Pilih Bahasa

LAWATAN PELAJAR KE MAKAN IMAM SYAHIBUDIN

LAWATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA DATO’ KLANA PETRA MAAMOR AMPANGAN SEREMBANG NEGERI SEMBILAN KE MAKAM IMAM SYAHIBUDIN BIN ZAINAL ABIDIN SEMPENA MAJLIS NADWAH PENDAKWAH MUDA.




Pada 22/4/2017 Pihak pengurusan SMAD Klana Petra Maamor Ampangan Seremban telah mengadakan nadwah dakwah selama tiga hari dua malam di Tahfiz Al Amin Kg Berhala Gantang. Pemilihan di desa takwa Kg Berhala Gantang adalah saranan dari Ust Zulkefli bin Haji Hasanuddin sebagai salah seorang guru jawatan kuasa sekolah tersebut dengan persetujuan Pengetua SMAD . Rombongan itu di sertai oleh Puan Hajah Samsiah Chik (Pengetua SMAD) Puan Rafidah Abd Rahman (PK Hem) Puan Hajah Norazidah Abd Aziz (PK1) Puan Zakiah Ali (PK koko) Puan Juniadah Tahir,Puan Rahimi Shaari dan Cik Nur Abd JHamid.Mereka memilih tokoh Imam Syahibudin bin Zainal Abidin, Tuan Kadi Mohamad bin Imam Syahibudin @ Tuan Teh, Kadi Ahmad bin Abdullah. Ini kerana ketiga-tiga tokoh ini merupakan tokoh yang sangat gigih di dalam usaha Mereka berdakwah dan menyampaikan kefahaman Islam kepada masyarakat. Imam Syaibudin sebagai contoh bukan sahaja membuka pondok pasentren malah juga menulis ratusan rangkap syair keagamaan bagi menjelas dan menerangkan perkara akidah dan hokum kepada masyarakat yang suka mengamalkan perkara-perkara bidaah.





Pelbagai acara di susun bagi mendedahkan para pelajar kepada method dakwah yang betul yang mana selama ini mereka hanya belajar secara teori sahaja. Antara lain aturcara nya ialah menzairahi makam para ulamak bagi mengimbau sejarah hidup dan perjuangan mereka di dalam menyampaikan risalah Islam kepada seluruh masyarakat Islam dan non muslim.



Pelajar juga dibawah ke rumah rumah penduduk kampong untuk melihat sendiri kesukaran hidup mereka disamping menyampaikan sumbangan dari hasil kegiatan mereka mengumpul derma dan bahan makanan yang mereka buat di sekolah.

Di samping mereka menjalani program bersifat ilmiah, mereka juga mengadakan beberapa program sukan bersama pelajar tahfiz al Amin seperti pertandingan Futsal dll.







Pada hari Ahad di adakan majlis penutupan yang dirasmikan oleh Pengerusi PIBG SMAD Klana Petra Maamor Ampangan. Majlis ini diserikan dengan kedatangan Pengetua Maahad Tahfil Al Amin bersama Pengerusi JKKK Kampung Berhala Gantang En Mohd Fadli bin Mustaffa.




Share:

0 comments

Flag Counter