Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Jumaat, 3 Februari 2017

Sejarah Ringkas Perkembangan Sekolah Agama Moden di Pahang Awal Abad ke 20



1) Latar belakang:
Pendidikan Islam secara berpusat dapat dikesan bermula di Pahang pada masa penaklukan Melaka ke atas Pahang. Kitab Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang menyebutkan terdapat sebuah pusat pengajian agama di Pahang yang terletak di Lubuk Pelang,Kuala Krau Temerloh. Sejak itu kita dapati pendidikan Islam menjadi teras kepada kerajaan Melayu Pahang untuk memajukan negeri Pahang agar setanding dengan lain-lain negeri yang ada di Tanah Melayu. Perkembangan itu semakin maju dengan terdapat beberapa peristiwa sejarah seperti lahirnya Hukum Kanun Pahang pada tahun 1590  iaitu selepas 100 tahun Melaka menjajah Pahang, dan lahir tokoh wanita agung spt Puteri Kamaliah (1616)  yang dianggap oleh orang Aceh sebagai ahli perundangan yang bijaksana. Sejak dari tahun 1600,pendidikan agama di Pahang agak maju,berbagai-bagai perkembangan dapat kita lihat berlaku di Pahang dengan lahir nya tokoh-tokoh terkenal seperti Puteri Kamaliah, Raja Ahmad, Imam Zu Bayan, Imam Syahibudin, Tuan Teh,Mufti Habib Muhsih,Mufti Tuan Haji Syukur dan lain-lain.Kedatangan Hamzah Fansuri dan Syeikh Nuruddin al Raniri ke Pahang juga sebagai satu petanda berkaitan dengan kemajuan ilmu pengetahuan agama di Pahang satu ketika dahulu. Malah ketinggian ilmu agama di Pahang dapat kita lihat dari wujud nya aliran Martabat Tujuh yang menjadi pegangan umat Islam di Pahang dalam pertengahan abad ke 18.Satu metoda ilmu tauhid yang menggunakan konsep ilmu falsafah.Dalam abad ke 19, Negeri Pahang menghadapi suasana tidak aman agak lama iaitu sejak dari tahun 1858 apabila tercetusnya perang saudara kerana perebutan takhta. Kemudian perang ini bersambung pula dengan perang Selangor, setelah selesai perang Selangor berlaku pula perberontakan Bahaman yang berlarutan hingga ke tahun 1895. Keadaan tidak aman ini berlaku di Pahang lebih dari 50 tahun . Kebanyakan pondok agama di tutup dan tuan-tuan guru lari ke negeri lain atau terbunuh di dalam peperangan. Oleh itu kita dapati sektor pendidikan mengalami kesan yang besar kepada penduduk negeri Pahang. Bagi para pemuda yang hendak mendalami ilmu agama terpaksa pergi ke Kelantan,Kedah dan Patani. Negeri Pahang agak aman selepas tahun 1895 maka kita dapati para mufti dan tuan-tuan guru adalah didatangkan dari luar Pahang,sama ada di Kelantan atau Singapura.

2)Definasi Pendidikan “Moden”:
Perkataan Pendidikan “Moden” adalah merujuk kepada perubahan sistem pendidikan dan juga alat pendidikan yang di gunakan di Pahang pada awal kurun ke 20. Perbezaan di antara sistem lama dengan sistem baru merupakan asas kepada perkataan “moden” tersebut. Sistem baru ini kami sebutkan dengan sistem “persekolahan” atau sekolah agama .Manakala sukatan pengajian agama di bawah sistem pondok agak seragam di seluruh Nusantara. Sistem yang mereka gunakan pun adalah sama, tidak kira pusat pendidikan itu terletak di Tanah Melayu, Patani, Aceh atau Jawa. Sistem “Pondok” adalah merujuk kepada para senteri dipaksa menghafal segala matan berkaitan dengan Ilmu Bahasa,Hukum Fikah, Ilmu Tauhid di peringkat asas. Semua matan ini mesti di hafal oleh para senteri sebelum mereka boleh pergi ke peringkat menengah. Di Peringkat Menengah pula,para senteri boleh memilih mana-mana kitab yang mereka sudah hafal untuk di pelajari bersama guru penolong @guru kaka. Pada peringkat tinggi pula mereka belajar dengan tuan guru @pengetua dengan memilih kitab2 yang mereka sukai, kitab ini dibaca satu persatu hingga tamat dari awal hingga akhir. Bagi sistem lama ;pelajar di paksa tinggal di dalam satu kawasan terasing dari masyarakat setempat. Mereka tinggal di dalam pondok yang biasanya di diami oleh seorang atau dua orang senteri sahaja bagi setiap pondok. Di sini lah mereka diasuh memasak dan membasuh sendiri pakaian setiap hari,begitu juga menyedikan keperluan makan minum terpaksa dimasak sendiri.  Dari sini lah lahir nya perkataan pondok,spt pondok pasir tumbuh,pondok pasir durian,pondok pangsenam,pondok berhala gantang.

Perkembangan dari tahun 1900 hingga 1923
Setelah Negeri Pahang aman dari peperangan, usaha usaha untuk memulihkan keadaan social dan ekonomi masyarakat mula di buat. Pentadbiran negeri di susun dan peraturan baru dibentuk dan di kuatkuasakan oleh kerajaan. Di dalam bidang keagaamaan, Mufti Haji Montok mula mengorak langkah dalam usaha membina sekolah sekolah agama dan menguatkuasa kan perundangan Islam. Guru-guru agama dari luar di bawa ke Pahang untuk menjayakan usaha menghidupkan sekolah agama, dalam pada itu harus di ingat kerajaan negeri masih kekurangan wang bagi membantu dlm pembinaan sekolah. Ramai Guru agama yang dibawa dari Kelantan ,Singapura dan Johor di tempatkan di seluruh negeri Pahang. Mereka telah diletakkan di pekan seperti Mualim Hassan, Haji Abdullah di kg Senggora bagi daerah Maran, Tuan Guru Haji Abdul Rahman guru kepada Tuan Tulis Negeri Sembilan di Lubuk Kawah di Temerloh. Mereka ini menjalankan aktiviti pendidikan spt mana di Kelantan dan Patani.
 Di Pahang dalam pada itu usaha-usaha mengujudkan sekolah agama yg bersistematik mula di buat oleh Tuan Haji Omar sebagai guru pelawat agama yang pertama. Usaha ini gagal sehingga ketibaan org kaya keturunan syed dari johor ia itu Habib Hasan yang bersedia melaburkan wang ringgit utk membina sekolah pertama yg bersistematik sebagaimana yang digaris pandu oleh Tuan Syekih Tahir Jalaluddin di pulau pinang dan meniru sistem sekolah agama di johor.Di dirikan sekolah agama pertama yg moden di Pahang yg dikenali dgn nama Sek Men Agama Al Attas dan cawangannya di Kg Tekal di Kuala Krau.  Maka di sini lahir sistem baru di mana sekolah agama di adakan dalam bentuk sistem tingkatan satu,dua dan tiga. Sekolah juga di adakan di dalam kelas yang mempunyai meja,papan hitam dan buku teks. Kedatangan murid dicatit setiap hari dan di adakan peperiksaan tahunan untuk menguji kebolehan murid murid. Sekolah ini ada beberapa mata pelajaran dan buku teks. Kebanyakan buku teks di bawa dari Mesir.
Maka dlm tahun 1920 di tubuhkan jawatan kuasa kelas al quraan tediri dari alim ulamak di Pahang yang baru balik dari timur tengah spt Kadi Ahamd diBangau temerloh,Lebai Jusoh dari Kuantan, Haji Mohd Daud di pekan,Lebai Deraman di Kuala Lipis termasuk tokoh2 dari kalangan keluarga di raja. Bagi merealisasikan usaha ini maka di tubuhkan “Majlis Agama Islam Pahang” yg di pimping oleh Tengku Besar Sulaiman.Majlis Agama ini ditubuhkan dalam usaha mengutip zakat fitrah dan mengagihkankan wang kutipan itu bagi tujuan menampung perbelanjaan Jabatan agama dan sekolah-sekolah agama di Pahang. Di samping menjadi ahli jawatan kuasa kelas al quraan, ajk ini juga membuka sekolah di tempat masing-masing dan sebahagian nya menjadi qadi di daerah tersebut.Usaha ini semua musnah kerana Negeri Pahang menghadapi tiga kali banjir yang sangat besar pada tahun 1923,1924 dan 1926. Banjir ini mengakibatkan kemusnahan yang besar dan agak lama untuk dipulihkan semula.

Perkembangan dari tahun 1930 hingga 1940
Perkembangan sekolah agama dalam dekad sangat lembap dan perlahan. Di Pahang tidak wujud sekolah agama yang besar . Sekolah pondok hanya menampung murid sekitar 30-40 orang sahaja itu pun di peringkat asas. Semua senteri yang hendak menyambung pelajaran mereka terpaksa pergi keluar negeri atau negara.Tempat-tempat yang menjadi pilihan mereka ialah Maahad al Attas Johor atau Singapura bagi murid2 dari Sek Men Al Attas Pekan dan Sekolah agama Tekal, mereka ini kemudiannya pergi ke Mekah,Yaman dan Mesir. Golongan ini tidak ramai. Sebahagian lagi para senteri pergi ke Kelantan untuk belajar dengan tokoh2 terkenal di sana seperti Tok Kenali, atau pergi ke Kedah untuk belajar dengan Tuan Husin. Ada juga pelajar Pahang yang pergi ke Patani seperti Tuan Guru Haji Abdul Kadir dari Kampung Guai. Para senteri ini apabila pulang ke Pahang terpaksa pula berhadapan dengan perang dunia kedua @ perang Jepun dari tahun 1942 -1945. Apabila perang tamat,maka berlaku pula Darurat dari tahun 1946 hingga 1948. Oleh sebab Pahang merupakan pusat kebangkitan orang Melayu melawan penjajah ,maka keadaan ini memberi kesan yang lebih besar, kerana setiap orang hidup dalam keadaan kewaspadaan dan pergerakan yang tersekat-sekat. Inilah faktor-faktor yang menghalang perkembangan sekolah agama di Pahang dalam tahun 1930 dan 1940an.Walaupun begitu usaha untuk membangunkan pendidikan Islam diteruskan dengan membina dua buah sekolah tinggi agama di Pekan. Iaitu Kulliah Sultan Abu Bakar bagi pelajar lelaki dan Kulliah Tengku Ampuan bagi pelajar perempuan,sayangnya usaha ini tidak begitu berjaya kerana hanya Kullliah Abu Bakar yang kekal sebagai sekolah tinggi bertaraf kolej sedangkan Kulliah Tengku Ampuan sebaliknya hanya menjadi sekolah menengah biasa sahaja.Usaha juga dilakukan oleh KDYMM Sultan dengan memanggil Syekih Sammanudi dari Mesir selaku pengetua Kulliah bagi menjadikan Kulliah setaraf dengan lain-lain tempat. Begitu juga dijemput mengajar ialah Ustaz Khudri dari Sumatera Indonesia. Kulliah Sultan Abu Bakar di adakan adalah bagi mengatasi masalah murid-murid miskin dari Pahang yang tidak mampu untuk belajar agama keluar negeri atau negara.Bagi mengatasi masalah perbelanjaan maka dibina sekolah tinggi agama supaya pelajar agama yang sudah habis mengaji diperingkat rendah boleh menyambung pengajian mereka ke peringkat kolej sekurang2nya di dalam negeri sendiri tanpa perlu kepada perbelanjaan yang besar.

Perkembangan dari tahun 1950 hingga merdeka
Keadaan darurat agak terkawal pada awal tahun 1950, gerombolan para militan telah di usir oleh British ke utara Tanah Melayu. Keadaan ini menyebabkan suasana mula tenang dan orang ramai berani membuat pergerakan dari satu tempat ke satu tempat tanpa rasa takut dan gentar. Berlaku nya perang Jepun dan perintah Darurat memberi satu rahmat besar dari segi pendidikan agama kepada umat Islam Pahang. Pelajar-pelajar Pahang yang pergi mengaji agama di Kelantan dan Kedah tidak dapat pulang  ke Pahang selama bertahun-tahun, setengahnya hampir lebih 15 tahun. Kesukaran perhubungan menjadi faktor utama kenapa para pelajar ini tidak dapat pulang. Oleh itu mereka menghabiskan masa dengan mempelajari ilmu agama pada tuan-tuan guru yang masyhur di Kelantan untuk tempoh yang lama. Keadaan ini menjadikan segolongan pelajar ini begitu alim seperti TuanGuru Haji Hasan di Berhala Gantang, Tuan Guru Haji Abdul Rahman di Pangsenam, Tuan Guru Haji Pa di Kg Sentang di Cenor,Tuan Guru Haji Abdullah di Kg Tuk Langit  Guai Bera, Tuan Guru Haji Muin di Kg Tebing Tinggi Jerantut,Tuan Guru Hj Ahmad di Kerambit,Tuan Guru Haji Mahmud @ Adun Cenor  dll. Golongan itu apa bila kembali,maka mereka dengan semangat kemerdekaan mula membina sekolah-sekolah agama di Pahang. Menurut catatan dari Jabatan Agama Pahang,pada masa pascamerdeka hampir lebih 100 buah sekolah agama terdapat di seluruh Pahang. Sekolah ini dibina seiring dengan perkembangan moden, di mana pelajar-pelajar masih tinggal di pondok tetapi sistem pengajian sudah berubah dengan cara yang bersistematik. Pelajar pergi ke sekolah dengan memakai uniform khas, mempunyai jadual waktu pelajaran, kelas di susun mengikut tingkatan sehingga ke darjah lapan bagi sekolah yang besar. Guru2 menggunakan papan hitam,buku teks. Peperiksaan di adakan dua kali setahun bagi menilai kebolehan murid.Bagi murid2 pula dikenakan yuran khas. Guru yang mengajar di sekolah2 ini datang dari pelbagai tempat seperti dari Mesir,Indonesia,Pulau Pinang, Kedah,Johor dan Kelantan.

Kesan dari sistem baru ini maka ramai para pelajar dihantar belajar ke universiti tempatan dan luar negara.Pada awal tahun 1960an pihak kerajaan Pahang mula mengambil alih beberapa buah sekolah swasta ini dijadikan sekolah milik kerajaan negeri seperti Kulliah Sultan Abu Bakar di Pekan, Sek Men Agama Ihsan di Kuantan,SMA Maran,SMA Al Khairiah di Temerloh. Sekolah ini menyediakan asrama bagi para penuntut untuk memudahkan mereka menghadapi pelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog