Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang

Pilih Bahasa

Ahad, 29 Januari 2017

KADI BESAR PAHANG PADA TAHUN 1791.....TUAN TEH ...??????


Pada awal kurun ke 18, gelaran “Tuan”  hanya di gunakan di Pahang bagi penghormatan kepada tuan-tuan guru ,kadi dan Mufti. Golongan ini di gelar Tuan Mufti atau Tuan Kadi yang melambangkan satu kedudukan yang tertentu kerana kebolehan dan pangkat yang mereka miliki. Satu catatan dari pada buku sejarah History of Pahang yang di tulis oleh W Linehan ,halaman 60 menyebutkan seperti berikut:
Inche Long a wife of Bendahara Ali ,On 23 may 1836 gave birth to a son Tun Ahmad (later, Sultan).....at that time in Pahang were a mufti and a chief kathi ,”Tuan” Haji Abdul Shukur @Kg Kertau Cenor and “Tuan” Senggang @ Sanggang. A many religios teacher of minor degree.....peace and prosperity reigned in the contry....many people become rich.....(1973- MBRAS)  .
Gelaran yang sama juga diberikan kepada “Tuan Teh” anak kepada Imam Syahibudin bin Zainal Abidin semasa hayatnya.  Maka boleh dianggap beliau juga seorang kadi @ Kadi Besar Pahang ketika itu.Tuan Teh mendapat pendidikan dari bapanya kemudian menyambung pelajaran ke Mekah, beliau ada menyebutkan beberapa nama guru2 beliau di Mekah serta kawan2 baik beliau di sana. Dalam tahun 1780an beliau kembali ke Pahang setelah tamat pengajian di sana dan mengambil alih pentadbiran pondok yang diasaskan oleh bapanya.Maka ketika inilah segolongan syed tiba dari Yaman, mereka dilantik menjadi menteri @ Engku Sayid ,mufti @ Habib Muhsin bin Habib Abdul Rahman. Maka tidak mustahil Tuan Teh adalah memegang jawatan kadi besar kerana dasar di Pahang wujud jawatan mufti dan kadi besar sejak dahulu lagi.
Beliau juga ada mengedarkan satu “warta” ke seluruh negeri Pahang berkaitan dengan beberapa amalan dan kepercayaan penduduk Pahang ketika itu yang dianggap bertentangan dengan hukum dan akidah Islam(sila rujuk buku -Tokoh2 Ulama Pahang – Sempena memuliakan hari keputeraan KDYMM Sultan Pahang 2014) Surat Warta itu bertarikh pada tahun 1206 Hijrah bersamaan 1791 Masehi, satu tarikh yang sama dengan masa beliau menjadi Kadi Besar Pahang. Ini Kerana karya terakhir beliau bertarikh pada 1806 Masehi. Setelah Tuan Teh meninggal dunia,jawatan kadi besar Pahang diberikan kepada adinda beliau yang bernama Kadi Abu Bakar Sanggang yang dikenali dengan nama Tuan Sanggang bagi kepada Imam Perang Teh di Kampung Sanggang. Nama Imam Perang di abadikan di dewan Kampung Sanggang ketika ini.Surat warta ini disalin semula oleh Kadi Ibarahim iaitu kadi besar Pahang pertama di masa Britisah dalam tahun 1894 sebaik sahaja beliau dilantik menjadi kadi besar Pahang ketika itu. Salinan inilah yang terdapat di dalam buku Tokok2 Ulama Pahang 2014 tadi.
RIWAYAT HIDUP TUAN TEH.

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Shahibudin bin Zainal Abidin, tetapi menurut Kadi Ibrahim pula didalam kitab Syifa Al Abdan ialah Muhammad bin Zainal Abidin bin Shahibudin. Di dalam buku “Juble Perak Sek Men Agama Al Wosto” nama beliau di sebut “Teh Hassan”. Dilahirkan dalam tahun sekitar1760an dan meninggal sekitar awal tahun 1810 dalam usia hampir 50 tahun. Anak keempat dari sepuluh orang dari adik beradik seibu sebapa. Oleh yang demikian beliau digelar “Teh” atau “Tuan Teh Keramat”. Gelaran “tuan” pula ialah kerana beliau merupakan “Tuan Guru” yang menggantikan ayahandanya Tuk Shahibudin setelah ayahandanya uzur  tetapi beliau terlebih dahulu meninggal dunia dari ayahndanya .Beliau mendapat pendidikan awal dari ayahnya kemudian menyambung pelajaran ke Mekah sekitar tahun 1780an,di antara gurunya di Mekah ialah Syeikh Abdul Jalil. Beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan ulamak-ulamak dari Riau selama berada di sana di antara mereka ialah Khatib Ahmad dan Haji Ahmad,kedua rakan beliau ini masih berada di Mekah ketika Tuan Teh sudah mengantikan ayahnya di Pahang. Kesan hubunganbeliau dengan ulamak di Riau maka  kita dapati ada karya-karya Tuan Teh di cetak di percetakan batu di Singapura yang dikendalikan oleh pemerintah Diraja Riau pada masa itu.Tuan Teh dimasyhurkan oleh orang ramai pada masa dahulu memiliki beberapa keluarbiasaan atau “Keramat” yang dikurniakan oleh Allah s.w.t bagi membuktikan kealiman dan ketinggian martabatnya. Pernah satu ketika seorang saudagar yang kaya mengalami masalah ribut di Kuala Pahang, maka setelah semua barang dagangan dicampak ke laut ,rebut masih kuat, maka saudagar yang kaya itu teringat kepada Tuan Teh,maka beliau pun bertawassul, maka katanya jika Allah selamatkan dia dan kapalnya maka dia akan bersedekah segantang emas kepada Tuan Teh. Maka takdir Allah hujan pun reda serta merta. Oleh saudagar itu tadi maka dikirimnya segantang emas kepada Tuan Teh melalui orang menjual tembakau.Emas itu diletakkan di dalam bakul yang berisi tembakau di sebelah bawah.Tidak diberi tahu kepada penjual tembakau di dalam bakul itu ada emas. Maka dia berniat jika betul Tuan Teh keramat,maka Emas ini pulang kepada dia.Maka pergilah penjual tembakau itu mudik ke hulu sungai Pahang menjual barangan termasuk tembakau itu tadi,semua barang jualan habis kecuali tembakau sebakul itu,Apabila hilir balik ke Pekan lalu di kampong Berhala Gantang,maka dipanggil oleh Tuan Teh singgah bertanya barang apakah yang masih ada,maka dijawab oleh penjual itu tadi hanya tembakau saja yang tinggal. Maka kata Tuan Teh :”Juallah kepada saya tembakau itu?”,maka dijual oleh penjual itu tembakau yang sudah kering dan buruk itu kepada Tuan Teh.Maka baliklah emas segantang itu ke tangan yang patut empunya dia. Sebab itulah sejak hari itu di gelar orang kampong ini “Balik Gantang”. Emas yang dibawa oleh penjual tembakau itu hingga ke hulu Pahang,balik semula ke kampong ini.Bagi meneruskan usaha ayahandanya Tuk Shahibudin, Tuan Teh mengarang banyak kitab-kitab agama seperti Tauhid, Usulfiqh dan Tasawuff. Usaha ini dilakukan bagi membanteras ajaran sesat yang berleluasa di Pahang ketika itu. Ajaran sesat yang wujud sejak sebelum zaman Tuk Shahibudin lagi terus wujud dimasa Tuan Teh seperti ajaran Hakikat Diri,Hakikat Sembahyang,Hakikat Sembelih,Hakikat Berjunub,Pantang pemali,Cuca,Ilmu Sihir,Ilmu Pengasih,Ilmu Kebal,Ilmu karut marut yang bercampur di antara ilmu agama, pawang dan ilmu pendekar. Kebanyakan guru-guru yang mengajar ajaran ini adalah secara sulit tidak berterus terang,sedangkan Rasullulah tidak pernah menyembunyikan ilmu beliau untuk sesiapa sahaja kerana sifat Baginda yang “Tabligh” menyampaikan semua ilmu kepada manusia.Tuan The di dalam satu watikah telah mengistiharkan bahawa semua ini adalah ajaran sesat yang bukan sama sekali dari Islam. Oleh kerana peranan yang begini besar beliau telah diberi gelaran oleh Prof.Dr. Harun Fatah Ibrahim  dari UKM sebagai orang yang pertama di Tanah Melayu yang menentang ajaran sesat  semasa di adakan Muktamar Tokoh Ulama UKM tahun 1983. Fatwa yang dikeluarkan oleh beliau disebarkan di seluruh negeri Pahang (Lihat lampiran ).Di antara sifat keistemewaan Tuan Teh ialah sifat zuhud beliau yang begitu tinggi, beliau sama sekali tidak menghargai harta benda dan kekayaan.Walaupun beliau dikurniakan oleh Allah harta yang banyak dan kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat hasil perkahwinannya dengan Tengku Zubaidah, ini semua tidak menjadikan beliau seorang yang “gila dunia” dan “gila pangkat” sehingga sanggup mempermainkan agama dengan harta dunia yang sedikit .Harta yang dimiliki semuanya dilaburkan di jalan Allah.Beliau sangat gembira jika harta yang di dapati dengan usaha yang halal dibelanjakan untuk membina masjid,pondok pengajian dan madrasah.Di dalam kitabnya Raudah Al Jinnah,semua pemikiran dan sikap beliau tergambar di dalam kitab tersebut.Tuan Teh berlainan dengan bapanya,beliau banyak menghasilkan karya-karya berbentuk prosa. Karya beliau di dalam pelbagai bentuk seperti Huraian Kitab Ummu Al Barahim, Kitab Usul Fiqh, Kitab Hadis-hadis pilihan, Kitab Sejarah Nabi. Pada akhir hayatnya beliau banyak menulis dalam bidang tasawuff,antaranya kitab Raudatul Jinan. Kitab-kitab  karangan Tuan Teh bukan hanya dipakai di negeri Pahang tetapi juga hingga ke Riau, cetakan kitab Raudhah Al Jinnah kali pertama dibuat di Riau. Karya-karya beliau juga dijumpai di Sumatera Barat di dalam simpanan Marhum Haji Umar di kawasan Padang Sumatera Barat.Kealiman Tuan Teh juga diakui oleh banyak pihak sehingga beliau menerima pelbagai kunjungan dari ulamak-ulamak yang terdapat di Nusantara ketika itu seperti dari Sambas,Riau,Acheh,Terangganu dan Kelantan. I

ASAL NAMA BANDAR TEMERLOH & KUALA SEMANTAN

  
Pada 27 Dis 2016, pihak akhbar Sinar Harian telah menyiarkan temu ramah wakil sinar harian di Temerloh dengan saya mengenai asal usul nama “Bandar Temerloh”. Kenyataan saya itu mendapat perhatian beberapa pihak,maka seminggu kemudian tersiar di dalam surat kabar “Harian Metro” yang menceritakan bahawa asal nama Temerloh & Kuala Semantan dari versi yang berbeza spt berikut:

Kuala Semantan pada asalnya merupakan sebuah kampung tua. Letaknya ialah di tanjung sebelah kanan kuala Sungai Semantan yang bertentangan dengan Kampung Bangau Parit. Mengikut ceritanya, nama 'Semantan'  itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Perkataan 'Semantan' itu terbit dari perkataan 'Seman Tahan' . 'Seman Tahan' merupakan seorang Brunei yang menetap di tanjung sebelah kanan kuala, salah sebuah anak Sungai Pahang . Osman yang dikenali sebagai Seman ini merupakan seorang yang pandai bersilat dan banyak ilmunya. Disebabkan oleh kepandaiaannya,maka ramai orang yang tinggal di sekitar tempatnya datang berguru dengan Seman .Disamping pandai bersilat, Seman juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu.Oleh kerana kemasyurannya ini, maka nama 'Seman Tahan' diabadikan kepada sungai yang terdapat disitu . Dari situlah nama sungai itu menjadi sungai Seman Tahan .Sungai Seman Tahan itu lama kelamaan menjadi sungai Semantan (mungkin untuk penyebutan yang mudah dan ringkas) dan kuala yang terdapat di Sungai Semantan masih kekal hingga ke hari ini . Oleh kerana ramai yang berpindah ke Kuala Semantan untuk berguru dengan Seman Tahan menyebabkan ia berkembang menjadi sebuah pekan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan yang terkenal semasa sebelum kedatangan British.Bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku di Kuala Semantan , maka banyak kawasan-kawasan baru telah dibina untuk dijadikan kawasan penempatan .Nama Kuala Semantan dirasakan tidak bersesuaian dengan perkembangan kawasan baru ini kerana perkataan 'kuala' itu hanya meliputi kawasan sekitar pertemuan antara pintu Sungai Semantan dengan Sungai Pahang .Oleh kerana itu nama Temerloh telah diambil bagi menamakan kawasan yang baru berkembang itu.

Nama Temerloh, seperti juga kawasan-kawasan lain di negeri Pahang , mendapat namanya melalui satu peristiwa yang berlaku di Kuala Semantan .Menurut Haji Zakaria Hitam (beliau mendapat cerita ini daripada orang-orang tempatan) nama Temerloh itu berpunca daripada perkataan 'mereloh' .Ini berdasarkan pada satu peristiwa yang berlaku di sebuah anak sungai di kiri hilir Sungai Pahang bertentangan dengan Pulau Temerloh. Pada suatu hari ada seorang Minangkabau mendarat di kuala anak sungai itu .Semasa beliau berada di kampung tersebut , beliau melihat seorang sakai yang asyik mereloh (tidur) sepanjang hari tanpa mempedulikan hal-hal lain . Dari peristiwa itulah terbitnya perkataan temerloh yang kemudiannya diambil untuk menamakan kawasan yang baru dibuka itu . Pendapat yang mengatakan nama Temerloh itu datangnya dari perkataan mengeloh juga dipersetujui oleh beberapa tokoh tempatan lainnya seperti Ishak Haji Muhammad dan Haji Omar walaupun peristiwa-peristiwa yang mereka ketahui agak berlainan sedikit .

Dari kajian saya  mengenai bandar Temerloh & Kuala Semantan melalui riwayat orang tua-tua dan syair-syair lama berbeda dengan pendapat beberapa pihak. Menurut syair karangan Imam Syahibudib bahawa pekan Kuala Semantan telah wujud lebih awal dari tahun 1780. Ini kerana beliau menyebutkan bahawa telah wujud sejenis mata wang yang di gunakan berjual beli di pekan tersebut. Imam Syahibudin menyarankan kepada anak2 murid beliau yang hendak menyalin syair karangan beliau boleh mengupah penulis yang cantik tulisannya dengan membayar serial dua nukud semantan. Nama matawang tersebut ialah “Nukud Semantan”. Nukud dari perkataan Arab bermakna “Duit”. Dari catatan pihak di Temerloh konon nya nama Kuala Semantan ada lah singkatan dari nama Seman & Tan. Ada pula mengatakan dari perkataan “Seman Tahan” seorang Berunai yang tinggal di Temerloh. Kalau kita lihat di dalam peta kepulauan Nusantara, nama “Semantan” ini sudah wujud di pelbagai tempat seperti nama Tebing Tinggi atau nama Lubuk Kawah atau nama Lebak atau Mengkarak. Bagi saya nama semantan adalah satu nama yang biasa diguna oleh orang Melayu dipelbagai tempat bukan dari singkatan nama tertentu.Kita tidak dapat menentukan mana tempat yang paling awal digunakan nama tersebut.

Hujah saya lagi, untuk meletakan nama Semantan dari perkataan Seman & Tahan  tidak sangat berasas. Ini kerana siapakan anak cucu Seman Tahan  yang disebut2kan itu? Biasa nya setiap tokoh yang terkenal mesti ada salsilah dan anak cucu yang mengaku mereka keturunan seman tahan lebih2 lagi beliau seorang tokoh yang terkenal,jawab nya tidak ada golongan yang mengaku mereka anak cucu seman tahan. Jika kita merujuk pula seman tahan ini kepada Dato Bahaman, saya rasa bertentangan dengan catatan Imam Syahibudin yang mengatakan bandar ini sudah wujud dalam tahun 1780 sedangkan Dato Bahaman dalam tahun 1890 Masehi.

Bagi nama “Temerloh” pula, saya suka merujuk kepada riwayat orang tua-tua di zaman dahulu yang mengatakan bahawa telah wujud seorang tokoh pemimpin di Temerloh bernama Dato Suji Bilang. Beliau pernah menjadi ketua di kawasan Kuala Semantan di sekitar bandar Temerloh. Dato Suji Bilang mempunyai seorang menantu bernama Panglima Bagus yang berasal dari Negeri Perak Darul Riduan anak kepada Dato Matang. Dato Suji Bilang telah memberi sebahagian tempat pegangan beliau kepada menantunya di sebelah hilir Kuala Semantan. Maka nama tempat tersebut ialah Kuala Temerloh(@berdekatan Kg Tengguh). Kemungkinan jawatan yang dipegang oleh Panglima Bagus adalah jawatan Dato Penggawa @Penghulu maka beliau menamakan kawasan pegangan beliau sebagai Mukim Perak. Kalau kita rujuk kepada jawatan penghulu Temerloh memang disebut  “Penghulu Mukim Perak”.Di seberang sungai Kg Kuala Temerloh terletak Kampung Pengkalan Jaya ,asalnya kampong tersebut adalah Kampung Pengkalan Cina. Jadi saya berpendapat bahawa di zaman tersbut (1780) Kg Kuala Temerloh merupakan sebuah pekan kecil yang ada dua bandar berkembar, satu bandar melayu dan satu lagi bandar cina, kenapa mereka tidak duduk sekali? Ini kerana di zaman itu dengan semangat agama yang kuat, orang melayu dan cina tidak duduk berdekatan. Dari mana asal nama bandar Temerloh? Maka ia diambil dari nama kampong Kuala Temerloh di Tengguh.

Di mana perkataan “temerloh” ini diambil, maka bagi saya nama ini diberikan oleh Panglima Bagus dari nama “Temerloh” yang terdapat di Negeri Perak juga tempat asal usul beliau. Kalau kita merujuk ke negeri Perak terdapat satu pekan kecil bernama Temerloh berhampiran dengan kawasan Matang berkedudukan di tepi laut. Bagi perkataan “Merloh” memberi makna tidur yang diambil dari perkataan orang asli. Saya rasa elok kita bertanya kepada Orang Asli di Kampung Darat Senayan atau Darat Perak atau di penampatan orang asli dilebak sebarang adakah wujud perkataan ini di kalangan mereka??? Jika perkataan ini merujuk kepada penggunaan orang Melayu Temerloh, rasa nya tak wujud “perkataan “ ini merujuk kepada makna tidur atau berehat panjang???? Kalau kita lihat lokasi bandar Temerloh yang asal di zaman British adalah terletak di kawasan jambatan temerloh, disitulah wujudnya sekolah,pejabat dan balai polis. Keutamaan Kuala Semantan pula ialah kerana wujudnya masjid,pejabat kadi dan pekan sari sekali seminggu.Dalam tahun 50an,60an hingga 70an pun nama Kuala Semantan masih popular berbanding dengan nama Temerloh.

Kesimpulan, saya tidak menolak kajian yang dibuat oleh beberapa tokoh lama di dalam sejarah tetapi jangan kita abaikan juga sumber2 sejarah tempatan yang rasanya lebih lojik menurut akal biasa.Ia juga berasaskan sejarah lama bukan dari cerita mulut ke mulut,kisah lama ini meniti dari satu jenerasi ke satu jenerasi melalui anak cucu tokoh-tokoh ini spt anak cucu Dato Suji Bilang,anak cucu Dato Panglima Bagus,anak cucu Dato Panglima Sumbing yang masih ada di sekitar kawasan bandar Temerloh.      

Jumaat, 20 Januari 2017

IMAM SYAHIBUDIN BIN ZAINAL ABIDIN (1700-1800) PENGASAS DESA TAKWA KG BERHALA GANTANG



Lahir di Kampung Tanjung Keramat, di Kuala Semantan Temerloh Pahang. Beliau berketurunan Minangkabau, keluarga ini dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan Raja Siak yang membantu Raja Kecil melanggar Pahang sekitar awal tahun 1700. Salah seorang datuknya telah datang ke Pahang dan berkahwin dengan anak kepada Datuk Perkasa, seorang pembesar Pahang yang tinggal di Cenor. Di antara leluhur yang paling popular ialah Datuk Suji Bilang yang masyhur di Pahang sekitar tahun 1700M.Suji Bilang telah memilih Kuala Semantan sebagai tempat menetap. Di sana beliau membuka perkampungan bagi Orang Asli Saudara dan juga membuat penempatan bagi Orang Asli yang non-muslim. Oleh kerana kehebatan beliau kampong itu dinamakan “Tanjung Keramat”. Bapa Imam Syahibudin bernama Zainal Abidin berkahwin dengan sepupu -nya yang tinggal di Cenor bernama Siti Norsiah. Hasil perkahwinan itu memperoleh  dua anak lelaki ia itu Imam  Syahibudin dan Tuk Sahi atau  Imam Sahidin atau Tuk Aboi. Imam Sahidin berkahwin dengan anak Tuk Kaya Cenor yang bernama Juhara.
Imam Syahibudin  mendapat pendidikan agama dari bapanya sendiri Zainal Abidin yang juga merupakan seorang yang alim,  Ketika Berusia 15 tahun mula mengaji kepada Kadi Ismail, Kadi Ismail apabila melihat kecerdikan  Imam Syahibudin ketika masih remaja, maka beliau menyimpan hasrat bahawa anak muridnya yang pintar ini akan dapat melakukan sesuatu sesuai dengan hasrat dan cita-cita beliau, maka Kadi Ismail sentiasa mengalakkan Imam Syahibudin menyambung pelajarannya di luar negara.Menurut cerita dari Pak Zek @ Zakaria Hitam ,seorang  Budyawan Pahang yang terkenal: “ Imam  Syahibudin itu di jaga dan dipelihara oleh ibu dan bapanya dengan baik ,pada mulanya di ajar mengaji al Quran, maka sesudah pandai mengaji dan mengenal huruf maka dihantar pula mengaji kepada Tuan Kadi Ismail di Kampung Bangau Tanjung, Tuan Kadi Ismail pada masa itu merupakan salah seorang guru agama yang masyhur di Pahang dengan kealiman nya kerana beliau mengaji lama di Mekah.. Maka belajar lah Imam Syahibudin dengan Kadi Ismail, maka di dapati oleh Kadi Ismail akan Imam Syahibudin ini seorang murid yang bijak dan cekal serta rajin berusaha. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja maka habis semua ilmu yang di miliki oleh Kadi Ismail di kuasai oleh Imam Syahibudin. Maka berkata tuan gurunya kepada beliau;” Wahai Syahibudin, tiada lagi ilmu yang boleh aku ajarkan kepada kamu, kalau kamu berhasrat untuk menjadi seorang yang alim lagi bijak sana maka aku cadangkan bagi kamu, belajarlah pula ke luar negeri”. Maka jawab Imam Syahibudin: ”maka suka lah hamba mendengar cadangan tuan guru, akan tetapi hamba terpaksa lah meminta izin dari ibu bapa hamba kerana hamba masih budak lagi!”. Maka apabila Imam Syahibudin balik ke rumah ibu bapanya maka diceritakan kepada kedua ibu bapanya akan cadangan tuan guru nya, maka sangat gembira kedua ibu bapanya dan sangat menggalakkan beliau pergi mengaji hingga ke Mekah. Maka bertemu semula Imam Syahibudin kepada gurunya dan memberitahu bahawa ibu bapanya bersetuju membenarkan beliau belajar keluar negeri .Maka berpesan lah Kadi Ismail kepada Imam Syahibudin: ”Wahai Syahibudin pergi lah engkau mencari guru yang bijak dan pandai di seluruh Nusantara ini dan belajarlah bersungguh kepada mereka, apabila engkau hendak memulakan pelajaran maka berikanlah telur ini dan minta sembelih kan telur ini, jika guru itu dapat menyembelih telur ini maka barulah boleh engkau belajar kepada mereka, jika tidak carilah guru yang lain”. Maka dibekalkan juga bersama Imam Syahibudin itu 40 soalan dalam Ilmu Tauhid minta akan jawapannya. Maka apabila tiba hari yang di tetapkan maka Imam Syahibudin bersiap sedia untuk bertolak ,maka semasa untuk berangkat, Tuan Gurunya berkata kepadanya:” Wahai Syahibudin pada ketika ini isteri ku mengandung ,maka jika perempuan kelak maka jadi isteri lah kepada kamu, akan tetapi jika lelaki maka jadi sahabatlah kepada kamu”.Maka pergilah Imam Syahibudin seorang diri menaiki perahu cawat menuju ke Pekan. Ini kerana tempat pertama yang beliau akan pergi ialah ke pondok warisan Tok Ku Pulau Manis di Terengganu .Di Terengganu, Imam Syahibudin menuntut dengan beberapa orang guru di sana. akan tetapi tiada seorang pun guru yang dapat menjawab 40 soalan yang beliau kemukakan itu termasuk untuk menyembelih telur tersebut. Maka dengan itu Imam Syahibudin meneruskan perjalanan beliau ke Patani, ketika itu Negeri Patani merupakan sebuah negara Islam yang di perintah oleh Orang Melayu, Dari kalangan Ulama Patani ramai di kalangan mereka menjadi rakan kepada Imam Syahibudin. Di Patani, Imam Syahibudin belajar dari seorang ulama ke seorang ulama yang lain untuk menyelesaikan 40 soalan itu, tetapi sayangnya tidak semua 40 soalan itu dapat di jawab oleh Tuan-tuan guru tersebut. Maka Imam Syahibudin meneruskan perjalanan beliau dengan berjalan kaki menuju ke Negeri Kedah Darul Aman. Di Kedah juga Imam Syahibudin sempat belajar dengan beberapa guru yang terkenal ,akan tetapi semua mereka gagal menyembelih telur yang di bawa oleh Imam Syahibudin itu.Oleh kerana gagal untuk mendapat jawapan dari soalan-soalan tersebut maka Imam Syahibudin bercadang untuk kembali ke kampong halamannya di Temerloh, akan tetapi hasrat itu di halang oleh kawan-kawannya dengan mengatakan masih banyak lagi ulama yang lebih alim dan masyhur di Tanah Aceh. Maka sepatutnya beliau ke sana jika sebenarnya beliau jujur untuk menunaikan wasiat dan hasrat gurunya itu. Maka dengan bersemangat Imam Syahibudin meneruskan perjalanan beliau ke Aceh Daru l’ Salam. Di sana Imam Syahibudin sempat belajar dengan beberapa guru-guru Martabat Tujuh yang kembali menguasai kegiatan agama di Aceh setelah Syeikh Nuruddin al Raniri kembali ke India kerana gagal di dalam perdebatan beliau dengan Saiful Rijal. Di Aceh setelah belajar beberapa lama, beliau masih gagal mendapat jawapan dari soalan yang di bekalkan oleh gurunya itu. Maka Imam Syahibudin meneruskan perjalanan ke Daik, Palembang dan Lampung. Di Lampung, Imam Syahibudin bertemu dengan seorang guru yang hampir menyemai apa yang di gambarkan oleh Kadi Ismail itu, di sana beliau tidak terus belajar dengan guru tersebut sebaliknya memerhatikan kelakuan guru tersebut selama beberapa hari, Setelah berpuas hati maka satu hari Imam Syahibudin bertekad untuk belajar dengan guru tersebut, maka pergilah beliau ke rumah guru tersebut dengan membawa telur ayam dan alat pembelajaran, sesampainya di rumah guru tersebut kebetulan guru tersebut sedang hendak memberi makan ayam ternakannya. Maka dilihat beliau, guru itu membawa sebuah bakul kosong memanggil ayam supaya datang kepadanya, sambil berpura-pura  seolah-olah di dalam bekas itu ada makanan. Maka apabila dilihat oleh Imam Syahibudin perbuatan guru tersebut maka terbatal hasrat beliau untuk mengaji dengan guru tersebut kerana guru itu seorang yang pandai menipu.Oleh kerana kecewa dengan peristiwa tersebut maka Imam Syahibudin meneruskan perjalanan dengan menaiki kapal, belayar ke Tanah Jawa. Beliau singgah di Demak, kemudian ke Matarang sehingga sampai ke Betawi. Betawi semasa itu di bawah penguasaan Orang orang Bugis. Semasa di Betawi, Imam Syahibudin berjumpa pula dengan seorang guru yang sifatnya hampir sama dengan sifat yang digambarkan oleh gurunya. Maka dengan segera beliau masuk belajar dan bertanyakan pelbagai soalan. Setiap hari beliau mengemukakan beberapa soalan-soalan yang ganjil, yang sangat menghairankan Imam Syahibudin semua soalan yang di bawa dapat di jawab oleh Tun Guru tersebut. Pada hari ketiga Imam Syahibudin membawa sebiji telur dan sebuah pisau wali kecil. Apabila tiba maka duduklah Imam Syahibudin di hadapan pintu rumah tuan guru tersebut, maka hairanlah murid yang ada melihat tingkah laku beliau, apabila ditanya orang apa tujuan datang ;maka jawabnya hendak mengaji akan tetapi apa yang dibawanya bukan alat untuk mengaji. Sejurus kemudian tibalah tuan guru ,apabila sampai di pintu Imam Syahibudin memberi salam, Tuan Guru bertanya :”Apa hal dan apa hajat?”, mendengar pertanyaan tuan guru itu maka Imam Syahibudin pun berkata: ”Ada satu hajat besar ,saya minta tolong tuan guru” ,Tuan Guru berkata: ”Silakan”, Maka Imam Syahibudin pun mengeluarkan telur dan pisau wali tersebut sambil berkata: ”Saya minta tuan guru sembelih telur ini!”. Dengan tidak membuang masa Tuan Guru berkata:” Pegang kaki dan kepaknya segera supaya senang kita sembelih akan dia”. Mendengar jawapan gurunya itu maka Imam Syahibudin segera sujud ke lantai bersyukur kepada Allah kerana apa yang beliau cari selama bertahun-tahun ini sudah dijumpai, maka belajar lah beliau dengan guru itu bersungguh-sungguh”. Maka belajarlah beliau dari Fakih Abdullah Yusuf di Betawi. Tuan Fakih ini di percayai anak murid kepada Fakih Yusuf Abdul Salam yang pernah menjadi perdana menteri bagi Kesultanan Banten yang rajanya bernama  Sultan Ageng Tirtayasa. Di bawah bimbingan Fakih Abdullah Yusuf, Imam Syahibudin sudah menjadi seorang boleh di panggil Ulama sebagai mana yang di sebut oleh Imam Dzul Bayan:
Imam Shabudin alim Betawi
Batu Intan dikata kawi
Buat ibadat bersayo diri
Seperti kelakuan orang mencuri

                (Petikan – Zakaria Hitam –Budayawan Pahang)
Fakih Abdullah Yusuf guru kepada Imam Syahibudin dipercayai pernah  pergi ke Trim, Yaman belajar dari Syed Alawi Ba Al Hadad yang sangat terkenal ketika itu, Oleh kerana pengaruh Fakih Abdullah Yusuf sangat kuat ke atas diri Imam Syahibudin, maka banyak buku-buku karya Syed Alawi menjadi rujukan beliau, di antara buku yang sering beliau bicarakan mengenai tokoh ini dan mengamalkan ajaran-ajaran  beliau seperti  Kitab Nur al Mubin. Kitab ini   menbincangkan soal-soal tauhid. Menurut kajian kami pula; Setelah selesai mengaji di Betawi, Imam Syahibudin dipercayai meneruskan perjalanan ke Yaman bagi menyambung pelajaran, beliau pergi ke pondok pengajian yang di asaskan oleh Syed Alawi Al Hadad, seorang ulama  di Trim di dalam Negeri Yaman, setelah beberapa tahun beliau pergi pula ke Afrika Selatan menziarahi makam Syeikh Yusuf Makassar.
Sekitar tahun 1760an Kembali ke kampung halaman dalam usia yang sudah matang dan memulakan dakwah kepada penduduk di seluruh negeri Pahang, antara peranan utamanya ialah menghapuskan ajaran Salek Buta, iaitu kesan dari Ajaran Martabat Tujuh yang di asas kan oleh Hamzah Fansuri dan lain-lain ajaran sesat yang banyak terdapat di Pahang ketika itu. Beliau memulakan dari Pekan, kemudian ke Daerah Cenor, terus lagi ke Daerah Mengkarak tempat tinggalnya bapa saudara beliau Imam Zul Bayan. Maka di dalam pertemuan ini berlakulah beberapa perdebatan di  antara Imam Syahibudin dengan Imam Nur Qadim, Pantun perdebatan di antara dua ulama Pahang itu dirakamkan oleh Pak Zek di dalam tulisannya seperti berikut:
Kata Imam Nur Qadim:
Imam Syahibudin Alim Betawi
Batu intan dikata kawi
Berbuat ibadat bersayo diri
Seperti kelakuan orang mencuri

Ilmu Usul terlalu payah
Sekalian ummah selalu berbantah
Jikalau tidak kena kata sepatah
Menjadi Kafir Nauzubillah


Jawab Imam Syahibudin:

Imam Nur Qadim Ali bangsawan
Berbuat ibadat berkuat kuatan
Kelakuanya seperti hantu dan syaitan
Bila berbunyi lari hantu di hutan

Nafi isbat terlalu payah
Sekalian ulama banyak berbantah
Jikalau bercerai kalimah La ilahaillah
Menjadi kafir Nauzubillah

Martabat tujuh terlalu masyhur
Racun terbang di negeri timur
Lekat di hati sedikit tak kendur
Seumpama riwayat orang berikan

Penulis berpendapat, pantun ini merupakan satu dari pantun lama yang ada di dalam simpanan Pak Zek sebagai bukti wujudnya tokoh-tokoh dan peristiwa ini. Akan tetapi Imam Syahibudin tidak mampu untuk meyakinkan orang ramai dengan pendapat beliau.. Seterusnya beliau meneruskan misi dakwah nya ke Pulau Tawar yang merupakan ibu Negeri Pahang yang kedua ketika itu. Di sana beliau di usir, maka seterusnya beliau kembali semula ke Temerloh, dalam perjalanan pulang, bertemu pula dengan Lebai Ajam To Malim Panjang seorang tokoh Martabat Tujuh di Kampung Baduk Mukim Sanggang Temerloh Pahang. Namun segala ajakan dan seruannya tidak di terima oleh penduduk setempat. Seruan Imam Syahibudin tidak diterima oleh masyarakat Pahang yang ketika itu sangat tebal dengan fahaman Martabat Tujuh .maka dari sana beliau kembali ke kampung halamannya di Tanjung Keramat, dan beliau berkahwin dengan anak kepada Gurunya yang bernama Mendiah. Dari perkahwinan ini beliau memperolehi hampir 10 orang anak lelaki dan perempuan.
Sekitar tahun 1770an,Beliau membuka Kampung Berhala Gantang setelah gagal dalam usahanya untuk mengubah kepercayaan masyarakat Pahang ketika yang mempercayai  Ajaran Martabat Tujuh, tujuan membuka kampung adalah bagi mendirikan pusat pendidikan yang berasaskan Aliran Ahli Sunah Wal Jamaah sebagaimana yang di war-war kan oleh Syeikh Nuruddin Al Raniri di Aceh dan gurunya Kadi Ismail Mendalek. Beliau melaksanakan kerja ini dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya meletakkan pusat pendidikan beliau setaraf dengan pusat pendidikan di Aceh dan Jawa, beliau mengajar pelbagai kitab yang masyhur di dalam Mazhab Syafie dan juga di dalam bidang akidah serta tasawuf. Maka lahirlah dari kalangan anak-anak beliau sendiri, para ulama yang berilmu tinggi sehingga mampu menjadi kadi dan mufti untuk negeri Pahang; seperti Tuan Teh, Imam Baada, Kadi Nong. Dari Kalangan cucunya Kadi Besar Pahang, Kadi Abu Bakar (1830), Kadi Ismail dan Kadi Besar Pahang ,Kadi Ibrahim bin Hurairah (1840-1820).Pondok Pesantren ini berkembang sehingga ke hari ini.Sekitar tahun 1790an hingga 1800an, Ketika usianya sudah lanjut; Imam Syahibudin mula mengarang syair-syair, segala kegiatan pesantren di serahkan kepada anaknya Tuan Teh, Tugas Ketua kampung pula Imam Baada dan jawatan kadi diserahkan pada anaknya bernama Kadi Nong. Di antara syair beliau yang terkenal ialah Syair Asyikin yang kini diterbitkan oleh Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (Naskah Kadi Ibrahim dalam simpanan Mak Ngah Fah), terdapat juga syair beliau yang di sebut sebagai  Syair Ghafilah (Catatan Imam Mat Yasin Kg Sanggang Seberang),Syair Sifat, Syair Tumbuhan(Dalam simpanan Wan Sadiah Imam Yaakub Kg Raja Songsang), Syair Usul . Syair-syair ini di salin dan di simpan oleh anak murid dan anak cucunya sehingga ke hari ini. Syair karya Imam Syahibudin amat popular di Negeri Pahang ,dibacakan di surau-surau dan di perjumpaan keagamaan. Di samping itu juga dijumpai pengaruh karya beliau sehingga ke Johor dan Riau. Seorang pengarang Syair Sultan Abu Bakar telah meniru gaya Imam Syahibudin di dalam bersyair yang berjudul “Syair Johor “ ,karya ini pernah dijadikan thesis  di UM oleh Dr  Fauzi Basri, bekas Naib Canselor UUM.Di samping bersyair, Imam Syahibudin juga merupakan orang pertama memperkenalkan Dikir Rebana di Pahang. Sehinggakan dikir tersebut dinamakan Dikir Rebana Imam Syahibudin. Kegiatan dikir ini masih giat dijalankan di kawasan Tembeling ,Jerantut Pahang terutama di Kampung Teh. Dikir ini dibacakan pada malam majlis kenduri perkahwinan atau pada malam Maulid Nabi.

 Awal 1800-an  Meninggal dunia dalam usia hampir 100 tahun

WALI SONGGO: Adakah Imam Syahibudin bin Zainal Abidin keturunan dari Wali Songgo?


                Diriwayatkan bahawa datuk kepada Imam Syahibudin yang bernama Suji Bilang datang dari Minangkabau untuk berdakwah ke Pahang. Beliau datang bersama dengan rombongan Imam Zu Bayan dalam pertengahan abad ke 17.Mereka masuk ke Pahang melalui Negeri Sembilan serta mengislamkan orang-orang asli di sana. Kemudian mereka menyambung perjalanan ke Pahang terutama di kawasan Sungai Tiang (Teriang) yang konon nya pada masa itu di bawah kekuasaan raja Negeri Sembilan.Suji Bilang akhirnya dilantik oleh Raja Pahang masa itu menjadi orang kaya Temerloh ,dan Imam Zul Bayan memegang kuasa di Mengkarak .Menurut kajian Ustaz Mohamad Redho bin Abd Ghaffar (SMA Maran Pahang) ; Nakhoda Bayan adalah orang yang sama dengan Imam Zu Bayan @ Tuk Mengkarak. Oleh itu mereka adalah dari keturunan YDPS Perkasa Alam Raja Alam XXVI. Maka jelas nya keturunan ini adalah dari Sultan Alif 1 yang merupakan susur galur dari Sunan Giri. Keturunan Sunan Giri memang terkenal sebagai pelayar & pendakwah,yakni tujuan mereka belayar adalah untuk berdakwah ke seluruh Nusantara. Di Tanah Melayu Nahkoda  Bayan,Nahkoda Intan dan Nahkoda Kecil mempunyai banyak keturunan di Melaka,Perak dan Pulau Pinang. Maka sebahagian pengkaji yang optimis telah memasukkan Imam Syahbudin @ Syeikh Syahbudin al Jawi ke dalam susunan wali songgo yang kesembilan.

Walisongo Peringkat ke-8 (1592- 1650 M)
1. Syaikh Abdul Qadir [Sunan Magelang], asal Magelang, [wafat 1599], menggantikan Sunan Sedayu 
2. Baba Daud Ar-Rumi Al-Jawi, [1650 menggantikan Gurunya yaitu Sunan Prapen] 
3. Sultan Hadiwijaya [Joko Tingkir], [tahun 1549 Menggantikan Sultan Prawoto] 
4. Maulana Yusuf, asal Cirebon 
5. Sayyid Amir Hasan, asal Kudus 
6. Maulana Hasanuddin, asal Cirebon 
7. Syaikh Syamsuddin Abdullah Al-Sumatrani, [tahun 1650 Menggantikan Sunan Mojo Agung] 
8. Syaikh Abdul Ghafur bin Abbas Al-Manduri, [tahun 1650 menggantikan Sunan Cendana] 
9. Sayyid Shaleh [Panembahan Pekaos]

Walisongo Peringkat ke 9 (1650 – 1750M)
1. Syaikh Abdul Muhyi Pamijahan [tahun 1750 menggantikan Sunan Magelang] 
2. Syaikh Shihabuddin Al-Jawi [tahun 1749 menggantikan Baba Daud Ar-Rumi] 
3. Sayyid Yusuf Anggawi [Raden Pratanu Madura], Sumenep Madura [ Sultan Hadiwijaya / Joko Tingkir] 
4. Syaikh Haji Abdur Rauf Al-Bantani, [tahun 1750 Menggantikan Maulana Yusuf, asal Cirebon ] 
5. Syaikh Nawawi Al-Bantani. [1740 menggantikan Gurunya, yaitu Sayyid Amir Hasan bin Sunan Kudus] 
6. Sultan Abulmufahir Muhammad Abdul Kadir [ tahun 1750 menggantikan  Maulana Hasanuddin] 
7. Sultan Abulmu'ali Ahmad [Tahun 1750 menggantikan Syaikh Syamsuddin Abdullah Al-Sumatrani] 
8. Syaikh Abdul Ghafur bin Abbas Al-Manduri 
9. Sayyid Ahmad Baidhawi Azmatkhan [tahun 1750 menggantikan Sayyid Shalih Panembahan Pekaos]

Walisongo Peringkat ke-10 (1751 – 1897M)
1. Pangeran Diponegoro [ menggantikan gurunya, yaitu: Syaikh Abdul Muhyi Pamijahan] 
2. Sentot Ali Basyah Prawirodirjo, [menggantikan Syaikh Shihabuddin Al-Jawi] 
3. Kyai Mojo, [Menggantikan Sayyid Yusuf Anggawi [Raden Pratanu Madura] 
4. Kyai Kasan Besari, [Menggantikan Syaikh Haji Abdur Rauf Al-Bantani] 
5. Syaikh Nawawi Al-Bantani. … 
6. Sultan Ageng Tirtayasa Abdul Fattah, [menggantikan kakeknya, yaitu Sultan Abulmufahir Muhammad Abdul Kadir] 
7. Pangeran Sadeli, [Menggantikan kakeknya yaitu: Sultan Abulmu'ali Ahmad] 
8. Sayyid Abdul Wahid Azmatkhan, Sumenep, [Menggantikan Syaikh Abdul Ghafur bin Abbas Al-Manduri] 
9. Sayyid Abdur Rahman (Bhujuk Lek-palek), Bangkalan, Madura, [ Sayyid Ahmad Baidhawi Azmatkhan].


Kajian amat perlu dilakukan bahawa Imam Syahibudin adalah orang yang sama dengan Syeikh Syahbudin al Jawi. Menurut Ustaz Wan Mohd Shaghir kedua-dua nama ini adalah orang yang sama kerana kedua-dua tokoh ini di dalam tahun  yang sama dan keturunan Syeikh Syahbudin tidak ada di Kepulauan Sumatera atau jawa cuma ada di Tanah Melayu sahaja.

Khamis, 12 Januari 2017

Bahasa Melayu Temerloh di dalam Syair Imam Syahibudin (1782Masehi)



Armas Liang Lahat
Babak Lawak
Cengkut                  Kering
Conggok Sombong
Hamlar Pandir
Hampar gemencar   Benda tak berguna
Kambus Tutup Lubang dengan tanah
Lata                       Biasa
Lejar                        Lurus
Meraban                 Tak tentu hala
Ogoh/Ogil Goyang
Perahuan                 Pengkalan
Sakal Tidak ada angin
Secarang                 Sedikit
Tambun                  Timbus
Tutuh Kerat

Kitab Hidayahtul Wildan Karya Kadi Ahmad bin Abdullah Endol (1920M) Kadi Bangau Temerloh Pahang

ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฑุญู…ู† ุงู„ุฑุญูŠู…
ุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡ ุงู„ูˆุงุญุฏ ุงู„ู…ู†ูุฑุฏ ุงู„ู…ู†ุฒู‡ ุนู† ูƒู„ ุงู„ู…ุดุฑูƒุงุช ุจุฑู…ูˆู„ ุณูƒู„ุง ููˆุฌู‰ ุจุงูƒู‰ ุงู„ู„ู‡ ูŠุน ุงุณุง ู„ุงูƒู‰ ุชูˆุนูƒู„ ู…ู‡ุง ุณูˆุฌู‰ ุฏุฑูุฏ ุดุฑูŠูƒ
ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ูˆุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ุชุงู„ู…ุจุนูˆุซ ุจุงู„ู…ุนุฌุฒุงุช ุงู„ูˆุงุถุญุงุช
ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฐูˆู‰ ุงู„ูุถู„ ูˆุงู„ูƒุฑุงู…ุงุช
ุคุจุนุฏ ููŠู‚ูˆู„ ุงู„ุนุจุฏ ุงู„ูู‚ูŠุฑ ุงู„ู…ุนุชุฑู ุจุงู„ุนุฌุฒ ูˆุงู„ุฌู‡ู„ ูˆุงู„ุชู‚ุตูŠุฑ
 ุฃุญู…ุฏ ุงุจู† ุนุจุฏุงู„ู„ู‡
ู‚ุฏ ุณุฃู„ู†ู‰ ูˆู„ุฏู‰ ูˆุจุนุถ ุงู„ุงุฎูˆุงู† ู…ู†ู‰ ุงู† ุงูƒุชุจ ุฑุณุงู„ุฉ ุตุบูŠุฑุฉ ู…ุฎุชุตุฑุฉ ู…ุชุนู„ู‚ุฉ ูู‰ ุฃุตูˆู„ ุงู„ุฏูŠู† ู…ูˆุถูˆุนุฉ ู„ู„ู…ุจุชุฏูŠู† ู„ูŠุณู‡ู„ ู„ู‡ู‡ ุฎูุธู‡ุง ูˆูู‡ู…ู‡ุง ูุฃุฌุจุชู‡ู… ู…ู„ู‚ูˆุทุฉ ู…ู† ูƒุชุจ ู…ุนุชุจุฑุงุช ู…ู† ุงู„ุนู„ู…ุฃ ุงู„ู…ุญู‚ู‚ูŠู† ุงู† ู„ู… ุฃูƒู† ุฃู‡ู„ุง ู„ุฐู„ูƒ ุฑุงุฌูŠุง ุงู„ุนููˆ ูˆุงู„ุบูุฑุงู† ู…ู† ุฑุจ ุงู„ุบููˆุฑ ุงู„ุฑุญูŠู… ูˆุณู…ูŠุชู‡ุง ู‡ุฏุงูŠุฉ ุงู„ูˆู„ุฏุงู† ูู‰ ุจูŠุงู† ุนู‚ุงุฆุฏ ุงู„ุงูŠู…ุงู† ุฃุณุงู„ ุงู„ู„ู‡ ุฃู† ูŠู†ูุน ุจู‡ุง ู„ู‰ ูˆู„ุณุงุฆุฑ ุงู„ู…ุฑุฏูŠู† ูˆู„ุง ุญูˆู„ ูˆู„ุง ู‚ูˆุฉ ุงู„ุง ุจุงู„ู„ู‡ ุงู„ุนู„ู‰ ุงู„ุนุธูŠู…

Bermula segala puji bagi Allah Taala yang asa lagi tunggal lagi Maha Suci daripada tiap syirik. Dan rahmat Allah dan salamNya atas penghulu kita Nabi Muhammad yang dibangkitkan dengan beberapa mukjizat yang amat nyata. Dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya yang mempunyai kelebihan dan kemuliaan yakni beberapa amal yang soleh.
Dan kemudian daripada itu maka lagi akan berkata hamba yang fakir yang mengaku dengan lemahnya dan jahil dan taksir dari belajar Ahmad  bin Abdullah[1], sesungguhnya telah meminta akan daku anak-anak ku dan setengah saudara daripada aku akan bahawa menyuratkan aku akan satu risalah yang kecil lagi ......... yang bergantung pada Ilmu Usulluddin hal keadaannya dihantarkan bagi segala orang yang mubtadi kerana bahawa hendak mudah bagi mereka itu menghafazkan dia dan memahamkan dia.
Maka ku perkenankan akan mereka itu hal keadaannya dipungut daripada beberapa kitab yang muktabar dari ulama yang muhaq’qiqin dan jika aku tiada patut bagi demikian sekalipun kerana aku harap akan maaf dan ampun daripada tuhan yang amat pengampun lagi amat pengasihani akan segala hambaNya. Dan aku namai ia :
(( แธคIDAYATUL’WILDAN FI แพนQA’ID AL-IMAN)).
Dan aku minta akan Allah Taala bahawa ia memberi manfaat ia dengan dia bagi ku dan bagi sekalian murid yakni bagi sekalian orang yang berkehendak mereka itu dan tiada daya dan upaya ku hanyalah dengan tolong Allah Taala yang Maha Tinggi  lagi Maha Besar , Amin !!!

ู…ู‚ุฏู…ุฉ ู‚ุงู„ ุงู„ุนู„ุงู…ุฉ ุงู„ุดูŠุฎ ุฃุญู…ุฏ ุงุจู† ู…ุญู…ุฏ ุงู„ุณุญูŠู…ู‰ ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ูˆู„ุง ุจุฏ ู„ู…ู† ุฃุฑุงุฏ ุงู„ุฎูˆุถ ูู‰ ุนู„ู… ุนู„ู‰ ูˆุฌู‡ ุงู„ุงูƒู…ุงู„ ุฃู† ูŠุนุฑู ุงู„ู…ุจุงุฏู‰ ุงู„ุนุดุฑุฉ , ุญุฏู‡  , ูˆู…ูˆุถูˆุนู‡ , ูˆูˆุงุถุนู‡ , ูˆุงุณู…ู‡ , ูˆุบู„ูŠุชู‡ , ูˆุญูƒู…ู‡ , ูˆู…ู‚ุตูˆุฏู‡ , ูˆุงุณู…ุฏุงุฏู‡ , ูˆูุงุฆุฏุชู‡ , ูˆู†ุณุจุชู‡ .

Ini satu muqaddimah  telah berkata Syeikh Suhaimi r.h[2] Allah Taala;
Tidak dapat tidak bagi orang yang hendak masuk pada ilmu ini atas jalan yang sempurna bahawa mengetahui ia akan permulaan sepuluh perkara iaitu :
“Hadnya dan Tempat Hantarnya dan Yang Menghantarkan dia dan Namanya dan Kesudahannya dan Hukumnya dan Maksudnya dan Tempat Ambilnya dan Faedahnya dan Nasabnya”.

Maka Had Ilmu Usuluddin ini iaitu ilmu dengan beberapa kaedah-kaedah daripada dalil-dali yang yakin.
Dan tempat hantarannya itu iaitu Zat Allah Taala dan zat segala nabi.
Dan yang menghantarkan yakni pertama-tama orang yang menghantarkan Syeikh Abu Hassan Al Asyarie.
Dan namanya ilmu ini Ilmu Tauhid dan Ilmu Sifat dan Ilmu แพนqa’id Al Iman dan Ilmu Usulluddin dan Ilmu Kalam.
Dan Ghayah (ุงู„ุบุงูŠุฉ )ilmu ini membezakan antara berapa kaedah yang sahih dan yang binasa.
Dan hukum ilmu ini Fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf.
Dan maksudnya iaitu berapa masalah yang sabit ini dengan dalil seperti kita sabitkan baharu jauhar dan ฤrad dan mensabitkan tuhan yang menjadikan alam dan berapa sifat atau dengan dalil sam’iyyaแนญ  yakni yang  diambil dari hadis.
Dan Istimdadnya (ุงุณุชู…ุฏุงุฏ ) ertinya tempat ambilnya daripada Al Quraan dan Hadis Nabi s.w.a.
Dan Faedahnya tercapai bahagia dua negeri iaitu dunia dan akhirat.
Dan nasabnya ilmu ini Ilmu Agama.
Ini lah kesudahan Mubadi’ yang sepuluh perkara sayugia dipelajari dahulu sebelum mengerjakan dia.
****
Ketahui olehmu hai orang yang hendak bahagia dunia dan akhirat bahawasanya awal-awal yang wajib  atas tiap-tiap mukallaf itu (ู…ุนุฑูุฉ ุงู„ู„ู‡  ) mengenal Allah Taala seperti sabda Nabi s.a.w:
ุงูˆู„ ุงู„ุฏูŠู†  ู…ุนุฑูุฉ ุงู„ู„ู‡
Ertinya: Pertama-tama yang wajib atas tiap-tiap mukallaf  pada pekerjaan agama itu mengenal akan Allah Taala, dengan idtikad yang jazam yang maufakat bagi yang sebenarnya iaitu mengikut bagi Al Quraan dan Hadis Nabi s.w.a iaitu mengangkatkan ia akan hijab syak dan zan dan waham dan diperolehinya ilmu yakin kerana tiada sah segala ibadat melainkan kemudian daripada mengenal akan tuhan yang diibadatkan dia dengan idtikad yang jazam.
Dan erti “Agama” itu Ibarat daripada berapa hukum yang di syariatkan yakni dinyatakan akan dia oleh Allah Taala atas lidah  nabiNya.
Dan bahawasanya “Hukum” itu iaitu thabit[3] amar atau nafi ertinya mensabitkan suatu pekerjaan atau menafikan dia seperti kita kata bermula alam ini baharu pada ithbatnya atau kita kata alam ini bukan qadim pada nafinya.
Dan yang hukum dengan thabit atau dengan naรฏf itu ada kalanya (hukum)syarak dan ada kalanya(hukum) adat dan ada kalanya (hukum) akal ,maka kerana demikian terbahagi hukum itu kepada tiga bahagi:


Pertama: Hukum Syarak
Kedua:    Hukum Adat
Ketiga:    Hukum Akal.



[1] Ahmad bin Abdullah Endol.
[2]
[3] BA=ุซุงุจุช 

Rabu, 11 Januari 2017

JALAN-JALAN KE PEKAN SEHARI AHAD TEMERLOH (AKHIR)



 Pekan Sehari Ahad Temerloh seperti yang kita maklum sangat terkenal dengan kepelbagaian sumber sayuran, ikan, makanan dan kraftangan. Dalam artikel akhir mengenai Pekan Sehari Ahad Temerloh, kami akan memuatkan beberapa jenis barangan yang anda boleh dapati di Pekan Sehari Ahad Temerloh.



(ANAK POKOK)





(BUNGA HIDUP)

(BARANGAN ANTIK)

(TIKAR MENGKUANG)


 Kebetulan, kami terserempak dengan YB.Dato'Sri Haji Mohd.Sharkar bin Haji Shamsudin di Pekan Sehari Temerloh. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Pahang.






 Selamat Membaca.

JALAN-JALAN KE PEKAN SEHARI AHAD TEMERLOH 3 (MAKANAN DAN KUIH MUIH)

Jika sebelum ini JALAN-JALAN KE PEKAN SEHARI AHAD TEMERLOH 2...

    Pekan Sehari Ahad Temerloh memaparkan kelainan dan keistimewaannya melalui kepelbagaian kuih muih dan makanan yang dijual.



(KUIH LOMPAT TIKAM)


































(KUIH PUTU MAYAM)

(KUIH APAM BALIK)

(KUIH TALAM KELADI)

(KUIH DONAT)

(KUIH SAGU)

(KUIH TEMBOSA)








  Selamat berkunjung ke Pekan Sehari Ahad Temerloh. Artikel berkaitan makanan akan bersambung nanti....



  

SYAIR KEBUN (KARYA ULAMA PAHANG TIDAK DI KETAHUI SIAPA PENGARANG NYA)



Alhamdullilah puji yang sedia
Maknanya lengkap terlalu mulia
Am kepada hamba dan sahaya
Diwajibkan pula membaca dia

Perkataan ini dengarkan tuan
Umpama kebun tanam-tanaman
Di dalamnya banyak buah-buahan
Sekaliannya itu halal dimakan

Misal seperti kampung yang besar
Di dalamnya itu beberapa saudagar
Tanahnya medan di dalam pasar
Kehidupan banyak dan lebar

Sekaliannya murah tiada membeli
Ambillah barang sekehendak hati
Umpama tanaman orang yang bahari
Datuk nenek orang senegari

Demikianlah ada syair nan tuan
Kabarnya belum kelihatan
Kisahnya sudah dicereterakan
Supaya jadi permulaan

Ada kepada suatu masa
Bulan Syaaban hampirlah puasa
Waktu zohor menjelang Isya’
Sekonyong hati rosak binasa

Menurutkan fikir hati yang bebal
Selaku orang tidak berakal
Melupakan janji daripada azal[1]
Jadilah hati menaruh sesal

Hidup dunia terlalu susah
Kaya miskin serba salah
Misal seperti membuat rumah
Hendakkan elok lambatlah sudah

Setiap hari memikirkan dunia
Sedikit tak beza dari Cina[2]
Sentiasa duduk berkira-kira
Sehingga habis dengannya umur

Kepada fikir orang yang sempurna
Dunia nan sangat terlalu hina
Jikalau ada tandanya mulia
Masakan hidup dimatikannya

Sebabpun fakir berhati gundah
Seumpama berpegang tangan sebelah
Minta tolong tiadalah arah
Akhirnya kelak kedatangan hamdah[3]

Iblis dan syaitan datang merundong
Kepada yang jahat juga terharung
Tiada arah meminta tolong
Kerana akhirat terlalu lindung

Tiadalah dapat difikirkan
Daripada sedikit banyak yang bukan
Daripada sangat malu-maluan
Mengikut sekadar………………….

Kepada fikir orang yang bidaah[4]
Disangka ilmu terlalu mudah
Siapa yang takut kepada Allah
Berbuat ibadat terlalu susah

Ilmu jangan tuan permudah
Menuntut dia terlalu payah
Bukan seperti minta sedekah
Sekarung beras sehari dapatlah[5]

Pohonnya juga hamba kabarkan
Yang dikata syariat itulah quraan
Di Tanah Arab diturunkan
Kepada nabi akhirul zaman

Ilmu sekarang banyak yang kabur
Umpama tulisan sudah terlipur
Tambahan mata banyak kabur
Tidak ketahuan lintang dan bujur

Jikalau tuan ada bermata
Hendaklah lihat nyata-nyata
Bukannya lagi kabar berita
Kitab yang sahih bukankah ada?


Hadis dan Quraan itulah kitab
Di sanalah banyak sekalian mazhab
Banyaknya kitab tiada terhisab
Hanya ulama juga yang cakap

Imam Syfiee imam yang besar
Kitabnya bernama “Fiqh Akbar”[6]
Jikalau tuan orang yang benar
Bacalah kitab cubalah dengar

Imam Nawawi[7] yang muhakkikin
Kitabnya bernama “Minhaj Talibin”
Jikalau tuan kepadnya yakin
Ambilah kitab cubalah salin

Sheikh Nuruddin[8] sangat masyhur
Sirat al Mustaqin nama kitabnya
Bahasa Melayu karangannya
Seumpama pisang terbuka kulitnya

Kitab budak tahu terlentang
Itulah patut yang kita pandang
Umpama hidup tiada berhutang
Lepas suatu daripada malang

Jikalau di sini banyak bicara
Tuhan kita terlalu redha
Apabila kita diberiNya serta
Apakah nikmat di dalam dunia?

Dunia nan tidak berapa indah
Mencari ia terlalu lelah
Apabila datang kembung dan sakah[9]
Kaya dan miskin di sana samalah

Kaya dan miskin lihatlah tuan
Keduanya itu sengaja cobaan
Miskin Isa ,kaya Sulaiman
Keduanya itu orang pilihan[10]

Jikalau lebih mertabat yang kaya
Jadilah hina orang yang mulia
Keduanya rasul lagi ambia
Dipuji orang seisi dunia

Segala bebal pula berkata
Akan segala orang yang kaya
Sangat masyhur barang kemana
Itulah orang kasihkan dia

Perkataan ini tidak berbudi
Kepada yang berakal terlalu keji
Orang yang kaya membesarkan diri
Sekalian orang habislah benci

Cubalah ia berbuat cangkuk[11]
Berjalan di kampung berseluar sampak
Adakah kita suka tergelak
Sebab harta kepadanya banyak

Orang miskin demikian lagi
Jikalau ada perangainya keji
Cubalah ia berbuat budi
Masa kan orang sekalian benci

Kaya miskin keduanya sama
Sedikit tidak lebih kurangnya
Jikalau baik budi bahasanya
Kasihanlah orang sekaliannya

Kemuliaan dunia hanya sesaat
Ghaib seperti disambar kilat
Firaun dan Namrud[12] keduanya
Tubuhnya hancur hartanya jilat

Jikalau tuan ada berakal
Ibadat itu harta yang kekal
Jangan mengikut perangai si Dajal
Bercantik diri berbuat sundal

Tidaklah lagi malu dan sopan
Berhias diri terjalan-jalan
Jikalau terlihat yang dermawan
Di dalam hati jadi ingatan

Apabila melihat orang yang elok
Hati yang betul menjadi bengkok
Laksana megat memakai golok
Di mana diam duduk tercatuk


Alangkah hina orang yang jahat
Seperti penyakit tiada berubat
Siang dan malam fikirnya larat
Iblis suka datang berembat[13]

Jika tatkala isinya bangkit
Hatinya besar seperti bukit
Bicaranya besar sampai ke langit
Memandang yang miskin seperti pipit

Apabila bertemu sama si kaya
Baharulah keluar harta yang mulia
Barang yang miskin datang sama
Dipandangnya hina seperti kera

Rupannya baik perkataannya halus
Kepada yang miskin datang
Menyuruh dia sekaliannya lulus
Seperti hamba yang ditebus

Menuntut dunia terlalu loba
Daripada muda sampailah tua
Siang dan malam menurut hawa
Di akhirat kelak barulah jaga

Dunia nan tuan terlalu hebat
Seumpama raja yang berdaulat
Lagipun padanya beberapa rakyat
Barang yang jauh berhimpun dekat

Iblis itu menteri yang besar
Ialah menjadi penghulu laskar
Apabila ia datang melanggar
Lamun tak alah menjadi longar

Bicaranya keras terlalu caka
Menipu berbuat durhaka
Disebab kerananya juga
Keluarlah Adam dari syurga

Di dalam akhirat demikian geram
Dua negeri yang terbilang
Keduanya itu berisi orang
Jalannnya fail terlalu terang

Di sanalah tuan kampong yang indah
Tempat kita akan berpindah
Masanya disediakan sudah
Seumpama jalan menantikan langkah





Ikuti SIP

Nota

Jika ada iklan yang tidak sesuai, sila tekan pangkah pada iklan kerana kami sangat mementingkan keselesaan pembaca.