Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Khamis, 16 Mac 2017

Haji Abas Taha : Mufti Pahang yang progresif dan proaktif.

Mufti Pahang yang progresif dan proaktif.


Tokoh ini memainkan peranan yang besar dalam perkembangan pemikiran pembaharuan Islam di Nusantara ini. Tiada banyak maklumat tentang tokoh ini yang diketahui umum , hanya maklumat yang ada seperti beliau merupakan salah seorang tokoh pengasas majalah Al-Imam yang terkenal itu pada tahun 1906. Juga terlibat aktif dalam perbincangan perkara khilaf di Tanah Melayu.Seorang tokoh utama Kaum Muda di Nusantara sepertimana rakan-rakan beliau Syeikh Tahir Jalaluddin,Mufti Haji Wan Musa,Syeikh Abu Bakar Ashaari.Haji Abdul Karim Amrullah (Bapa Buya Hamka) dan lain-lain lagi. Berasal dari Aceh mendapat pendidikan agama di sana hingga peringkat tertinggi kemudian  menyambung  ke Mekah kemudian menyambung pelajaran ke Mesir . Di Mekah beliau belajar bukan hanya kepada ulama yang bermazhab Syafei tetapi kepada ulama mazhab yang lain seperti Syeikh Sulaiman Hasbullah AlMakki , Syeikh Ali Almaliki, Syeikh Muhammad Amin Ridwan AlMadani,Syeikh Abdullah Dagestani, Syeikh Ubaidullah Al Sindi dan lain-lain lagi.  Beliau berada di Mekah sebelum kaum wahabi mendapat kuasa di sana dan kembali ke Tanah Jawi sebelum tahun 1900 masehi . Di Mesir beliau amat terpengaruh kepada gerakan aliran baru yang menyeru kepada pengislahan di dalam perkara keagamaan. Mesir sebagai mana lain-lain negara Islam telah dijajah oleh barat bermula dari penjajahan Perancis,British,Italy dll. Penjajahan ini membuka ruang pemikiran baru kepada sebahagian ulamak yang berfikiran terbuka. Mereka melihat kelemahan umat Islam bukan berpunca dari Islam tetapi berpunca dari masalah pemahaman yang salah umat Islam terhadap Al Quraan dan Hadis. Oleh itu mereka menyeru supaya umat Islam mengubah cara berfikir dan bertindak. Apabila selesai pengajian beliau di Timur Tengah beliau kembali ke Nusantara . Bersama - sama rakan, beliau  menerbitkan Majalah Al Imam dan juga menerbitkan majalah / suratkhabar Neraca. Di samping itu beliau juga giat mengajar dan berdakwah . Puncak pencapaian beliau ialah ketika menjadi Qadhi Besar Singapura awal tahun 1930an.


Sejak dari kematian Tuan Haji Montok, jawatan mufti tidak di isi hanya di pangku oleh Tuan Haji Daud sahaja sebagai Kadi Besar. Oleh kerana Negeri Pahang telah begitu lama tidak mempunyai mufti maka Baginda Sultan telah berusaha mencari seorang tokoh yang layak bagi jawatan tersebut. Setelah beberpa kali di perhatikan beberapa orang tokoh agama samada di Negeri Pahang atau di luar negeri maka pihak Baginda Sultan memperkenankan Haji Abbas Taha dari Singapura  di lantik sebagai mufti Pahang kedua.Beliau merupakan seorang tokoh kaum muda yang sangat rajin menyuarakan pendapat baru di dalam Majalah dan Surat Kabar yang sarat dengan isu2 keislaman. Beliau tinggal di Singapura beberapa lama,banyak menulis di dalam majalah dan akhbar seperti Al Imam di sana. Oleh kerana baginda Sultan Pahang sering ke Singapura dan membaca tulisan beliau,maka baginda Sultan tertarik dengan pandangan dan pendapat beliau dan mencadangkan supaya menjadi mufti di Pahang yang ketika itu sudah lama kekosongan.Mufti Haji Abbas telah menasihati Baginda Sultan membuat perubahan di dalam pentadbiran Islam,maka kita dapati banyak perubahan yang dilakukan oleh Sultan Pahang ketika itu di dalam Hal Ehwal Islam di Pahang seperti menubuhkan pusat kutipan zakat, perlantikan majlis agama Islam dan banyak sekolah-sekolah agama moden di bina pada masa tersebut,malah kedudukan mufti pada masa itu sama dengan ecxo kerajaan negeri.Sesudah itu jawatan exco itu ditarik balik oleh mereka yang tidak suka kepada Islam. 

Semasa beliau berada di Pahang, kegiatan kaum muda juga berkembang sama di kawasan Pekan. Maka sebagaimana di Kelantan, di Pahang isu kaum muda menjadi satu polimik di kalangan masyarakat setempat. Puak kaum muda menolak tahlil arwahyang mengadakan perjamuan pada malam ketiga,ketujuh,ke empat puluh dll , bacaan talkin, bertahlil selepas solat lima waktu,kumpulan kaum muda ini akhirnya menubuhkan parti islam  di Pekan.Di samping itu juga menaikkan semangat orang muda di Pahang bagi melawan penjajah. Maka di Pahang tertubuh banyak persatuan2 dari kalangan orang Melayu yang mengajak mereka supaya melawan British. Semangat inginkan kemerdekaan dan semangat memajukan orang Melayu berkembang baik di Pahang dalam tahun 1930 dan 1940 an.

 Dalam tahun 1942, Tanah Melayu di serang oleh tentera Jepun, ini menyebabkan semua kerja tergendala, kemudian sesudah Jepun mengaku kalah,pada tahun 1948 berlaku pula pemberontakan oleh golongan militant kiri yang bangkit melawan British sehingga awal tahun 1950an. Usaha Tuan Mufti Haji Abas untuk mengubah pemikiran umat Islam Pahang terbantut oleh perang dan darurat.KDYMM pun tidak lagi tinggal di Pekan sebalik nya berpindah keRaub dan Temerloh. Maka tuan haji balik ke Singapura setelah Jepun kalah dan tinggal di sana. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog