Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Selasa, 14 Mac 2017

MEMORI 60’s : Pantai Sepat Dua Kuantan Pahang……

MEMORI 60’s : PANTAI SEPAT

Pendahuluan

Tahun ini usia aku menjangkau 60 tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab aku sayang kamu semua.

MOMEIR 60’s



Pantai Sepat Dua Kuantan Pahang……

Pada tahun 1974, selesai mengambil peperiksaan SRP @ Sijil Rendah Pelajaran aku dihantar oleh ayahnda ku menyambung pengajian di Sekolah Agama Al Ihsan Kuantan. Di sana aku akan mengambil Sijil Menengah Agama bagi melayakkan aku masuk ke Kulliah Sultan Abu Bakar. Ayahnda sangat berhajat untuk menjadikan aku seorang ulamak walaupun hajat itu tidak berjaya tetapi aku ada sedikit sebanyak ilmu agama untuk kegunaan ku sendiri.Di SMA Al Ihsan aku bertemu dengan ramai kawan-kawan baru dari Kuantan, Pelangai,Kuala Lipis dan Maran. Di sini aku mula mendengar nama Kampung Pantai Sepat Dua. Kawan-kawan dari kampong tersebut antaranya ialah En Razali @pegawai LKPP , Allahyarham Mohktar dan Ustaz Sarifuddin seorang pengamal perubatan Islam yang terkenal di Kuantan. Kekawan selalu mengejek mereka ini kerana nama kampong itu agak sentimental. Kemungkinan nama ini diambil dari sejenis ikan paya tetapi oleh kerana ada perkataan dua, ia memberi erti lain. Selalu nya selepas mengejek kawan2 dari kampong tersbut kami berlarian di sekeliling asrama.

Pada tahun 1983 aku mula mengajar di Kulliah Sultan Abu Bakar, asalnya aku hendak menjadi DO tetapi bila ada tawaran dari JAIP aku tidak menolak, ayahnda pula mengalakkan aku menjadi guru; tak ambik rasuah katanya. Aku bermula kerjaya sebagai Cikgu bukan Ustaz. Aku mengajar mata pelajaran tingkatan 6 bawah seperti Kertas Am, Kesusasteraan Melayu,Sejarah Islam. Oleh kerana aku bujang,maka akulah menjadi guru suruhan di sana. Bersama Ustaz Rahim Ismail,beliau selalu mengajak aku menemai dia membuat Mukayyham Pelajar di merata masjid dan surau di daerah Pekan dan Kuantan spt kampong Padang Rumbia,Kuala Pahang,Padang Polo,Sungai Miang,Tanjung Batu dll . Antara tempat kesukaan kami ialah Pantai Sepat. Kami biasanya membawa 40-80 pelajar lelaki dan perempuan untuk berkemah dan membuat beberapa aktiviti keagamaan. Aku cuma tukang pandang aje dan menjaga bahagian makanan. Setiap pagi di Pantai Sepat selepas selesai solat subuh,dalam hari masih gelap kami sudah terjun ke laut, alangkah seronok mandi laut di awal pagi, airnya panas….kemudian duduk-duduk ditepi pantai sambal menikmati cahaya matahari yang sedang memancar naik…..indahnya…..
Sekali peristiwa, kami membawa pelajar2 ke masjid kg sepat bagi membuat aktiviti dakwah tahunan, pada masa yang sama ramai kedapatan pelajar2 dari sekolah lain juga membuat program yang sama tetapi mereka membawa khemah masing2. Bagi pelajar perempuan kami mendirikan dua buah khemah dan bagi pelajar lelaki pula memadai tidur di dalam masjid sahaja.Sejak pagi aktviti berjalan lancer, cuaca pun agak elok dan baik. Kami tidur agak lewat kerana aktiviti mukhayamm tahunan mengambil masa yang agak lama, setelah selesai acara aku berbaring kemudian terlelap. Tiba2 aku dikejutkan dengan bunyi dentuman petir yang kuat dan deruan angina yang kencang disertai hujan yang sangat lebat.terasa nak tercabut masjid kg sepat dek kerana kuatnya deruan angin yang melanda, kemudian kedengaran bunyi bising para pelajar masuk ke masjid kerana khemah masing2 sudah ranap di bawa angin kencang. Para guru sibuk memindahkan pelajar2 mereka ke masjid. Salah seorang guru perempuan di gigit lipan bara. Maka sibuklah kami menyusun barang2 dan para pelajar yang tadi tinggal dikhemah kini memenuhi ruang masjid.Setelah selesai kami tidur semula di dalam keadaan ribut masih kuat melanda. Pada awal subuh aku hanya seorang guru yang ada di atas masjid mengarahkan semua pelajar bangun untuk solat subuh. Kemudian aku pergi membersihkan badan,ketika aku naik semula kedalam masjid masih ada sebilangan pelajar dari sekolah lain yang masih tidur tanpa menghiraukan arahan aku. Kemudian aku mengerakkan mereka agar bangun solat subuh. Maka jawab salah seorang pelajar:”itu cina macam mana nak solat subuh!!” patutlah..dalam kesibukan dan kekalutan suasana ribut yang melanda,tak sedar ramai pelajar non muslim tumpeng sama tidur di dalam masjid…….

Sebenarnya aku ada kawan baik di kampong Sepat ini ia itu Allahyarham En Mokhtar, rumah beliau ditepi pantai, sehingga kini aku menyesal kerana tidak mengambil sekeping dua tanah di sana,masa itu harganya murah.Masa itu jambatan masih belum ada, untuk ke kampong sepat jika menaiki kereta terpaksa pergi ke Kolej Islam Pahang dari bandar Kuantan kemudian ke Kampung Soi,Kempadang kemudian baru masuk ke simpang Kg Sepat, masa ni tempat ni dah jadi bandar. Sebb itu ingatan aku pada orang muda2, beli lah tanah di mana saja jika harga nya murah dan berpatutan nanti jadi menyesal macam aku.Aku selalu ke kg sepat untuk menzairahi keluarga En Mukhtar  bersama kekawan terutama dari kelab pengakap kelana, bersama Cikgu Salleh Harun dari Kg Nyalas Melaka. Biasanya kami menaiki motor sambil berjalan2 di sepanjang pantai di kawasan Kuantan dan Pekan.Jika ikut jalan pantai dari Pekan ke Kuantan sangat menarik,dari bandar pekan masuk ke simpang kampong Ubai terus ke Kuala Selangor, di situ sangat cantik kerana terdapat tempat namanya Kuala Sungai Pahang tua. Tempat ini juga sangat sesuai untuk memancing dan menjala ikan, bila air pasang banyak ikan masuk . Tempat ini disebut di dalam Kitab Sejarah Melayu, malah di Kampung Pahang Tua masih terdapat kesan rumah raja Melaka yang mula sampai ke Pahang.Kemudian kami menerusakan perjalanan ke kawasan pondok al Nur dan ke kampong sepat. Sekarang dari kampong sepat boleh terus ke Bandar Kuantan melalui Komplekas Yayasan Pahang, Kampung Tanjung Api, di situ sebelah petang banyak terdapat restoran makanan laut yang sedap2. Biasanya kami singgah di situ apabila ada kekawan belanja,klu sendiri biasa nya tak singgah…kalu tak bawak RM200-300 jangan cuba nak rapat.

Pantai Sepat sangat indah kerena dari sini kita boleh melihat bandar Kuantan dan Teluk Cempedak,jangan lupa bawa teropong yang agak baik untuk menikmati pemandangan yang indah. Jika dulu kawasan ini banyak terdapat tahi lembu, masa sekarang semua itu sudah tiada, pantainya bersih dan luas. Terdapat pula restoran yang menyediakan makanan untuk aktiviti berkumpulan samada hari keluarga atau pejabat.Semoga Allah masih memberi aku kesihatan,kekuatan,rezeki yang banyak,masa nan lapang dapat lagi aku ke sana….melihat kebesaran mu Ya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Mengenai Penulis

Foto saya
Mengkaji dan mengenali sejarah Islam khususnya di Negeri Pahang