Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Sabtu, 25 Mac 2017

MEMORI 60’s : PEKAN SE HARI @ SARI TEMERLOH

MEMORI 60’s

Pendahuluan

Tahun ini usia aku menjangkau 60 tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab aku sayang kamu semua. Semoga memori ini menjadi dorongan pada para pemuda untuk berbakti untuk bangsa dan agama.

MEMORI 60’s : PEKAN SE HARI @ SARI TEMERLOH

Sejak kecil aku tak pernah dengar perkataan “pekan sari” sehingga aku berusia 11 tahun.Satu ketika tatkala kami nak mandi di sungai. Seorang yang berpangkat abang mempelawa kami mengikut dia ke Temerloh,katanya: “Budak2 besok hari ahad, sapa nak ikut pegi ke temerloh? Boleh kita tengok wayang….oii seronok tengok orang lawan naik kuda,pakai pistol lagi!!”. Bila balik kerumah aku bertanya kakak ku yang tua dan mintak izin nak pergi ke Temerloh mengikut Abang Tan. Kalau bawak satu ringgit pun cukup lah,kata abang tan. Besoknya pagi2 lagi kami dah bersiap dengan pakaian baru dan seluar yang cantik nak mengikut abang tan menengok wayang. Sejak itu aku jadi penzairah pekan sari setiap minggu. Cukup dengan lima puluh sen saja kalu nak berjalan, tetapi kalau nak tengok cerita cowboy mesti ada satu ringgit. Tambang bot sungai 20 sen, tiket wayang 40 sen,minum air batu campur 10 sen,nasi lemak sedap 20 sen.

Setelah aku remaja, setiap minggu mesti pergi ke pekan sari, aku jadi ketagih pegi pekan sari .aku kena ada duit kalau nak pegi. Nak makan satay dan roti canai atau makan roti bakar di kedai cina atom. Masa itu tak ada pantang larang nak makan di kedai cina,bukan saja orang ramai. Tok imam dan tok bilal pun suka makan kat kedai nyonya. Aku pun dah mula  belajar merokok. Oleh itu aku dan kawan baik aku bernama pak we pon buat satu perojek. 

Kami akan jual kelapa….Setiap petang Jumaat,kami akan cari kelapa samada dari kebun ayah kami atau kami ambil upah panjat kelapa. Aku tak kuat panjat,pak we pon panjat kelapa dan aku yang tukang kupas kelapa. Setiap pokok yang kami panjat kami ambil upah, satu batang dua biji kami cas. Kami kumpul kelapa sehingga sampai target yang kami nak sebanyak RM20.00 seminggu. Kalau dapat target itu kami taka da masalah nak berjoli, boleh beli rokok dan tengok wayang lagi. Biasanya ada baki lagi untuk rokok selama seminggu. Kami tak perlu menjual kelapa di pekan sari,tambahan pula kalau menjaja tepi jalan maka jatuh standard org muda, jadi kami Cuma jual kepada peraih yang menunggu di tepi bot penamabang, kami ada konteks dengan satu pak cik benggali yang menjadi pelanggan tetap kami,dia ambil semua buah kelapa yang kami jual. Bila dapat duit boleh lah makan besar….selain menjual kelapa, aku juga sering berjual limau langkat yang ayah aku tanam di kebun seluas satu setengah ekar. Limau itu tidak lah begitu manis al maklumlah limau kampong.pada satu bulan ramadhn seperti biasa aku berjualan, maka semua org tak boleh rasa limau tersebut, mula2 orang takut nak beli kerana bimbang limau itu betul2 masam. Al Kisah nak jadi rezeki aku,maka datang seorang nyonya dgn cucu perempuan nya menghampiri aku sambil berkata:”Ini limau ada manis ka?” aku jawab :”cubalah rasa…” maka nyonya itu mengambil sebijik limau dan membelah dua ,maka diberikan sebelah pada cucunya. Dengan kuat dia berkata:” hai yoo…ini limau banyak manis lah”….maka mak cik2 yang tadi nya takut2 membeli dating kepada aku mengambil semua limau tersebut.kih3….limau tu tak lah manis sgt….

Pekan sari Temerloh dalam tahun 60an dan 70an bermula dari kawasan bangunan Tabung Haji hingga ke rumah pasong lama.masa ini kawasan pecan sari ditambah hingga ke dekat stadium bandar temerloh. Masa dulu peniaga nya adalah dari orang2 kampung di sekitar bandar temerloh sahaja tidak ada orang luar kecuali orang yang bermain silap mata dan penjual ubat.Ada masa peniaga pecan sari temerloh hanya di control oleh orang Berhala gantang dan Orang Kampar Batu Satu. Pekan sari zaman dulu sangat berbeza dengn pecan sari masakini. Zaman dulu pecan sari adalah tempat mencari hiburan,makanan yang sedap2 dan untuk berihat. Berlainan dengan zaman sekarang,pecan sari semata2 untuk mencari wang,malah kadang kala barangan yang di jual terlalu mahal. Aku seronok pergi pecan sari kerana di sana ada segala macam keperluan kita.

Biasanya bila kami pergi ke Pekan Sari ,Mula2  kami akan pergi ke gerai makanan yang banyak di kawasan bawah istana hinggap, di situ terdapat gerai jualan makanan yang beraneka jenis. Makanan jenis berat seperti nasi lemak,nasi impit,nasi berlauk, kuih2 tradisi yang susah nak dapat,satay,ayam bakar dsb. Kami makan sehingga kenyang,al maklum zaman itu bukan seperti zaman sekarang,makanan sedap2 hanya boleh dapat dikampung ketika hari raya sahaja, pada hari2 biasa mana ada makanan yang sedap. Kita terpaksa makan jambu air,buah cenerai,buah tending terajang,buah kundang. Buah cenerai sentiasa ada di dalam poket . Kalau pegi pecan sari maka dapatlah makan makanan yang sedap2. Sesudah makan kami akan berjalan dulu di pecan sari melihat barang jualan,melihat ikan yang besar2 atau melihat alat 2 yang tak pernah kami lihat dikampung. Kemudian kami akan pergi ke gerai jualan ubat ubatan, kami sangat seronok melihat pelbagai tingkah laku para penjual ubat yang pandai menbuat lawak jenaka dari cerita yang pelik2.Ada penjual ubat yang membawa ular yang besar2,ada penjual ubat membawa bintang laut yang luar biasa bentuknya,malah ada penjual ubat yang boleh mengeluarkan asap bila mengubat pesakit. .Kemudian kami akan berpindah pula ke gerai silap mata. Masa dulu ada pelbagai jenis ahli silap mata dating ke temerloh,Mereka memberi hiburan secara percuma,apa tujuan Mereka tidak kita ketahui.Kemudian kami berpindah pula ke gerai pemuzik jalanan seperti al baladi  dari Kelantan ,pasukan panca ragam dari pemuda2 temerloh dll. Ramai para pemuzik jalanan datang ke pekan sari temerloh sejak zaman dulu. Mereka mengadakan persembahan sambil mengutip derma,pertunjukan Mereka sangat hebat. Ketika ini matahari sudah bersinar panas,maka kami mula menuju ke pangung wayang yang akan bermula jam 10.30 pagi. Biasanya wayang habis pukul 12.30,maka kami pun menuju ke pengkalan motor boat yang akan membawa kami pulang dengan hati yang lapang dan rasa puas serta dengan harapan akan datang semula pada minggu hadapan nya.


Selepas tamat tingkatan tiga,ayah aku memindahkan aku belajar di SMA Al Ihsan Kuantan, maka sejak itu hubungan aku dengan pekan sari temerloh semakin renggang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog