Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Ahad, 4 September 2016

Koleksi Resepi Masakan Terkenal di Pahang

    KOLEKSI RESEPI 1            







RESEPI SAMBAL HITAM PAHANG

Bahan-bahan

10 biji belimbing buluh 
1/2 cawan cili padi
2 cawan ikan bilis yg siap dibersihkan 
6 biji bawang merah ditumbuk
5 sudu besar kicap
1 cawan minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara buat sambal hitam 

-Cuci belimbing hingga bersih

-Masukan kedalam periuk tanpa air dan reneh dengan menggunakan api yang kecil.

-Biarkan sehingga belimbing kecut dan mengeluarkan jusnya sendiri,

-Kacau selalu supaya tidak hangit,

-Rebus sehingga warna belimbing bertukar menjadi coklat.

-Tumbuk cili padi sehingga halus, tumbuk bersama bawang merah sehingga lumat.

- Tumbuk juga belimbing buluh separuh lumat.

-Panaskan minyak dalam kuali,
-Kemudian masukan bahan-bahan tumbuk sekaligus  dan tumis lah sehingga bahan -tersebut menjadi kering dan garing.

-Tambahkan kicap, garam dan gula secukup rasa.

- Biarkan sambal kering seperti serunding, bila dah elok masak, tutup apinya dan angkat toskan minyak.

-Boleh disimpan dalam bekas kedap udara dan boleh simpan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.



RESEPI AYAM MASAK KICAP PAHANG

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam
serbuk kunyit
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah*
2 cm halia*
5 tangkai cili padi (dipotong 2)
1 ulas bawang besar (dihiris nipis)
1 ulas asam keping
kicap manis secukup rasa
garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Potong ayam kepada bahagian sederhana kecil.
Gaul dengan kunyit dan garam.
Goreng separuh masak.
Angkat dan letak ketepi.
Tumbuk bahan bertanda *dengan menggunakan lesung batu
Panaskan 4 camca besar minyak.
Tumis bahan tumbuk kasarsehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan ayam, asam keping dan kicap beserta sedikit air (1 cawan).
Kacau dan tutup, biarkan sehingga ayam menjadi empuk.
Kemudian ,apabila air reneh tadi sudah kering  masukkan cili padi dan bawang besar,


Siap untuk dimakan.


RESEPI DAGING OPOR PAHANG


Bahan-bahan

1kg daging
70g rempah opor 
*200g bawang merah
*25g bawang putih
*25g halia

bahan * dikisar
50g serbuk lada kering 
5sm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
50g asam jawa - bancuh air
4-5 cawan santan
2 batang serai dititik
100g kerisik
1-1½ cawan minyak
garam dan gula (Secubit rasa)



CARA CARA MENYEDIAKANNYA
-Panaskan minyak 
-Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau.
-Masukkan bahan kisar dan serbuk lada kering. Tumis sehingga wangi.
-Masukkan daging bersama 2 cawan air dan masak hingga mendidih.
-Masukkan santan dan rempah opor yang dibancuh dgn sedikit air 
- biarkan mendidih dan masak sehingga daging empuk dan kering sedikit.


-Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik.
- Gaulkan. 
-Masukkan dengan garam dan gula. 
-Biarkan reneh sebati, kuah pekat dan terbit minyak. 
- Sedia untuk dihidang 

RESEPI IKAN TALAPIA BAKAR PAHANG


BAHAN-BAHAN:

1 ikan talapia (sudah dibersihkan)
3-4 sudu besar cili giling
1 sudu kecil  bawang putih
½ garam secukup rasa
2 sudu besar kicap manis
jus limau dari ½ limau
2 helai daun pisang

CARA-CARA:

-campur semua bahan dalam mangkuk, gaul sebati
-sapukan kepada ikan
-balut ikan dengan daun pisang
-Bakar sehingga masak.

RESEPI GULAI IKAN PATIN TEMPOYAK PAHANG

Bahan-Bahan:
2 sudu besar tempoyak
3 tangkai cili merah  ( ditumbuk halus )
4 cm kunyit hidup ( ditumbuk halus)
1 batang serai  ( dititik)
450 ml air
1 ekor ikan patin potong 3 cm tebal
1 tangkai cili hijau  
1 helai daun kunyit 
Garam secukup rasa


Cara-Cara Penyediaan:
Cuci ikan patin bersama garam kasar dan asam jawa untuk menghilangkan bau.
Perap tempoyak dan bahan-bahan yang ditumbuk halus bersama serai dan air di dalam periuk.
Panaskan di atas api yang sederhana hingga mendidih.
Tambahkan ikan, cili hijau dan daun kunyit.
Masukkan dengan garam secukupnya


Setelah masak . siapkan untuk dimakan.


Inilah antara makanan terkenal di Pahang.Resepi ini telah diambil dan diubah sedikit cara masakannya. Selamat mencuba.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti SIP