Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Khamis, 12 Januari 2017

Kitab Hidayahtul Wildan Karya Kadi Ahmad bin Abdullah Endol (1920M) Kadi Bangau Temerloh Pahang

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الواحد المنفرد المنزه عن كل المشركات برمول سكلا فوجى باكى الله يع اسا لاكى توعكل مها سوجى درفد شريك
والصلاة والسلام على سيدنا محمد تالمبعوث بالمعجزات الواضحات
وعلى آله وصحبه ذوى الفضل والكرامات
ؤبعد فيقول العبد الفقير المعترف بالعجز والجهل والتقصير
 أحمد ابن عبدالله
قد سألنى ولدى وبعض الاخوان منى ان اكتب رسالة صغيرة مختصرة متعلقة فى أصول الدين موضوعة للمبتدين ليسهل لهه خفظها وفهمها فأجبتهم ملقوطة من كتب معتبرات من العلمأ المحققين ان لم أكن أهلا لذلك راجيا العفو والغفران من رب الغفور الرحيم وسميتها هداية الولدان فى بيان عقائد الايمان أسال الله أن ينفع بها لى ولسائر المردين ولا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم

Bermula segala puji bagi Allah Taala yang asa lagi tunggal lagi Maha Suci daripada tiap syirik. Dan rahmat Allah dan salamNya atas penghulu kita Nabi Muhammad yang dibangkitkan dengan beberapa mukjizat yang amat nyata. Dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya yang mempunyai kelebihan dan kemuliaan yakni beberapa amal yang soleh.
Dan kemudian daripada itu maka lagi akan berkata hamba yang fakir yang mengaku dengan lemahnya dan jahil dan taksir dari belajar Ahmad  bin Abdullah[1], sesungguhnya telah meminta akan daku anak-anak ku dan setengah saudara daripada aku akan bahawa menyuratkan aku akan satu risalah yang kecil lagi ......... yang bergantung pada Ilmu Usulluddin hal keadaannya dihantarkan bagi segala orang yang mubtadi kerana bahawa hendak mudah bagi mereka itu menghafazkan dia dan memahamkan dia.
Maka ku perkenankan akan mereka itu hal keadaannya dipungut daripada beberapa kitab yang muktabar dari ulama yang muhaq’qiqin dan jika aku tiada patut bagi demikian sekalipun kerana aku harap akan maaf dan ampun daripada tuhan yang amat pengampun lagi amat pengasihani akan segala hambaNya. Dan aku namai ia :
(( ḤIDAYATUL’WILDAN FI ᾹQA’ID AL-IMAN)).
Dan aku minta akan Allah Taala bahawa ia memberi manfaat ia dengan dia bagi ku dan bagi sekalian murid yakni bagi sekalian orang yang berkehendak mereka itu dan tiada daya dan upaya ku hanyalah dengan tolong Allah Taala yang Maha Tinggi  lagi Maha Besar , Amin !!!

مقدمة قال العلامة الشيخ أحمد ابن محمد السحيمى رحمه الله تعالى ولا بد لمن أراد الخوض فى علم على وجه الاكمال أن يعرف المبادى العشرة , حده  , وموضوعه , وواضعه , واسمه , وغليته , وحكمه , ومقصوده , واسمداده , وفائدته , ونسبته .

Ini satu muqaddimah  telah berkata Syeikh Suhaimi r.h[2] Allah Taala;
Tidak dapat tidak bagi orang yang hendak masuk pada ilmu ini atas jalan yang sempurna bahawa mengetahui ia akan permulaan sepuluh perkara iaitu :
“Hadnya dan Tempat Hantarnya dan Yang Menghantarkan dia dan Namanya dan Kesudahannya dan Hukumnya dan Maksudnya dan Tempat Ambilnya dan Faedahnya dan Nasabnya”.

Maka Had Ilmu Usuluddin ini iaitu ilmu dengan beberapa kaedah-kaedah daripada dalil-dali yang yakin.
Dan tempat hantarannya itu iaitu Zat Allah Taala dan zat segala nabi.
Dan yang menghantarkan yakni pertama-tama orang yang menghantarkan Syeikh Abu Hassan Al Asyarie.
Dan namanya ilmu ini Ilmu Tauhid dan Ilmu Sifat dan Ilmu Ᾱqa’id Al Iman dan Ilmu Usulluddin dan Ilmu Kalam.
Dan Ghayah (الغاية )ilmu ini membezakan antara berapa kaedah yang sahih dan yang binasa.
Dan hukum ilmu ini Fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf.
Dan maksudnya iaitu berapa masalah yang sabit ini dengan dalil seperti kita sabitkan baharu jauhar dan ārad dan mensabitkan tuhan yang menjadikan alam dan berapa sifat atau dengan dalil sam’iyya  yakni yang  diambil dari hadis.
Dan Istimdadnya (استمداد ) ertinya tempat ambilnya daripada Al Quraan dan Hadis Nabi s.w.a.
Dan Faedahnya tercapai bahagia dua negeri iaitu dunia dan akhirat.
Dan nasabnya ilmu ini Ilmu Agama.
Ini lah kesudahan Mubadi’ yang sepuluh perkara sayugia dipelajari dahulu sebelum mengerjakan dia.
****
Ketahui olehmu hai orang yang hendak bahagia dunia dan akhirat bahawasanya awal-awal yang wajib  atas tiap-tiap mukallaf itu (معرفة الله  ) mengenal Allah Taala seperti sabda Nabi s.a.w:
اول الدين  معرفة الله
Ertinya: Pertama-tama yang wajib atas tiap-tiap mukallaf  pada pekerjaan agama itu mengenal akan Allah Taala, dengan idtikad yang jazam yang maufakat bagi yang sebenarnya iaitu mengikut bagi Al Quraan dan Hadis Nabi s.w.a iaitu mengangkatkan ia akan hijab syak dan zan dan waham dan diperolehinya ilmu yakin kerana tiada sah segala ibadat melainkan kemudian daripada mengenal akan tuhan yang diibadatkan dia dengan idtikad yang jazam.
Dan erti “Agama” itu Ibarat daripada berapa hukum yang di syariatkan yakni dinyatakan akan dia oleh Allah Taala atas lidah  nabiNya.
Dan bahawasanya “Hukum” itu iaitu thabit[3] amar atau nafi ertinya mensabitkan suatu pekerjaan atau menafikan dia seperti kita kata bermula alam ini baharu pada ithbatnya atau kita kata alam ini bukan qadim pada nafinya.
Dan yang hukum dengan thabit atau dengan naïf itu ada kalanya (hukum)syarak dan ada kalanya(hukum) adat dan ada kalanya (hukum) akal ,maka kerana demikian terbahagi hukum itu kepada tiga bahagi:


Pertama: Hukum Syarak
Kedua:    Hukum Adat
Ketiga:    Hukum Akal.



[1] Ahmad bin Abdullah Endol.
[2]
[3] BA=ثابت 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti SIP