Monday, February 14, 2011

KADI BESAR PAHANG 1800-1980 DLM KENANGAN


SENARAI KADI BESAR PAHANG SEJAK TAHUN 1840 HINGGA 1980
Disamping tulisan kami mengenai mufti-mufti di Pahang,di sini kami bentang kan pula penulisan berkenaan kadi besar Pahang yang pernah tercatat di dalam sejarah sejak tahun 1800,beberapa tokoh tidak dapat kami senaraikan sebagai kadibesar kerana tiada bukti spt Tuan Teh,sekalipun terdapat fatwa yg dikeluarkan oleh beliau bagi rakyat Pahang dlm tahun 1800M tetapi tiada catitan yg menyatakan beliau kadi besar Pahang ketika itu,begitu juga di zaman Mufti Haji Mokhsen tidak terdapat nama kadi besar Pahang yg jelas.

KADI BESAR HAJI ABU BAKAR BIN SHAHIBUDIN  (TUAN SANGGANG) 1830
Kadi Besar yang pertama dapat di kesan setakat ini disebut oleh W.Linehan di dalam bukunya "The History of Pahang". Dikatakan beliau merupakan anak kepada Tuk Shahibudin. Kawasan tadbiran beliau terlalu luas meliputi dari kawasan Daerah Temerloh hingga ke hulu Sungai Pahang di Daerah Kuala Lipis. Tokoh ini anak dari perkahwinan Tuk Shahibudin dengan orang Kg Sanggang yang bernama Sapoi, usia Tuk Shahibudin ketika itu dikatakan hampir ke 100 tahun dan dari perkahwinan ini mendapat dua orang anak lelaki,mendapat pendidikan bawah bimbingan abangnya Tuan Teh kemudian menyambung pelajaran ke Mekah.
Tuan Sanggang pernah berpesan jika mati di Sanggang, tanamnya di Berhala Gantang, akan tetapi jika meninggal di Kuala Lipis,maka tempat semadinya di Sanggang. Beliau meninggal dunia di Kuala Lipis dan dimakamkan di kampong asalnya di Sanggang berdekatan dengan kembarnya iaitu adik perempuan beliau bernama Aminah.

KADI BESAR HAJI  IBRAHIM BIN ABU HURAIRAH   1830-1918
 Khatib Ngah iaiitu datuk kpd Kadi Ibrahim telah berkahwin dengan orang Berhala Gantang dan berpindah ke sana,beliau mendapat beberapa orang anak lelaki antaranya Khatib Hassan,Daharim dan Hurairah. Dari Hurairah lahirnya Kadi Ibrahim.Beliau dilahirkan sekitar dalam tahun 1830an, merupakan cicit kepada Tuk Shahibudin. Mendapat pendidikan dari Imam Syam di Kampung Berhala Gantang, menyambung pelajaran di bawah pengawasan datuk saudaranya Kadi Abu Bakar Sanggang, kemudian melanjutkan pelajaran ke Chenor dengan Mufti Pahang ketika itu di Kampung Kertau, Haji Abdul Syukur, dikatakan bahawa Kadi Ibrahim juga mendapat pendidikan di Mekah, sekitar tahun 1870 beliau kembali ke Pahang. Oleh kerana kebijaksanaan beliau dan beberapa kebolehan yang luarbiasa seperti pandai Ilmu Cuca Harimau, Kunci Taring dan Perubatan. Maka beliau bukan saja dijemput ke serata tempat untuk mengajar agama, malah dijemput untuk menghalau harimau dan juga binatang buas yang lain. Kehandalan beliau masyhur ke seluruh negeri Pahang. Kadi Ibrahim mempunyai jasa yang banyak dinegeri ini oleh itu dalam tahun 1890 Sultan Ahmad Shah 1 telah melantik beliau sebagai “Chief Kadi Of Pahang”. Nama beliau di sebut oleh Buyung Adil sebagai Kati Ibrahim yg mendapat elaun sebanyak 180.00 setahun.Beliau merupakan Kadi Besar Pahang yang kedua yg dapat dikesan selepas Kadi Abu Bakar Sanggang.Di samping menjadi Kadi Besar, beliau juga sempat mengarang beberapa buah kitab, antaranya:

a.       Kitab Syifa Al Abdan 3 Jilid
b.          Kitab Hidayatul Al Wildan
c.      Tafsir Surah Ikhlas
d.     Al Faaidaat Wal Al Muhaimmat.

KADI BESAR PAHANG  HAJI DAUB BIN ZAINAL ABIDIN (1876-1950)[1]

Dilahirkan pada 1876 di kampong Mekassar Pekan Pahang dan mendapat pendidikan agama dari alim ulama yang ada di pekan ketika itu sepeti Haji Montok dan Mufti Habib Mohd Amin. Pada tahun 1897 ketika berusia 21 tahun dilantik menjadi kerani kepada Mufti Pahang ketika itu Tuan Haji Habib Mohd Amin di pejabat Syariah Pahang, Pekan.Pada tahun 1898 telah diperkenanlkan oleh KDYMM Sultan Pahang  untuk menjawat jawatan imam di Masjib Jamek bandar Pekan di samping itu ditauliahkan menjadi Wali Hakim bagi kawasan bandar Pekan .Pada tahun 1912 pernah memangku jawatan Mufti Pahang kerana ketika itu Tuan Haji Osman Senik pergi menunaikan haji di tanah suci.Pada tahun 1914 dilantik menjadi Naib kadi Kuantan dengan berulang alik pada hujung bulan untuk memjalankan tugas di sana. Pada  tahun 1918 dilantik sepenuhnya menjadi kadi Pekan dan berhenti dari tugas beliau menjadi imam di masjid Sultan Abdullah di Pekan Lama. Beliau ada mendirikan sebuah surau bagi mengajar masyarakt di sekitar Kg Mengkasar dan Sg Mak Dulang. Walaupun ia sebuah surau tetapi kegiatan keagaamaan nya sangat aktif dan beberapa orang pelajar beliau yang pernah belajar di sini menjadi imam dan ustaz.Pada tahun 1922 dilantik menjadi Kadi Besar Pahang  selepas Kadi Ibrahim bin Hurairah,ini kerana sejak di masa Tuan Haji Osman Senik, jawatan kadi besar di mansuhkan. Pada tahun 1925 belaiu turut dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa Kelas Al Quraan Pahang bersama Cikgu Omar, Kadi Ahmad di Temerloh dan lain-lain. Jawatan kuasa ini di bawah kuasa Tengku Sulaiman bin Sultan Ahamd 1.Pada 1930, beliau turut dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang. Kedudukan beliau ketika itu bertaraf exco kerajaan negeri. Pada tahun 1933 beliau dilantik pula menjadi Ahli Majlis Anggota Islam Pahang yakni sebuah badan yang ditugaskan bagi menyelaraskan kegiatan kutipan zakat dan pengagihanya kepada yang berhak menerima zakat..Pada tahun 1941, ketika genap usianya 55 tahun beliau bersara dari jawatan Kadi Besar Pahang setelah berkhidmat selama 44 tahun. Beliau meninggal pada tahun 1955 dan di kebumikan di bandar Pekan.
(rujukan – Datuk Makhtar bekas curator mezium Pahang)

KADI BESAR    HAJI MOHD OSMAN BIN HAJI DAUD (1905- 1973)
                Mendapat didikan di Sekolah Melayu Bandar Pekan, Kemudian menyambung pelajaran di Madrasah Al Attas Ketapang Pekan, Kemudian menyambung pelajar ke Maahad Al Attas Johor. Pada 1934 melanjutkan pelajaran ke Mekah sehingga tahun 1940. Sekembali dari Mekah dilantik menjadi kadi di Raub,Kuala Lipis dan Pekan. Pada tahun 1953 dilantik menjadi Kadi Besar Pahang sehingga tahun 1960.Beliau mengantikan kekandanya sebagai kadi besar Pahang ketika itu.

KADI BESAR SYED ABDUL RAHMAN BIN SYED MOHAMMED AL  YAHYA(  1923- 1991)
                Dilahirkan pada tahun 1923 di Pekan Pahang, berketurunan “Syed” dari suku Al Yahya yang datang dari Hadramaut, Yaman.. Memulakan pengajian di Madrasah Al Attas Ketapang Pekan Pahang, Kemudian menyambung pengajian di Al Junid di Singapura sehingga tamat. Setelah itu beliau telah ditawarkan menjadi guru di sana. Di Singapura beliau sempat mengajar di dua buah sekolah iaitu Di Madrasah Al Qadariyah dan di Al Junid sendiri.  Pada tahun 1944, beliau berkahwin dengan Sharifah Fadlun bt Syed Abu Al Kharid mendapat 11 orang anak, beberapa orang anaknya mengikut jejak langkah beliau mengaji agama di Mesir.Pada tahun 1952 kerana tidak puas hati dengan ilmu yang ada beliau menyambung pelajaran di Rabath Trim, Hadramaut  di Yaman. Di sana beliau tinggal lagi selama 6 tahun.Setelah tamat beliau kembali ke Tanah Air dan menjadi guru di Sekolah Agama Kluang selama 4 tahun dari tahun 1956-1960, kemudian beliau kembali ke Pahang dan menjadi kadi di Raub dari tahun 1961-1971,Selepas itu ditukarkan ke Kuantan selama 4 tahun. Pada tahun 1976 beliua telah dilantik menjadi Kadi Besar Pahang selama 8 tahun.Beliau juga pernah dilantik menjadi Hakim Musabaqah Al Quraan peringkat Negeri Pahang.Beliau diantara Kadi Besar yang banyak menulis kitab-kitab agama, di antara kitab tulisannya ialah:  Kitab Qiraah Mufidah mengenai al Quraan, Kitab Risalah Idtikad Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kitab Fardhu Ain, Kitab Faraidh, Risalah Puasa Bulan Ramadhan dan Risalah Peraturan Tahlil di Makam Di Raja Pahang.(rujukan – pejabat mufti Pahang)

KADI BESAR TUAN HAJI MOHD BIN MUHAMMAD SALLEH (1906 -    )

                Dilahirkan pada tahun 1906 di Kampung Bukit Nenas,Benus Bentong Pahang. Mula bersekolah di Sekolah Melayu Bentong kemudian menyambung pelajaran ke pondok Tuan Haji Muhammad bin  Khalib sehingga tahun 1926.Setelah itu beliau pergi ke Johor, di antara pondok pengajian yang beliau kunjungi ialah Madrasah Tamrinuddin di Segamat,di Johore Haji Muhammad tinggal selama 4 tahun, kemudian beliau pergi ke Kedah menuntut di Pondok Langgar selama 11 tahun. Setelah tamat belajar, Haji Muhammad telah dijemput mengajar di Sekolah Agama Tanjung Besar , Benta Kuala Lipis.Beliau mengajar di sana sehingga ke zaman Jepun. Selepas perang  belaiu telah di lantik menjadi Kadi Cameron Highland pada tahun 1946. Beliau juga pernah menjadi Kadi Raub, Cenor dan Pekan sehingga tahun 1964. Pada tahun 1971, beliau telah dilantik menjadi Kadi Besar Pahang selama 6 tahun, selepas itu beliau kembali ke Raub dan masih dilantik menjadi kadi Raub selama 5 tahun secara kontrak. .(rujukan – pejabat mufti Pahang)

KADI BESAR TUAN HAJI MOHD SIDEK BIN HAJI ARIFFIN 1922-.

                Dilahirkan pada tahun 1922 di Kampung Tanjung Besar Kuala Lipis, mula bersekolah di Sekolah Kebangasaan Tanjung Besar kemudian menyambung pengajian di Sekolah Agama Tanjung Besar di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Ibrahim bin Mohd Ali. Sehabis tamat mengaji dikampungnya beliau telah dihantar oleh orang tua nya menyambung pengajian di Mekah di Madrasah Darul Ulum pada tahun 1937. Semasa di Mekah beliau banyak menghabiskan masa mengaji agama kepada Tuan Guru Syed Alwi dan Tuan Guru Abdul Kadir Mandili.Setelah 10 tahun di Mekah,pada tahun 1947 beliau kembali ke kampong halaman dengan ilmu pengetahuan yang penuh di dada. Beliau telah dijemput mengajar di Sekolah Agama Kampung Dong, kerana pada masa itu sekolah tersebut sangat memerlukan seorang yang alim seperti beliau.Kemudian pada tahun 1953 beliau telah dilantik menjadi Kadi Cenor . Beliau kemudiannya dipindahkan kebeberapa tempat sehingga tahun 1972 beliau telah dilantik menjadi Kadi Besar Pahang. Pada tahun 1976 beliau dengan resminya di lantik menjadi Mufti Kerajaan Pahang Darul Makmur sehingga tahun 1982. Setelah bersara beliau masih dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri Pahang.(rujukan – pejabat mufti Pahang).



0 comments:

Post a Comment