang agak awal iaitu sebuah syair berbentuk roman yang berrtajuk “Syair Ken Tembuhan” syair ini tidak di ketahui siapa pengarangnya.
Perkataan “ syair”  di ambil dari perkataan Arab; ia berupa serangkap puisi yang mengemukakan idea yang lengkap. Syair sangat popular di kalangan orang Arab,sehingga penyair-penyair di zaman Jahiliah dianggap aset yang sangat penting bagi sebuah kabilah atau puak-puak yang terdapat di Tanah Arab. Zaman Jahiliah dianggap zaman kemuncak perkembangan syair di kalangan orang Arab. Setelah orang Arab menerima Islam,syair terus diperkembangankan dan disuaikan dengan tatasusila Islam,apabila agama Islam diterima oleh penduduk di Alam Melayu,maka mereka menjadikan syair salah satu bentuk hiburan dan penyampaian maklumat di kalangan mereka. Walau bagaimanapun syair Melayu berlainan bentuk dan rentaknya dari syair Arab. Syair di Alam Melayu lebih menyerupai pantun dari segi bentuk dan rangkapnya.
          Hamzah di anggap sebagai orang yang pertama mencipta syair Melayu,ini kerana beliau ada mengariskan cara-cara bagi membuat syair. Pelbagai bentuk ragam dan rentak syair yang dihasilkan oleh Hamzah. Selepas syair diperkembangkan oleh Hamzah Fansuri,maka syair digunakan dengan meluas oleh para pendidik untuk menyampaikan ilmu pengetahuan terutama bagi peringkat kanak-kanak.Disamping itu juga syair mendapat tempat di kalangan para pencinta kisah-kisah roman. Beberapa hasil karya roman di syairkan seperti Syair Dendang Setia,Syair Siti Zubaidah dsb.

 Syair-syair  di Negeri Pahang

          Karya syair mula dikesan di negeri Pahang adalah di dalam Bahasa Arab,ia tertulis pada batu nesan yang dijumpai di Pulau Tambun di Pekan Pahang bertarikh 419H/1020 M. Potongan syair itu menceritakan tarikh kematian si empunya makam tersebut yang bemaksud:

Ingatlah dunia ini laksana kenderaan,
Datang nya di waktu petang ,
Dan berlalunya diwaktu subuh,
……………………………………………..
(rujuk :Mokhtar Shafiee – Makam Pulau Tambun Pekan Pahang- Laporan Muzium Pahang )

 Syair di dalam bahasa Melayu yang pertama setakat ini dapat di kesan di negeri Pahang adalah merupakan perdebatan di dalam masalah Ilmu Tauhid dan fahaman Mertabat Tujuh di antara Tuk Shahibudin(1708-1800) dengan bapa saudaranya Imam Zul’ Bayan(1670-1740) yang dikumpulkan oleh Sejarawan Pahang; Encik Zakaria Hitam,syairnya seperti di bawah:
Kata Imam Zul Bayan:

Iman Syah Budin alim Betawi,
Batu Intan dikata kawi,
Berbuat ibadat bersayo diri,
                             Seperti kelakuan orang mencuri.

Ilmu Usul (luddin) terlalu payah,
                              Sekalian ulamak selalu membantah,
Jikalau tak kena kata sepatah,
                              Menjadi kafir nauzubillah.
  (Buku Tokoh Ulamak UKM 1983-Anjuran Fakulti Pengajian Islam )

      Oleh kerana negeri Pahang ketika itu menerima ajaran Mertabat Tujuh yang diasaskan oleh Hamzah Fansuri; maka dengan mudah kita membuat kesimpulan bahawa syair mula diperkenalkan ke Negeri  Pahang menerusi karya-karya Hamzah yang di sebarkan dan dipelajari di Pahang ketika itu.
Pengaruh Hamzah begitu kuat hampir kesemua pusat pengajian di Pahang sekitar akhir 1600 dan awal 1700 masehi mengajar aliran ini,kecuali di beberapa tempat seperti pusat pendidikan di Kampung Bangau Tanjung di bawah Tuan Guru Haji Ismal yang merupakan guru kepada Tuk Shahibudin.
Syair-syair begitu banyak dihasilkan di Pahang ketika itu tetapi di gelar “Syair Rejam” sebagaimana di Berunei Darul Salam.

Bentuk-bentuk Syair  Pahang

A)   Syair Akidah yang di hasilkan oleh Tuk Shahibudin kebanyakannya mengenai kritikan kepada Ajaran Mertabat Tujuh yang terdapat di Pahang di awal kurun ke 18,seperti Syair Asyikin dan Syair Ghafilah.

B)   Terdapat juga syair di dalam bentuk pelajaran seperti Syair Usul dan Syair Sifat Dua Puluh yang berkaitan dengan Ilmu Tauhid.Syair yang di hasilkan oleh Tuk Shahibudin boleh digolongkan sebagai syair Keagamaan dan Syair Pelajaran.

C)   Syair yang memuji kebesaran Allah seperti Syair Tumbuh-tumbuhan.

D)   Syair Tajwid merupakan syair yang agak mendalam mengenai Ilmu Tajwid. Syair ini dikarang oleh Imam Yaakub dan ia lebih merupakan satu terjemahan dari satu kitab atau syair di dalam Bahasa Arab ke Bahasa Melayu, kitab asalnya belum dapat ditentukan namun kemungkinan besar dari kitab Al Syatibi seorang penyair tajwid berbangsa Arab yang sangat masyhur itu.


E)   Syair Mertabat Tujuh, syair ini tidak lagi dijumpai kerana tidak dijaga dengan sempurna oleh warisnya,seperti Syair-syair karya Imam Dzul Bayan di Mengkarak.Dari beberapa sumber penulis pernah menjejaki karya-karya ini di dalam milik orang perseorangan tetapi gagal mendapatnya.[1]

F)    Syair Sejarah iaitu “Hikayat Pahang”.


Koleksi Teks Syair Tuk Shahibudin

          Di antara koleksi teks syair yang banyak  didapati di Pahang ialah hasil karya Tuk Shahibudin. Karya  di dalam bentuk syair yang dimiliki oleh orang persaorangan seperti naskah-naskah di dalam simpanan:

a)Puan Saadiah binti Imam Yaakub Kampung Raja Songsang Temerloh Pahang, iaitu Syair Asyikin,Syair Ghafilah,Syair Usul,Syair Tumbuhan,Syair Burung,Syair Mekah,Syair Kiamat.

b)Naskah Imam Mohd Yassin bin Imam Yaakub Kampung Sanggang Seberang Temerloh Pahang, Naskah ini penulis buat cetakan photocopy tetapi yang masih kekal hanya  Syair Ghafilah sahaja,yang lain sudah hilang.

c) Puan Hajjah  Sharifah binti Haji Ahmad Kampung Berhala Gantang,Temerloh Pahang . Naskah ini pernah dikaji oleh Sdr Ariffin Said dari Universiti Putra Malaysia untuk Thesis Master beliau. Di katakan naskah ini kepunyaan Kadi Ibrahim bin Hurairah ,bekas Kadi Besar Pahang .Penulis percaya naskah ini ditulis lebih awal(1800 Masehi)

d) Dato’ Shahibudin bin  Imam Mohammad bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang berasal dari Kampung Kuala Kaung, Lanchang Temerloh Pahang. Naskah yang paling sempurna setakat ini di dalam simpanan Dato Shahibudin bin Imam Mohammad. Koleksi ini mempunyai kesemua hasil karya Tuk Shahibudin yang belum dijumpai setakat ini seperti Syair Kebun dan Syair Pembasuh Tangan.


[1] Penulis pernah menemui Abdul Manaf bin Haji Mat Aris,Kg Guai Seberang(3870406)mengenai syair ini den beliau memberi panduan kepada penulis untuk mencari pemilik syair tersebut tetapi gagal,diantara syairnya ialah syair rejam naga,syairt rejam kuda dsb.

Wednesday, October 27, 2010

SEKAPUR SIREH



Negeri Pahang merupakan di antara negeri yang tertua kewujudannya di Semenanjung Tanah Melayu.
Negeri Pahang terkenal dengan tokoh pahlawan yang sering di sebut di dalam kitab-kitab sejarah akan tetapi adalah malang ahli sejarah mengabaikan satu aspek penting di dalam sejarah Pahang iaitu para ulamaknya, maka di sini kami sajikan pula sejarah para ulamaknya yang banyak mewarnai kanvas sejarah negeri yg tercinta ini. 
Kemungkinan catatan ini mengejutkan ramai pihak kerana selama ini sejarah ulamak Pahang tidak sebagaimana masyhurnya Negeri Terengganu dengan Batu Bersuratnya dan Negeri Kelantan dengan gelaran “Serambi Mekah”nya,hakikatnya bahawa Negeri Pahang sejarah Islamnya lebih hebat dan terkehadapan dari mana-mana negeri di Malaysia yang permai ini………bacakan!!!

ULAMAK PAHANG ; Latar Belakang (Versi 3)

Salasilah Ulamak Sekitar Daerah Cenor 1700-1900

Allahyarham Tuan Guru Sahidin bin Zainal Abidin (1710-1800)

Beliau merupakan adik kepada Tuk Shahibudin, ulamak terkenai di Pahang pada abad ke 18. Mereka berdua asalnya berguru kepada Kadi Ismail yang tinggal di Bangau Tanjung,atau di kenal sebagai Tuk Bangau yang pertama. Beliau berpindah ke CenorDi sana beliau telah mengajar selama beberapa tahun dan akhirnya berkahwin dengan adik kepada Orang Kaya Indera Pahlawan yang pertama .

Haji Abdul Rahman bin Sahidin bin Zainal Abidin (1740- )

Beliau menyambung usaha ayahnya menjalankan kegiatan pasenteren dan dakwah di sekitar Cenor.. beliau mengambil alih tugas ayahndanya yang telah uzur sebagai guru agama dan kadi di daerah Cenor ketika itu.
 
Khatib Buruk Bin Haji Abdul Rahman bin Tuan Guru Sahidin

Khatib Buruk terkenal di Cenor sebagai seorang guru agama dan berkebolehan sebagai pendakwah sehingga diberi gelaran Khatib pada awal namanya. Khatib merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermakna (Pemidato) atau perceramah. 

Mufti Pahang Haji Abdul Shukur bin Haji Abdul Kadir (1800-1840an)

Dilahirkan pada sekitar tahun 1770.Ulamak berketurunan Jawa ini menetap di Cenor setelah bapanya datang berdagang ke Pahang dan menetap di Kampung Sekara. Beliau menerima pendidikan awal dari bapanya seorang yang alim yang pernah belajar di Mekah. Oleh kerana kealiman beliau,maka beliau dilantik menjadi mufti pada tahun 1930 bersama dengan Kadi Abu Bakar Sanggang sebagai Kadi Besar (Chef Kadi) 

Mufti Pahang Haji Mokhsin bin Abdul Shukur (1840-1870an)

Beliau menjadi mufti mengantikan ayahnda beliau setelah ayahndanya tua,ibunya berasal dari Pekan Pahang. Beliau berlainan ibu dengan adiknya Kadi Abdul Rahman.

Tuan Kadi Haji Abdul Rahman bin Abdul Shukur (1860-1890an)

Beliau menjadi kadi Cenor di masa Sultan Ahmad Shah 1,merupakan guru kepada Kadi Ibrahim bin Hurairah,Kadi Besar Pahang sekitar awal 1900.Kadi Abd Rahman mendapat didikan agama dari abangnya Mufti Haji Muhsin yang membuka pondok pengajian di Kampung Kertau. Setelah itu beliau menyambung pengajian ke Mekah. Sekembali dari Mekah ,beliau telah dilantik sebagai Kadi bagi Daerah Cenor,

Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Senggora 1920-30an

Dilahirkan di kampong Bawang ,Senggora ,Maran Pahang. Mendapat pendidikan agama dari kawasan sekitar terutama dari Kadi Abdul Rahman di Cenor. Setelah itu beliau pergi menyambung pelajaran ke Kelantan dan Patani. Pada awal tahun 1900 beliau kembali ke Pahang, membuka pondok agama di kampong nya di Senggora. 

Allahyarham Tuan Guru Haji Yunus bin Haji Lumus

Pondok Kijang Ulu Luit,pondok ini didirikan di kawasan perkampungan Serengkang Maran Pahang bagi menampung keperluan pendidikan agama penduduk setempat. Tuan Guru Haji Yunus pernah mendapat pendidikan di Selangor dan Sumatera, beliau datang ke Luit bersama peneroka yang lain bagi tujuan mencari emas.Setibanya di sana di dapati di kawasan tersebut tidak mempunyai kegiatan agama yang baik ,maka Tuan Guru membatalkan hasrat beliau mencari emas sebaliknya mendirikan pusat pendidikan di sana,tapak pusat pengajian masih terdapat disana berhampiran Sungai Pahang

Allahyarham Tuan Guru Haji Abdul Hamid 1900-70an.

Dilahirkan di Kampung Sanding, Seberang Cenor. Beliau seorang yang berperwarakan hebat dan di segani dari segi ilmunya.Anaknya Ustaz Alwi bin Abd Hamid mengasaskan pondok Darul Hijrah,Maran 

Allahyarham Tuan Haji Yaakub Pesagi

Beliau merupakan tokoh yang banyak mengarang kitab sejarah dan akhlak, Kitab-kitabnya dicetak di percetakan Kelantan dan Singapura.

Tuan Guru Haji Jaafar bin Abbas 1908 -20..

Pada masa kecilnya beliau belajar agama kepada datuknya yang bernama Lebai Kifar. Pada tahun 1925 hingga 1929 beliau memasuki Sekolah Kebangsaan Tanjung Kertau sehingga darjah lima. Setelah tamat sekolah rendah,beliau kembali mengaji kepada datuknya sehingga tahun 1937, beliau menyambung pelajaran ke Lubuk Tapah Kelantan. Beliau merupakan rujukan masyarakat setempat di dalam soal-soal agama. Di Kelantan beliau mendalam kitab-kitab yang utama di dalam Mazhab Al Syafiee seperti Kitab Manhaj Tullab, Kitab Kalubi wa Umairah, Kitab Iqna dll

Tuan Guru Haji Ahmad Baqi 

(Pondok Saadatul Darain , Lanting . Cenor Pahang)

Ulamak Sekitar Kuala Lipis & Raub

Tuk Besar Kuala Kenu (1600).

Kewujudan empat tokoh pendakwah di Pahang sekitar awal tahun 1690 di zaman Sultan Abdul Jalil. Di kalangan keempat-empat tokoh tersebut, Tuk Besar memilih kawasan yang paling jauh ke hulu Sungai Pahang di kawasan Kuala Lipis.,Beliau membuka Kampung Tanjung Besar di Kuala Kenu

Kadi Ismail bin Mohd Akil (1885-1962)

Dilahirkan di Kampung Kechau Kuala Lipis Pahang pada tahun 1885, bapanya berasal dari Kampung Budu,Mendapat didikan di Mekah dalam waktu yang agak lama dan kembali ke Pahang. Beliau di usulkan menjadi mufti tetapi menolak sebaliknya tinggal di Kampong Berhala di Kuala Lipis untuk mendirikan pusat pendidikan. 

Tuan Guru Haji Ibrahim bin Muhd Ali ( Tanjung Besar,Benta )

Penduduk asal Kampung Tanjung Besar,Benta Kuala Lipis Pahang.Pondok ini merupakan pondok yang paling lama bertahan di Kuala Lipis,.

Kadi Besar Haji Muhammad bin Mohammad Salleh(1906 - )

Dilahirkan pada tahun 1906 di Kampung Bukit Nenas,Benus Bentong Pahang. Pada tahun 1926.Setelah itu beliau pergi ke Johor, di antara pondok pengajian yang beliau kunjungi ialah Madrasah Tamrinuddin di Segamat,di Johore Haji Muhammad tinggal selama 4 tahun, kemudian beliau pergi ke Kedah menuntut di Pondok Langgar selama 11 tahun. Pada tahun 1971, beliau telah dilantik menjadi Kadi Besar Pahang selama 6 tahun, 

Mufti Tuan Haji Muhammad Sidek bin Haji Ariffin.

Dilahirkan pada tahun 1922 di Kampung Tanjung Besar Kuala Lipis, mula bersekolah di Sekolah Kebangasaan Tanjung Besar. Sehabis tamat mengaji dikampungnya beliau telah dihantar oleh orang tua nya menyambung pengajian di Mekah di Madrasah Darul Ulum pada tahun 1937.. Kemudian pada tahun 1953 beliau telah dilantik menjadi Kadi Cenor kemudian sebagai mufti Pahang.

Kadi Syed Abdul Rahman ( Tanjung Besar,Benta )

Beliau merupakan kadi Daerah Kuala Lipis setelah Tuan Haji Ismal Mohd Akil melepaskan jawatannya, antara usahanya ialah menghidupkan pondok pengajian agama di Tanjung Besar semasa darurat dan semasa merdeka, jika tiada usaha dari beliau kemungkinan pondok ini mengalami m asalah yang sukar. Sebagai kadi, beliau menggunakan kuasanya bagi menjayakan pondok ini.

ULAMAK PAHANG ; Latar Belakang (Versi 2)

TOKOH ULAMAK SEKITAR DAERAH TEMERLOH 1690-20000
ALLAHYARHAM SUJI BILANG 1690 (Tanjung Keramat)

Seorang Pendakwah yang dating bersama dengan Tuk Mengkassar, berdakwah di Temerloh,berkahwin dan membuka pusat pengajian, kemudian pergi ke Kedah mengirimi Deang Celak dan meninggal di sana.

ALLAHYARHAM KADI HAJI ISMAIL MENDALIK 1650 -1720
(Orang Kaya Bangau 1 )
Mendirikan pondok di Kampung Bangau Tanjung sesudah pemergian Suji Bilang ke Kedah,tokoh ini berasal dari Mengkasar berbangsa Bugis. berfahaman Wihdatul Wujud. Guru pada Tuk Shahibudin.

ALLAHYARHAM LEBAI AJAM TOK MALIM PANJANG 1720
(Keramat Tanjung,Kg Baduk Mk Sanggang )

Beliau merupakan salah seorang Tuan Guru yang terkenal di Mukim Sanggang pada masa itu. Beliau ada mendirikan sebuah pusat pengajian di Kampung Baduk dan membawa aliran Wihdatul Wujud yang di ambil dari Hamzah Fansuri. Makam beliau masih kukuh terdapat di Lanjut Kg Baduk. 

ALLAHYARHAM IMAM MUDA MAMAT
(KERAMAT BUNTUT PULAU )

Anak kepada Imam Zul Bayan yang merantau ke Kampung Buntut Pulau. Beliau mendirikan sebuah pusat pengajian agama di sana. makam beliau terdapat di sana berhampiran dengan padang bola Majlis Bandaran Temerloh.

ALLAHYARHAM KADI ABU BAKAR (TUAN SANGGANG) 1830

Kadi Besar yang pertama dapat di kesan setakat ini disebut oleh W.Linehan di dalam bukunya "The History of Pahang”, mentadbir di kawasan hulu Pahang, seolah-olah pada masa itu di Pahang ada dua mufti.

ALLAHYARHAM IMAM PERANG SANGGANG (1820-1900)

Imam Perang Sanggang adalah merupakan Orang Besar Berlapan Negeri Pahang sekitar tahun 1880an. Nama beliau sebenar ialah Teh atau kerapkali digelar “Imam Teh”. Anak kepada Kadi Abu Bakar sebagai ketua di daerah tersebut. Kedudukan Imam Teh masih lagi dibawah kekuasan Orang Kaya Temerloh, tetapi beliau seorang yang sangat bijaksana dalam soal-soal politik sehingga kadangkala kedudukannya melebihi kedudukan Orang Kaya Temerloh.

ALLAHYARHAM IMAM YAAKUB BIN LEBAI MUJI ( 1843-1926)

Tuan Guru dilahirkan di Kampung Sanggang Seberang,Temerloh Pahang. Keluarga ini berasal dari Kelantan.Keluarga ini sampai ke Temerloh,kerana datuk kepada Tuan Guru iaitu Imam Derajat merupakan seorang pendakwah, Setelah besar Tuan Guru dihantar pula oleh ayahnya mengaji ke Kelantan kemudian ke Patani. Dari Patani, Tuan Guru menyambung pengajian ke Mekah. Tuan Guru tinggal lama di Mekah setelah itu pada tahun 1902 beliau kembali ke Sanggang. 

KADI HAJ ALLAHYARHAM I ISMAIL BIN SAID (1891-1958)

Dilahirkan di Kampung Kerdau ,Mentakab Pahang,Beliau memulakan pengajian agama secara formal di Pondok Sungai keladi Kelantan selama 6 tahun,setelah itu menyambung pengajian di Mekah selama 6 tahun lagi. Sekembali dari Mekah,beliau mengajar di beberapa tempat seperti di Kuala Kaung Lanchang,Golok dan di Kerdau. 

ALLAHYARHAM KADI HAJI OSMAN BIN HASHIM (1911 - )

Berasal dari Kampung Lebak, Temerloh Pahang. Keluarga ini asalnya berkhidmat kepada Sultan Selangor,akan tetapi pada masa Bendahara Tun Abdul Majid (1800),mereka tinggal di Pekan Pahang. Tuan Kadi Haji Osman mendapat pendidikan di Mekah, beliau seorang yang sangat alim dan menjadi rujukan masyarakat di Daerah Temerloh bagi mendapatkan panduan dan hukum hakam. 

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI SAID ( Pondok Catin )

Satu-satunya Tuan Guru yang membuka pondok hanya untuk murid perempuan di kawasan Temerloh. Pondok ini terletak di Kampung Catin Mentakab Pahang, Tuan Guru ini mengaji di pondok Tuan Guru Haji Abdullah Tahir,Benut Payung Kelantan. Namun usia Tuan Guru tidak panjang meninggal dunai sekitar tahun 1970an.

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI ABDUL RAHMAN
(Pondok Durian Pangsaenam)

Tuan Guru merupakan pengasas kepada Madrasah Al Diniah Pangsenam. Tuan Guru dilahirkan pada tahun 1920,anak kepada Haji Ibrahim, ibunya bernama Fatimah. Memulakan pengajian kepada guru-guru agama di sekitar kawasan Lebak kemudian menyambung pengajian ke Kelantan. Tuan Guru belajar kepada Haji Abdullah Tahir dalam jangka waktu yang lama. 

ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI MOKHTAR BIN YAAKUB (Timbalan Ketua Syeikhul Al Arqam)

Tokoh ini merupakan cucu kepada Kadi Ibrahim bin Hurairah,yang disebut Kadi Tua; Kadi Ibrahim Melanjutkan pelajaran ke Al Azhar di Mesir sehingga memperolehi ijazah master, bertugas di Kulliah Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang, kemudian berhenti untuk menyertai pertubuhan Al Arqam di Kuala Lumpur.Keluar dari Al Arqam kerana tidak puas hati dengan amalan2 ahli arqam.

ULAMAK PAHANG ; Latar Belakang Ringkas

TOKOH-TOKOH ULAMAK SEKITAR PEKAN PAHANG 1600-1900

TUK MENGKASSAR (1690)

Orang yang mula membuka Kampung Mekasar di Pekan Pahang.Nama beliau tidak di ketahui ,Tuk Mengkassar berasal dari daerah Mengkassar di Selewasi Indonesia, Beliau dating ke Pahang bagi tujuan berdakwah .Kata pepatah ulama-ulama dahuluh
" Suji Bilang,Ali Mambang,Mekassar,Besar".
Makamnya tidak dijumpai……..

ALI MAMBANG (1690)

Tokoh agama ini membuat penempatan di Kampung Mambang,Paloh Hinai Pekan,Kedatanganya sama dengan Tuk Mengkasar. Beliau berdakwah di sekitar kawasan Paloh HInai hingga ke hulu sungai Pahang seperti Mentiga,Luit.

TUK UBAN (KERIANG AJI ) 1720

Beliau berasal dari Acheh dan pernah di anggap oleh pihak mezium ngeri Pahang sebagai pengasas kepada kain songket tenunan Pahang. Beliau masyhur dengan panggilan Tuk Uban kerana kepala beliau dipenuhi uban,Beliau mengantikan bagi mentadbir Kampung Makassar

NAHKHODA ABDULLAH (1730)

Berasal dari Acheh, merupakan seorang ahli perniagaan, kuburnya terdapat di kampung Pulau Jawa Pekan di dalam keadaan yang tidak terjaga. Sesampai di pantai timur Tanah Melayu beliau ke negeri Terengganu bagi mempelajari ilmu agama kepada Tuk Ku Pulau Manis. Makam nya di Pulau Jawa Pekan.

ALLAHYARHAM ORANG KAYA BEDIMAN (1740)

Orang Kaya Bediman yang juga seorang orang ulamak dan memegang fahaman Mertabat Tujuh. Beliau ini banyak mempengaruhi pihak istana dalam soal-soal keagamaan dan kegaitan tarekat. Terkenal dgn gelaran “Orang Kaya Seman”.

ALLAHYARHAM MUTIF MUKHSIN BIN HABIB ABDUL RAHMAN 1800

Nama beliau di sebut oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Muhamaad Riau di dalam risalah “ Bayani Al Sirki” pada tahun 1803, jika kita lihat di dalam tulisan itu yang berbunyi:“ Adapun kemudian dari itu maka akan berkata yang berkehendak pada risalah ini….Sheikh Abdullah anak Sheikh Muhammad…akan menyampaikan ia akan kehendak ku kepada Negeri Pahang sanya menuntut dari aku setengah dari sebesar-besar manusia dan itu Maulana Penghulu Yang Mulia Mahusin namanya anak Marhum Habib Abdul Rahman…….”

ALLAHYARHAM MUFTI HABIB MOHAMAD AMIN1865
(Mufti Pertama Selepas Canpurtangan British)

Beliau dilantik menjadi mufti yang pertama selepas campurtangan British di Negeri Pahang oleh KDYMM Sultan Ahmad Syah 1. Kedudukan beliau sebagai mufti dinyatakan dengan jelas di dalam syair Sultan Abu Bakar Johor.

ALLAHYARHAM MUFTI HAII OSMAN BIN SENIK (1900)
(Mufti Kedua Negeri Pahang Darul Makmur)

Di lahirkan pada tahun 1828 meinggal pada tahun 1918 di Pekan selepas solat Maghirb. Nama penuh beliau adalah Haji Osman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim bin Haji Jalaluddin, Haji Jalaluddin di katakan berasal dari Turki dan datang ke Singapura..Tuan Haji Montok bukan saja menjadi mufti tetapi beliau juga membuka pondok pengajian di Kampung Ketapang Tengah, Di samping itu sebagai mufti beliau juga menulis beberapa buah kitab antara nya : Kitab Majiliatul Musalli yang dicetak di Singapura, Kitab bertulis tangan mengenai perubatan dan Risalah Akidah.

ALLAHYARHAM MUALIM HASSAN BIN SENIK (1920)

Maalim Hassan bin Senik merupakan di antara pengasas pondok moden di Pahang, beliau sangat dipengaruhi oleh pemikiran Kaum Muda dari segi konsep pendidikan yang di bawa oleh Sheikh Tahir Jalaluddin. 

KADI BESAR PAHANG KETIGA
ALLAHYARHAM HAJI DAUB BIN ZAINAL ABIDIN (1930)

Dilahirkan pada 1876 di kampong Mekassar Pekan Pahang dan mendapat pendidikan agama dari alim ulama yang ada di pekan ketika itu sepeti Haji Montok dan Mufti Habib Mohd Amin. Pada tahun 1933 beliau dilantik pula menjadi Ahli Majlis Anggota Islam Pahang yakni sebuah badan yang ditugaskan bagi menyelaraskan kegiatan kutipan zakat dan pengagihanya kepada yang berhak menerima zakat..

KADI BESAR PAHANG KEEMPAT
ALLAHYARHAM HAJI MOHD OSMAN BIN HAJI DAUD (1905- 1973)

Mendapat didikan di Sekolah Melayu Bandar Pekan, Pada 1934 melanjutkan pelajaran ke Mekah sehingga tahun 1940. Pada tahun 1953 dilantik menjadi Kadi Besar Pahang sehingga tahun 1960.

MUFTI HAJI ABBAS BIN TAHA (1939 -1950)

Sejak dari kematian Tuan Haji Montok, jawatan mufti tidak di isi hanya di pangku oleh Tuan Haji Daud sahaja sebagai Kadi Besar. Oleh kerana Negeri Pahang telah begitu lama tidak mempunyai mufti maka Baginda Sultan telah berusaha mencari seorang tokoh yang layak bagi jawatan tersebut. Setelah beberapa kali di perhatikan beberapa orang tokoh agama samada di Negeri Pahang atau di luar negeri maka pihak Baginda Sultan memperkenankan Haji Abbas Taha di lantik sebagai mufti.

MUFTI TUAN SHIEKH ABDUL RAHIM SAMANUDDI.

Beliau berasal dari Mesir, kemudian datang ke Singapura dan mengajar di beberapa buah sekolah dan masjid di sana. Tuan Sheikh sempat berkenalan dengan Sultan Pahang ketika itu dan baginda menjemput beliau untuk menjadi pengetua di Kulliah Sultan Abu Bakar yang pada masa itu kekurangan guru yang mahir di dalam bahasa Arab

TUAN GURU HJ ABD WAHID QADIM (ULU LUIT MARAN)
KADI BESAR SYED ABDUL RAHMAN BIN SYED MOHAMMED AL YAHYA( 1923- 1991)

Dilahirkan pada tahun 1923 di Pekan Pahang, Memulakan pengajian di Madrasah Al Attas Ketapang Pekan Pahang, Pada tahun 1952 kerana tidak puas hati dengan ilmu yang ada beliau menyambung pelajaran di Rabath Trim, Hadramaut di Yaman. Pada tahun 1976 beliua telah dilantik menjadi Kadi Besar Pahang selama 8 tahun..Beliau diantara Kadi Besar yang banyak menulis kitab-kitab agama, di antara kitab tulisannya ialah: Kitab Qiraah Mufidah mengenai al Quraan, Kitab Risalah Idtikad Ahli Sunnah Wal Jamaah,
Allahyarham Tuan Haji Abdul Wahab bin Abdullah M.A Al Azhar (1925-2003) 

(Tokoh Ulamak Umno Pekan)
ALLAHYARHAM DATO HJ MOHD TAIB BIN HASSAN ,Mufti Pahang (1929-2004)

Lahir pada 27.5.1929 di Kampung Benta,Langgar Pekan Pahang, Mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Langgar,kemudian menyambung kelas ibtidaie di Kulliah Sultan Abu Bakar ,Setelah tamat pengajian di Kulliah ,beliau menyambung pelajaran ke Mekah ,Hampir 20 tahun beliau meninggalkan negara ini semata-mata untuk mencari ilmu pengetahun.

ALLAHYARHAM TUAN HAJI MOHAMMAD BIN ABU ,
Pengetua Kulliah Abu Bakar (1935-2000).

Beliau dilahirkan di Kampung Pulau Keladi ,Pekan Pahang pada 6hb Ogos 1935.Bapanya bernama Mohammad dan ibunya bernama Alijah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Biram,kemudian menyambung pelajaran di Kulliah Sultan Abu Bakar, Tuan Haji Mohammad membawa diri ke India untuk menyambung pelajaran di Universiti Darul Ulum di dalam bidang Hadis..Setelah tamat beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar di Mesir, . Sebelum balik ke Malaysia beliau sempat menghabiskan Diploma Pendidikan di Unicversiti Ain Shams selama setahun.

ALLAHYARHAM TUAN HAJI ABDUL SAMAD BIN JUSOH,
Guru Penolong Kanan 1, Kulliah Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang (28 Jun 1939 – 1998)

Dilahirkan di Kampung Tanjung Batu Nenasi Pekan Pahang, Bapanya bersana Jusoh bin Ishak dan ibunya Wan Zainab bin Wan Abdullah. Dinamakan “Abd Samad” kerana semua anak-anak Jusoh yang terdahulu meninggal semasa kecil maka mereka sangat berharap anak keempat ini sihat dan selamat maka di namakan “Samad”. 1966 maka dengan resminya beliau melanjutkan pelajaran ke Mesir dengan menjadi orang pertama mendapat biasiswa Kerajaan Negeri Pahang yang telah dibekukan selama 15 tahuN,setelah tamat beliau mengajar di Kulliah.

Allahyarham Prof Madya Dr Mohd Saudi bin Haji Joned
(Anak Pahang Pertama mendapat Phd Al Azhar Mesir).

Tuan Haji Ramli bin Mohammad
(Pengasas Madrasah Al Husna Pekan)

Tuesday, October 26, 2010

SENARAI BACAAN DAN RUJUKAN AM

SENARAI BACAAN UMUM & RUJUKAN

1)A BANG NARA – PATANI DULU DAN SEKARANG -PENERBITAN ANGKATAN PATANI.- 1977.

2)BUYUNG ADIL – SEJARAH PAHANG- DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA -1972

3)JANG ASIYAH MUTALIB –PEMBERONTAKAN PAHANG –AMAN PRESS -1972

4)RAJA MOHD AFFANDI –TOKOH MELAYU AGUNG DLM SEJARAH –DBP – 1982

5)HAMKA – SEJARAH UMAT ISLAM- PUSTAKA ANTARA –1977

6)MAHAYUDDIN HAJI YAHYA – SEJARAH ORG SYED PAHANG- DBP

8)ABD RAHMAN AHMAD –SASTERA MELAYU DAN ISLAM-PERCETAKAN BISTARI – 1980

9)DR HARUN FATAH-AJARAN SESAT DIMALAYSIA- DBP – 1995.

7)SHELLABERA- KITAB SEJARAH MELAYU-FAJAR BAKTI -1978.

8)S.Q FATMI –ISLAM COMES TO MALAYSIA-SINGAPORE MALAYSIA PUBLISHER – 1963

9)PAUL WHEATLEY-GOLDEN KHERSONESE-PENERBITAN UNIVERSITI MALAYA-1980

10)W LINEHAN –HISTORY OF PAHANG-MBRAS KUALA LUMPUR -1973.

11.RG CANT –AN HISTORYCAL OF PAHANG-MBBAS – 1973.

RUJUKAN BULITEN:
1)JURNAL -ISLAM DI MALAYSIA – PSM –1980

2)JURNAL -TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA –PSM-1980

3)JURNAL – ISLAM DAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN -1979

4)KOLEKSI TULISAN ZAKARIA HITAM- TUK SHAHIBUDIN – KUANTAN 1980.

5)KOLEKSI TULISAN WAN MOHD SHAGHIR –ULAMAK NUSANTARA – PUSAKA PATANI-

6)KOLEKSI TULISAN T ISKANDAR – MAJALAH DEWAN BAHASA – JAN-DIS 1964.

7)KOLEKSI TULISAN ABD HALIM NASIR – JABATAN MEZIUM NEGARA -1970/80/90-

8)BUKU CENDERAMATA JUBLI PERAK –SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL WOSTO -1974

9)BUKU “FATWA” – KELUARAN MUIP – TAHUN 1999

Sunday, October 24, 2010

Sejarah Ringkas Pentadbiran Negeri Pahang 400SM -1900M.

Sejarah Ringkas Pentadbiran Negeri Pahang
400SM -1900M.

Pahang Di Zaman Bahari

Kewujudan Negeri Pahang mula di ketahui oleh Ahli Sejarah menerusi peta yang dilukis oleh Ptolemy’s yang menceritakan berkenaan kedudukan Semenanjung Emas. Gambaran dari peta tersebut jelas kelihatan Sungai Pahang. Peta yang dilukis oleh Platomy menarik perhatian para pedagang dari seluruh Eropah dan Tanah Arab untuk datang ke blok sebelah sini untuk mendapatkan emas.
Pahang mempunyai pelbagai nama, Perkataan “Pahang” di ambil dari perkataan Kemboja yang bermakna “Bijih Timah” ini kerana pada masa dahulu Negeri Pahang kaya dengan hasil bijih tersebut. Di dalam kitab-kitab lain Negeri Pahang di panggil dengan pelbagai nama ;seperti Pong-Fong di dalam istilah orang Cina,Pan atau Pam di dalam istilah Arab, Phaung atau Pahangh di dalam buku-buku orang Eropah. Pelbagai istilah ini menunjjukkan pelbagai bangsa telah datang ke Pahang untuk berniaga atau menjelajah.
Bagi Orang Asli nama Negeri Pahang di ambil dari Pokok Mahang, iaitu sebatang pokok yang besar terletak di Kuala Pahang Tua. Negeri ini di sebut juga “Inderpura” atau “Pura” sahaja sebagaimana dinyatakan di dalam Kitab Sejarah Melayu. Nama pura bermaksud bandar atau pekan,maka “Pekan” kekal namanya sehingga ke hari ini disebut orang “Pekan Pahang” asalnya ia nama sebuah negeri atau negara.(lihat W.Linehan- History of Pahang )
Lama sebelum itu dari jumpaan sejarah di dapati beberapa alat kegunaan masyarakat dahulu tertanam di Gunong Senyum dan di Sungai Lembing Kuantan. Alat-alat dari Zaman Mesolithic dan Noelithic. Manusia zaman batu telah memduduki Pahang sejak awal lagi.
Dijumpai beberapa peralatan dari Negeri Cina di Pahang yang bertarikh 1500 Sebelum Masehi,seperti bekas makanan dan tempat menyimpan peralatan rumah.Dijumpai juga sebuah Gendang Gangsa di Kg Tersang Kuala Tembeling bertarikh 400 Sebelum Masehi, ini menunjukkan di Negeri Pahang pada masa itu sudah maju dan mempunyai tamadun serta bandar. Bandar ini merupakan bandar perlombongan emas yang besar dan terkenal,di datangi oleh ramai pendatang dari seluruh dunia.
Sekitar tahun 419H / 960Masehi telah terdapat kegiatan orang Islam di Pahang dengan terjumpanya sebuah batu nesan di Pulau Tambun, di Pekan Pahang. Batu nesan itu secara jelas menceritakan tentang kematian si empunya makam tersebut;





Jika dilihat di sini maka kita dapati jumpaan ini menyamai jumpaan makam Fatimah di Leran di Jawa yang bertarikh pada tahun 475 H. Ahli sejarah berbelah bagi menerima batu nesan Pulau Tambun sebagai bukti sejarah akan tetapi sejarah tidak boleh di putar belitkan dengan begitu mudah.

Pemerintah Pahang di Zaman Majapahit (1365)

Menurut Syair Negara Kertagarma yang disusun pada tahun 1365, Syair ini menceritakan keagungan dan kebesaran pemerintahan Kerajaan Majapahit di Tanah Jawa. Pemerintahan Majapahit merangkumi wilayah yang luas meliputi Tanah Jawa , Sumatera dan Tanah Melayu. Negeri-negeri di Tanah Melayu yang di tawan oleh Majapahit termasuk Pahang,Kelantan dan Terangganu.
Menurut D Ederia,seorang padri bangsa Portugis, Islam telah di amalkan secara meluas di Pahang pada ketika ini. Menurut beliau, Islam bertapak di Pahang hampir seratus tahun lebih awal dari Melaka. Bagi kita hal ini tidak menghairankan kerana Islam telah bertapak di Terangganu lebih awal dari itu sekitar 1303 Masehi,ini kerana Batu Bersurat Terangganu bertarikh sekitar tahun yang disebutkan tadi. Terangganu dan Pahang merupakan dua buah negeri yang sangat berkait rapat dalam semua aktiviti ekonomi atau budaya. Bagi pelombong emas dan bijih timah mereka datang ke Terangganu melalui Pahang,atau bagi pedagang dari Cina,Siam dan Kampuchea mereka datang melalui Kelantan dan Terangganu menerusi Pahang untuk ke pantai barat.



1.Pemerintahan Maharaja Tajau (1378)

Dinyatakan oleh sejarah Cina, raja yang memerintah Pahang pada tahun 1378 digelar Maharaja Tajau. Penulis percaya bahawa Maharaja Tajau ini merupakan raja dari kalangan Orang Asli tempatan,ini kerana tidak ada bukti menunjjukan bahawa raja ini berasal dari kawasan sekitar yang lain. Tidak ada sebarag catitan yang mengatakan bahawa ini berasal dari selatan atau timur wilayah negeri-negeri Melayu. Kemungkinan besar raja ini menguasai Pahang ketika kemerosotan kerajaan Majapahit. Maharaja Tajau mengakui kebesaran kerajaan Cina dan menghantar ufti ke sana. Di percayai saudagar Islam mempunyai tempat mereka yang tersendiri di dalam pemerintahan Maharaja Tajau, mereka tidak diganggu di dalam urusan agama mereka selama meraka tidak mencampuri urusan pemerintahan kerajaan.

2.Pemerintahan Maharaja Tasik Cini (1411-1416)

Selepas pemerintahan Raja Tajau, Ahli Sejarah Cina menyebutkan pemerintah Pahang ketika itu ialah Parameswara Tasik Cini. Ibu kota pemerintahan ini dipercayai di sekitar Tasik Cini di kawasan Daerah Pekan. Raja Cina telah mengutus Laksamana Cheng Ho untuk melawat negara tersebut. Maka utusan dari Parameswara Tasik Cini telah datang sebanyak dua kali ke Cina iaitu pada tahun 1412 dan 1414.
Penulis percaya Permaisuri Tasik Cini ada kaitan dengan Maharaja Tajau dan merupakan dari keturunan Orang Asli tempatan ,akan tetapi di masa ini serangan phak Siam ke atas Pahang begitu kuat untuk menguasai kawasan perlombongan emas dan bijih timah. Sebahagian besar kawasan paya sepanjang sungai Pahang mengandungi pasir dan batu batan kasar, ini menunjjukan bahawa kawasan paya ini semasa dulu merupakan lombong bijih bukan kawasan penanman padi pada awalnya. Ahli Sejarah Cina menceritakan bahawa istana Maharaja Tasik Cini di perbuat dari emas. Keadaan ini sudah tentu menarik minat para penguasa dari luar untuk menguasai kekayaan yang luar biasa ini.
Dalam pada itu perkembangan Islam di Pahang di percayai semakin meluas pada masa ini di sekitar kawasan pantai laut dan pendalaman pinggir pantai di Negeri Pahang. Di percayai saudagar Arab yang menguasai aliran perdagangan di Asia juga menguasai sebahagian perdagangan di Pahang ketika itu, terutama bahan-bahan perdagangan seperti Kayu Gaharu, Gading Gajah,Kemiyan dan hasil hutan.

Pemerintah Pahang di Zaman Taalukan Siam (1436- 1454)
3.Maharaja Dewa Sura

Siam menguasai Pahang ketika Melaka sedang kembang mekar. Di bawah pemerintah raja-raja Melaka yang bijaksana. Penguasaan Siam ke atas Pahang semakin sukar. Pemerintah Siam datang ke Pahang untuk menguasai perdagangan bijih timah dan emas. Mereka memasuki Pahang dari kawasan Ulu Terangganu. Penguasaan Orang Siam ke atas Pahang di akui oleh beberapa sarjana dan Ahli Sejarah kerana banyak nama-nama temapt di Pahang menpunyai kaitan dengan Siam seperti Jeram Siam, Parit Siam dan di percayai nama Sungai Tembeling di beri nama oleh orang Siam dari perkataan “Tan- ma – ling” .
Di antara wakil Siam yang disebut di dalam Kitab Sejarah Melayu, ialah Maharaja Dewa Sura(1454):

“Syahdan…maka diceriterakan oleh yang punya ceritera. Adala di dalam Pahang itu sebuah negera Pura namanya….airnya sungguh tohor dengan pasirnya terlalu baik,air sungai itu tawar datang ke laut dan ada emas urai di sana. Adapun dahulu kala Negeri Pahang itu taaluk kepada Siam, Maharaja Dewa Sura nama rajanya,Keluarga juga pada Paduka Bubun”

Perkataan “ Air sungai itu tawar datang ke laut” menunjukkan kawasan yang di sebutkan itu adalah Kuala Sungai Pahang Tua berhampiran Kuala Selangor, sebab tidak ada air di kuala sungai tawar sebagaimana sungai di Pahang Tua. yang airnya tawar sehingga masuk ke dalam laut,kawasan kuala nya sempit dan tohor, keika air pasang barulah kapal kecil boleh masuk ke dalam kuala.
Ketika berlaku peperangan kali kedua di antara Melaka dan Siam,pihak Siam telah kalah dan berundur ke Pahang,melihat situasi ini Tun Perak tidak melepaskan peluang untuk mengekori tentera Siam lalu menyerang Pahang, Kitab Sejarah Melayu menceritakan :

“ Telah beberapa hari berjalan sampailah ke Pahang, maka orang Melaka pun berperanglah dengan orang Pahang……Maka dengan kuasa Allah Taala yang amat kuat maka dengan mudahnya juga Pahang alah kepada Melaka”

Perkataan “ maka dengan mudahnya” memberi pelbagai pertanyaan kepada kita keadaan di Pahang ketika itu Oleh kerana kedudukan wakil Siam di Negeri Pahang tidak begitu kuat kerana di percayai sudah ramai penduduk Pahang memelok Islam,maka pasukan kecil dari Melaka begitu mudah mengalahkan Siam di Pahang. Mereka berjaya menguasai Pahang dan meletakkan wakil raja di negeri ini.

Pemerintah Pahang di Zaman Taalukan Melaka

Setelah Melaka dapat menawan, maka Sultan Mansor Shah telah melantik wakil raja di Pahang sebab pada masa itu belum ada raja muda yang layak menjadi raja sebagai wakil sultan,sehingga berlaku peristiwa pembunuhan Tuan Besar anak Tuk Perak :

“ Maka Seri Bija Diraja dititahkan oleh Sultan tinggal di Pahang,dianugerhi dengan nobat dan payung iram-iram serta diapit oleh jasanya merangka Maharaja Dewa Sura…..setahun sekali ia menghadap ke Melaka”

Keadaan ini berjalan selama beberapa tahun sehingga berlaku peristiwa pembunuhan anak Tun Perak oleh Raja Muhammad:

“ Sekali peristiwa Raja Muhammad pergi bermain kuda di kampong Bendahara Paduka Raja. Adapun pada masa itu Tun Besar anak Bendahara sedang bermain sepak raga di lebuh bersama orang muda-muda…..
Maka Raja Muhammad pun lalu…Maka raga itu jatuh menimpa destar Raja Muhammad,jatuh ke tanah. Maka kata Raja Muhammad: “Cis jatuh dastar kita oleh Tuan Besar…..Maka berlari-lari orang membawa puan….maka ditikamnya Tun Besar kena belikat terus ke hulu hati.Maka Tun Besar pun matilah….
Setelah di dengar oleh Sultan Mansur Shah baginda memanggil Raja Muhammad,maka titah baginda”Celaka Si Muhammad….apa tah daya ku engkau ditolak bumi Melaka…………
Maka Seri Bija Diraja pun datanglah,maka Raja Muhammad diserahkan baginda pada Seri Bija Diraja disuruhkan dirajakan di Pahang.

Sejak itu Negeri Pahang mempunyai raja yang berdaulat dan mempunyai peraturan seperti lain-lain negeri yang ada raja.

4. Raja Muhammad bin Sultan Mansur Shah (1470-1475)
Sebelum Raja Muhammad memerintah Pahang, Negeri Pahang di perintah oleh wakil raja Melaka yang bernama Dato Seri Bija Diraja. Kedudukan beliau ketika itu di Pahang seperti raja. Raja Muhammad sepatutnya mengantikan ayahndanya Sultan Mansur Shah sebagai Sultan di Melaka, akan tetapi apabila berlaku peristiwa sepaktakraw yang mengenai kepala baginda,langsung di bunuhnya anak bendahara kerana peristiwa itu,maka baginda dihantar menjadi raja di Pahang. Beliau dilantik menjadi raja Pahang pada tahun 1470 dengan gelaran Sultan Muhammad Shah. Wilayah kekuasaan baginda dari Sedili hingga ke Terangganu. Baginda bersemayang di Tanjong Langgar Pahang Tua, Pekan, terdapat banyak makan raja Melaka di Pahang Tua.
Dengan tertaaluknya Pahang ke bawah kekuasaan Melaka,maka dengan resminya Pahang sudah menjadi sebuah negara Islam ketika itu. Maka rakyat jelata yang sudah ramai memelok Islam menyambut baik kedatangan raja Melaka yang membebaskan mereka dari cengkaman Siam yang beragama Budhha. Kedatangan orang Melaka bukan sahaja mengubah corak pemerintahan dan politik,akan tetapi membawa bersama mereka Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Laut Melaka yang berasaskan perundangan Islam dan bermazhab Syafiee.

5. Raja Ahmad bin Sultan Mansur Shah (1475- 1794)

Kematian Sultan Muhammad Shah digantikan oleh adiknya Raja Ahmad, pada masa pemerintahan Raja Ahmad kemajuan Islam di Pahang menjadi semakin maju dan berjaya. Kalau kita merujuk kepada kisah Tun Teja yang dirampas oleh Sultan Melaka,maka kita dapati pada akhir kisah ini Raja Ahmad merajuk di atas perbuatan tidak bermoral Raja Melaka terhadap baginda.Dengan itu baginda meletakkan jawatannya sebagai raja dan digantikan oleh anaknya Raja Jamil.
Raja Ahmad mengambil tindakan meninggalkan istana dan tahta kerajaan lalu mudik ke hulu Sungai Pahang sehingga tidak lagi kedengaran ketukan gendang nafiri,alat muzik kebesaran diraja. Baginda sampai ke Lubuk Pelang,maka baginda memilih cara hidup yang zuhud dan beribadat kepada Allah.Dinyatakan di dalam kitab-kitab lama baginda “bersyeikh “ diri yakni bersuluk.Bersyeikh maksudnya “masuk syeikh” itu meletakkan diri dibawah bimbingan seorang guru. Pada masa itu di yakini Lubuk Pelang merupakan sebuah tempat pengajian yang agak terkenal di Pantai Timur. Baginda tinggal di sana sehingga baginda meninggal dunia. Makam baginda sehingga kini ada di sana bersama dengan dua lagi makam Sultan Mansur iaitu anaknya dan makam Puteri Berdarah Putih. Makam itu bukan makam Sultan Jamil kerana makam Sultan Abdul Jamil ada di Pekan. Penulis Abdul Halim Nasir di dalam catitannya dalam Utusan Melayu (16.4.1997) menyatakan bahawa makam ini sah kepunyaan Sultan Ahmad kerana batu nesan ini sama dengan batu nesan kepunyaan isterinya di Pekan yang terdiri dari Batu Nesan Acheh bertarikh 1497.
Pada masa itu Lubuk Pelang merupakan pusat pendidikan Islam bercorak tasawuff. Makam Raja Ahmad digelar “Marhum Sheikh” yakni baginda merupakan seorang ahli tasawuff yang mengikut tarekat yang tertentu. Kitab Sejarah Melayu menceritakan:

“ ….dan Sultan berdiam ke hulu (Sungai Pahang)…selagi kedengaran bunyi nobat maka baginda mudik jua ke hulu hinggga ke Lubuk Pelang (dekat Kuala Krau,Temerloh Pahang) namanya. Di sanalah baginda diam,tiada kedengaran bunyi nobat lagi…maka sultan bersyeikh dirinya….itulah disebut orang Marhum Syeikh”.

Kedudukan Lubuk Pelang sebagai pusat pengajian di iktiraf oleh Kerajaan Acheh di Sumatera,sehingga pada tahun 1640 di hantar seorang pelajar yang bernama Hamzah Fansuri ke sana untuk mendalam Ilmu Hakikat dan Ilmu Tasauwuff.Perjalanan Hamzah ke Pahang ini merupakan perjalanan awal beliau ke luar negara sehingga beliau sampai ke Mekah, Syaria,Irak dan Palestine. Hamzah ke Pahang atas arahan Puteri Kamaliah iaitu seorang anak raja Pahang yang dijadikan isteri oleh Sultan Iskandar Mahkota Alam di Acheh.Puteri Kamaliah berminat di dalam bidang tasawuff dan berminat mengkaji ilmu berkaitan dengan
Penulis berpendapat pondok pengajian di Lubuk Pelang masih kekal sejak dari tahun 1490 hingga ke tahun 1640 sebagai pusat pengajian bercorak tasawuff dan memgajar ilmu-ilmu tarekat dan ilmu-ilmu hakikat. Ia bukan sebuah pondok yang mengajar ilmu syariat semata-mata.


6. Raja Jamil (1794 – 1512)

Pada masa pemerintahan Raja Jamil, angkatan Siam di bawah Raja Ligor datang semula untuk menaluki Pahang. Di sini kita dapat lihat semangat jihad orang-orang Pahang dan Melaka dalam mempertahankan agama mereka, kalau selama ini mereka bersengketa namun apabila keadaan terdesak,umat Islam berdepan dengan musuh mereka yang satu maka pasukan Pahang dan Melaka bekerjsama,bertolong bantu melawan musuh Allah. Akhirnya pasukan Siam gagal menaaluki Pahang dan mereka sempat membina Kota Seri Biram yang didirikan oleh Orang-orang Melaka selama tiga hari tiga malam sebelum kedatangan tentera Siam.




7. Sultan Mahmud (1522- 1530)

Baginda merupakan seorang sultan yang sangat berjasa kerana dapat mempertahankan Negeri Pahang dari menjadi jajahan Portugis. Portugis telah beberapa kali datang menyerang Pahang, pada tahun 1523,1525,1528 untuk menguasai dan menkristiankan negeri ini . Dengan kekuatan dan kepintaran Sultan Mahmud Pahang, semua serangan itu dapat dipatahkan oleh Baginda.

8. Sultan Muzaffar (1530)
9. Sultan Zainal Abidin (1540)
10. Sultan Mansur 2 (1555)

Pada masa pemerintahan baginda,hubungan Pahang,Perak dan Acheh begitu baik,anaknda baginda menjadi permaisuri di Perak bernama Puteri Putih. Baginda merupakan seorang raja yang mencintai Islam,menyertai misi-misi dakwah. Dan akhirnya baginda mati ketika berperang menentang angkatan perang dari kumpulan Jawa Kafir pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Thani(1960),maka Sultan Mansur 2 di gelar “Marhum Syahid”.
Kisah kekuatan amalan Islam di kalangan raja Pahang jelas digambarkan oleh Kitab Sejarah Melayu ketika menceritakan kisah Raja Ahmad yang dipelihara oleh Sultan Mansur:

“Hatta maka seberapa lama maka Raja Ahmad pun besarlah,bolehlah baginda di cucikan. Maka Sultan Pahang pun berlengkap akan mengejakan anaknda Baginda Raja Puspa Dewi dan Raja Kesuma Dewi untuk bertindik….maka anaknda baginda kedua pun ditindik oranglah dan Raja Ahmad pun bersunatlah….

Setelah selesai daripada itu maka Raja Ahmad diserahkan baginda mengaji ,Hatta maka baginda pun tahu mengaji….dan sangat tertib kelakuanya dan halus manis perkataanya,lagi sangat tahu mengambil hati segala menteri dan hulubalang dalam Pahang itu. Akan Bendahara jangan di kata lagi sangat baginda merendahkan diri dan menteri yang tua-tua,barang tegur ajar tidak dilalui baginda….Sultan Pahang amat kasih memandang budi bahasa dan perketi halus manis itu”.

Disebutkan juga peranan kadi di dalam upacara keagamaan,sebegaimana berikut:

“Setelah datang ke balai rong seri, Sultan Pahang sendirilah menyambut tangan ananknda baginda Sultan Ahmad, di dudukkan di atas ciau antelas badar sila…maka tampilah KADI menikahkan.”

11. Sultan Abdul Jamal (1560)
12. Sultan Abdul Kadir (1567)
13. Sultan Abdul Gahfur Mohaidin Shah (1590-1614)

Sultan Abdul Ghafur merupakan seorang sultan yang berjiwa agama, Baginda memilih untuk mengawini puteri Raja Patani dalam tahun 1584. Baginda adalah raja pertama yang mengasaskan Hukum Kanun Pahang. Hukum kanun ini menyerupai Hukum Kanun Melaka dalam bentuk versi Pahang. Hukum Kanun ini diguna pakai di Perak dan Berunai pada ketika itu. Baginda cuba untuk melaksanakan system perundangan Islam di Pahang, tetapi malang usaha ini mendapat tentangan dari keluarga baginda sendiri.
Naskah Hukum Kanun Pahang masih kekal wujud sehingga ke hari ini dengan di buat kajian oleh beberapa professor dari universiti dalam dan luar negara.Menurut riwayat orang tua-tua,usaha baginda ini mendapat sokong dari ulamak-ulamak di seluruh Nusantara,maka ramailah para ulamak datang ke Pahang ketika itu seperti; Imam Makasar yang membuka Kampong Makassar di Pekan datang dari Selewasi, Imam Suji Bilang yang datang dari Minangkabau, Imam Besar yang datang dari Jawa.
Baginda seorang yang baik hati,baginda memberi layanan yang baik kepada semua rakyat jelata termasuk kepada utusan dari Portugis dan Belanda yang datang ke Pahang sekitar tahun 1607 dan 1608.
Pada tahun 1614 terjadi pemberontakan di Pahang,maka Sultan Abdul Ghafur mangkat, beberapa tahun kemudian Sultan Iskandar Muda dari Acheh datang menaaluki Pahang untuk mengelakkan Pahang jatuh ke tangan Portugis. Sultan Iskandar Muda telah membawa pulang Raja Pahang ketika itu yang bernama Raja Ahmad bersama 10,000 rakayt Negeri Pahang ke Acheh.

Pemerintah Pahang di Zaman Taalukan Acheh
14.Raja Abdullah (1617)

Pada masa Negeri Pahang di bawah taalukan Acheh, keadaan politik dan pemerintahan Pahang sangat tidak tenteram. Kesan dari pertelingkahan Portugis dan Belanda, serangan dari Acheh dan perebutan kuasa di antara waris-waris Kesultanan Melaka yang sudah tewas kepada Portugis.
Namun begitu di bahagian pendalam Pahang keadaan adalah berbeza, suasana kucar kacir di kawasan pantai sebaliknya memberi peluang yang besar kepada semua saudagar yang terdiri dari pelbagai bangsa untuk mengaut hasil mahsul Negeri Pahang. Lombong emas dan permata di terokai,hasil hutan di bawa keluar tanpa halangan dari pemerintah,kawasan baru dan penempatan baru dibuka seluas-luasnya.
Menurut Ahli Sejarah, sejak awal tahun 1600 kemasukan orang Bugis dan Minangkabau bermula dengan hebatnya ke Pahang, golongan ini membuka penempatan dan kampong baru, mereka juga berjaya memujuk Orang Asli supaya memelok Islam. Mereka membuka Bandar baru seperti Temerloh,Mengkarak,Mempatih ,Raub,Jerantut dan Pulau Tawar. Mereka memasuki Pahang melalui Ulu Muar, Serting dan turun ke Sungai Bera lalu memasuki Sungai Pahang. Dari sana mereka membuka Bandar Cenor, Kemudian membuka Bandar Mengkarak,Bandar Temerloh. Laluan perjalanan suadara yang terdiri dari pelbagai bangsa Melayu termasuk juga sebilangan kecil saudagar Cina,India,Holand dan Portugis serta Arab.
Hasil barangan yang diperolehi dari Pahang dijual kepada saudagar Portugis di Melaka, Golongan Minangkabau lebih berpihak kepada Portugis dari pada Belanda.Mereka ini mengadakan perkahwinan campur sesama mereka;sebagaimana kata Tuk Shahibudin dalam syairnya:

Seorang pun tidak ada yang tinggal
Keling dan Cina,Bugis dan Benggal
Sehingga bercicit nutfahnya tanggal
Datuk Perkasa ( فـقـسا )itulah asal


15.Raja Muda Bajau (1673)
16.Raja-raja Terakhir Kesultanan Melaka (1677-1699)

Dalam masa pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Pahang tertaaluk di bawah kekuasaan Johore membentuk tiga ikatan negara yang falsafahnya : “beraja ke Riau,bertemenggung ke Johore dan berbendahara ke Pahang” . Oleh kerana Pahang terletak diluar dan jauh dari pemerintahan pusat maka suasana Negeri Pahang agak terbiar dan tidak dipedulikan namun ia aman dan tenteram, Kita dapati juga susunan kekuasan dan hairaki pentabdiran sudah wujud dengan baik.
Sejak dari zaman Sultan Abdul Ghafur telah wujud jawatan Orang Besar Berempat, juga telah wujud jawatan mufti dan kadi. Terdapat pada masa itu seperti jawatan mufti yang disandang oleh Imam Dzul Bayan di Mengkarak,beliau di gantikan oleh anaknya Imam Nur Qadim.
Di Kampung Bangau wujud jawatan kadi yang disandang oleh Kadi Ismail dari keturunan Daeng Lima Saudara. Dipercayai sudah wujud jawatan mufti lebih awal dari Imam Dzul Bayan,ini kerana di zaman Sultan Abdul Ghafur,Hukum Kanun Pahang telah dijalankan dengan baik.
Pada masa ini telah terjadi kemasukan Orang Minangkabau secara besar-besaran ke Pahang samada melalui Negeri Sembilan atau dari Riau. Orang Minangkabau merupakan pedangang yang rajin dan berani. Mereka membuka kampong dan pemenpatan baru di Pahang. Mereka juga menguasai politik seperti di Kuala Lipis, di Temerloh dan Cenor.(lihat W.Linehan dlm History of Pahang)

“Froum about 1550 Minngkabau settler had been pouring into Pahang through Ulu Muar, and had partly opened up the interior,mined gold in the Jelai,dealt in jungle produce,elephant ivory and the like…..”

Mereka membuka Bandar-bandar baru dan kawasan perlombongan baru,Menurut Dagh Register Record dalam tahun 1644:” The Minangkabau very bravely removed their property from Pahang”.
Kemasukan Orang Minangkabau bukan sahaja mencari harta tetapi juga berdakwah kepada masyarakat Orang Asli di kawasan pendalaman seperti Tuk Suji Bilang yang sanggup berkahwin dengan Tok Bakul anak kepada Tuk Batin Saridun. Mereka berkahwin dengan Orang Asli, mengislamkan mereka, membuka pondok pengajian,membina masyarakat dan mengwujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan cara menacari makan secara baru. Begitu juga dengan Tuk Besar dan Tuk Ali Mambang yang sengaja datang ke Pahang dengan tujuan untuk berdakwah. Hasilnya kawasan-kawasan pendalam Pahang secara meluas telah memelok Islam dan beramal dengan Islam. Mereka membuka pondok-pondok pengajian agama Islam dan mengajarkan kepada masyarakat nilai Islam yang baik. Maka pada zaman Tuk Shahibudin sekitar tahun 1720, di Negeri Pahang terdapat berpuluh-puluh pondok besar dan kecil seperti Pondok Mengkarak,Pondok Kg Baduk, Pondok Kampung Berhala Gantang,Pondok Kampung Bangau, Pondok Kampung Sentang, Pondok Kampung Kuala Bera dan lain-lain.



Pemerintah Pahang di Zaman Kekuasaan Bendahara
17.Bendahara Tun Habib Abdul Majid

Pahang menerima kemasukan Orang-orang Bugis khususnya terdiri dari pengikut Raja Bugis Lima Bersaudara. Ini mengukuhkan lagi kedudukan Islam di kalangan masyarakat kerana anak bugis lima bersaudara ini sangat kuat semangat keislaman mereka dan anti kristian Portugis dan Belanda. Anak Raja Bugis Lima bersaudara datang ke Pahang atas undangan Raja Sulaiman bagi mengalahkan pengaruh Raja Kecil yang berketurunan Minangkabau. Raja Kecil menuntut takhta Kerajaan Pahang kerana menurut beliau,ia adalah waris dari Sultan Mahmud Mangkat di Julang yang mati tidak meninggalkan pewaris takhta kerana pada masa itu berlaku perebutan kuasa dan beliau masih kecil. Keadaan huru hara kerana Sultan Mahmud telah menghukum mati isteri Megat Serirama yang mengandung dan memakan nangka kepunyaan Sultan.
Raja Bugis Lima Bersaudara berjaya menghalau Raja Kecil yang mendapat sokongan Raja Jambi dan masyarakat Minangkabau yang ramai terdapat di Pahang ketika itu. Antara legasi peninggalan Orang Bugis ialah Pondok Pengajian Tuan Kadi Ismail di Bangau Tanjung. Pusat pengajian ini membawa kembali fahaman Widatul Suhud dan menentang Fahaman Wihdatul Wujud yang ada pada masa itu. Mereka kembali menegakkan Fahaman Ahli Sunnah wal Jemaah dan menghapuskan semua saki baki pengikut Salek Buta dan yang seangkatan dengan nya yang banyak terdapat di kalangan orang-orang Rawa. Di antara Tokoh yang amati dikagumi ialah Raja Ali Haji yang terkorban di dalam pertempuran dengan Belanda sebagai seorang syuhada!!!

18.Bendahara Tun Abbas
19.Bendahara Abdul Majid(1770-1802)
20.Bendahara Tun Muhammad (1802)
21.Bendahara Tun Koris(1802 - 1806)
22.Bendahara Tun Ali (1806-1857)

Sejak dari zaman Bendahara Tun Abdul Majid sehingga ke zaman Bendahara Tun Ali , suasana politik Negeri Pahang begitu aman dan tenteram. Pada masa ini kegiatan agama begitu berkembang dan berjalan dengan baik diseluruh negeri. Menurut Syair Ghafilah hampir setiap daerah dan mukim terdapat seorang guru agama yang mashyur dan alim ketika itu seperti di Sanggang, Cenor,Bera,Pekan,Temerloh,Mengkarak,Kuala Lipis.
Menurut pengkaji barat dari tahun 1770 hingga ke 1850 merupakan zaman kemewahan di negeri Pahang dengan hasil yang banyak dan murah. Rakyat dapat menikmati kehidupan dan menjalankan kegiatan keagamaan dengan begitu baik dan tersusun. Ini kerana tidak berlaku serangan musuh dari luar dan keadaan politik di dalam negeri pun aman kerana tiada berlaku perebutan kuasa.
23.Bendahara Tun Mutahir (1857 -1863)

Pemerintahan Kesultanan Pahang
24.Sultan Ahmad Shah 1
25.Sultan Mahmud Ibni al Marhaum Sultan Ahmad Shah 1
Baginda memerintah Pahang dalam masa yang singkat,tetapi Baginda mempunyai polisi yang baik dalam urusan agama. Baginda telah memberi kuasa yang sangat besar kepada kadi dan mufti untuk menjalankan pentabdiran ke atas orang Islam. Mufti dan Kadi merupakan wakil sultan yang diberi kuasa penuh menghukum pesalah-pesalah sehingga rakyat jelata sangat hormat kepada golongan ini. Baginda juga telah mengadakan Kelas Al Quraan dan mengalakkan para ulamak menulis kitab-kitab agama sebagaimana yang dilakukan oleh Kadi Ibrahim.
26.Sultan Abdullah ibni al Marhum Sultan Ahmad Shah 1
27.Sultan Abu Bakar Ibni al Marhum Sultan Abdullah
Baginda merupakan sultan yang memerintah Negeri Pahang dalam masa yang agak lama, Pelbagai usaha di lakukan Baginda untuk memajukan Islam di negeri ini. Baginda memulakan usaha dengan menyusun pentadbiran agama. Majlis Agama Islam diwujudkan dan kutipan wang zakat diselaraskan. Hasil kutipan zakat diagihkan bagi memajukan syair Islam. Jawatan mufti telah diberikan kepada orang yang berbangsa Arab,malah baginda sanggup mengambil orang luar sebagai mufti di atas kelayakan yang dimiliki oleh orang tersebut.
Baginda juga cuba memajukan pendidikan Islam di Pahang dengan mendirikan sebuah sekolah tinggi agama yang diberi nama “Kulliah Sultan Abu Bakar” dengan tujuan supaya pelajar yang miskin dan kekurangan tidak perlu lagi keluar negara untuk melanjutkan pelajaran.Disamping itu untuk pelajar wanita di dirikan pula “Kulliah Tuanku Ampuan Fatimah”, Sekolah-sekolah peringkat daerah di selia dan diberi peruntukan yang sewajarnya. Setahun sekali baginda akan mengadakan lawatan ke seluruh negeri dari sebuah mukim ke sebuah mukim,tidak ketinggalan baginda melawat semua sekolah-sekolah agama dalam mukim tersebut. Dijumpai juga sebuah kitab tafsir al Quran yang di cetak di atas pembiayaan Baginda, kitab tafir ini dicetak di Sumatera.
Menurut Saudara Ariffin Said seorang Ahli Budyawan Pahang:” Keupayaan mempertahankan akidah umat Islam dari dipengaruhi unsur-unsur Kristian,merupakan satu sumbangan yang sangat besar yang dapat di lakukan oleh raja-raja dan para ulamak di zaman dahulu yang tidak kita sedari”.