Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Khamis, 23 Februari 2017

PENGETUA KULLIAH KE TUJUH ALLAHYARHAM TUAN HAJI MOHAMMAD BIN ABU

SEJARAH RINGKAS PENGETUA KULLIAH SULTAN ABU BAKAR SEJAK DARI TAHUN 1941 HINGGA 1990.

Sambungan daripada Pengetua ke-6 :
PENGETUA TUAN HAJI MOHD JAMLI BIN AWANG LIRAI

            Beliau dilahirkan di Kampung Pulau Keladi ,Pekan Pahang pada 6hb Ogos 1935.Bapanya bernama Mohammad dan ibunya bernama Alijah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Biram pada tahun 1948, kemudian menyambung pelajaran di Kulliah Sultan Abu Bakar pada tahun 1953 hingga 1957.
 Oleh kerana semangat yang membara untuk menimba ilmu pengetahuan,maka tanpa membawa wang poket yang banyak, pada tahun 1957, Tuan Haji Mohammad membawa diri ke India untuk menyambung pelajaran di Universiti Darul Ulum di dalam bidang Hadis. Universiti ini terletak di Bandar Deoband Uttar Pradesh, beliau menuntut di sini selama enam tahun sehingga tahun 1964.Setelah tamat pengajian di India beliau meneruskan usaha beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar di Mesir, mengambil jurusan Syariah dan mendapat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1968. Sebelum balik ke Malaysia beliau sempat menghabiskan Diploma Pendidikan di Unicversiti Ain Shams selama setahun.
Pada 15 Mei 1969 beliau kembali ke tanah air dan ditawarkan mengajar di Kulliah Sultan Abu Bakar,Pekan Pahang. Semasa bertugas di Kulliah.beliau seorang yang sangat gigih untuk memajukan pendidikan agama di Negeri Pahang. Beliau bertugas tidak mengira masa di masa setiap pagi dan malam ; masa beliau dipenuhi dengan mengajar dan mengadakan kulliah subuh. Beliau juga sangat cergas di dalam aktiviti Ko Kurikuluim dengan mengadakan bengkel perabut dan taman pertanian di sekitar kawasan sekolah. Pelajar juga diasuh dengan cara-cara perpidato dan berceramah. Beliau cuba menghidupkan Majlis Sukan dan Ilmiah bagi pelajar-pelajar pantai timur seperti Negeri Pahang, Kelantan,Terangganu dan Johor (MASSUA).
Pada tahun 1978, beliau telah dilantik menjadi Pemangku Pengetua Kulliah Sultan Abu Bakar sehingga tahun 1990, beliau begitu lama memangku jawatan ini tanpa dinaikkan pangkat tetapi tidak melemahkan semangat dan ketabahan beliau.Pada 1 Jun 1990 barulah beliau dilantik menjadi pengetua yang hanya berbaki selama 2 bulan 25 hari sahaja sebagai pengetua,maka inilah permainan dunia oleh tangan-tangan ghaib yang hendak menyekat perkembangan agama Islam di tanah air yang tercinta ini.
Dari hasil perkahwinannya beliau memperolehi 10 orang anak, 7 lelaki dan 3 perempuan,semua anaknya mengikut jejak langkah beliau di dalam bidang keagamaan seperti Ustaz Iqbal, Ustaz Rajhan (Kolej Islam Pahang)

Bersambung ke Pengetua ke - 8:
PENGETUA USTAZ ABDUL RAHIM SAID


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti SIP