Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Rabu, 1 Mac 2017

PENGETUA KULLIAH KE LAPAN USTAZ ABDUL RAHIM SAID

Sambungan daripada Pengetua ke -7
PENGETUA TUAN HAJI MOHAMMAD BIN ABU

AL FADHIL USTAZ ABDUL RAHIM SAID (1940 –

Beliau dilahirkan di Kampung Tanjung Pasir,Songsang Temerloh Pahang. Ayahnya bernama Lebai Said bin Hassan. Ustaz Abdul Rahim merupakan keturunan dari Imam Syahibudin bin Zainal Abidin disebelah keturunan bapa. Bapa beliau sempat berguru kepada Tuk Kenali dan semasa di sana beliau telah mencetak buku ilmu tauhid karangan Kadi Ahmad Bangau yang bertajuk “Hidayatul Sibyan”. Buku ini ditashihkan oleh Tuk Kenali sendiri.
Beliau memulakan persekolahan di Sek Kebangasan Gantuk,Catin Mentakab. Semasa darurat bapanya berpindah ke Bentong, maka beliau menyambung persekolahannya di SRK Bentong.Setelah tamat darjah enam,bapa nya berpindah balik ke Temerloh,Pada tahun 1953, beliau memulakan sekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Al Wosto di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Hasanuddin bin Mohammad. Setelah habis darjah empat beliau menyambung pengajian ke Sekolah Al Junied di Singapura dalam tahun 1957. Pemergian beliau ke Singapura adalah kerana galakkan dari Tuan Guru Haji Hasanuddin sendiri,beliau ke sana bersma dengan kawan baik beliau Ustaz Abdul Wahab Zakaria yang akhirnya menjadi abang ipar beliau. Pada tahun 1966 beliau menyambung pengajian ke Universiti al Azhar Mesir dan mengambil diploma pendidikan di sana sehingga tahun 1972. Beliau sangat berkebolehan di dalam Bahasa Arab,ini kerana semasa di Singapura beliau pernah berkhidamt secara sambilan dengan pejabat keduataan Saudi Arabia sebagai perterjemah surat-surat kedalam bahasa Melayu.
Pada tahun 1973,beliau memulakan kerjaya sebagai guru penolong Bahasa Arab di Kulliah Sultan Abu Bakar. Pada tahun 1987 beliau telah dilantik menjadi pengetua di Sekolah Menengah Agama Rompin.Pada tahun 1991 setelah Ustaz Mohammad Abu bersara beliau telah dilantik menjadi pengetua di Kulliah Lughah wa Al Din.
Semasa beliau berada di Kulliah, beberapa jasa yang agak besar telah dapat di lakasanakan antara nya dengan usaha beliau, Sijil Tinggi Agama Pahang telah di iktiraf oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antara Bangsa bagi kemasukan tahun pertama. Ekoran dari itu pihak Jakim telah mengubah kurikulum pendidikan agama dengan meletakan Sijil Tinggi Agama (STAM) setaraf dengan sijil STPM. Beliau juga sentiasa berusaha meningatkan taraf Kulliah agar ia menjadi sebuah kolej sesuai dengan hasrat KDYMM Sultan Abu Bakar, beliau telah berusaha berjumpa dengan pelbagai pihak pengajian tinggi bagi tujuan tersebut seperti Universiti Kebangsaan Malaysia,Universiti Teknoloji Malaysia dsb.
Beliau seorang yang berfikiran terbuka, sedia menrima pandangan dan cadangan dari mana-mana guru dan kakitangan untuk mencapai sesuatu kejayaan.Beliau sentiasa berusaha mencari sumber dana bagi memajukan Kulliah sehingga pernah beliau dianugerahkan oleh Menteri Pelajaran pada masa itu satu geran kewangan sebanyak RM100,000.00.

Beliau meninggal dunia di Putera Jaya kerana sakit tua  dan dikebumikan di Kg Berhala Gantang berhampiran dengan Sek Men Agama Al Wosto. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan dikumpulkan bersama para syuhada dan solihin.

13 ulasan:

  1. Selepas baca artikel ni, baru tahu kewujudan insan yang berjasa untuk negeri pahang. Merekalah perwira!

    BalasPadam
  2. Bukan di Negeri Pahang sahaja malah SA percaya di negeri lain pun ada insan yang berjasa yang tidak diperkenalkan secara langsung kepada generasi masa kini

    BalasPadam
  3. Semoga semua ilmu yg disampaikan oleh beliau mnjadi cahaya untuk beliau di sana...

    BalasPadam
  4. Saat kita hidup kita memang harus memberikan manfaat, agar di saat kita wafat, ilmu dan kebaikan kita akan selalu menjadi sumber inspirasi bagi orang.

    BalasPadam
  5. Orang dulu-dulu memang kuat belajar agama. Sebab ilmu agama mmg buatkan hidup jadi lebih baik!

    BalasPadam
  6. Wah best baca artikel" macam ni. Penuh maklumat dan bermanfaat

    BalasPadam
  7. Bagus penulisan sebegini - merungkai dan mengingatkan masyarakat akan susur galur negeri masing-masing.

    BalasPadam
  8. Terima kasih untuk artikel ini. Penuh dgn maklumat yg bermanfaat kepada generasi kini.

    BalasPadam
  9. Dulu, kebanyakan kenalan akan berkahwin dengan adik beradik kenalan. Macam itu la mak dan ayah kita berkenalan dulu

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas perkongsian. At least sejarah salasilah silam ni kita tahu.

    BalasPadam

Arkib Blog