Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Khamis, 23 Februari 2017

PENGETUA KULLIAH KE TUJUH ALLAHYARHAM TUAN HAJI MOHAMMAD BIN ABU

SEJARAH RINGKAS PENGETUA KULLIAH SULTAN ABU BAKAR SEJAK DARI TAHUN 1941 HINGGA 1990.

Sambungan daripada Pengetua ke-6 :
PENGETUA TUAN HAJI MOHD JAMLI BIN AWANG LIRAI

            Beliau dilahirkan di Kampung Pulau Keladi ,Pekan Pahang pada 6hb Ogos 1935.Bapanya bernama Mohammad dan ibunya bernama Alijah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Biram pada tahun 1948, kemudian menyambung pelajaran di Kulliah Sultan Abu Bakar pada tahun 1953 hingga 1957.
 Oleh kerana semangat yang membara untuk menimba ilmu pengetahuan,maka tanpa membawa wang poket yang banyak, pada tahun 1957, Tuan Haji Mohammad membawa diri ke India untuk menyambung pelajaran di Universiti Darul Ulum di dalam bidang Hadis. Universiti ini terletak di Bandar Deoband Uttar Pradesh, beliau menuntut di sini selama enam tahun sehingga tahun 1964.Setelah tamat pengajian di India beliau meneruskan usaha beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar di Mesir, mengambil jurusan Syariah dan mendapat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1968. Sebelum balik ke Malaysia beliau sempat menghabiskan Diploma Pendidikan di Unicversiti Ain Shams selama setahun.
Pada 15 Mei 1969 beliau kembali ke tanah air dan ditawarkan mengajar di Kulliah Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang. Semasa bertugas di Kulliah.beliau seorang yang sangat gigih untuk memajukan pendidikan agama di Negeri Pahang. Beliau bertugas tidak mengira masa di masa setiap pagi dan malam ; masa beliau dipenuhi dengan mengajar dan mengadakan kulliah subuh. Beliau juga sangat cergas di dalam aktiviti Ko Kurikuluim dengan mengadakan bengkel perabut dan taman pertanian di sekitar kawasan sekolah. Pelajar juga diasuh dengan cara-cara perpidato dan berceramah. Beliau cuba menghidupkan Majlis Sukan dan Ilmiah bagi pelajar-pelajar pantai timur seperti Negeri Pahang, Kelantan,Terangganu dan Johor (MASSUA).
Pada tahun 1978, beliau telah dilantik menjadi Pemangku Pengetua Kulliah Sultan Abu Bakar sehingga tahun 1990, beliau begitu lama memangku jawatan ini tanpa dinaikkan pangkat tetapi tidak melemahkan semangat dan ketabahan beliau.Pada 1 Jun 1990 barulah beliau dilantik menjadi pengetua yang hanya berbaki selama 2 bulan 25 hari sahaja sebagai pengetua,maka inilah permainan dunia oleh tangan-tangan ghaib yang hendak menyekat perkembangan agama Islam di tanah air yang tercinta ini.
Dari hasil perkahwinannya beliau memperolehi 10 orang anak, 7 lelaki dan 3 perempuan,semua anaknya mengikut jejak langkah beliau di dalam bidang keagamaan seperti Ustaz Iqbal, Ustaz Rajhan (Kolej Islam Pahang)

Bersambung ke Pengetua ke - 8:
PENGETUA USTAZ ABDUL RAHIM SAID


PENGETUA KULLIAH KELIMA ALLAHYARHAM DATO HJ MOHD TAIB BIN HASSAN.

SEJARAH RINGKAS PENGETUA KULLIAH SULTAN ABU BAKAR SEJAK DARI TAHUN 1941 HINGGA 1990.

            Lahir pada 27.5.1929 di Kampung Benta,Langgar Pekan Pahang, Mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Langgar,kemudian menyambung pengajian di kelas ibtidaie di Kulliah Sultan Abu Bakar sehingga tahun 1947. Di samping belajar di Kulliah beliau juga pergi belajar kepada Tuan Haji Muhammad Daud bin Haji Zainal Abidin dan Tuan Haji Osman bin Haji Zainal Abidin. Setelah tamat pengajian di Kulliah ,beliau menyambung pelajaran ke Mekah di bawah bimbingan guru-guru di Masjidil Haram ketika itu seperti Syed Alwi,Syed Hasan Masad,Syed Amin Kutubi dan Syeikh Abdul Kadir Mandaling. Di Mekah Haji Mohd Taib sempat memasuki Maahad Al Hukumah sehingga dapat mengambil Diploma Pendidikan. Tidak puas dengan ilmu yang ada, Haji Mohd Taib menyambung pelajaran ke Mesir,beliau mengambil jurusan Syariah dan juga mengambil jurusan Adab di Kolej Jamaah sehingga ke tahun 1965 barulah beliau pulang ke Tanah Air. Hampir 20 tahun beliau meninggalkan negara ini semata-mata untuk mencari ilmu pengetahun.Sekembali dari luar negara beliau bertugas di Kulliah Sultan Abu Bakar sehingga dilantik menjadi pengetua di sana, kemudian menyambung tugas di Unit Penerangan Jabatan Agama Pahang, Apabila jawatan mufti mengalami kekosongan, maka beliau menjadi tokok yang paling layak untuk  di lantik menjadi Mufti yang ketujuh selepas penguasaan Britisah di Pahang

            Beliau berkahwin dengan  Ustazah Hafsah bin  Yaakub, kekanda kepada Haji Mokhtar Yaakub dan Dr Munir Haji Yaakub. Dari hasil perkahwinan itu dikurniakan 11 orang anak lelaki dan perempuan. Ada di kalangan anak-anak nya  telah menghabiskan pengajian di Azhar Uniiversiti.

Bersambung ke Pengetua ke 6 :
PENGETUA KEENAM TUAN HAJI MOHD JAMLI BIN AWANG LIRAI

PENGETUA KULLIAH KETIGA. ALLAHYARHAM TUAN HAJI KIYAI MOHAMAD FADHLULLAH AL SUHAIMI

SEJARAH RINGKAS PENGETUA KULLIAH SULTAN ABU BAKAR SEJAK DARI TAHUN 1941 HINGGA 1990.

Latar belakang :

Nama Sheikh Muhammad Fadhlullah as-Suhaimi sangat tidak asing di kalangan masyarakat Islam di Malaysia, khususnya pada dekat 40-an hingga 60-an. Beliau bukan sahaja pendakwah yang terkemuka, tetapi juga pemimpin gerakan Islam yang amat berjasa di negara ini. Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi,. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulama yang berketurunan Ba'Alawi Bani BaSyaiban yang berasal dari Hadhramaut. Keluarganya berpindah dari Tanah Arab ke India pada abad ke-10, kemudian ke Jawa, sebelum ke Singapura. Bapanya mempunyai murid yang ramai di Klang dan Singapura. Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama.

Belajar & Bekerja :

Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di Universiti al-Azhar, Mesir. Ketika dΓ­ Mesir, beliau menjadi pengarang majalah 'al-Ittihad', sekali gus pengurus kepada Syarikat Ittihidah dan Matba'ah Ittihad. Beliau menyiapkan karya pertamanya, "Pelajaran Tauhid" terbitan Matba'ah Ittihad pada 1914. Beliau kemudian kembali ke Singapura dan dilantik sebagai Mudir Madrasah as-Saqqaf pada 1916 sebelum berhijrah ke Jawa kerana membuka sekolah Arab di sana. Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah "Jasa" di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan KullΓ­yyah al-Attas di Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat perang Jepun. Selepas itu, Sheikh Fadhullah mengajar di Kota Bharu, Kelantan beberapa ketika pada zaman Jepun sehinggalah beliau dilantik sebagai mudir Kuliyyah al-Lughah wa ad-Din, Pekan, Pahang pada 1955. Beliau juga pernah menjadi Imam di masjid al-Ma’ruf, Singapura selain menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Jabatan Agama Islam Johor. Pada 1936, beliau mengasaskan Madrasah al–Ma'arif al-Islamiyah di Ipoh Road, Singapura yang kemudian diwarisi oleh anaknya, Ustaz Taha Suhaimi. Walaupun terlibat dalam dunia pendidikan di Singapura, Johor Bharu, Jawa , Kelantan dan Pahang,

Pembela Kaum Tua

Nama beliau mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda - Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau yang mendokong fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendokong pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim.  Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan "Buah Kulliyyah al-Attas" untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung.Selain itu juga, beliau telah menghasilkan banyak karya agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, tΓ‘uhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta menterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta. Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaba-usaha membangunkan semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu.

Kegiatan Politik PAS di Singapura.


Dalam bidang politik, Sheikh Fadhlullah mula terlibat secara langsung ketika berada di Kelantan kerana kebanyakan muridnya terlibat dalam politik. Antara murid yang terkenal di kelantan ialah Ustaz Wan Sulaiman Ibrahim yang pernah belajar di Kuliah al-Attas sebelum menjadi wakil rakyat PAS 1959. Syeikh Fadhlullah juga beberapa kali mewakili umat lslam di Kelantan dalam persidangan-persidangan politik Melayu di Kuala Lumpur sekitar selepas Perang Dunia Kedua. Di Singapura, beliau juga terlibat dalam beberapa pertubuhan Islam. Ketika gerakan kemerdekaan mulai memuncak, nama Sheikh Fadhlullah mulai terkenal sebagai seorang ulama yang aktif dalam gerakan antΓ­penjajah. Semasa para ulama bersidang di Muar atas anjuran Umno, Sheikh Fadhlullah telah hadir mewakili umat Islam Singapura walaupun beliau bukan ahli Umno. Dalam Persidangan Alim Ulama Malaya Kedua di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951 yang telah berjaya menubuhkan PAS, Shaikh Fadhlullah memainkan peranan penting ke arah menjayakan usaha menubuhkan parti politik Islam ini. Walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS ketika itu, nama Sheikh Fadhlullah telah diputuskan oleh persidangan tersebut sebagai salah seorang daripada lima ulama yang akan mengemukakan rayuan kepada Raja-Raja Melayu untuk membolehkan sebuah pertubuhan ulama diasaskan, sekaligus menyelaraskan jabatan-jabatan agama di seluruh negara. Walaupun nama beliau tidak muncul dalam kepemimpinan PAS selepas itu, tetapi beliau merupakan tenaga penting dalam meluaskan pengaruh PAS di Singapura pada awal 1950-an. Faktor kedudukan beliau sebagai Mudir Kulliyyah al-Lughah wa ad-Din di Pahang menghalang kegiatan politik belΓ―au, tetapi anak beliau, Ustaz Taha Suhaimi telah menjadi pemimpin utama PAS Singapura sehingga 1965. Murid-murid beliau juga sama ada di Singapura, Johor, Pahang dan Kelantan kebanyakannya menjadi pendukung perjuangan PAS di seluruh negara.

 Sheikh Fadhlullah Suhaimi yang uzur kerana tua telah meninggal dunia di Singapura pada 16 ogos 1964 dalam usia 78 tahun

Rabu, 15 Februari 2017

SEJARAH SALINAN SURAT BERANTAI PERTAMA DI MALAYSIA & TUAN TEH (1803 masehi)


Pada tahun 1803, Tuan Teh telah menerima satu surat dari Sy Ahmad Perengat yang mana surat itu datang dari Mekah.Surat itu diterima dari guru mereka yang bernama Sy Abdul Jalil di Mekah. Sy Abdul Jalil menerima surat itu dari Sy Sidek Umar Khan yang tinggal di Madinah. Surat itu merupakan wasiat yang di tulis oleh Sy Ahmad, salah seorang dari penjaga makam Rasullulah dewasa itu. Surat ini disibarkan oleh mereka yang mengenali Sy Ahmad ke seluruh dunia. Maka akhirnya surat ini dikenal dengan nama "SURAT BERANTAI". Pengedaran surat ini menganggu ketenteraman rakyat Islam Malaysia sehingga menimbulkan perasan kurang senang. Ada pihak yang percaya kepada surat ini dan ada pihak yang langsung tidak percaya kepada surat ini.  Beberapa tahun yang lalu, kerajaan Malaysia melalui JAKIM telah mengharamkan pengedaran surat tersebut kerana ia mengandungi unsur2 syirik kerana terdapat perkataan :"Barang siapa yang tidak membuat salinan surat ini dan di hantar kepada orang lain,maka ia akan di timpa bencana".  Bunyi surat itu seperti berikut:

Dengan nama Allah jua ku memulai membaca surat wasiat ini, Ia jua tuhan yang maha pengasih akan segala hamba yang mukmin dan kafir dalam negeri dunia ini lagi amat mengasihani akan segala hambaNya yang dalam negeri akhirat. Segala puji pujian tertentu bagi Allah tuhan seru sekalian alam dan rahmat Allah dan Salam Allah ke atas penghulu kita nabi Muhamad dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya sekalian.
Adapun dari itu maka berkata Syeikh Ahmad (1803 Masehi ) yang khadam di makam Rasullulah katanya : aku mimpikan dalam tidurku pada malam Jumaat pada hijrah Rasul 1216 Hijrah,maka aku lihat baginda itu sedang membaca Al Quraan. kemudian dia berkata kepada ku .Katanya:"Hai Sy Ahmad ,engkau hadirkan pada mu satu wasiat supaya meminum dia akan segala mukmin dari umat ku". Sabda Nabi lagi:"Adalah hal umat ku pada masa sekarang di dalam kesukaran yang amat sangat kerana banyak durhaka meraka dan dosa mereka kepada Allah taala. Maka adalah jika dikira bilangan mereka yang meninggal dalam satu minggu 70,000 orang, maka yang beriman hanya 70 orang saja. yang beriman. ..........semua aku dengar perkataan ini dari Malaikat.Dan segala Malaikat itu berkata lagi: Mereka itu ya Muhamad mengerjakan ia akan maksiat pada hal diketahui dan kenal mereka akan Allah maka sekarang dengan kehendak Allah menukarkan rupa mereka itu dan sifat mereka yang elok kepada yang keji.DiKehendaki oleh Allah membinasakan mereka itu dalam dunia ini dan mengubah segala nikmat yang telah dianugerahkan dengan sebab mereka melakukan maksiat.
Bahawa segala mereka itu melakukan maksiat,:
-Meminum arak
-berbuat zina
-mencuri dan merampas
-Memakan riba & berbuat inaya
-Berkata-kata dusta & bersaksi palsu
-Banyak mengumpat & Mengadu domba .
-Ujub, Takbur, Dengki, Kasih pada pujii orang,
-Bermain gendang, serunai, bersabung dan berjudi
-tiada mahu memberi makan orang miskin 
-Kasih pada dunia lebih pada akhirat
-meninggalkan segala fardhu kerana dunia
-meninggalkan solat berjemaah & Jumaat

........................Barang siapa  yang membaca wasiat ini dan tidak beramal dan tidak menghantar kepada orang lain maka datang lah hari kiamat besok muka nya hitam legam dan aku akan jadi seteru kepada mereka itu....(inilah ayat yang menyebabkan jadi tidak betul akidah jika percaya pada surat berantai ini)

Apa yang menarik pada surat ini terdapat satu fakta iaitu Tuan Teh mempunyai hubungan baik dengan Sy Ahmad Perengat sehingga mereka saling hubung menghubungi antara satu sama lain. Apabila Sy Ahmad Peringat menerima surat ini dari Mekah, maka dengan segera ia menghantar surat ini ke Pahang. Ini bermakna pihak berkuasa agama di Pahang mempunyai hubungan baik dengan pihak agama di lain-lain tempat di Nusantara. Kemungkinan melalui hubungan ini lah kita dapati ada kitab karya Tuan Teh di cetak di Sumatera. Surat ini juga menyebutkan bahawa Tuan Teh pernah belajar di Mekah.Begitu juga dengan adiknya Kadi Besar Pahang Kadi Abu Bakar bin Imam Syahibudin meneria pendidikan di Mekah. Nama gurunya yang disebut dalam surat ini ialah Syeikh Abdul Jalil. Nama guru ini memang merupakan guru yang terkenal di Mekah awal kurun ke 19.
Setengah pihak berpendapat, surat ini merupakan usaha musuh-musuh Islam untuk merosakkan umat Islam dari dalam, mereka menggunakan para pemuka agama dan sentimen agama untuk memberi kesan kepada usaha mereka. Walaupun surat ini permulaan nya agak baik akan tetapi di akhir surat ini mengandungi unsur-unsur yang merosakkan akidah dan agama.

Selasa, 7 Februari 2017

AJARAN SESAT: FATWA TUAN TEH @ KADI BESAR PAHANG PADA TAHUN 1791

AJARAN SESAT: FATWA TUAN TEH @ KADI BESAR PAHANG

Sebagai Kadi Besar di Negeri Pahang, selepas dilantik maka Tuan Teh telah mengeluarkan satu edaran surat warta berkaitan dengan perkara yang melibatkan akidah dan kepercayaan di Pahang.Oleh kerana Negeri Pahang terkenal dengan para pahlawan yang gagah perkasa di samping terdapat sebilangan ulama yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, maka lahirlah pula pelbagai mazhab dan aliran di Pahang ketika itu. Maka terdapat di Pahang sebilangan pengikut Aliran Martabat Tujuh yang diambil dari Aceh,Aliran Bersufi-sufi Diri yang di dapati dari kerajaan Payang, Pelbagai golongan tarekat seperti Tarekat Ba Alawi yang di bawa oleh Imam Syahbudin ,Tarekat Naqsabandi yang di bawah oleh Imam Zul Bayan , Tarekat Satariyyah yang dibawa oleh Kadi Ismail . Begitu juga di dalam ilmu kependekaran dan perbomohan terdapat ramai mereka yang terlibat kerana Negeri Pahang sejak awal kurun ke 18 mulai tidak lagi aman di mulakan oleh perebutan kuasa di antara Raja Kecil Besar dengan Raja Sulaiman, Campur tangan Bugis ,Kerajaan Pahang membantu Bugis menyerang Kedah,Bendahara Tun Ali membantu mengukuhkan kesultanan Selangor dsb. Para Pahlawan bukan sahaja berasal dari Pahang tetapi mereka juga diundang  dari Tanah Jawa,Palembang, Makasar, Kalimantan. Maka terdapat pelbagai suku kaum di Pahang sama ada dari suku Melayu,Banjar,Rawa,Minangkabau,Bugis,Jawa termasuk India,Cina,Eropah,Siam , Kemboja dll. Maka dari keadaan ini Tuan Teh selaku Kadi Besar Pahang mengeluarkan satu garis panduan mengenai iktikad dan kepercayaan, mengenai perkara bidaah dan khurafat.Warta ini dikeluarkan bagi tujuan menjaga akidah umat Islam tidak terjerumus ke dalam aktikad yang syirik,sesat@dholalah dan salah. Maka warta tersebut berbunyi begini:

Dengan sebab ilmu, tanbih (ingat2) daripada iktikad semata kufur lagi dholalah seperti iktikat bahawa wujud manusia wujud Allah dan Nur Muhamad pancar dari zat Allah dan Muhamad sifat Allah dan asal alam daripada zat Allah kemudian kembali kepada zat Allah dan umpama Allah dengan alam seperti matahari dengan cahaya dan seperti ombak dengan laut dan kapas dengan kain dan seperti bayang dengan empunya bayang dan berpindah sifat Allah kepada insan dan menjadilah Allah itu bersatu dengan insan maha suci lagi maha tinggi daripada kata kafir yang malun dibinasakan Allah taala dan  lagi ingat daripada iktikad yang cemar lagi najis ia itu iktikad Martabat Tujuh dan daerah yang dicemarkan Allah taala dengan mahluk seperti orang yang belajar dengan bersunyi-sunyi dan orang yang berkata iktikad hakikat bersufi-sufi diri dan orang yang belajar talqin zikir dijadikan Allah taala dalam manusia dan beberapa lagi perkataan yang semata mata kafir lagi dholalah seperti perkataan A’yan Thabith,A’yan Kharij dan Alam Lahut dan Ruh Idhofi dan kiblat nyawa dan diri yang sebenar diri dan sembahyang batin dan nikah batin dan hakikat junub dan hakikat menyembelih dan hakikat senjata dan hakikat sembahyang dan pantang pemali dan tuah senjata dan bertenung dan berjaga dan semangat padi dan segala riwayat yang tidak ketahuan asalnya seperti kiambang,donan dan lain nya dan ilmu tembak dan ilmu kebal yang berhakikat dari sesuatu dan cuca harimau dan ilmu nisyan dan tawar dan jampi yang tidak ketahuan asalnya dan asal besi dan ketika lima dan naka dan jakni dan Rijal al Ghaib dan kata menyangkal dan tempoh sekati dan ajal muajjal, maka sekalian ini masyhur di bawah angin pada sekaliah jahil dan fasik maka sekalian aktikad ini dan perkataan ini masuklah pada iktikad dan perkataan Wujudiah dan Batiniah dan Dahriyah dan Falsafah dan Nasrani dan Yahudi dan Majusi dibinasakan Allah taala dilaknatikan dalam Al Quran;Firman Allah taala: Mereka itulah orang di kutuki oleh Allah akan mereka itu dan firman Allah: Yakni segala mereka yang sesat hidup mereka dalam dunia ada lah mereka itu mengira-gira ia akan kebajikan amal mereka sedangkan amal mereka hanya lah hampa semata mata.Maka sekalian iktikad dan perkataan itu jangankan hampir kepada Islam,mencium bau Islam pun tiada.Dilindungi Allah taala kiranya segala yang beriman daripada yang demikian itu- Catatan ini di tulis pada malam Ahad selepas solat Isyak akhir bulan Muharram bersamaan 1206 Hijrah , penulisnya ia lah fakir alHaq Muhammad bin Syahibudin al Fahani al Berhali. Catatan ini di salin semula pada malam Rabu bulan Zu al Hijjah 1312 Hijrah.
(Warta ini tercatat di dalam Cenderahati Majlis Memperingati Tokoh Ulama Silam ke 8 Anjuran UKM 1983 & Buku “Tokoh Ulama Pahang” sempena hari memperingati keputeraan  KDYMM Sultan Pahang 2014)

Ajaran yang salah:
1)Martabat Tujuh @ Wihdat al Wujud @ Wujudiyah : Ajaran ini berasal dari pengaruh ajaran Yunani kuno yang diimplemantasikan oleh Ibnu Arabi @ Ahli Tasawuf yang mengatakan bahawa manusia dan Allah itu adalah satu dari segi wujudnya seperti ombak dan laut. Ombak berasal dari laut yang zahir dengan sebab akibat yang hanya diketahui oleh Allah. Pecahan dari pendapat ini ada banyak seperti   pengikut al Hallaj dsb
2)Bersufi sufi Diri: Ajaran yang diambil dari Sy Siti Jenar dari Payang di Jawa yang mendakwa bahawa tuhan ada dalam dirinya dan syurga neraka itu tidak ada. Kebahagian ada di mana tidak kira orang miskin atau kaya.
3)Batiniah: Ajaran dari Iran yang mengatakan bahawa setiap yang zahir itu ada batin nya.Ia merupakan ajaran yang lahir dari fahaman syiah, ajaran ini berkembangan menjadi ajaran Ahmadiyyah dan Bahai.
4)Dahriyah: Golongan yang berpendapat bahawa alam ini tidak dijadikan oleh tuhan sebaliknya ia terjadi sendiri dengan perubahan masa. Ajaran ini berkembang dari pendapat golongan zindik dari agama majusi.Di zaman moderan ini ajaran ini menyamai teori evolusi yang di polupori oleh Charles Darwin.
5)Nasrani merujuk kepada agama Kristian
6)Yahudi merujuk kepada agama Nabi Musa yang diselewingkan oleh Rabi-rabi Yahudi
7)Rijal al Ghaib: adalah sejenis manusia yang berkebolehan menghilangkan diri tetapi boleh dipanggil untuk meminta bantuan dengan cara cara tertentu, ada pendapat mengatakan ia berasal dari golongan jin.Ada mengatakan ia adalah para malaikat, ada pendapat mengatakan mereka adalah golongan para Abdal, semua pendapat ini adalah meragukan yang paling jelas ini bukan dari ajaran Islam,bukan dari sunah Rasullulah dan para sahabat, dibimbangi ia adalah jelemaan syaitan.
8)Ajal Muajjal; Ilmu sesat untuk mengetahui bila ajal sesaorang itu akan sampai dengan melihat tanda tanda pada anggota badan dan alam semesta, ajaran ini tidak ada di dalam Quran dan hadis hanya rekaan manusia semata-mata.
9)Roh Idhofi: seperti rijal alGhaib ia boleh membantu sesaorang dalam kesempitan
10)Nikah Batin: Akad nikah yang dilakukan oleh “Mahaguru” bagi membolehkan ia berkahwin dengan sesaorang wanita yang di ingini tanpa perlu pada mas kahwin, wali dan saksi.Ada amalan nikah batin berlaku ketika golongan ini melakukan ratib beramai2,”Tok Guru” melakukan persetubuhan dengan murid perempuan yang dia kehendiaki sehingga selesai ratib maka tidak lagi berlaku nikah batin ini. Tujuan ajaran ini hanyalah untuk memuaskan nafsu sahwat sex sahaja.
11)Segala jenis ilmu hakikat spt Hakikat Solat,Hakikat Sembahyang,Hakikat Sembelih,Hakikat Junub: Sejenis ajaran sesat yang kononya jika sesarang mengetahui  hakikat sesuatu maka ia sudah sampai ke martabat tertinggi di dalam agama, oleh itu setelah mengetahui sesuatu “Hakikat” ia tidak perlu lagi melakukan amalan spt solah,puasa,zakat dan haji. Orang ramai melakukan semua ritual ibadat keran mereka belum mengetahui hakikat amalan tersebut.

Ilmu Pendekar & Perbomohan
12)Tenung : Ilmu Bintang Dua Belas, Nujum dan Tilik Nasib.
13)Pantang Pemali: Ilmu Pelangkah, Untung Rugi dll.
14)Tuah Senjata: Ilmu memilih senjata, Ilmu tuah besi dan batu permata.
15)Kiambang:  sejenis ilmu sihir yang boleh membunuh dari jauh.
16)Donan : Ilmu Gagah
17)Cuca Harimau: Ilmu untuk menghalau atau melemahkan harimau & binatang buas
18)Naka: Ilmu Persilatan
19)Ilmu Kebal: Ilmu Kepahlawanan.

Menurut Tuan Teh  semua ajaran ini berlawanan dengan Islam dan dilarang oleh Rasulullah. Ajaran ini sama ada tidak berasal dari Islam atau pun direka oleh musuh-musuh Islam. Begitu juga sebahagian ilmu kependekaran seperti ilmu kebal dan ilmu perbomohan seperti ilmu tenung dan rasi adalah ilmu yang diambil dari agama Hindu yang berlawanan dengan akidah Islam. Oleh itu beliau telah memberi peringatan kepada umat Islam di Pahang mengenai bahaya ajaran-ajarang tersebut yang boleh merosakkan iman dan akidah mereka.

Jumaat, 3 Februari 2017

Sejarah Ringkas Perkembangan Sekolah Agama Moden di Pahang Awal Abad ke 20



1) Latar belakang:
Pendidikan Islam secara berpusat dapat dikesan bermula di Pahang pada masa penaklukan Melaka ke atas Pahang. Kitab Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang menyebutkan terdapat sebuah pusat pengajian agama di Pahang yang terletak di Lubuk Pelang,Kuala Krau Temerloh. Sejak itu kita dapati pendidikan Islam menjadi teras kepada kerajaan Melayu Pahang untuk memajukan negeri Pahang agar setanding dengan lain-lain negeri yang ada di Tanah Melayu. Perkembangan itu semakin maju dengan terdapat beberapa peristiwa sejarah seperti lahirnya Hukum Kanun Pahang pada tahun 1590  iaitu selepas 100 tahun Melaka menjajah Pahang, dan lahir tokoh wanita agung spt Puteri Kamaliah (1616)  yang dianggap oleh orang Aceh sebagai ahli perundangan yang bijaksana. Sejak dari tahun 1600,pendidikan agama di Pahang agak maju,berbagai-bagai perkembangan dapat kita lihat berlaku di Pahang dengan lahir nya tokoh-tokoh terkenal seperti Puteri Kamaliah, Raja Ahmad, Imam Zu Bayan, Imam Syahibudin, Tuan Teh,Mufti Habib Muhsih,Mufti Tuan Haji Syukur dan lain-lain.Kedatangan Hamzah Fansuri dan Syeikh Nuruddin al Raniri ke Pahang juga sebagai satu petanda berkaitan dengan kemajuan ilmu pengetahuan agama di Pahang satu ketika dahulu. Malah ketinggian ilmu agama di Pahang dapat kita lihat dari wujud nya aliran Martabat Tujuh yang menjadi pegangan umat Islam di Pahang dalam pertengahan abad ke 18.Satu metoda ilmu tauhid yang menggunakan konsep ilmu falsafah.Dalam abad ke 19, Negeri Pahang menghadapi suasana tidak aman agak lama iaitu sejak dari tahun 1858 apabila tercetusnya perang saudara kerana perebutan takhta. Kemudian perang ini bersambung pula dengan perang Selangor, setelah selesai perang Selangor berlaku pula perberontakan Bahaman yang berlarutan hingga ke tahun 1895. Keadaan tidak aman ini berlaku di Pahang lebih dari 50 tahun . Kebanyakan pondok agama di tutup dan tuan-tuan guru lari ke negeri lain atau terbunuh di dalam peperangan. Oleh itu kita dapati sektor pendidikan mengalami kesan yang besar kepada penduduk negeri Pahang. Bagi para pemuda yang hendak mendalami ilmu agama terpaksa pergi ke Kelantan,Kedah dan Patani. Negeri Pahang agak aman selepas tahun 1895 maka kita dapati para mufti dan tuan-tuan guru adalah didatangkan dari luar Pahang,sama ada di Kelantan atau Singapura.

2)Definasi Pendidikan “Moden”:
Perkataan Pendidikan “Moden” adalah merujuk kepada perubahan sistem pendidikan dan juga alat pendidikan yang di gunakan di Pahang pada awal kurun ke 20. Perbezaan di antara sistem lama dengan sistem baru merupakan asas kepada perkataan “moden” tersebut. Sistem baru ini kami sebutkan dengan sistem “persekolahan” atau sekolah agama .Manakala sukatan pengajian agama di bawah sistem pondok agak seragam di seluruh Nusantara. Sistem yang mereka gunakan pun adalah sama, tidak kira pusat pendidikan itu terletak di Tanah Melayu, Patani, Aceh atau Jawa. Sistem “Pondok” adalah merujuk kepada para senteri dipaksa menghafal segala matan berkaitan dengan Ilmu Bahasa,Hukum Fikah, Ilmu Tauhid di peringkat asas. Semua matan ini mesti di hafal oleh para senteri sebelum mereka boleh pergi ke peringkat menengah. Di Peringkat Menengah pula,para senteri boleh memilih mana-mana kitab yang mereka sudah hafal untuk di pelajari bersama guru penolong @guru kaka. Pada peringkat tinggi pula mereka belajar dengan tuan guru @pengetua dengan memilih kitab2 yang mereka sukai, kitab ini dibaca satu persatu hingga tamat dari awal hingga akhir. Bagi sistem lama ;pelajar di paksa tinggal di dalam satu kawasan terasing dari masyarakat setempat. Mereka tinggal di dalam pondok yang biasanya di diami oleh seorang atau dua orang senteri sahaja bagi setiap pondok. Di sini lah mereka diasuh memasak dan membasuh sendiri pakaian setiap hari,begitu juga menyedikan keperluan makan minum terpaksa dimasak sendiri.  Dari sini lah lahir nya perkataan pondok,spt pondok pasir tumbuh,pondok pasir durian,pondok pangsenam,pondok berhala gantang.

Perkembangan dari tahun 1900 hingga 1923
Setelah Negeri Pahang aman dari peperangan, usaha usaha untuk memulihkan keadaan social dan ekonomi masyarakat mula di buat. Pentadbiran negeri di susun dan peraturan baru dibentuk dan di kuatkuasakan oleh kerajaan. Di dalam bidang keagaamaan, Mufti Haji Montok mula mengorak langkah dalam usaha membina sekolah sekolah agama dan menguatkuasa kan perundangan Islam. Guru-guru agama dari luar di bawa ke Pahang untuk menjayakan usaha menghidupkan sekolah agama, dalam pada itu harus di ingat kerajaan negeri masih kekurangan wang bagi membantu dlm pembinaan sekolah. Ramai Guru agama yang dibawa dari Kelantan ,Singapura dan Johor di tempatkan di seluruh negeri Pahang. Mereka telah diletakkan di pekan seperti Mualim Hassan, Haji Abdullah di kg Senggora bagi daerah Maran, Tuan Guru Haji Abdul Rahman guru kepada Tuan Tulis Negeri Sembilan di Lubuk Kawah di Temerloh. Mereka ini menjalankan aktiviti pendidikan spt mana di Kelantan dan Patani.
 Di Pahang dalam pada itu usaha-usaha mengujudkan sekolah agama yg bersistematik mula di buat oleh Tuan Haji Omar sebagai guru pelawat agama yang pertama. Usaha ini gagal sehingga ketibaan org kaya keturunan syed dari johor ia itu Habib Hasan yang bersedia melaburkan wang ringgit utk membina sekolah pertama yg bersistematik sebagaimana yang digaris pandu oleh Tuan Syekih Tahir Jalaluddin di pulau pinang dan meniru sistem sekolah agama di johor.Di dirikan sekolah agama pertama yg moden di Pahang yg dikenali dgn nama Sek Men Agama Al Attas dan cawangannya di Kg Tekal di Kuala Krau.  Maka di sini lahir sistem baru di mana sekolah agama di adakan dalam bentuk sistem tingkatan satu,dua dan tiga. Sekolah juga di adakan di dalam kelas yang mempunyai meja,papan hitam dan buku teks. Kedatangan murid dicatit setiap hari dan di adakan peperiksaan tahunan untuk menguji kebolehan murid murid. Sekolah ini ada beberapa mata pelajaran dan buku teks. Kebanyakan buku teks di bawa dari Mesir.
Maka dlm tahun 1920 di tubuhkan jawatan kuasa kelas al quraan tediri dari alim ulamak di Pahang yang baru balik dari timur tengah spt Kadi Ahamd diBangau temerloh,Lebai Jusoh dari Kuantan, Haji Mohd Daud di pekan,Lebai Deraman di Kuala Lipis termasuk tokoh2 dari kalangan keluarga di raja. Bagi merealisasikan usaha ini maka di tubuhkan “Majlis Agama Islam Pahang” yg di pimping oleh Tengku Besar Sulaiman.Majlis Agama ini ditubuhkan dalam usaha mengutip zakat fitrah dan mengagihkankan wang kutipan itu bagi tujuan menampung perbelanjaan Jabatan agama dan sekolah-sekolah agama di Pahang. Di samping menjadi ahli jawatan kuasa kelas al quraan, ajk ini juga membuka sekolah di tempat masing-masing dan sebahagian nya menjadi qadi di daerah tersebut.Usaha ini semua musnah kerana Negeri Pahang menghadapi tiga kali banjir yang sangat besar pada tahun 1923,1924 dan 1926. Banjir ini mengakibatkan kemusnahan yang besar dan agak lama untuk dipulihkan semula.

Perkembangan dari tahun 1930 hingga 1940
Perkembangan sekolah agama dalam dekad sangat lembap dan perlahan. Di Pahang tidak wujud sekolah agama yang besar . Sekolah pondok hanya menampung murid sekitar 30-40 orang sahaja itu pun di peringkat asas. Semua senteri yang hendak menyambung pelajaran mereka terpaksa pergi keluar negeri atau negara.Tempat-tempat yang menjadi pilihan mereka ialah Maahad al Attas Johor atau Singapura bagi murid2 dari Sek Men Al Attas Pekan dan Sekolah agama Tekal, mereka ini kemudiannya pergi ke Mekah,Yaman dan Mesir. Golongan ini tidak ramai. Sebahagian lagi para senteri pergi ke Kelantan untuk belajar dengan tokoh2 terkenal di sana seperti Tok Kenali, atau pergi ke Kedah untuk belajar dengan Tuan Husin. Ada juga pelajar Pahang yang pergi ke Patani seperti Tuan Guru Haji Abdul Kadir dari Kampung Guai. Para senteri ini apabila pulang ke Pahang terpaksa pula berhadapan dengan perang dunia kedua @ perang Jepun dari tahun 1942 -1945. Apabila perang tamat,maka berlaku pula Darurat dari tahun 1946 hingga 1948. Oleh sebab Pahang merupakan pusat kebangkitan orang Melayu melawan penjajah ,maka keadaan ini memberi kesan yang lebih besar, kerana setiap orang hidup dalam keadaan kewaspadaan dan pergerakan yang tersekat-sekat. Inilah faktor-faktor yang menghalang perkembangan sekolah agama di Pahang dalam tahun 1930 dan 1940an.Walaupun begitu usaha untuk membangunkan pendidikan Islam diteruskan dengan membina dua buah sekolah tinggi agama di Pekan. Iaitu Kulliah Sultan Abu Bakar bagi pelajar lelaki dan Kulliah Tengku Ampuan bagi pelajar perempuan,sayangnya usaha ini tidak begitu berjaya kerana hanya Kullliah Abu Bakar yang kekal sebagai sekolah tinggi bertaraf kolej sedangkan Kulliah Tengku Ampuan sebaliknya hanya menjadi sekolah menengah biasa sahaja.Usaha juga dilakukan oleh KDYMM Sultan dengan memanggil Syekih Sammanudi dari Mesir selaku pengetua Kulliah bagi menjadikan Kulliah setaraf dengan lain-lain tempat. Begitu juga dijemput mengajar ialah Ustaz Khudri dari Sumatera Indonesia. Kulliah Sultan Abu Bakar di adakan adalah bagi mengatasi masalah murid-murid miskin dari Pahang yang tidak mampu untuk belajar agama keluar negeri atau negara.Bagi mengatasi masalah perbelanjaan maka dibina sekolah tinggi agama supaya pelajar agama yang sudah habis mengaji diperingkat rendah boleh menyambung pengajian mereka ke peringkat kolej sekurang2nya di dalam negeri sendiri tanpa perlu kepada perbelanjaan yang besar.

Perkembangan dari tahun 1950 hingga merdeka
Keadaan darurat agak terkawal pada awal tahun 1950, gerombolan para militan telah di usir oleh British ke utara Tanah Melayu. Keadaan ini menyebabkan suasana mula tenang dan orang ramai berani membuat pergerakan dari satu tempat ke satu tempat tanpa rasa takut dan gentar. Berlaku nya perang Jepun dan perintah Darurat memberi satu rahmat besar dari segi pendidikan agama kepada umat Islam Pahang. Pelajar-pelajar Pahang yang pergi mengaji agama di Kelantan dan Kedah tidak dapat pulang  ke Pahang selama bertahun-tahun, setengahnya hampir lebih 15 tahun. Kesukaran perhubungan menjadi faktor utama kenapa para pelajar ini tidak dapat pulang. Oleh itu mereka menghabiskan masa dengan mempelajari ilmu agama pada tuan-tuan guru yang masyhur di Kelantan untuk tempoh yang lama. Keadaan ini menjadikan segolongan pelajar ini begitu alim seperti TuanGuru Haji Hasan di Berhala Gantang, Tuan Guru Haji Abdul Rahman di Pangsenam, Tuan Guru Haji Pa di Kg Sentang di Cenor,Tuan Guru Haji Abdullah di Kg Tuk Langit  Guai Bera, Tuan Guru Haji Muin di Kg Tebing Tinggi Jerantut,Tuan Guru Hj Ahmad di Kerambit,Tuan Guru Haji Mahmud @ Adun Cenor  dll. Golongan itu apa bila kembali,maka mereka dengan semangat kemerdekaan mula membina sekolah-sekolah agama di Pahang. Menurut catatan dari Jabatan Agama Pahang,pada masa pascamerdeka hampir lebih 100 buah sekolah agama terdapat di seluruh Pahang. Sekolah ini dibina seiring dengan perkembangan moden, di mana pelajar-pelajar masih tinggal di pondok tetapi sistem pengajian sudah berubah dengan cara yang bersistematik. Pelajar pergi ke sekolah dengan memakai uniform khas, mempunyai jadual waktu pelajaran, kelas di susun mengikut tingkatan sehingga ke darjah lapan bagi sekolah yang besar. Guru2 menggunakan papan hitam,buku teks. Peperiksaan di adakan dua kali setahun bagi menilai kebolehan murid.Bagi murid2 pula dikenakan yuran khas. Guru yang mengajar di sekolah2 ini datang dari pelbagai tempat seperti dari Mesir,Indonesia,Pulau Pinang, Kedah,Johor dan Kelantan.

Kesan dari sistem baru ini maka ramai para pelajar dihantar belajar ke universiti tempatan dan luar negara.Pada awal tahun 1960an pihak kerajaan Pahang mula mengambil alih beberapa buah sekolah swasta ini dijadikan sekolah milik kerajaan negeri seperti Kulliah Sultan Abu Bakar di Pekan, Sek Men Agama Ihsan di Kuantan,SMA Maran,SMA Al Khairiah di Temerloh. Sekolah ini menyediakan asrama bagi para penuntut untuk memudahkan mereka menghadapi pelajaran.

Arkib Blog

Mengenai Penulis

Foto saya
Mengkaji dan mengenali sejarah Islam khususnya di Negeri Pahang