Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Khamis, 27 Januari 2011

Syair Asyikin 1


SYAIR  A’SHIKIN 1


(Dipetik dari karya Sdr Ariffin Said yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian & warisan Malaysia 2004, kami paparkan supaya pihak pembaca dapat memahami pemikiran Islam di Pahang sekitar tahun 1700 hingga 1800 Masehi, Tamadun Islam di Pahang pada masa itu sudah meyamai suasana pemikiran Islam di Acheh meskipun tidak setaraf dengan kemajuan di sana.)


Wasiat dari pengkarya berkaitan dengan kewajipan menuntut ilmu :


Bismillah itu permulaan
Pekerjaan yang baik disunatkan
Alhamdulliah puji sekalian
Selawat dan salam,rahmat dan imam,1

Kemudian itu ayuhai ikhwan
Syair Ashikin satu minuman
Di dalamnya banyak rempah ratusan
Nikmat limpah sekalian badan,2

Minumlah handai pagi dan petang
Kendil Siraj hendaklah pasang
Musalli rida’ hendaklah bentang
Raqib al Dhamir bagi ku pandang,3

Beberapa pesanan hendaklah jaga
Dari nabi wali yang mulia
Wa’du dan Wa’id,laba dan bahaya
Kemudian itu inilah pula ,4

Ilmu Makrifat wajib pertama
Imam dan Islam,keduanya sama
Mentauhidkan zat,sifat dan asma
Keempatnya itu bernama agama, 5

Makrifat Allah hendaklah nyata
Taklid disana menjadi lata
Dalilkan zahir kepada  mata
Alwi dan Supli,alam semesta, 6

Segala rasul menyampaikan Firman
kepada mukalllaf,jin dan insan
Hukum syarak itulah jalan
Sampai kepada Tsa’ib dan Saiban ,7

Hadas dan najis hendaklah suci
Rukun dan syarat wajib diketahui
Azab dan murka wajib takuti
Kubur dan Mahsyar hadir menanti ,8

Akal berfikir hendaklah tajam
Hidup di dunia sehari semalam
Simpang pun bulan sebelum kelam
Kandil terpasang sebelum  padam ,9

Matahari lagi bercahaya
Bulan dan bintang lagi cuaca
Pintu taubat lagi terbuka
Bumi pun tetap belum bergempa ,10

Tuntutlah ilmu jalan agama
Jangan dibuang umur yang lama
Sucikan hatimu dari dunia
Lawan berperang nafsu dan hawa,11

Diharuskan Allah mencari harta
Gunanya itu akan belanja
Tidak disuruhkan laba dan tama’
Dengarlah kisah sekalian anbia,12

Tuntutlah ilmu jalan makrifat
Supaya sempurna jalan syariat
Penuhi hati dengan ibarat
Sertai badan dengan ibadat,13

Segala tanggungan hendaklah jaga
Daripada jalan dosa dan pahala
Jauhkan rugi banyakkan laba
Dulukan sesal tunaikan bahaya,14

Tuntutlah ilmu jalan ibadat
Kerjakan amal fardhu dan sunat
Antara syariat dan hakikat
Di sanalah maqam Saidul Kaainat ,15

Berbuat ibadat janganlah segan
Sungguhpun titah perolehan badan
Hawa dan nafsu iblis dan syaitan
Sudah tentu itulah lawan,16

Jalan syairat bil hidayat
Jalan tarekat bil inayat
Jalan hakikat bil riyaat
Sekaliannya itu maal bidayat,17

Imam dan Islam bi hidayatullah
Zuhud dan wara bi inayatullah
Fana dan suhud bi riyatulllah
Maqam al Khawas Khalisullah,18

Riayaah dan Inayaah  serta hidayah
Ketiganya itu fadluminallah
Inilah kurnia yang amat limpah
Perbezaan hamba awam dan khas’sah,19

Erti iman petunjuk Allah
Menjauhi haram ditolong Allah
Meninggalkan haram dipelihara Allah
Sekalian nya itu selawat dan sedekah,20

Sekaliannya itu hendaklah tahu
Selidik-selidik perkataan guru
Lafaznya samar selalu lalu
Inilah wajib menuntut ilmu ,21

Syariat itu pekerjaan Islam
Tarekat itu yakin dan jazam
Hakikat itu sekaliannya kiram
Hanyalah Allah bersifat Qidam,22

Adapun jalan Ahli Tarekat
Mengikut nabi taqrib dan taubat
Adapun jalan Ahli Syariat
Mengikut nabi sekalian ibadat,23

Adapun  jalan Ahli Hakikat
Mengikut nabi tawaddu dan hasanat
Di dalam hatinya hanyalah Ahad
Sekaliannya fana dari kaainat,24


Jalan hakikat di dalam Hikam
Laut bahrullah terlalu dalam
Jikalau sekadar pelayaran awam
Di susur pantai perahu tenggelam ,25


Gelombangnya besar arus pun deras
Ombak berpalu angin menganas
Sekadar juragan kapal menderas
Satu gelombang haram tak lepas  ,26

Inilah pelayaran segala anbia
Kemudiannya itu segala aulia
Sekadarkan juragan jemu dan malas
Mencium bau pun hampir tiada,27

Demikian itu jalan ikhtiar
Kepada pendapat terlalu sukar
Hendak mencuba jikalau gemar
Sakit dan rugi cubalah sabar,28

Jangan mengaduh jangan mengerang
Jangan mengadu kepada orang
Maniskan muka tatkala berpandang
Jikalau didapat baru secarang,29

Demikian lagi Ahli Syariat
Disuruh bunuh zina yang khasanat
Segala yang asi disuruh taubat
Segala yang sakit disuruh berubat ,30

Kepada jalan ahli tarekat
Segala jumlah dari kainaat
Lalai dan leka keelokan zat
Kepada dirinya hanyalah jahat,31

Sekaliannya itu maqam makrifat
Perkataan tauhid di dalam syahadat
Cubalah tuntut cermat-cermat
Sezarah pun tidak ada yang limpat,32

Erti syariat hukmulllah
Jumlahnya tujuh di dalam fiqh
Disampaikan rasul dengan wasitah
Menjunjungkan firman daripada Allah,33

Erti hakikat sebenarnya Allah
Tanzih dan tasbih itulah firman
“Laisa ka mislihi saiun” di dalam Quraan
Lainnya itu tiadalah jalan,34

Janganlah lagi was dan sangka
Tiada di mana tiada betapa
Lampau sedikit jadi celaka
Bukanlah jalan segala anbia ,35

Sehabis putus mengenal Allah
Tiada terkata kelulah lidah
Alamatnya nyata fikir tertegah
Sekaliannya habis muhadasah hanyalah,36      

Allah dan rasul tiada didapat
Hanyalah tanda dengan mukjizat
Yakin dan Jazam maqam makrifat
Lazim dan Malzum syariat hakikat,37

Kata ini di dalam Usul
Perkataan lazim terlalu betul
Syahadat tauhid Saddaqarasul
Percayakan Allah membenarkan rasul,38

Lafaz Arab banyak bahasa
Jenis al Makqul banyak perkara
Tambahan jawi tidak biasa
Faham sedikit banyak diraba,39

Jikalau percaya kepada hati
Allah itu tuhan yang sejati
Kebenaran rasul sudah pasti
Azab dan rahmat hadir menanti,40       

Hendaklah fikir kepada diri
Harimau dan gajah kita takuti
Bisa dan pedih tidak berani
Api neraka mengapa tak ngeri,41

Maut itu akan makanan
Kapan selapis akan pakaian
Armas kubur akan hamparan
Mangkuk azab akan minuman ,42

Keempatnya itu jangan alpa
Tak dapat tidak akan dirasa
Apakah sangat suka tertawa
Harta dicari orang yang punya,43

Lagipun hidup sebelum mati
Hukum dan denda terkadang curi
Terkadang air terkadang api
Barang dimakan menjadi tahi,44

Jadilah sampah yang dipakai
Kemudian badanmu menjadi bangkai
Dikatakan kasih sahabat dan handai
Busuk sedikit tidak tercapai  ,45

Menghantar kita ke dalam lubang
Malu bermalu maka terpegang
Sudah kambus kembali pulang
Sebulan sekali haram tak datang  ,46

Tinggallah kita seorang diri
Kiri dan kanan hanyalah bumi
Semata-mata perintah ilahi
Rahmat dan azab ke mana nak lari?,47

Hai segala yang berakal
Rambut yang hitam lejar dan ikal
Tubuh berdaging nipis dan tebal
Berbagai jenis lauk dan sambal,48

Mengapa perangai terlalu congak?
Mengerjakan haram tergelak gelak
Sungguh mengucap sembahyang tidak
Hari nan sahaja tidakkah kelak?,49

Emas dan sutera hendak dipakai
Duduk bersila jalan berlambai
Berselindang baju terkadang beridai
Suka tertawa gelak mengelai,50            

Mengapa perangai terlalu congkak
Allah dan rasul seumpama babak
Tetapi hitam terlalu nampak
Di lubang hidung di celah ketiak  ,51

Inilah budak terlalu bebal
Diam tak diam bapak si Dajal
Perangaimu itu jikalau kekal
Tatkala maut adalah sesal,52

Dijauhkan Allah yang demikian
Nikmat Allah dilupakan
Keridhaan Allah ditinggalkan
Kebencian Allah dikerjakan ,53

Segala jumlah alam sekalian
Dari makhluk lebihlah insan
Syaidulmursalim , Habibulrahman
Ainulrahmat , A’urusul’irfan ,54    

Habibulllah ahkirulzaman
Kitalah umat yang  pilihan
Ummu alkitab itulah Quraan
Kekal kepada Darul’al Jannan,55

Kasih Allah kepada kita
Daripada tidak dijadikan ada
Shamsu dan Qamar jadi pelita
Bumi terhempar sekaliannya ada  ,56

Dilengkapi dengan pegawai badan
Serta akal dikurniakan
Jikalau merdeka tidak tertawan
Rahsia ilahi jadi pakaian,57

Kasih nabi demikian lagi
Lebih dari badan sendiri
Memohon umat setiap hari
Sampai ke Mashyar mengata “ummati,ummati”,58

Banyak menangis sedikit tertawa
Masgyulkan umatnya yang durhaka
Tatkala mikraj sekaliannya rata
Sejahat-jahat tempat hanya neraka,59

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti SIP