Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Rabu, 1 Mac 2017

PENGETUA KULLIAH KEENAM TUAN HAJI MOHD JAMLI BIN AWANG LIRAI

SEJARAH RINGKAS PENGETUA KULLIAH SULTAN ABU BAKAR SEJAK DARI TAHUN 1941 HINGGA 1990.

Sambungan daripada Pengetua ke - 5 :
PENGETUA DATO HJ MOHD TAIB BIN HASSAN

PENGETUA KULLIAH KEENAM
TUAN HAJI MOHD JAMLI BIN AWANG LIRAI
Beliau dilahirkan di Kampung Bolok,Mempatih Lanchang Pahang. Kampung ini terletak berhampiran dengan pusat pemuliharaan Gajah di Ulu Gandah. Beliau mendapat pendidikan di SRK Kampung Bolok sehingga darjah enam, Pada tahun 1953 beliau pergi ke Kelantan untuk menyambung pengajian di dalam bidang agama yang beliau sangat minati. Beliau memulakan pengajian di Pondok Benut Payung di bawah bimbingan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, kemudian beliau menyambung pengajian di Maahad Muhammadi di Kota Baru hingga tahun 1958. Oleh sebab beliau seorang yang cerdas pada tahun 1958 beliau mendapat kelayakan untuk memasuki Kolej Islam Malaya,Kelang Selangor. Beliau berjaya menghabiskan pelajaran serta mendapat Diploma Pendidikan pada tahun 1963.
Setelah tamat pengajian di Kolej Islam Malay, beliau menjadi pendidik di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz Kajang Selangor hingga tahun 1965.Pada tahun 1966 dengan semangat yang gigih beliau menyambung semula pengajian di Universiti al Azhar sehingga mencapai Ijazah Sarjana di dalam bidang Perundangan Islam dan Perbandingan Agama. Setelah tamat mengaji di Mesir beliau kembali ke Pahang. Oleh sebab pada masa itu Negeri Pahang dahagakan tenaga pengajar dari anak tempatan,maka beliau telah ditawarkan bertugas di Kulliah Sultan Abu Bakar pada tahun 1968. Memandangkan beliau mempunyai ijazah sarjana maka Jabatan Agama Islam terus menawarkan jawatan Guru Penolong Kanan kepada YBG Ustaz Jamli.Pada tahun 1974 beliau ditawarkan jawatan Pengetua Kulliah sehingga tahun 1982. Ustaz Jamli seorang pengetua yang suka membantu muridnya untuk mencapai matlamat hidup. Beliau memberikan pertolongan yang sangat luar biasa kepada murid-muridnya dan sering mengalakan murid-muridnya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertin ggi. Sebab itu pada zaman beliau menjadi pengetua, peratus kemasukan pelajar ke pusat pengajian tinggi adalah sangat luar biasa. Beliau juga mengalakkan murid-murid di dalam bidang kurikulum, aktiviti sukan bukan hanya terhad kepada kegiatan seperti bola sepak,bola jaring,badminton dan takraw sahaja malah beliau juga menyediakan pelbagai kemudahan sukan seperti di dalam olahraga. Pada masa beliau di Kulliah,sekolah ini juga memiliki pasukan pancaragam nya sendiri.

Pada tahun 1982 beliau ditawarkan jawatan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia,oleh sebab minat di dalam bidang pendidikan Ustaz Jamli menerima tawaran tersebut. Pada tahun 1983 beliau dilantik menjadi dekan di Fakulti Pengajian Islam sehingga tahun 1986. Di UKM beliau banyak menulis buku-buku ilmiah;antara karangan beliau ialah “Hak Asasi Manusia di dalam Islam”,”Nasihat & Teladan” dll. Setelah beliau bersara dari UKM, Ustaz Jamli telah ditawarkan menjadi pensyarah di Universiti Islam Berunai. Beliau bertugas di sana beberapa tahun sehingga kesihatan beliau tidak mengizinkan. Beliau meninggal di Kajang dan dikebumikan di sana.

Bersambung ke Pengetua ke -7 :
PENGETUA TUAN HAJI MOHAMMAD BIN ABU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog