Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang

Pilih Bahasa

Rabu, 11 Januari 2017

KERATAN KITAB SYIFA AL ABDAAN KARYA KADI IBRAHIM KADI BESAR PAHANG PERTAMA DI BAWAH KUASA BRITISH




بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين الولا واخرا وظاهرا وباطنا, عدد خلقه ومداد كلماته وزنة عرشه ورضأ نفسـه وعدد شـفع ووتر ورطـب ويـابس فـى كـتاب مبـين ثم الصلــوات والسلام والوافيات , والبركات الطيبات   على النبى محمد صلى الله عليه وسلم المخلوقات وعلى آله الطيببن الطاهـرين , وأصحاـبه والتابعـــين لهم باحسان الا حــــــــسنين لربهم فعلا , والاصوبين اليه طريقا وسبيلا ثم تضرعنا ودعاؤنا ورجوعنا الى ربنا ومشينا وخالقنا ورازقنا ومطعمنا ومسقينا ونافعنا وحافظنا وكائنا ومحيينا والذاب والدافع مــــــما جميع مايؤذينا ويسؤنا, كل ذلك برحمته وتحنته وفضله ومتنه بالحفظ......فى الاقوال والافعال فى السر والاعلان والكتمان والاظهار والشدة والرحمة والنعمة والباساء والضراء انه فعال لما يريد والحاكم بما يشأ

(Amma Ba’du) Adapun kemudian daripada memuji Allah ,Tuhan yang menjadikan insan dan jin, selawat dan salam ke atas hambaNya yang paling dikasihiNya,Nabi Muhammad yang paling utama dari anak cucu Adnan,(Maka lagi akan berkata) hamba fakir yang sangat mengharap kepada rahmat Allah : Haji Ibrahim bin Hurairah,bekas Kadi Besar Pahang,(maka tatkala adalah pada hijrah Nabi s.a.w 1332/  1913M pada bulan Jamadil Awal,16 haribulan)[1] Maka pada tarikh tersebut ini telah kuat himmahku dan tadbirku dengan gerak dan ilham daripada Allah pada membuat satu risalah bagi membicarakan idtikad Ahli Sufi yang pada jalan Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah; iaitu Mazhab Imam Abu Hassan Al Asaari dan Imam Abu Mansur al Maturidi.
(Maka ilmu ini)diambil setengahnya dari padanya di dalam Kitab Futh al Ghaib[2] karya Imam Mahyuddin Abdul Kadir Jailani dan setengahnya dari karya Imam al Hafni r.a dan setengahnya daripada Kitab Maqasid al Asani [3]karya Imam al Ghazali. Maka yang dipungut itu sangat sedikit umpama lautan perciknya,umpama setitik jua daripadanya,mudah-mudahan dengan berkat syeikh-syeikh yang tersebut itu maka risalah ini dapatlah membuangkan dan membersihkan idtikad yang cemar daripada idtikad Martabat Tujuh yang tiada tentu ahlinya, yang bukan dari Mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah boleh menyesatkan akal dan idtikad orang awam.
(Maka ini ilmu dan idtikad) adalah pegangan ulamak Pahang keturunan daripada Haji Abdul Shukur bin Haji Abdul Kadir diambil oleh Kadi Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Shukur,Pahang di Kampung Kertau dan daripada Muhammad bin Shahibudin bin Zainal Abidin,Pahang di Kampung Balai Gantang, ia itu mengambil daripada Fakih Yusuf bin Abdul Salam; Ialah yang membuangkan segala Ilmu Mertabat Tujuh pada zaman Maulana Marhum al Maghfur Bendahara Ali dan Al Marhum wa al Maghfur Sultan Ahmad Shah 1, Pahang.  K.C.M.J.
Maka hamba membuat risalah ini pada zaman Maulana Sultan Mahmud bin Maulana al Marhum Sultan Ahmad. Mudah-mudahan aku pohonkan kepada Allah Taala yang Mahakuasa mengurnia dan menambahi akan Raja Pahang ini perangai yang adil dan tilik pandang yang insaf atas segala isi negerinya serta mendirikan agama Islam dengan mengeraskan dan suruh mengajar dan belajar akan ilmu yang sebenarnya serta limpah makmur dan rata kemurahanya itu dan kekerasan hukum agamanya di dalam segala jajahan perintahnya, Amin Ya Rabul’Alamin.
( وسميتها شفاء الابدان والقلوب ويقدس انواع الادناس والعيوب وبكفارة انواع المعاصى والذنوب انشا الله تعالى والحمد لله على كل حال )
           Dan ku namai akan dia ubat yang menyembuhkan segala badan dan segala hati dan dengan menyucikan berbagai daki-daki dan segala keaiban dan dengan mengkifarahkan segala bagi maksiat dan segala dosa jika dikehendaki Allah Taala.Dan bermula segala puji bagi Allah atas tiap-tiap hal.
 ( Syahdan) adalah maksudku pada menghimpunkan ini risalah atas empat perkara:

(Pertama) kerana menyempurnakan kesanggupanku dengan segala ikhwanku dan taulanku yang berkehendak akan dia dan,

(Kedua) kerana harapkan memberi faedah bagi segala anak-anak yang tiada mengetahui Bahasa Arab kerana tiada sempurna idtikad melainkan dengan mengetahui Ilmu Tasawuff yang pada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah,Maka adalah Ilmu Tasawuff yang disebutkan di sini had yang layakdengan dia akal segala orang yang awam daripada lelaki dan perempuan demikian juga segala amalan-amalan dari Al Quraan dan doa dan selawat dan jampi-jampi yang disebutkan disini iaitu layak bagi akal kita Ahli al Awam ,mudah-mudahan terlepas kita dari sesat dengan taufik Allah.

(Ketiga) supaya menjadi pengajaran dan zaman oleh segala anak cucuku yang kemudian daripada aku membaca akan dia dan beramal dengan dia pada hal aku di dalam Alam Barzakh.

(Keempat)Penaruhan bagiku kepada Allah Taala dengan mendapat pahala dan balasan pada Yaumul Maab.

(فجمعتها انشأ الله تعالى على أربعة اقسام)
Maka telah ku himpunkan akan dia dengan dikehendaki Allah Taala atas empat bahagian;Bermula
Bahagian Pertama; Pada menyatakan Idtikad ahli sufi yang pada jalan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lepas dari sesat dan tipu daya segala jahat.
Dan Bahagian Kedua; Pada menyatakan daripada amalan-amalan ahli sufi dan setengah daripada zikirnya dan wiridnya yang teramat besar pahala dan fadilatnya di dalam dunia dan akhirat insyallah.
Dan Bahagian Ketiga: Pada menyatakan setengah daripada lafaz selawat karangan ahli sufi serta dengan nama syeikh yang mengarangnya.
Dan Bahagian Keempat: Pada menyatakan setengah khasiat dan pahala membaca al Fatihan dan Qul huwallah dan Ayat Kursi serta menyebutkan setengah dari jampi-jampinya dan ubatan dan talsam dan isim-isim yang di ambil dari hadis-hadis Nabi s.a.w yang ada berkat dan lepas dari sesat idtikad berubat kepada hantu syaitan seperti pakaian kebanyakan daripada Tabib Melayu yang jahil yang berpegang kepada hantu membaik akan penyakitnya.

اللهم عافنا من افات الدنيا وفتنتها ومن افات الاخرة وعذابها وقنا عذاب النار ولا حول ولا قوة الا بالله العلىالعظيم

Maka kembalilah aku menyebut akan bab dan segala fasal di dalam bahagian pertama itu serta aku menyebutkan perkataan musanif:
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين وثلى الله على سيدنا محمد وعـلى الـــــــه وصحبه اجمعين اما بعد
فقد قال العارف بالله الشيخ الخفنى لبعض اخوانه فى الله أعلم ارشدك الله ان الطريق الى الله بعدد انفاس الخلائق الله وطريقتها الذى ندلك عليه هو أقرب طرق الله لانه طريق المحبين لله السالكين بجذبات الله
Ada pun kemudian daripada itu maka sesungguhnya telah berkata oleh  Arif Billlah Sheikh al Hafni bagi setengah daripada saudaranya pada agama Allah taala,ketahui olehmu telah diberi petunjuk akan kamu oleh Allah Taala bahawasanya jalan kepada Allah itu dengan bilangan nafas sekalian makhluk Allah. Dan bermula jalan kami ini yang kami tunjuk akan dikau atasnya iaitu terlebih hampir jalan kepada Allah Taala kerana bahawasanya jalan segala orang yang kasih akan Allah Taala lagi berjalan mereka itu dengan Jazabatullahtaala maka inilah jalan yang di pilih bagi Ahlullahutaala ( Ahli Allah) tiada ia dengan amal hanya tabiat  ialah asal sampai kepada jalan Allah Taala,tetapi hendaklah serta dengan istiqamah atas syariat Allah yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.



Muqaddimah

          Ini satu muqaddimah,ketahui olehmu bahawasanya segala bagi hamba itu atas tiga bahagi:

Pertama: Ahli Dunia,dan iaitu segala orang yang jahil yang lalai dari Allah
Kedua:    Ahli Akhirat,iaitu orang yang berbuat ibadat takut pada api neraka dan gemar kepada syurga.
Ketiga  : Ahli Allah,iaitu yang terlebih tinggi mertabatnya kepada Allah iaitu orang yang  kasih lagi asyik kepada Allah.
Sabda Nabi s.a.w:
الدنيا حرام على اهل الاخرة والاخرة حرام على اهل الدنيا  وكلاهما حرام
 على اهل الله
Ertinya: Bermula dunia itu haram  atas Ahli Akhirat dan akhirat itu haram atas Ahli Dunia dan keduanya haram atas Ahli Allah.
          Maka bermula mertabat yang terlebih tinggi itu kasih kepada Allah taala maka jika engkau dapati dalam hatimu dukacita kerana kasih rindu kepada Allah Tala maka ketahui olehmu bahawasanya engkau di dalam kumpulan Ahli Allah seperti firman Allah:
يحبهم ويحبونه
Ertinya : Allah kasih akan mereka dan mereka (iaitu orang beriman) kasih akan Allah dengan sebenar-benar kasih cinta dan rindu.
Maka pada azalinya Ia kasih akan dikau terakas kasihnya di dalam cerminan hatimu kemudian maka kasih engkau kepadaNya,maka jika ada engkau sesetangah dari Ahli Muhabbah maka yakinlah engkau bahawasanya daripada Wali Allah; tetapi (jika)satu ketika engkau cenderung pada dunia,lalai engkau daripada Allah dan engkau mensia-siakan umur engkau dalam khayal selain Allah maka sekali engkau kasih akan Allah dan sekali engkau kasih akan dunia,engkau hendaklah menghimpunkan dua kasih ini,pada hal (ini bertentang dengan) firman Allah Taala di dalam Hadis Qudsi:
لا يجمع حبـى وحب الدنيا فى قلب واحد
Ertinya: Tiada berhimpun kasih akan daku dan kasih akan dunia dalam hati yang satu!!
Maka bersungguh oleh mu kepada kasih kepada Allah Taala yang Jamal atas kasih selain daripada Allah,maka loba olehmu akan segala waktu kamu dengan dukacita rindu kepada Allah dan lazimkan oleh mu dengan membaca:
قل هو الله احد, الله الصمد, لم يلد ولميولد, ولم يكن له كفوا احد
Pada tiap-tiap membaca satu kali dengan nafas yang satu daripada awal hingga akhir yang demikian itu pada tiap-tiap malam dan tiap-tiap hari seribu kali. Dan satu kali membaca bismilllah pada awalnya sekali sahaja.
Atau sekurang-kurang membaca sembilan puluh sembilan kali setiap hari dan setiap malam dengan syarat membaca bismillah pada setiap kali bacaan dengan sekali nafas. Dan dibaca:
قل هو الله احد, الله الصمد, لم يلد ولميولد, ولم يكن له كفوا احد
Dengan satu nafas sahaja pada waktu siang selepas Solat Subuh dan malam selepas Solat Witir,dan jika dibuat tiap-tiap selepas sembahyang lima wakti sembilan puluh sembilan kali itu terlebih baik dan jika dikekalkan sampai dua tahun,insyallah jadilah ia dari Ahli Allah tetapi membaca itu jangan diniatkan apa-apa hanya kerana Allah semata-mata.
          Dan ketahui olehmu kadarnya dan syukur olehmu akan Allah Taala kerana keduanya itu terlebih lazat dari segala lazat yang lain daripada Allah Taala. Dan berusaha olehmu dengan melebihkan keduanya dengan menghilangkan segala masghul dan membanyakkan zikir Allah hingga jadi terbalik dukacita itu kepada kesukaan dan hadir serta Allah Taala dan kamu berpaling daripada perhiasan dunia dan kemegahanya dan segala nikmat syurga dan engkau berharap tawajjuh kepada Allah Taala dengan setinggi himat dengan zahir anggota dan batinnya segala anggota engkau kamu kasihkan Allah Taala supaya jangan ada engkau daripada Ahli Dunia dan Ahli Akhirat hanya jadikan olehmu akan dirikamu daripada Ahli Allah.
          Maka tiada tinggal di dalam hati engkau berpaling sekali-kali kepada selain Allah dan telah bersabda Nabi s.a.w:
 ان الله ليس فيها حور ولا قصور ولا لبن ولا عسل ولكن يتجلى فيها ربنا جنات ضاحكا الا وهى قلب العارف بالله

Ertinya : Bahawasnya adalah bagi Allah Taala itu beberapa syurga tiada di dalamnya bidadari,tiada mahligai,tiada sungai susu dan tiada sungai madu akan tetapi Tajalli Ia di sana pada hal ia suka ketahui oleh mu itulah hati yang Arif Billah.
          Maka jika hendak engkau hatimu itu menjadi syurga Allah dan engkau padanya berlazat-lazat dan bercita-cita dan hadir serta Allah maka hamparkan olehmu kepada Allah dengan menyucikan hatimu daripada cemar segala sifat yang menjauhkan daripada Allah supaya Allah Taala hampir kepada engkau terlebih banyak daripada engkau hampir kepada Nya. Dan tajalli ia bagi engkau dan supaya jadi pendengaran engkau dan pandangan engkau, maka engkau mendengar dan engkau melihat dengan Allah dan engkau berperangai dengan akhlak Allah dan jernih hatimu maka jadilah hati engkau itu seolah-olah Arasy Allah. Maka jadilah engkau fana dan baqa dengan Allah iaitu sentiasa pandang hatimu itu kepada Allah,tuhan yang menjadikan engkau dan segala makhluk. Maka jadilah kehidupanmu itu dari duduk,berdiri,berjalan dan barang sebagainya itu ingat akan kebesaran Allah dan kemuliaanNya, dan tiada berlaku di dalam alam ini suatu jua pun melainkan barang yang dikehendakiNya seperti kata Imam Abu Hasan Al Asharie,Ulamak Ahli Sunnah wal Jamaah:
لاصول مذهب اهل السنة والجماعة دان اياله امام اهل السنة (سبحان من لا يجرى فى ملكه شئى )
Ertinya: Mahasuci tuhan yang tiada berlaku di dalam pemerintahannya melainkan barang yang dikehendakiNya.
( Maka bermula jalan Tahalli dan Tajalli bagi Baitullah itu)maka iaitu dikurangkan makan dan tidur serta ajarkan akan dia perlahan-lahan dan membanyakkan sebutan La ila ha illlah (لااله الا الله) itu pada berdirinya,dan duduknya dan berbaringnya dan berjalannya sebut olehmu La ila ha illlah dengan lidah serta hati atau di simpankan di dalam hati jua. Dan perbanyakkan membaca Surah Ikhlas pada tiap sekali dengan satu nafas,demikian juga kalimah musrifat(yang mulia) ; La ila ha illlah, La ila ha illlah . Baca dua kali satu nafas,biasakan pada siang atau malam,berjalan dan duduk dan berbaring kecuali waktu Qada hajat,itu pun boleh di dalam hati.
(Maka) apabila kamu lazimkan( demikian itu )hampirilah bagi kamu jernih hatimu dan hampirlah Nur Mahhabtillah(Nur Cinta kasih akan Allah) itu di dalam hatimu. Dan jika menahan akan dikau oleh nafsu amarah daripada Tawajjuh kepada Allah maka minta tolong oleh kamu dengan bersungguh-sungguh kepada Allah serta engkau kekalkan puasa dan berjaga(malam) berbuat ibadat tiap-tiap malam seperti mengaji Quraan dan berselawat dan tahlil dan tasbih dan istiqpar banyak-banyak dan engkau perangkan nafsu engkau itu dengan kerana Allah hingga jadi beradab ia dan jangan dapat nafsu itu melalaikan engkau dari zikir Allah.
Adapun  sifat yang tiada patut bagi hati itu sepuluh perkara:
Pertama: Bersahabat dengan selain Allah
Kedua:     Lalai dari Zikirullah
Ketiga:     Syirik dengan Allah
Keempat: Tiada berpegang pada Allah
Kelima: Tiada iktibar bagi takdir Allah
Keenam: Keluh kesah pada bala Allah
Ketujuh: Marah kepada Qada Allah
Kelapan: Takbur kepada makhluk Allah
Kesembilan:  Tiada memelihara amanah Allah
Kesepuluh:  Mensabitkan wujud hakiki bagi yang lain dari Allah.
Maka sepuluh perkara ini hendaklah dijauhkan daripada hati supaya jadilah hati itu umpama Baitulllah;itu tempat: Bertutur dengan Allah,tempat melihat kebesaran Allah,tempat mengambil iktibar Allah akan hikmat segala yang dijadikan Allah,tempat menilik kepada kekayaan dan keesaan Allah.
Dan adapun sifat yang lazim bagi hati itu sepuluh perkara jua:
Pertama : Kasihkan Allah Taala
Kedua: Mengesakan Afa’alullah yakni tiada seorang jua yang boleh membuat atau meniru perbuatan Allah.
Ketiga: Sentiasa hatinya terhadap Allah barang dimana ada ia kerana firman Allah:
وهو معكم اينما كنتم
Yakni: Ia berserta kamu dimana sahaja kamu berada.
Keempat : Bertawakkal kepada Allah
Kelima: Diserah segala perkerjaan dan halnya kepada Allah serta menjalankan ikhtiar syarak yang ditaklifkan ke atasnya.
Keenam: Sabar di atas bala Allah dan QadaNya
Ketujuh:Menghinakan diri bagi kebesaran Allah
Kelapan: Berkehendak sebenar-benarnya kepada Allah
Kesembilan: Kaya dengan Allah dari meminta kepada Makhluk
Kesepuluh: Fana di dalam Baqa Allah.
(Dan apabila) engkau sucikan hatimu dari pada segala sifat cemar yang sepuluh dahulu itu dan engkau hiasi akan dikau dengan sepuluh sifat ini maka sesungguhnya jadilah hatimu itu umpama Baitullah;ertinya tempat tawajjuh kepada keesaan hak Allah, dan tempat berkata-kata dengan dia dan tempat munajat dan mikraj kepadaNya.
Maka telah engkau menjalankan tarekat Ahli Allah yang Aulia Allah Taala dan tetaplah hatimu dan ruhmu dengan Allah dan jadilah engkau mengiring bagi Khitabullah seperti firmanNya:
يا ايتها النفس المطمئنة ارجعى الى ربك راضية  مرضية فادخلى فى عبادى وادخلى جنتى
Ertinya: Hey jiwa yang tenteram ,kembalilah engkau kepada tuhanmu dalam keadaan tuhanmu redha akan kamu,maka masukkilah akan dikau kedalam ibadatku dan masuklah dikau ke syurgaku.

Fasal Pada Menyatakan Kasih Kepada Allah (محبة الله   )

Bermula ini satu fasal pada menyatakan kasih kepada Allah,(Hey Saudaraku) sucikan hatimu dari kasihkan selain dari Allah, dan engkau hiasi akan dia dengan segala permata kasihkan Allah. Dan jangan kau kasihkan selain Allah kerana Mahabbatullah itu umpama permata yang sangat indah, maka janganlah engkau taruhkan dia kepada tempat yang kotor lagi cemar iaitu kasih selain Allah.
Maka jangan kau kasih selain Allah,maka hendaklah kau kasih akan Dia dengan kerana Allah tiada dibala’ kan kamu oleh Allah dengan sebab kasih akan selain Allah. Maka akan jadi sakit dan susah hati kamu. Dan merasailah engkau akan pahit bercerai dengan dia,maka janganlah engaku kasih dengan sebenar-benar melainkan Allah, kerana Ia lah taulan engkau yang menolong engkau pada tiap-tiap hal dan tiada bercerai daripada engkau dan tiada lupa dan lalai daripada tiap-tiap sesuatu sekejap mata jua pun dari dunia sampai akhirat.Dan Ialah memberi rahsiaNya kepada engkau dan yang mengampun dosa-dosa kamu.
(Dan bermula) hati kamu itu seumpama cermin bagi Jamal Allah,ertinya tempat memandang keelokkan Allah dan tempat berkhalwat dan berjumpa dengan Allah,dan ialah serta engkau barang dimana engkau berada,sebagaimana firman Allah:
وهو معكم اينما كنتم والله بما تعملون بصير
Ertinya : Iaitu Allah Taala berserta kamu barang dimana kamu berada.
Dan bermula Allah Taala dengan apa-apa yang diperbuat oleh sekalian mereka itu amat melihat dan selain Allah itu tiada kekal baginya hanya ghaib ialah bercerai dan dengan [sebab]tinggal dan dengan [sebab] mati. Maka keloh kesah lah engkau dan merasa pahit bercerai dengan kekasih sampailah setengah daripada yang kurang akalnya itu dengan sebab berdukacita kekasihnya itu jadi gila dan sakit.
Maka hendaklah bersunguh-sungguh berpaling hati daripada barang sekaliannya dan hampakan hatimu bagi kasihkan Allah jua. Dan pada tiap-tiap saat berzikir Allah dan lazimkan membacanya akan Surah Ikhlas pada tiap-tiap ketika dan saat. Disamping sekali bacanya dengan satu nafas serta membanyakkan bacaannya daripada hurufnya dan barisnya dan tasdidnya dan wasalnya dan waqafnya,jangan dibaca dengan lahan atau tak betul hurufnya, maka jika dikekalkan bacaanya serta baik bacaannya,insyalllah jadilah engkau daripada Ahli Allah dan masuk ke dalam syurga Allah iaitu sejuk mati hatimu yang itulah seolah-olahnya cermin Jamal Allah, dan kamu dapatlah padanya hadir serta Allah. Dan mabuklah engaku dengan minuman air Mahabatullah dan berjinak-jinak dengan Allah.
(Hey saudaraku) tilik oleh mu akan hatimu jika ada kasih ia selain Allah,seperti harta dan anak isteri dan segala perhiasan dan kepada segala nikmat dunia dan kemegahan dan lazatnya. Maka hendaklah kau berusaha pada menghilangkan dari dengan membanyakkan zikir Allah dan membanyakkan berfikir pada Jamal Allah dan kepada keesaanNya dan jika menahan kamu oleh nafsu amarah daripada banyak zikir maka kamu perangkan dia serta kamu berlapar dan berjaga malam dengan membaca Surah Ikhlas dengan nafas yang satu.

Dan memperbanyakkan selawat atas Nabi s.a.w dan segala keluarganya dan sahabatnya hingga engkau dapat lazat kasih rindu kepada Allah Taala dan maka hilanglah segala kasih kepada selain dari Allah.Dan jadilah engkau daripada Ahli Allah yang sangat tinggi mertabatnya maka jika tiada engkau mengusahakan pada menghilangkan kasih akan selain Allah itu maka ialah yang melalaikan kamu daripada zikir Allah dan Mahabatullah, dan ialah memutuskan kamu daripada sampai kepada Allah. Maka sangat rugilah kamu dan jadilah kamu daripada Ahli Dunia yang haram atas mereka itu akhirat dan haram sampai kepada Allah
(Hey saudaraku) janganlah kamu menjadi ahli dunia !!! dan banyakkan berfikir kepada Jamal Allah dan Afaal Allah dengan bersungguh-sungguh mengamalkan syariat Nabi s.w.a dengan mendirikan solat lima waktu pada waktunya dan ٍٍSolat Jumaat dan Puasa Ramadhan dan memberi zakat dan sedekah dan naik haji ke Baitulllah al Haram dan lainya daripada amalan syariat serta berbanyak-banyak meminta doa kepada Allah Subhanawataala supaya dijadikan kamu daripada Ahli MahabahNya,bahawasanya Allah Taala atas tiap-tiap sesuatu amat berkuasa dan dengan memberi pinta hambaNya amat murah lagi amat mudah kepadaNya.

Fasal
Ini Satu Fasal Pada Menyatakan Tawajjuh Kepada Allah
( Ketahui olehmu ) adapun makna Tawajjuh itu berhadap  hati kepada Allah  serta meningatkan kekayaanNya dan kebesaranNya dan kekuasaanNya dan keesaanNya dengan memandang kepada segala Afaal Allah iaitu pandang dengan matahati dan sucikan olehmu akan hatimu itu daripada berharap kepada yang lain daripada Allah, Istimewa pula berharap kepada dunia;bangkai yang amat busuk!!! Seperti sabda Nabi s..w.a :
الدنيا جيفة وطلبها كلاب
Ertinya : Dunia itu umpama bangkai, hanya anjing yang hina dan najis  saja yang suka menuntut akan dia.
Bermula halalnya kena hisab dan yang haramnya kena siksa (maka hias ) olehmu akan hatimu tawajjuh kepada Allah dan jangan kamu jauh dari hatimu kerana in Babulllah maka Allah Taala itu hadir serta engkau dan menilik kepada hatimu maka jangan engkau lalai engkau daripada tuhanmu yang menjadikan kamu terlebih hampir ia kepadamu dari dirimu seperti firmanNya yang Mahatinggi:
نحن أقرب اليه منكم ولكن لا تبصرون
Ertinya : Dan Kami terlebih hampir kepadanya dari diri kamu dan tetapinya ia tiada melihat sekalian mereka itu akan tetapi hampirnya yakni tiada tahu dan tiada melihat akan kaifiat hampirNya,seperti firman:
لا تدركه الابصار وهو يدرك الابصار وهو اللطيف الخبير
Ertinya : Tiada mendapat akan dia oleh segala penglihatan mata dan hati  dan iaitu Ia jua yang mendapat segala penglihatan dan iaitu yang amat lemah lembut bagi segala hambaNya lagi amat mengetahui akan segala makhlukNya
(Maka suka olehmu) dengan mengingat kebesaran Allah Taala dan jangan engkau cari akan dia lain daripada iktibar hatimu kerana hatimu itu umpama Baitullah yakni tempat memandang Jamal Allah di sanalah kamu cari akan dia nescaya memadailah ia dan dapatlah engkau dengan hatimu itu dan berfikir kepada keesaan Allah dan Jamal Allah Wahidul Qahar. Maka tatkala dunia dan akhirat itu haram keduanya ke atas Ahli Allah maka beri olehmu keduanya kepada ahli keduanya, dan sucikan hatimu itu dengan menjadikan di itu umpama Baitullah yakni rumah tempat bertutur dan berjinak-jinak dengan Allah seperti firmanNya di dalam Hadis Qudsi kepada pihak Nabi Daud a.s:
يا داود  افرغ لى بيتا اسكن فيه
Ertinya: Wahai Daud!!! Kosongkan olehmu bagi ku sebuah rumah supaya aku diam di dalamnya.
 Maknanya kosongkan hatimu hey Daud daripada ingat kepada yang lain dari aku supaya tetap ingat akan daku itu di dalam hatimu nescaya memadailah ia akan kamu oleh Allah atas tiap-tiap hal.
(Maka barang siapa) ada himahnya hendak berjinak-jinak dengan Allah maka lemahlah lidahnya daripada memperikan kelabaannya seperti sabda Nabi s.a.w:
لى وقت مع الله لا يسعنى ملك مقرب ولا نبى مرسل
Ertinya : Ada bagiku itu waktu serta Allah tiada lulus padanya malaikat yang muqrab dan nabi yang mursal.
Demikianlah segala  ورثث maka yang demikian itu tatkala berhadapan mereka itu bagi Tajjali Zatnya kerana ketika itu lemahlah segala ibarat,hilanglah segala isyarat dan kelulah lidah dan hairanlah hati.
Maka inilah pekerjaan yang tiada boleh mengetahui akan dia melainkan orang yang merasai akan zauq seperti kata setengah Ariffin:
من ذاق طعما او شرب القوم يدريه ومن داره غذابا الروح يشربه
Ertinya : Barang siapa merasakan makanan dan minuman kaum sufi ini nescaya tahulah ia akan dia dan barang siapa tahun akan dia besok hari dengan nyawa sekalipun membeli ia akan dia.
(Maka gemar olehmu) hey saudaraku akan lazat minuman ini dengan membanyakkan tawajjuh kepada Allah dan berpaling dengan hatimu daripada barang yang lain daripada Allah, dan barang siapa ada himahnya itu selain Allah lemahlah lidahnya daripada memperikan kerugiannya maka angkat olehmu akan himah mu daripada dua negeri dan daripada hawa nafsumu kepada Allah kerana himah Ahli Dnia dan Ahli Akhirat dan doa mereka itu menutupkan baginya nafsu mereka itu dari Allah,maka itulah membimbangkan mereka itu daripada zikir Allah dan tiada mengerti mereka itu berseteru mereka itu dan tiada menuntut mereka itu akan Allah hanya menuntut akan isteri,anak di dalam dunia dan anak bidadari dan mahligai di dalam akhirat. Maka berbuat ibadat mereka itu kerana nafsu mereka itu dan kerana dunia ,maka jadilah mereka itu hamba nafsu dan hamba dunia berkhidmat akan dia dengan menyakiti akan makhluk Allah dan membinasa hati mereka itu yang iaitu seolah-olahnya Baitullah. Dan tiada malu ia daripada Allah pada hal ia serta mereka itu dan sangat menyesal mereka itu kemudian daripada mati dengan sebab tiada beradab dengan Allah kerana membinasakan Baitulllah itu terlebih besar dosanya kepada Allah kerana adalah hati itu ibarat Baitullah,maka jangan dibinasakan dengan lalai dan lupa akan Allah.
(Maka adalah membaikkan hati dan menghiasi akan dia) dengan zikir dan tasbih dan takut dan malu kepada Allah,itu seperti membaikkan Baitulllah dan adalah membaiki Baitulllah itu terlebih kasih daripada segala ibadat yang lain kepada Allah.
(Ketahui oleh mu) hey Talib bahawasanya adalah nafsumu itu sejahat-jahat seterumu seperti sabda Nabi s.w.a:
ان اعدا عدوك نفسك التى بين جنبيك
Ertinya : Bahawasanya sejahat-jahat seteru engkau itu nafsu engkau yang di antara dua lambung engkau
Menjadikan dia oleh Allah Taala akan nafsumu itu seteru kamu,sekira-kira jikalau kamu ikut akan dia sepuluh tahun dengan berbuat kejahatan kemudian apabila engkau hendak meninggalkan kejahatan itu dan hendak berkhidmat kepada Allah nescaya menegah ia akan dikau dan menyeru ia kepada adat dia dahulu.
(Ada pun) seteru yang lain daripadanya jika engkau ikutakan dia tiga kali nescaya berbalik ia menjadi sahabat,menolong ia atas kebajikan engkau,maka apabila engkau ketahui bahawasannya nafsu engkau itu terlebih jahat dari segala seteru kamu maka berikan akan dia akan hak seteru dengan menyalahi dia dan jangan engkau berikan dia kepada kehendak pada meninggalkan taat Allah dan jaga akan tipu dayanya pada meninggalkan syariat Allah dan kamu periksa akan dakwanya dan tipu dayanya nafsumu itu dan berlazat-lazat olehmu dengan tawajjuh kepada Allah dan pada tiap-tiap saat engkau sebut nama Allah dan engkau merendahkan diri engkau daripada Allah dan kamu tawajjuh dengan hatimu kepada Allah supaya dapat lazat engkau berjinak-jinak dengan Allah di dalam hatimu.








[1]Bersamaan 1913 masehi. Kadi Ibrahim tidak lagi memegang jawatan pegawai kerajaan.Jika pegawai kerajaan bersara dlm usia 55 tahun, maka tarikh lahir Kadi Ibrahim pada tahun 1858.
[2] فتح الغيب
[3] مقاصد اللاسنى

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti SIP

Nota

Jika ada iklan yang tidak sesuai, sila tekan pangkah pada iklan kerana kami sangat mementingkan keselesaan pembaca.