Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang

Pilih Bahasa

Ahad, 18 Disember 2016

JALAN -JALAN KE PEKAN SEHARI AHAD TEMERLOH (SAYURAN)


PEKAN SEHARI AHAD TEMERLOH


Bandar yang terletak di  Negeri Pahang ini menjadi tumpuan ramai pengunjung dari arah utara dan selatan Malaysia. Lebih-lebih lagi, bandar  ini menjadi penghubung dua pusat bandaraya iaitu Kuala Lumpur dan  Kuantan . Kali ini, kami telah berkunjung ke Pekan Sehari Ahad di Temerloh yang merupakan pekan sehari yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Terdapat pelbagai jenis tarikan di pekan sehari ini dengan kepelbagaian produk tradisional dari seluruh kampung yang terdapat di sekitar daerah Temerloh. Lebih menarik, pengunjung sanggup datang dari luar daerah Temerloh untuk berkunjung ke Pekan Sehari Temerloh ini.


ANDA TANYA KAMI JAWAB :



1)DI MANA PEKAN SEHARI AHAD TEMERLOH BEROPERASI?

  Berdekatan dengan Stadium Temerloh dan Klinik.

2)NAK LETAKKAN KENDERAAN DI MANA?
 
     Terdapat tiga lokasi yang berdekatan dengan Pekan Sehari Temerloh
  yang merupakan pintu masuk ke pekan sehari tersebut. 

 A)Di belakang Masjid Temerloh dan berhampiran dengan SJKC KHEE
   CHEE. (PINTU UTARA)

     

     
B)Berhadapan dengan Stadium Temerloh(PINTU SELATAN).

  


     

     
 C)Di sebelah stesen minyak Petronas yang berdekatan dengan
   Terminal Bas Lurah Semantan Temerloh. (PINTU TENGAH)

     



 3)PENGANGKUTAN AWAM ?

    

  

  Terminal Bas Lurah Semantan paling dekat dengan pekan sehari. 
  Anda boleh menggunakan pengangkutan awam sekiranya tiada kenderaan
  sendiri. 


4)Jam Beroperasi ?

   Seawal jam 7.30 pagi anda sudah boleh berkunjung ke Pekan Sehari.




SEKITAR SUASANA DI PEKAN SEHARI TEMERLOH


Terdapat pelbagai jenis sayuran kampung tradisional yang sukar diperolehi boleh dibeli di Pekan Sehari Temerloh dengan harga yang murah.



     (Sayuran yang diikat dijual dengan banyak dengan harga yang murah)




  
  (Sayuran ini biasanya hasil pertanian peniaga sendiri secara    kecil-kecilan dan hasilnya diambil,terus dijual dan tidak disimpan dalam tempoh yang lama)



  



( Sayuran tradisional yang dijual dalam kuantiti yang banyak )


  


  

  


 





(Peniaga yang ramah dan murah dengan senyuman )



   

5 FAKTA MENARIK :


1. PEKAN SARI YANG TERPANJANG DI SEMENANJUNG MALAYSIA.
2. TERDAPAT PELBAGAI MAKANAN TRADISIONAL DAN KUIH MUIH .
3. KEPELBAGAIAN SUMBER SAYURAN KAMPUNG DAN HERBA YANG SUKAR 
   DIJUMPAI DI TEMPAT LAIN.
4. IKAN- IKAN AIR TAWAR BOLEH DIDAPATI DALAM KEADAAN SEGAR DAN
   HIDUP SEPERTI IKAN PATIN YANG TERKENAL DI BANDAR TEMERLOH.
5. PENIAGA YANG RAMAH MESRA DAN HARGA YANG DITAWARKAN MENARIK.



 Nantikan penulisan seterusnya, bakal bersambung pula kunjungan ke bahagian ikan air tawar dan ikan-ikan sungai yang terdapat di Pekan Sari Temerloh. Semoga cuti hujung minggu dapat dimanfaatkan melalui kunjungan ke Pekan Sari Temerloh. Selamat membaca.



(UPDATE : 2/1/17 )




~Sebarang cadangan, kritikan atau komen sila emelkan kepada penulis.

Ahad, 4 September 2016

NEGERI PAHANG DAN DAERAH



PENGENALAN 



Negeri Pahang merupakan negeri terbesar di semenanjung Malaysia. Negeri ini terkenal dengan pelbagai makanan tradisional dan tempat yang menarik untuk dilawati.

Ibu Negeri : Kuantan

Bandar DiRaja : Pekan







Terdapat 11 Daerah di Negeri Pahang :

Bera

Bentong

Cameron Highlands

Jerantut

Kuantan

Lipis

Maran

Pekan

Raub

Rompin

Temerloh


Jom , berkunjung ke Negeri Pahang !

Koleksi Resepi Masakan Terkenal di Pahang 2




RESEPI PUDING ISTIMEWA PAHANG
  
4 sikat pisang lemak manis ( dibuang kulit)
1 cawan biji gajus ( goreng dengan sedikit minyak)
2-3 genggam jala emas
200 gm buah prune ( dipotong 4  )
ceri merah /hijau
2 tbsp minyak sapi
minyak untuk menggoreng


Untuk Kuah pudding

Bahan-bahan
1 tin susu cair
1 biji telor
1 tbsp tepung kastad
4 tbsp gula (sesiapayang suka manis boleh lebihkan)
1 tsp esen vanila daun pandan ( disimpul )
Sedikit  air ( kalau ada yang suka berkuah)

Cara-cara menyediakan kuah
1. Pukul telor dengan gula kemudian masukkan vanilla dan  gaul sehingga  rata.
2. Masukkan susu dan air, gaul hingga sebati.
3. Masukkan daun pandan.
4. Masak atas api sederhana. Kacau selalu agar tidak bergentel dan hangit.
5. Biar mendidih, padam api. Keluarkan daun pandan.

Untuk Puding
-Goreng pisang dalam minyak panas campurkan dengan minyak sapi hingga jadi warna coklat.
-Toskan goreng pisang tadi sehingga beberapa minit

Cara Menghidang
1. Aturkan pisang goreng 2-3 lapis dalam bekas.
2. Tabur jala emas.
3. Atur prun, ceri, gajus .
4. Tuang kuah di atasnya bila sedia dimakan.



RESEPI PAIS IKAN PATIN TEMPOYAK 



BAHAN BAHAN
-  1 EKOR IKAN PATIN
-  DAUN PISANG

BAHAN UNTUK DITUMBUK
   -LENGKUAS
   -KUNYIT
   -2 BATANG SERAI
   -12 ULAS CILI PADI
   -8 ULAS BAWANG MERAH
   -4 SUDU BESAR TEMPOYAK
   -GARAM
   -GULA
   -SEHELAI DAUN KUNYIT

CARA MEMASAK

IKAN PATIN YANG DIBERSIHKAN.
AMBIL DAUN PISANG DAN MASUKKAN BAHAN TUMBUK
MASUKKAN IKAN DAN PERAP (LUMUR) DENGAN BAHAN TUMBUK
AMBIL SEHELAI DAUN KUNYIT DAN BALUTKAN KELILING IKAN
SELEPAS ITU , BALUTKAN PULA DENGAN DAUN PISANG DAN 
SEMATKAN DENGAN LIDI
PERAPKAN DALAM PETI SELAMA SETENGAH HARI
BAKAR DI ATAS KUALI PEMANGGANG AJAIB/ PEMANGGANG BIASA DENGAN API YANG SEDIKIT PERLAHAN
BOLEH DIHIDANG SETELAH SELESAI.                                                                                                                                                                                


RESEPI ASAM PEDAS EKOR LEMBU PAHANG



BAHAN BAHAN

-350 GRAM EKOR LEMBU
-AIR ASAM JAWA
-SERBUK KUNYIT
-DAUN LIMAU PURUT
-1 BATANG BUNGA KANTAN
-DAUN KESUM
- GULA
 -GARAM
-MINYAK MASAK

BAHAN UNTUK DIKISAR

-LENGKUAS
-HALIA
-BAWANG PUTIH
-BAWANG MERAH
-CILI KERING SERAI

CARA MEMASAK

1 .REBUS EKOR LEMBU DAN TOSKAN. SIMPAN AIR REBUSAN.
2.TUMIS BAHAN KISAR SEHINGGA PECAH MINYAK
3. MASUKKAN AIR REBUSAN EKOR LEMBU TADI.
4.MASUKKAN EKOR LEMBU , BUNGA KANTAN , DAN DAUN KESUM
5. BIAR SEHINGGA MENDIDIH
6.SELEPAS ITU ,MASUKKAN AIR ASAM JAWA ,GULA ,GARAM DAN DAUN LIMAU 
   PURUT
7.BIARKAN SEHINGGA 30 MINIT .


8 .SEDIA DIHIDANGKAN


Antara makanan yang terkenal. Di ambil daripada buku resepi dan kebanyakkannya telah diubah mengikut pengalaman penulis.


Koleksi Resepi Masakan Terkenal di Pahang

    KOLEKSI RESEPI 1            







RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG

Bahan-bahan

10 biji belimbing buluh 
1/2 cawan cili padi
2 cawan ikan bilis yg siap dibersihkan 
6 biji bawang merah ditumbuk
5 sudu besar kicap
1 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara buat sambal hitam 

-Cuci belimbing hingga bersih

-Masukan kedalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yang kecil.

-Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri,

-Kacau selalu supaya tidak hangit,

-Rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi coklat.

-Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat.

- Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.

-Panaskan minyak dalam kuali,
-Kemudian masukan bahan-bahan tumbuk sekaligus  dan tumis lah sehingga bahan -tersebut menjadi kering dan garing.

-Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa.

- Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan angkat toskan minyak.

-Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.



RESEPI AYAM MASAK KICAP PAHANG

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam
serbuk kunyit
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah*
2 cm halia*
5 tangkai cili padi (dipotong 2)
1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
1 ulas asam keping
kicap manis secukup rasa
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Potong ayam kepada bahagian sederhana kecil.
Gaul dengan kunyit dan garam.
Goreng separuh masak.
Angkat dan letak ketepi.
Tumbuk bahan bertanda *dengan menggunakan lesung batu
Panaskan 4 camca besar minyak.
Tumis bahan tumbuk kasarsehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan ayam, asam keping dan kicap beserta sedikit air (1 cawan).
Kacau dan tutup, biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
Kemudian ,apabila air reneh tadi sudah kering  masukkan cili padi dan bawang besar,


Siap untuk dimakan.


RESEPI DAGING OPOR PAHANG


Bahan-bahan

1kg daging
70g rempah opor 
*200g bawang merah
*25g bawang putih
*25g halia

bahan * dikisar
50g serbuk lada kering 
5sm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
50g asam jawa - bancuh air
4-5 cawan santan
2 batang serai dititik
100g kerisik
1-1½ cawan minyak
garam dan gula (Secubit rasa)



CARA CARA MENYEDIAKANNYA
-Panaskan minyak 
-Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau.
-Masukkan bahan kisar dan serbuk lada kering. Tumis sehingga wangi.
-Masukkan daging bersama 2 cawan air dan masak hingga mendidih.
-Masukkan santan dan rempah opor yang dibancuh dgn sedikit air 
- biarkan mendidih dan masak sehingga daging empuk dan kering sedikit.


-Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.
- Gaulkan. 
-Masukkan dengan garam dan gula. 
-Biarkan reneh sebati, kuah pekat dan terbit minyak. 
- Sedia untuk dihidang 

RESEPI IKAN TALAPIA BAKAR PAHANG


BAHAN-BAHAN:

1 ikan talapia (sudah dibersihkan)
3-4 sudu besar cili giling
1 sudu kecil  bawang putih
½ garam secukup rasa
2 sudu besar kicap manis
jus limau dari ½ limau
2 helai daun pisang

CARA-CARA:

-campur semua bahan dalam mangkuk, gaul sebati
-sapukan kepada ikan
-balut ikan dengan daun pisang
-Bakar sehingga masak.

RESEPI GULAI IKAN PATIN TEMPOYAK PAHANG

Bahan-Bahan:
2 sudu besar tempoyak
3 tangkai cili merah  ( ditumbuk halus )
4 cm kunyit hidup ( ditumbuk halus)
1 batang serai  ( dititik)
450 ml air
1 ekor ikan patin potong 3 cm tebal
1 tangkai cili hijau  
1 helai daun kunyit 
Garam secukup rasa


Cara-Cara Penyediaan:
Cuci ikan patin bersama garam kasar dan asam jawa untuk menghilangkan bau.
Perap tempoyak dan bahan-bahan yang ditumbuk halus bersama serai dan air di dalam periuk.
Panaskan di atas api yang sederhana hingga mendidih.
Tambahkan ikan, cili hijau dan daun kunyit.
Masukkan dengan garam secukupnya


Setelah masak . siapkan untuk dimakan.


Inilah antara makanan terkenal di Pahang.Resepi ini telah diambil dan diubah sedikit cara masakannya. Selamat mencuba.






Pahang Warrior 1800-In “History Of Pahang” Wrriten By W. Linehan - War by War



The almost complete list of Pahang Warrior based on W. Linehan:


1800
1. Bendahara Tun Ali @ Bendahara Sewa Raja
2. Dato Parit from Bukit Segumpal
3. Dato Tangguk Bingkai Tembaga
4. Ketua Menteri Syed Omar
5. Imam Perang Indera Mahkota
6. Orang Kaya Bakti
7. En Abdullah from Lepar
8. En L:ambak from Benta
9. Panglima Johan Perkasa En Hassan from Kuantan
10.Tok Jenang Talib from river of Sungai Anak Endau Rompin
11. Panglima Tunggal from Bukti Segumpal
12. Orang kaya Haji Hassan
13. Imam Perang Encik Buman
14. Panglima Perang Kanan Panglima Bebas from Sungai Dingin
15. Mufti Haji Abvd  Shukur bin Abd Kadir
16. Kadi Besar Pahang Kadi Abu Bakar  bin Imam Shahibudin

Pahang Map which made up of several district.

1858
15. Wang Buang
16. Encik Lambak
17. Panglima Dalam Yusuf
18. Maharaja Purba Jelai
19. Dato Setia Muda Wan Muhammad
20. Panglima Raja Kukup Bahaman
21. Haji Abd Rahman from kechau lipis
22. Panglima Kiri Buruk
23. Encik Nit
24 .En Embok
25. Wan Daud (Rawa arms)
26. Khatib Rasu @ Tok Gajah
27. Panglima Raja Mat Ali
28. Orang Kaya Haji Mat Tahir
29. En Mat Soh
30.En Buruk Berati from Pulau Tawar
31. Imam Perang Dualit from Pulau Tawar
32. Parajurit En Yahya from tembeling
33. Khatib Baharim
34. Imam Perang Raja
35. Panglima Tampak
36. Panglima Perang Penghulu Wan Keci;
37. Headman of Bera Tok Husin
38. OKPT En Ngah bin Husin
39. OKPT En Deraman bin Husin

PAHLAWAN PAHANG YANG TERLIBAT DALAM SELANGOR WAR 1863
(mohon maaf jika ada nama tertinggal)
1. Dato Tuit (Cenor)
2. Syed Abd Rahman
3. Imam Perang Mat Aris (Raub)
4. Tuan Kecut (Raub)
5. Hj Mohd Nor Hj Hamid (Cenor)
6. Tuk Kali (Sega)
7.Tuk Mamat (Budu)
8. Dato Lubuk Setia Raja
9. En Embok
10. Imam Perang Tujuh Lapis
11.Orang Kaya Cenor Dato  Husin
12. Imam Perang The Sanggang
13. Ceh Man bin Mata mata
14. Che Sulaiman (Pulau Keladi)
15. Dato Muda Andak.
16. Panglima Garang Khalid
17. Encik Abdullah ( Bera)
18. Orang kaya Imam Perang Indera Gajah Pahang
19. Imam Perang Gendut
20. Orang kaya Pahlawan Semantan
21.Tuan Muhamad bin Buang
22. Imam Perang Haji Husin (Bukit Segumpal)
23. Panglima Bebas Zabidi
24. Imam Perang Kadam
25. Dato Umbi.

PAHANG WARRIOR  IN SELANGOR WAR’S

1863
1. Dato Tuit from Cenor
2. Imam Perang Serang Raub @ Mat Aris
3. Pahlawan Syed Deraman
4. Pahlawan Tuan Kecut from Raub.
5., Haji Muhammad Nor bin Haji Abd Hamid @ Encik Nor  @ Cenor
6. Dato kali from Sega
7. Dato Mamat from Budu
8. Imam Lubuk Setia Raja
9. En Emnbok
10. Imam Perang Tujuh Lapis

SECOND WAR’S 1870
11. Orang Kaya Indera Pahlawan Tok Husin
12. Imam Perang The from Sanggang
13. ACMS  En Mat bin Maat
14. En Sulaiman from Pulau keladi
15. Tok Muda Andak from Pekan
16. Panglima Garang Ishak
17. Encik Abdullah from Bera
18. Orang kaya imam perang Indera Gajah Pahang
19. Imam Perang Gendut
20. Orang Kaya Pahlawan Semantan Tun Mahmud bin Buang
21. Imam Perang haji Husin from Bukit Segumpal
22. Panglima Bebas En Zabidi
23. Imam Perang Kadam
24. Dato Umbi

PAHANG WARRIOR  IN BAHAMAN  WAR’S
STAND WITH PAHANG KING SIDE IN 1892
1. Tengku Ali
2. Haji Muhammad bin Mat Nor
3. Imam Perang Sanggang
4. Dato Umbi
5. Pahlawan Lewi
6. Pahlawan Tok Junid from Cenor
7. Panglima Wan Ahmad from Tembeling
8. Panglima Raja En Yaakub.

BAHAMAN  WARRIOR’S
1. Bahaman
2. Orang Kaya Imam Perang Indera Gajah Pahang
3. Mat Kilau,son of Tok Gajah
4. Awang Nong
5. Tok Lela of Kerdau
6. Yusof
7. Teh Ibrahim
8. Mat lela,son  of Bahaman
9. Mat Kelubi
10. Haji Mohammad Wahid.



Semoga Allah s.w.t memberi tempat yang mulia bagi orang yang mempertahankan maruah agama dan keluarga. InsyaAllah.

Wacana Kampung Mengkarak - Diskusi Terkini


Mengkarak, 30 JAN :



 Penulis telah dijemput oleh JKKK Kg. Mengkarak untuk memberi pencerahan dalm program Wacana Kampung Mengkarak mengenai Dato Mengkarak(tidak menyentuh tokoh ini) dan juga bukti kewujudan Iman Dzul Bayan di Pusat Komuniti Kg. Mengkarak, Bera. Kali ini, penulis juga menerangkan syair-syair yang menjelaskan kewujudan Iman Dzul Bayan pada suatu ketika dahulu. Kali ini, forum atau diskusi dihadiri oleh lebih daripada 60 orang termasuklah daripada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, NGO-NGO, orang persendirian dan juga pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak, Bera. 

Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Khairi Alias (wakil Masjid Bera), dan
Panel Forum/Diskusi kali ini ini terdiri daripada:

Pengerusi : Encik Jamaludin Ayub
Ketua JKKK Kg. Mengkarak
Panel 1 : Ustaz Zainal Abidin b Lebai Hassan
Panel 2 : Ustaz Redha b Abdul Ghaffar
Panel Tambahan : Haji Alang b. Teh (Mantan Wartawan Utusan Melayu)

Dimaklumkan juga, pihak Jabatan Perpustakaan Awam Pahang juga mendokumentasikan majlis ini sebagai rujukan pada masa hadapan. Gambar-gambar sekitar majlis Wacana Kampung Mengkarak:


test







Semoga program seterusnya akan mendapat sambutan yang lebih hangat bagi memartabatkan sejarah asal usul Pahang yang kian dilupakan.

[BONUS]
Disini juga penulis berkongsi kertas kerja[yang dibentangkan di Kg Mengkarak] mengenai Imam Zul Bayan:

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX







Ikuti SIP

Nota

Jika ada iklan yang tidak sesuai, sila tekan pangkah pada iklan kerana kami sangat mementingkan keselesaan pembaca.