Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Rabu, 11 Januari 2017

KITAB RAUDATUL JINAN BERTARIKH 1803 MASEHI KARANGAN TUAN TEH HASSAN BIN IMAM SYAHIBUDIN




Kitab Raudatul  Jinan
Amma badu – Hamda lillah wa Solawatu ala Rasullilah, barang tahu kerana kita sekalian bahawa itulah umdah nasihat bagi segala ikhwan menyatakan di dalamnya berapa waiz dan tanbih di dalam Rudhah Al Jinan, supaya memandang segala salik akan kehinaan dunia akan maut dan kubur dan ehwal kiamat dan titian neraka yang tak dapat tiada lagi akan dirasai oleh sekaliannya.
Mudah mudahan insaflah kita dan sedarlah kita daripada lalai dan lenyap dengan sesuatu yang tiada berguna adanya iaitu dunia dan segala perhiasanya dan berpalinglah kita dan berpindahlah kita kepada mengasihi akhirat yang baqa dengan berbuat takutkan Allah dan mengerjakan segala suruhannya dan  menjauhkan segala tegahNya dengan tulus ikhlas dalam sekalian ibadat serta menjauhi diri kita dari mengasihi bagi dunia ini serta bersungguh-sungguh meminta tolong kepada Allah Subana wa’ Taala atas berbuat segala kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan dan meminta ampun dari segala dosanya dan kesalahan dan menerima segala nasihat dan menghantarkan segala ibadat dan mengambil kelakuan segala asfia yang pilihan dan berseterulah dengan hawa nafsu dan dengan iblis dan syaitan dan hadirkan maut ini pada pintu hatinya dan sentiasa menghantarkan dirinya dalam kubur dengan seorang diri dan menilik akan segala kecelakaan dirinya dan menanggalkan ia kepada pangkat yang di bawah pada pihak dunia dan pangkat yang di atas pada pihak agama dan sentiasalah ia memandang dengan mata hatinya akan Allahsubhanawatala senantiasalah ia menilik kepadanya dan mengetahui segala halnya pada zahir dan batinnya tiadalah tersembunyi atasnya sesuatu jua pun.
Syahadan kita sekalian pun tahulah hal ehwal dunia yang lagi akan fana ini ialah negeri yang amat hina lagi cemar seperti sabda Nabi s.w.a : 
ุงู„ุฏู†ูŠุง ุฌูŠูุฉ
yakni yang dunia ini umpama bangkai yang cemar lagi najis jua adanya, tiada jua mengambil segala anbia dan segala aulia akan dia melainkan umpama bekal bagi orang yang pergi pergian yang segera jua adanya.
Maka dek kerana inilah sabda Nabi s.w.a:
ูƒู† ูู‰ ุงู„ุฏู†ูŠุง ูƒุฃู†ูƒ ุบุฑูŠุจ ุฃูˆ ุนุงุจุฑ ุงู„ุณุจูŠู„
yaknijadikan dirimu di dalam dunia ini seperti dagang atau musafir atau orang yang melalui jalan jua adanya
Dan lagi sabda Nabi s.w.
ู„ูˆ ูƒุงู†ุช ุฏู†ูŠุง ุนุฒูŠุฒ ุนู†ุฏ ุงู„ู„ู‡ ุฌู†ุงุญ ู…ุซู„ ุจุนูˆุถุฉ ู…ุง ุณู‚ู‰ ุงู„ูƒุงูุฑ ู…ู†ู‡ุง ุฌุฑุนุฉ ู…ุง
 yakni jikalau ada dunia itu mulia pada Allah taala umpama sayap nyamuk jua pun nescaya tiadalah di anugerahkannya dari pada dunia ini seteguk air pun pada segala yang kafir yang berbuat durhaka akan dia
Syahdan maka segala yang berbudi bahawa hendaklah ia menyedarkan akan mata seperti firman Allah Taala :
ูƒู„ ู†ูุณ ุฐุงุฆู‚ุฉ ุงู„ู…ูˆุช
 yakni tiap-tiap segala yang bernyawa lagi itu akan merasai mati.
Dan lagi firman Allah taala:
ุงูŠู†ู…ุง ุชูƒูˆู†ูˆุง ูŠุฏุฑูƒู… ุงู„ู…ูˆุช ูˆู„ูˆ ูƒู†ุชู… ูู‰ ุจุฑูˆุฌ ู…ุดูŠุฏุฉ
yakni barang dimana ada kamu lagi akan diperdapat oleh maut jikalau kamu di dalam peti besi sekalipun
Dan sabda nabi s.a.w:
ุชุฐูƒุฑูˆุง ู‡ุงุฐู… ุงู„ู„ุฐุงุช  ูˆู‡ูˆ ุงู„ู…ูˆุช
 yakni sentiasa ingatkan olehmu akan segala yang meruntuhkan keinginan iaitu maut Dan sabda Nabi s.a.w:    
ุงู„ู…ูˆุช ุจุงุจ ูˆูƒู„ ุงู„ู†ุงุณ ุฏุฎู„ูˆู‡ ูˆุงู„ู…ูˆุช ูƒุคุณ ูˆูƒู„ ุงู„ู†ุงุณ ุดุงุฑุจูˆู‡ ูˆุงู„ู…ูˆุช ุทุนู… ูˆูƒู„ ุงู„ู†ุงุณ ุฐุงุฆู‚ูˆู‡
yakni maut umpama pintu tiap-tiap manusia memasukinya dan maut itu umpama minuman tiap-tiap manusia meminum dia,dan maut itu umpama makanan tiap-tiap manusia merasai dia.
Syahdan bahawa jangan sekiranya kita lupa akan kubur dengan segala bahayanya dan tidak dapat tiada lagi akan dirasainya oleh sekaliannya.
Dan sabda Nabi s.a.w:
ุงู„ู‚ุจุฑ ุฑูˆุถุฉ ู…ู† ุฑูŠุงุถ ุงู„ุฌู†ุฉ ุฃูˆ ุฎูุฑุฉ ู…ู† ุฎูุฑุฉ ุงู„ู†ูŠุฑุงู†
yakni yang kubur itu satu kebun dari kebun-kebun syurga atau liang dari liang-liang neraka.Dan di dalamnyalah soal mungkar nakir dan diapit bumi yang lagi akan dirasai oleh kita sekalian melainkan segala anbia dan yang mati sahid dan kanak-kanak jua yang luput daripadanya.
Syahdan akan ehwal kiamat itu amat besar dalamnya hisab dan timbangan dan melalui titian neraka yang tiga ribu tahun panjangnya dan tergelincirlah kaki segala kafir dan setengah dari mukmin yang asi kedalam neraka maka jatuhlah sekalian mereka di dalam azab yang amat sangat.
Syahdan berbahagialah bagi barang siapa yang meninggalkan dunia itu dahulu dari ditinggalkannya akan dia dan yang berbuat akan kubur dahulu dari masuknya akan dia dan yang diredai tuhannya dahulu dari menghadap haderatnya demikianlah kita sekalian dari dalam dunia maka janganlah sayugianya kita menurut kan lalai dengan dunia dek kerana kita pun akan mati jua adanya.
Maka pada satu hari turun Jibrail a.s kepada Nabi s.a.w katanya:" Wahai Muhammad jikalau berapa lama engkau hidup maka kesudahannya mati jua,maka kasihlah oleh mu barang kehendakmu maka sesungguhnya kekasih itu akan bercerai jua adanya dan perbuat oleh mu barang kehendakmu maka sesungguhnya lagi akan di balas segala perbuatanmu.
Dan cerita dari Abu Hurairah r.a :Pada satu hari Rasullulah s.a.w bersabda padaku:"Hai Abu Hurairah mahukah aku pertunjukkan padamu hal ehwal dunia ini,maka sembahku :"Ya Rasullulah,maka lalu dipegang nabi allah tanganku dibawanya berjalan bersama dengan dia maka nabi Allah itu pun berdiri bersama dengan ku di tempat orang membuang ุณุฑุงุณู‡))sampah ,pada tempat itu beberapa tengkorak manusia dan beberapa daripada tulang yang buruk,luluh…..dan beberapa daripada perca buruk berkapung berlumuran debu,maka sabda Nabi s.a.w: wahai Abu Hurairah inilah tengkorak segala manusia yang ku lihat ini adalah ini seperti kepada yang penuh dengan haloba dan usaha pada menghimpunkan harta dan adalah segala manusia yang empunya tengkorak ini berharap mereka akan lanjut umur mereka seperti harap kamu jua dan adalah mereka menghimpunkan dan meramaikan dengan segala perhiasannya seperti kamu menghimpunkan dunia maka sekarang jadi cerai berailah segala tulang mereka dan hancur luluhlah segala tubuh mereka dan perca yang kamu lihat inilah pakaian mereka yang berperhiasan dengan dia pada masa kekayaannya serta membesarkan diri mereka berkehendak akandia mereka itu maka sekarang ditiupkan angin ia kepada najis, maka inilah tulang segala binatang kenderaan mereka dan najis inilah makanan mereka yang lazat yang ada mereka itu berebutan daripada menghasilkan dia dan dari kerana inilah dirampas mereka itu akan yang terampas setengahnya akan setengahnya sekarang telah buangkan oranglah ia akan dia pada tempat membuang ุณุฑุงุณู‡yang tiada seorang jua pun hampir ke tempat itu daripada sangat busuk baunya. Maka inilah jumlah segala hal ehwal dunia seperti yang kulihat dan kupandang ini maka barang siapa hendak menangis akan bahaya dunia maka menangislah ia bahawasanya inilah tempat menangis, kata Abu Hurairah maka menangislah segala sahabat yang hadir pada ketika itu, kata Arif bahawa adalah perhiasan dunia ini ditunjjukkan dirinya kepada mu bahawasanya ia sentiasa lari darimu dengan sekali ……….dan …………dan adalah misal dunia ini umpama naung(bayang) sesuatu apabila aku lihat akan dia maka sangkamu tetaplah ia bahawasanya adalah ia sentiasa berubah jua dan demikian lagi umur pun sentiasa berkurang jua pada tiap-tiap kejap mata dan lagi misal dunia ini umpama seorang perempuan yang perosak lagi setiap segala lelaki maka apabila berahilah lelaki itu akan dia maka dibawanya lah kerumahnya hingga di rumah rumahnyalah akan dia maka kesudahannya jadi dibinasakannya akan dia.
Sekali peristiwa nabi Allah Isa .a.h.s berdatang sembah ke hederat Allah taala demikian bunyinya:ูŠุง ุงู„ูŠู‡ู‰ ุณูŠุฏู‰ ูˆู…ูˆู„ู‰aku pertunjukkan kiranya kepada hamba dunia maka dipertunjjukkan Allah taala kepada Nabi Isa dengan rupa seorang perempuan tua maka sabda Nabi Isa  akan dia:"Wahai perempuan yang tua berapa ada bagimu suami?maka sembahnya:"Ya Nabi Allah bahawa ada suami yang diperhamba tiada terkira banyaknya maka sabda Nabi Isa:"bahawa segala suamimu itu matikah atau mentalakkan dikau kah?maka sembahnya:" Ya Nabi Allah, bahawa hambalah membinasakan mereka itu hingga hamba bunuh akan dia", maka sabda Nabi Allah Isa:"Hai kiranya ajaib sekali aku akan segala tiada akal telah di lihat mereka akan hal yang demikian maka betapa kata mereka maka mahu mengusaha diku dan tiada mereka mengambil ibarat melihat halmu ini.
Nasihat, sayugia bagi segala budiman bahawa janganlah ia cenderong dan lalai bagi mengasihi dunia yang fana lagi……ini seperti sabda Nabi s.w.a :
ูุฃุฎุฐุฑ ุงู„ุฏู†ูŠุง ูุง ู†ู‡ุง ุฃุณุญุฑ ู…ู† ู‡ุงุฑูˆุช ูˆู…ุงุฑูˆุช ุฃุฎุฐุฑ ุงู„ุฏู†ูŠ
Yakni jauhi olehmu dunia bahawasanya ia daripada hambatan Harut dan Marut.
Dan lagi  sabda Nabi s.a.w :
ุงู„ุฏู†ูŠุง ุฏุงุฑ ู„ู…ู† ู„ุง ุฏุงุฑ ู„ู‡ ูˆู…ุงู„ ู„ู‡ ูˆู„ู‡ุง ูŠุฌู…ุน ู…ู† ู„ุง ุนู‚ู„ ู„ู‡
yakni dunia itu negeri bagi barang siapa tiada baginya harta dan bagi segala yang menghimpunkan dia itu segala yang tiada berakal jua.
 Dan lagi sabda Nabi s.a.w :
ุญุจ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุฑุฃุณ ูƒู„ ุฎุทูŠุฆุฉ
yakni bermula kasih akan dunia itu kepada tiap-tiap kesalahan.
Dan lagi sabda Nabi s.a.w:
ุงู„ุฏู†ูŠุง ู…ุฒุฑุนุฉ ุงู„ุงุฎูŠุฑุฉ
yakni dunia itu perhamba akhirat jau.
Maka barang siapa mengambil akan dunia dengan sekadar dharurat supaya menolongi atas akhirat maka dunia ini diperhambai nya dan barang siapa memperhambakan dunai supaya mengambil nikmat ia dengan dia maka dunia itulah membinasakan dia, Kata Shaibul Sahifah bahawasanya Allah azawajalla mewajibkan pada dunia firmannya: “Hey Dunia durhakalah kami pada segala yang loba menghendaki atasmu dan tentuilah ia olehmu segala yang tiada menghendaki akan dikau maka perhamba oleh mu segala yang loba atasmu dan jadilah engkau hamba pada segala yang tiada menghendakimu”.
Maka dek kerana inilah kata Uthman r.a:”bahawa mencita-cita dunia,kelam dalam hatimu,mencita-cita akhirat suatu cahaya dilam hatimu”.
Kata Sulaiman al Farisi r.a: bahawasanya seorang hamba apabila ia meninggalkan dunia bercahayalah hatinya dengan cahaya hikmah dan menaunglah ia akan sekalian anggotanya pada berbuat ibadat,maka sayugia kita mengambil insaf daripada mendangarkan nasihat ini.
Maka janganlah kerananya kita lalai dengan kehidupan dunia dan kemuliaannnya dan kebesarnnya seperti firman Allah:
ูˆู…ุง ุงู„ุญูŠุงุฉ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุงู„ุง ู…ุชุงุน ุบุฑูˆุฑ
Yakni tiada ada kehidupanya  dalam dunia ini melainkan (ู…ุชุงุน) benda yang melalaikan jua adanya dan lagi firman Nya:
ู‚ู„ ู…ุชุงุน ุงู„ุฏู†ูŠุง ู‚ู„ูŠู„ ูˆุงู„ุงุฎุฑุฉ ุฎูŠุฑ ู„ู…ู† ุงุชู‚ู‰ ูˆู„ุง ุชุธู„ู…ูˆู† ูุชูŠู„ุง ุงูŠู†ู…ุง ุชูƒูˆู†ูˆุง ูŠุฏุฑูƒูƒู… ุงู„ู…ูˆุช ูˆู„ูˆ ูƒู†ุชู… ูู‰ ุจุฑูˆุฌ ู…ุดูŠุฏุฉ
Yakni katakana oleh mu Muhammad pada segala mereka yang lalai dengan dunia dan lupa akan maut bahawasanya kesentosaan hidup di dalam dunia ini tiada berapa lamanya dan negeri akhirat ini jua amat kekal lagi terlebih baik bagi barang siapa yang takut akan Allah taala dan tiada ia berbuat inaya sekadar kulit kurma yakni kulit kurma yang lekat pada bijinya sekalipun maka barang di mana ada kamu lagi akan di perdapat oleh maut jikalau ada kamu di dalam khazanag besi sekalipun.
Dan sabda Nabi s.a.w:
ูƒู† ูู‰ ุงู„ุฏู†ูŠุง ูƒุงู†ูƒ ุบุฑูŠุจ ุฃูˆ ุนุงุจุฑ ุงู„ุณุจูŠู„ ูˆุนุฏ ู†ูุณูƒ ู…ู† ุฃุตุญุงุจ ุงู„ู‚ุจุฑ
Yakni jadikan diri kamu di dunia ini seperti dagang atau seperti orang yang melalui jalan dan bilangkan dirikmu daripada orang yang isi kubur.
Maka sayugialah bagi segala hamba senantiasa ia menyebut akan mati dan memandang kubur dan memeliharakan dirinya daripada mengasihi bangkai dunia ini dan hendaklah ia berbuat ibadat akan tuhannya hingga datang kepada mautnya. Ketahuilah oleh mu saudara ku bahawasanya yang dunia ini tempat perhentian jua adanya ialah tempat yang amat hina dan segala perhiasannya pun lagi akan binasa dan segala orang yang di dalamnya itupun lagi akan dikuburkan maka perempuannya yang demikian itu pun lagi akan bercerai dan kekayaannya itu lagi akan berpaling kepapaannya dan kesukaranya itu pada akhirnya lagi akan beroleh kesudahan.
Maka sunyikan hatimu kepada Allah taala dan lazimkanlah engkau kepadaNya daripada siksaNya dan redhakan olehmu akan QadaNya dan sabarlah engkau akan balaNya. Dan membawa syukurlah kamu akan nikmatnya maka janganlah kiranya engkau pilih tempat yang fana daripada tempat yang baqa bahawasanya kemuliaan dunia ini seperti umpama baying-bayang naungan pohon kayu jua adanya dan segera lagi akan hilang umpama pagar yang condong hampir akan tumbang, maka berharaplah kamu dengan ilmu Allah dan amalkan oleh mu suruh Allah serta menjauhhi segala laranganNya jangan berpaling ke  kanan dan ke kiri.Maka jikalau sekiranya engkau peroleh teladan kepada yang dahulu daripadamu maka tiliklah harimu ini dengan esok hari itu,maka dulukan segala amal soleh kerana hari esokmu dan engkau pendekkan angan-angan mu serta engkau rupakan di hadapanmu matamu bahawa hampirlah akan mendatang ajalmu dan engkau pendekken (ูƒู„ู…ุงุช) hidup di dalam dunia ini serta berharap engkau kepada suatu amal yang memberi kebajikan akan dikau pada hari kiamat mudahmudahan tiada terkena kepadamu angan-angan yang menyesal dan tiada sampai ke dalam mu siksa yang kekal maka takut oleh mu  akan Allah wahai segala saudaraku akan lanjut bahaya akhirat.
 Bahawasanya kembali jua engkau kepada Allah taala di dalam ingatmu atau lalaimu dan adalah bagimu dua orang malaikat yang mengetahui aka segala hal ehwal mu seorang daripadanya menyuratkan kebajikan dinamai (Kira man) dan seorang lain menyuratkan kejahatan dinamai (Kati bin) maka segala-gala tiadalah tersebutnya daripadamu seberat zarrah jua pun dari kebajikan dan kejahatan maka pohonlah oleh mu keredaaan Allah daripada lainnya dan minta tolonglah engkau kepadaNya atas berbuat yakin akan dia dan minta ampun engkau daripada taksirmu maka bahawasanya Allah Taala itu tuhan yang amat mengampuni lagi mengasihani akan segala hambanaya dan menghapuskan segala suratan kejahatan hambaNya dan menganugerahi pahala kepada [mu ]berganda-ganda yang tiada terkira-kira ia daripada perbendaharaan anugerahNya ูˆุงู„ุญู…ุฏ ู„ู„ู‡.
Dan cerita Abu Yazid Bustami di dalam (ู…ู†ุจู‡ุงุช) telah berkata Anas bin Malik r.a bahawasanya bumi ini berseru ia dengan sepuluh patah perkataan pada tiap-tiap hari,hari pertama demikian bunyinya:
ุชู‚ูˆู„ ูŠุง ุงุจู† ุฃุฏู… ุชู…ุดู‰ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุตูŠุฑูƒ ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam bermegah-megahlah engkau di atas belakangku dan akan kembali engkau ke dalam perutku, kedua demikian bunyinya:
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชูุฑุญ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชุฎุฒู† ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam bergembirlah eankau di atas belakangku dan berdukacitalah engkau di dalam perutku,ketiga demikian bunyinya:
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชุถุญูƒ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชุจูƒู‰ ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam bergelak ketawalah engkau di atas belakangku dan nanti akan menangis di dalam perutku,keempat demikian bunyinya:
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชุฌู…ุน ุงู„ู…ุงู„ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชู†ุฏู… ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam,engkau menghimpunkan harta di atas belakangku dan menyesal lah kamu di dalam perutku, yang kelima:
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชุญุชุงู„ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชุฐู„ ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam, berbuat sombong lah engkau di belakang ku dan beroleh hinalah engkau di dalam perutku,keenam:
ูŠุงุจู† ุขุฏู… ุชู…ุดู‰ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ู…ุณุฑูˆุฑุง ูˆุชู‚ุน ุญุฒูŠู†ุง ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam,berjalanlah engkau dengan sukacita di atas belakangku dan jatuh engkau di dalam dukacita di dalam perutku,ketujuh:
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชู…ุดู‰ ูู‰ ุงู„ู†ูˆุฑ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชู‚ุน ูู‰ ุงู„ุธู„ู…ุงุช ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam, berjalanlah engkau di dalam terang di atas belakangku dan akan jatuh di dalam kegelapan di dalam perutku,kelapan:
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชู…ุดู‰ ูู‰ ุงู„ุฌุงู…ุน ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชู‚ุน ูˆุงุญูŠุฏุง ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam, berjalanlah engkau berkawan-kawan diatas belakang ku dan nescaya berseorang lah engkau di dalam perutku.
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชุฃูƒู„ ุงุจูˆุงุนุง ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆูŠุฃูƒู„ ุงู„ุฏูŠุฏุงู† ู„ุญู…ูƒ ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya; Wahai anak Adam, makanlah pelbagai makanan di atas belakangku dan ingatlah akan di makan oleh ulat akan kamu di dalam perutku.
Dan cerita di dalam (ุญุฏูŠุซ ุงู„ุงุฑุจุนูŠู†) telah bersabda Nabi s.a.w: bahawa setiap hari berseru bumi dengan lima kali seru,maka seru yang pertama demikian bunyinya:
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชุฐู†ุจ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชุนุฐุจ ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam berbuat dosa kamu di atas belakangku dan beroleh siksa kamu  di dalam perut ku.

ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชู…ุดู‰ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูุณูˆู ุชุถูŠู‚ ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam berlapang  kamu di atas belakangku dan beroleh sempit kamu  di dalam perut ku.

ูŠุง ุงุจู†ุช ุขุฏู… ุชุถุญูƒ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูุณูˆ ู ุชุจูƒู‰ ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam berbuat gelak ketawa kamu di atas belakangku dan beroleh tangisan kamu  di dalam perut ku.

ูŠุง ุงุจู†  ุขุฏู… ุชูุฑุญ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูุณูˆู ุชุฎุฒู† ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam berbuat sukaria kamu di atas belakangku dan beroleh siksa kamu  di dalam perut ku.
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชุฐู†ุจ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูุณูˆู ุชุนุฐุจ ูู‰ ุจุทู†ู‰
Ertinya: Wahai anak Adam berbuat dosa kamudi atas belakangku dan beroleh kecewa kamu  di dalam perut ku.

Dan tersebut di dalam kitab (ูƒู†ุฒ ุงู„ุงุฎูŠุงุฑ  ) daripada tercetera Hafas bin Mohammad r.a: Telah bersabda Nabi s.a.w: “ apabila mati seorang hamba maka berseru satu suara di antara langit dan bumi demikian bunyinya:
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุฃุชุฑูƒุช ุงู„ุฏู†ูŠุง ุฃู… ุงู„ุฏู†ูŠุง ูŠุฑูƒุช ุฃุฌู…ุนุช ุงู„ุฏู†ูŠุง ุฃู… ุงู„ุฏู†ูŠุง ุฌู…ุนุชูƒ ุฃู‚ุชู„ุช ุงู„ุฏู†ูŠุง ุฃู… ุงู„ุฏู†ูŠุง ู‚ุชู„ุช
Yakni hei anak Adam adakah engkau meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan mu? Adakah engkau mengumpul dunia atau dunia mengumpul mu? Adakah engkau mematikan dunia atau dunia mematikan mu? Maka apabila di letakkan orang itu ke dalam kapan maka berseru pula satu suara:
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุงูŠู† ู†ูุณูƒ ุงู„ุนุฒูŠุฒ ู…ุง ุงุชู†ุฎู„ูƒ ูˆุฃูŠู† ู„ุณุงู†ูƒ ุงู„ูุตุจุญ ู…ุฏ ุฎุฑุฌูƒ ูˆุฃูŠู† ุญุณู†ูƒ ุงู„ูƒุซูŠุฑ ู…ุง ุงูˆุญุดูƒ
Yakni wahai anak Adam, mana dirimu yang mulia ?apa yang mencederkan kamu?mana lidah mu yang fasih,apa yang membisukan kamu?mana kebajikan atau amal ibadat kamu?apa yang men……kamu? Maka apabila di hantar kan mayat itu ke atas jenazah maka berseru-serulah pula satu suara:
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุญุฑุฌุช ุงู„ู‰ ุณูุฑ ุจุนูŠุฏ ุจุบูŠุฑ ุฒุงุฏ ูˆุฎุฑุฌุช ู…ู† ู…ู†ุฒู„ูƒ ูู„ุง ุชุนูˆุฏ ุงู„ูŠู‡ ุงุจุฏุง
Yakni wahai anak Adam! Telah keluarlah engkau ke perjalanan yang jauh tanpa bekalan, dan telah keluarkan engkau dari rumahmu dan tidak akan kembali selama-lamanya. Dan apabila di hantarkan mayat itu ke perkuburan maka berseru-seru pula satu suara:
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุฎุฑุฌุช ู…ู† ุฏุงุฑ ุงู„ุนู…ุงุฑ ุงู„ู‰ ุงู„ุฎุฑุงุจ ูˆุญุฑุฌุช ู…ู† ุฏุงุฑ ุงู„ู†ูˆุฑ ูˆุงู„ุถุค ุงู„ู‰ ุงู„ุธู„ู…ุฉ
Yakni :” wahai anak Adam keluarlah engkau dari negeri ramai kepada negeri sunyi dan keluarlah engkau dari negeri yang terang cahaya kepada negeri gelap gelita dan apabila di hantarkan mayat pada liang lahad maka berseru-seru pula satu suara :
ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุงู† ุฌุฆุช ุจุชูˆุจุฉ ู‚ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒ ูˆุงู† ุฌุฆุช ุจู„ุง ุชูˆุจุฉ ูุนู„ูŠูƒ ุนุฐุงุจ ุดุฏูŠุฏ
Yakni :” wahai anak Adam jika datang pada engkau dengan amal kebajikan maka engkau akan beroleh bahagia dan jika datang pada engkau dengan amal kejahatan maka engkau celakalah dan jika datang pada engkau dengan taubat sejahteralah atas mu dan jika engkau datang dengan tiada taubat maka atasmu azab Allah yang sangat di ketahui olehmu .
Wahai segala yang beriman bahawasanya bumi berseru seru pada tiap-tiap hari dengan sepuluh kalimah dengan kata-kata:
ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ุงู„ุงูˆู„ู‰ ุงู†ู‡ุง ุชู‚ูˆู„ ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชู…ุดูˆู† ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆู…ุตุฑูŠูƒู… ูู‰ ุจุทู†ู‰
Kalimah yang pertama: bahawasanya bumi berkata ia:” wahai anak Adam berjalanlah engkau di atas belakangku dan berdiamlah engkau di perut ku,
ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ุงู„ุซุงู†ูŠุฉ: ุงู†ู‡ุง ุชู‚ูˆู„ ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชูุฑุญูˆู† ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชุฎุฒูˆู† ูู‰ ุจุทู†ู‰
Kalimah yang kedua: bahawasanya bumi berkata ia:” wahai anak Adam sukacitalah kamu di atas belakang ku dan dukacitalah kamu dalam perutku,
ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ุงู„ุซุงู„ุซุฉ: ุงู†ู‡ุง ุชู‚ูˆู„ ูŠุง ุขุจู† ุขุฏู… ุชุถุญูƒูˆู† ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชุจูƒูˆู† ูู‰ ุจุทู†ู‰
Kalimah yang ketiga: bahawasanya bumi berkata :”hey anak Adam tertawalah engkau di belakangku dan menangislah engkau di dalam perutku,
ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ุงู„ุฑุงุจุนุฉ: ุงู†ู‡ุง ุชู‚ูˆู„ ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชุฌู…ุนูˆู† ุงู„ู…ุงู„ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชู†ุฏู…ูˆู† ูู‰ ุจุทู†ู‰
Kalimah yang keempat:bahawasanya berkata ia :”wahai anak Adam kamu himpunkan harta di atas belakangku dan menyesal lah kamu dia dalam perut ku,
ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ุงู„ุฎุงู…ุณุฉ: ุงู†ู‡ุง ุชู‚ูˆู„ ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชูุญุฑูˆู† ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชุฐู„ูˆู† ูู‰ ุจุทู†ู‰
Kalimah yang kelima bahawasanya berkata ia; “wahai anak Adam; berbuat takburlah kamu di atas belakangku dan beroleh hinalah kamu di dalam perutku,
ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ุงู„ุณุงุฏุณุฉ: ุงู†ู‡ุง ุชู‚ูˆู„ ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชู…ุดูˆู† ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ุณุฑูˆุฑุง ูˆุชู‚ุนูˆู† ูู‰ ุจุทู†ู‰ ุฎุฒูŠู†ุง
Kalimah yang ke enam; bahawasanya berkata ia:” hey anak Adam berjalanlah kamu di atas belakangku dengan sekejap sekejap dan jatuhlah kamu dalam perutku dukacita-dukacita,
ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ุงู„ุณุงุจุนุฉ: ุงู†ู‡ุง ุชู‚ูˆู„ ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชู…ุดูˆู† ูู‰ ุงู„ู†ูˆ ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชู‚ุนูˆู† ูู‰ ุงู„ุธู„ู…ุงุช ูู‰ ุจุทู†ู‰
Kalimah yang ketujuh bahawasanya bumi berkata ia; “wahai anak Adam berjalanlah kamu dalam terang cahaya di belakang ku dan jatuhlah kamu dalam gelap zulmah dalam perutku,
ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ุงู„ุซุงู…ู†ุฉ: ุงู†ู‡ุง ุชู‚ูˆู„ ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชู…ุดูˆู† ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ุฌู…ุนุง ุฌู…ุนุง ูˆุชู‚ุนูˆู† ูู‰ ุจุทู†ู‰ ูˆุงุญุฏุง ูˆุงุญุฏุง
Kalimah yang kedelapan bahawasanya bumi berkata: “hey anak Adam berjalanlah kamu  atas belakang ku beramai-ramai dan jatuhlah kamu dalamm perutku seorang seorang,
ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ุงู„ุชุงุณุนุฉ: ุงู†ู‡ุง ุชู‚ูˆู„ ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชุงูƒู„ูˆู† ุงู„ู…ุงู„ ุงู„ุญุฑุงู… ูู‰ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆูŠุงูƒู„ ุงู„ุฏูˆุฏ ู„ุญูˆู…ูƒู… ูู‰ ุจุทู†ู‰
Kalimah yang ke sembilan bahawasanya bumi berkata ia :”hey anak Adam kamu makan harta haram dalam dunia di atas belakangku dan dimakan ulat daging kamu di dalam perutku,
ุงู„ูƒู„ู…ุฉ ุงู„ุนุงุดุฑ ุงู†ู‡ุง ุชู‚ูˆู„ ูŠุง ุงุจู† ุขุฏู… ุชุญุจูˆู† ุจูŠูˆุชูƒู… ูู‰ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑู‰ ูˆุชู†ุณูˆู† ู…ุถุงุฌุนูƒู… ูู‰ ุจุทู†ู‰

Kalimah yang kesepuluh bahawasanya bumi berkata ia :”hey anak Adam kamu kasihkan rumah kamu dalam dunia atas belakangku dan lupakan tempat ketiduran kamu dalam perut ku”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog