Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Jumaat, 25 Februari 2011

AMANAT DARI PENGARANG


AMANAT DARI PENGARANG 


TUJUAN SAYA  MENULIS BLOG INI ADALAH UNTUK MENYEBARLUASKAN PENGETAHUAN UMUM MENGENAI SEJARAH NEGERI PAHANG TERUTAMA SEJARAH BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN ISLAM. TUAN-TUAN TIDAK BOLEH MEMBUAT COPY PASTE SEMUA HASIL KAJIAN INI DAN MENBUAT KAJIAN YANG LEBIH LUAS DAN MENDALAM. TULISAN INI SAYA TUJUAKAN KEPADA SEMUA PENSYARAH DI IPT SUPAYA MENJADI KAN TULISAN INI SEBAGAI PANDUAN KEPADA  MAHASISWA/I DAN MEMBUAT KAJIAN YANG LEBIH MENDALAM KE ATAS SETIAP TOPIK YANG DI BAWA OLEH BLOG INI. SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM  DAN SEJARAH TOKOH TOKOH AGAMA DI PAHANG TIDAK MEMPUNYAI PINTU DAN LORONG UNTUK DIMASUKI,KAMI BUKAKAN LORONG-LORONG SUPAYA TUAN TUAN YANG MEMPUNYAI BANYAK WANG DAN MASA,MEMPUNYAI MINAT MEMBUAT KAJIAN LANJUT. .RAMAI LAGI TOKOH-TOKOH YANG KAMI TINGGALKAN YANG BOLEH DIKAJI SECARA LISAN,KERANA DEWASA INI MASIH RAMAI PENUTUR YANG MASIH HIDUP.

SEJARAH ISLAM DI PAHANG AMAT MENARIK UNTUK DIKAJI KERANA MEMPUNYAI EMPAT KEADAAN MASA DAN PERIOD, IAITU ZAMAN MELAKA DENGAN HUKUM KANUN NYA, ZAMAN ACHEH DENGAN AJARAN MERTABAT TUJUH NYA,ZAMAN PENGARUH BUGIS DENGAN PENOLAKAN TERHADAP AJARAN MERTABAT TUJUH,ZAMAN BRITISH DAN PERANAN PARA ULAMAK MEMPERTAHANKAN AKIDAHNYA.NEGERI PAHANG MENERIMA ALIRAN TASAWUFF YANG BERUNSUR SYIAH,MENERIMA JUGA PENGARUH MERTABAT TUJUH,KEMUDIAN MENERIMA PENGARUH DARI TUK KUPULAU MANIS SERTA KEMASUKAN TAREKAT2 SEPERTI NASABANDIAH,AL HADDAD,KHALIDIYAH,DISAMPING ITU PAHANG JUGA MEMPUNYAI PARA PAHLAWAN YANG MENGGUNAKAN UNSUR AGAMA DI DALAM ILMU PERSILATAN DAN PERDUKUNAN. TOKOH TOKOH YANG MENARIK UNTUK DI KAJI:


1)      SULTAN ABD JAMIL   1480M                        tokoh sufi
2)      SULTAN ABDUL GHAFFUR 1590M             tokoh undang undang
3)      PUTERI KAMALIAH 1617M                           tokoh politik
4)      SY NURUDDIN AL RANIRI  1640M              tokoh penulisan
5)      TUK SHAHIBUDIN 1740M                              tokoh penyair
6)      MUFTI HJ MOKSHIN 1800M                         tokoh agamawan
7)      TUAN TEH   1806M                                           tokoh guru
8)      KADI IBRAHIM  1900M                                   tokoh pentadbir
9)      KADI AHMAD    1920m                                   Kadi moden

SEMOGA RUANGAN INI MEMBUKA MINDA DAN IDEA KEPADA TUAN TUAN UNTUK MENGKAJI SEJARAH PAHANG DENGAN LEBIH TERPERINCI DAN ILMIAH.
SELAMAT BERJAYA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Mengenai Penulis

Foto saya
Mengkaji dan mengenali sejarah Islam khususnya di Negeri Pahang