Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang

Pilih Bahasa

Selasa, 30 Mei 2017

Latar Belakang Syair Asyikin Karya Imam Shahibudin, Tokoh Ulama Pahang Pertengahan Abad ke 18 (1728-1800Masehi)



Syair Asyikin mula diperkenalkan  oleh Dato Dr Ariffin Said dari Universiti Pertanian Malaysia dan pernah diterbitkan oleh Kementerian Kebudayaan & Warisan Malaysia pada tahun 2004.Syair ini ditulis oleh Imam Shahibudin bin Zainal Abidin seorang ulamak di Pahang yang hidup di antara tahun 1700 hingga 1800 masehi. Syair Asyikin terdiri dari 240 rangkap. Syair ini ditulis sebelum tahun 1790 masehi. Syair yang dihasilkan oleh Imam Shahibudin ini merupakan syair  yang paling popular di Pahang satu ketika dahulu. Kajian Syair Asyikin oleh Dato Dr Ariffin Said adalah berdasarkan naskhah yang diperolehi dari Puan Sharifah binti Ahmad seorang pendakwah wanita di Kg Berhala Gantang lewat tahun 60an. Puan Sharifah merupakan cucu cicit keturunan dari Imam Shahibudin sendiri.Terdapat beberapa naskhah Syair Asyikin di Pahang seperti naskhah kepunyaan Puan Saadiah Imam Yaakub (naskhah ini sudah tiada dalam simpanan anak cucu beliau) Naskhah Dato Shahibudin bin Imam Mohammad. Penulis berharap ditemukan beberapa naskhah lagi di luar Pahang seperti di Sumatera dan di perpustakaan barat.
Dalam kurun ke 18, Agama Islam sudah berkembang luas di Nusantara dengan membawa pelbagai fahaman dan mazhab, terutama di dalam bidang akidah dan ilmu tasawuff.  Di Aceh tersebar luas fahaman Martabat Tujuh yang di asaskan oleh Hamzah Fansuri, di Jawa  terdapat aliran yang berlawanan yang di bawa oleh Syeikh Yusuf Makasar.Di Jawa juga tersibar ajaran Syekih Siti Jenar walaupun tidak mendapat izin para pemerintah.  Di Terengganu pula lahir pengikut Tuk Ku Pulau Manis yang membawa aliran tasawuff yang menggunakan kitab Hikam yang di karang oleh Ibnu Athiualllah ,kitab ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh Tuk Ku bagi memudahkan mereka yang tidak pandai berbahasa Arab menggunakannya. Ada di kalangan anak murid Tuk yang kembali ke Pahang  juga membawa Ajaran Bersufi sufi Diri. Di samping itu ada golongan sederhana seperti yang di bawa oleh Syeikh Abdul Rauf Sengkel dari Aceh.Golongan sederhana ini cuba membawa kembali akidah umat Islam di Nusantara kepada Aliran Ahli Sunnah Wal Jemaah yang sebenar. Mereka menterjemahkan kitab Tafsir Al Baidawi ke Bahasa Melayu disamping menterjemahkan kitab Ummu Barahim di dalam bidang akidah.
Di negeri Pahang dalam kurun ke 18, terdapat pelbagai aliran agama di amalkan oleh penduduk setempat berdasarkan perkembangan yang berlaku di negeri negeri berhampiran. Pelajar agama dari Pahang mengunjungi pusat pusat pengajian di Jawa seperti Dato Suji Bilang dan Imam Besar, disamping itu ada juga yang pergi ke Aceh seperti Imam Zul Bayan dan anaknya Imam Nur Qadim. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan mereka pergi ke Terengganu, berguru kepada Tuk Ku Pulau Manis, ulamak terkenal di Terengganu dari kalangan keluarga “shariff” yang turun dari Negeri Iraq. di masa itu golongan syed dari timur tengah telah sampai ke sana dan membuka pusat pusat pengajian agama.Mereka yang belajar kepada Tuk Ku Pulau Manis dan anak anak muridnya seperti Nahkoda Abdullah dari Pekan dan Maulana Sofi di Cenor.
Apabila para pelajar ini kembali ke Pahang, mereka membuka pondok pengjian agama di tempat masing dengan membawa aliran yang mereka pelajari semasa di luar Negara. Maka hasilnya di Pahang di dalam kurun ke 18 terdapat pelbagai aliran kepercyaan dan pegangan akidah di kalangan penduduk setempat. Di Antara ajaran yang mendominasi kepercayaan penduduk Pahang di dalam bidang akidah ialah Ajaran Martabat Tujuh Hamzah Fansuri dari Aceh. Ajaran ini berjaya bertapak di Pahang dengan kuat kerana Pahang pernah di taaluki oleh Aceh, di samping itu juga raja Aceh yang berkuasa sesudah Sultan Mahkota Alam adalah Sultan Iskandar Thani yang merupakan anak raja Pahang. Sultan Ahamd adalah anak raja Pahang yang ditawan oleh Sultan Iskandar Mahkota Alam dalam tahun 1617 di bawa ke Aceh lalu dijadikan putera mahkota Aceh kerana Sultan Iskandar tidak ada anak lelaki..Oleh kerana Raja Pahang mempunyai hubungan kerabat dengan Raja Aceh secara tidak langsung Raja Pahang menerima Ajaran Mertabat Tujuh dan menjadikan ia sebagai mazhab rasmi di Pahang ketika itu. Maka ramailah anak anak muda Pahang pergi belajar ke Aceh ketika itu yang subur dengan Ajaran Mertabat Tujuh. Anak anak pelajar ini apabila kembali mereka dilantik menjadi pembesar agama seperti Imam Zul Bayan dan anaknya Imam Nur Qadim. Jika kita membaca syair ini sepintas lalu maka kita akan dapati bawah Imam Zul Bayan adalah merupakan “Mufti Pahang” ketika itu:
Apabila Imam Shahibudin kembali ke Pahang dalam tahun 1750an, beliau melihat akidah umat Islam di Pahang di dalam keadaan berpecah belah dan di antaranya merupakan ajaran sesat. Umat Islam di Pahang kebanyakannya di dalam keadaan jahil, mereka berpegang kepada Ajaran Martabat Tujuh sedangkan Mereka tidak mampu untuk beramal dengan ilmu tersebut, di samping beraneka amalan agama yang berasaskan amalan bersufi sufi diri. Bagi mereka yang suka kepada persilatan dan perbomohan pula, mereka mengamalkan amalan yang pelik pelik dan ilmu ilmu yang di saluti dengan amalan perbomohan yang bertentangan dengan Islam dan bersalut dengan amalam khurafat. Merujuk kepada Fatwa Rasmi kerajaan Pahang yang dikeluarkan oleh Tuan Teh anak kepada Imam Shahibudin di dalam nota memperingati hari jadi KDYMM Sultan Pahang pada tahun 2014, dalam  tahun 1790 terdapat pelbagai ilmu dan ajaran sesat di Pahang ketika itu. Kesan dari ajaran ini membawa sebahagian penduduk beramal dengan perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan Islam.
Melihat keadaan ini maka Imam Shahibudin bertekad untuk mengubah keadaan ini supaya umat Islam di Pahang kembali kepada ajaran akidah Ahli Sunnah yang sebenar berasaskan Aliran Imam Abu Hassan Al Asyarie dan Al Maturidi, disamping mengembangkan mazhab Asyafiee di dalam bidang syariah.Beliau telah membuka sebuah pusat pengajian agama di Temerloh Pahang. Di situ beliau memperkenalkan kitab tauhid yang bernama “Ummu Barahim”  dan  kitab fekah seperti “Siratul Mustaqim” yang kesemuanya di dalam bahasa Melayu bagi kajian para penuntut di pondok beliau.Beliau juga telah mengarang banyak syair syair berkaitan dengan Ilmu akidah bagi panduan penduduk Pahang seperti Syair Asyikin,Syair Ghafilah,Syair Sifat  Duapuluh dan Syair Tumbuhan.Isi kandungan syair Asyikin contohnya merupakan nasihat dan peringatan dari Imam Shahibudin kepada penuntut  ilmu agama dan juga semua orang Islam di Negeri Pahang. Nasihat ini diberikan supaya penuntut agama ini tidak tersesat jalan dan mengamalkan amalan yang berlawanan dengan tuntutan agama Islam yang sebenar.Tema syair Asyikin adalah berkaitan dengan ajaran sesat yang terdapat di Pahang dalam pertengahan abad ke 18. Beliau mengalakan para penuntut mempelajari ilmu yang berasaskan  Al Quran dan Sunah. Beliau sedaya upaya memujuk setiap muslim memahami Islam melalui tafsiran ulamak yang muktabar dan ulama yang terkenal seperti Imam Nawawi,Imam Ghazali,Imam Ibnu Hajar dll.Maka para pelajar juga di sarankan mempelajari ilmu Makrifat dan ilmu Syairat dengan betul dan bersungguh-sungguh.

Imam Shahibudin di dalam syair beliau menceritakan bahawa semua usaha beliau ini mendapat tentangan hebat dari golongan ulama tua di Pahang seperti Imam Zul Bayan, Imam Nur Qadim,Tuk Malim Lebai Panjang, Keramat Sulong dll. Hasil dari penentangan ini Imam Shahibudin dipulaukan oleh penduduk Pahang sehingga beliau membawa diri ke satu kawasan pendalaman yang agak jauh dari Sungai Pahang.Kalau kita lihat di dalam sejarah perkembangan Islam di Nusantara, berlaku perubahan dari segi pemikiran Islam pada akhir kurun ke 18, di mana kesan dari penjajahan barat terhadap umat Islam di seluruh dunia, kejatuhan kerajaan Patani di Selatan Thailand,kejatuhan kerajaan Monghul kepada British maka para ulamak mula berusaha mengubah pemikiran masyarakat Islam kepada pemikiran yang lebih progresif. Lahir tokoh ulama seperti Syeikh Waliullah Dahlwi di India,Habib Alawi di Yaman yang mendorong ummah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, maka kita dapati seruan yang di bawah oleh Imam Shahibudin di Pahang mula diterima masyarakat.Maka pada tahun 1780hingga 1800, idea-idea Imam Shahibudin mendapat sambutan dari masyarakat Islam Pahang, Pasentren yang beliau bina di Temerloh telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari penduduk setempat, anak-anak beliau di lantik menjadi kadi & kadi besar Pahang.Kemasukan golongan Habib ke Pahang pada awal kurun ke 19 juga banyak membantu usaha permurnian akidah di kalangan penduduk Pahang pada masa itu.Syair-syair hasil karya Imam Shahibudin dijadikan bahan oleh para pelajar beliau di dalam ceramah-ceramah Mereka semasa Mereka berdakwah di seluruh Pahang

Khamis, 11 Mei 2017

YM TENGKU BESAR PAHANG, TENGKU SULAIMAN IBNI SULTAN AHMAD AL-MU’AZZAM SHAH, KERABAT DIRAJA YANG BERJIWA AGAMA.



Tengku Besar Sulaiman merupakan putera keempat Almarhum Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah. Almarhum diputerakan dalam tahun 1884.YM Tengku Besar pernah berkahwin dengan beberapa orang isteri antaranya ialah : Aliah haji muda zainal abidintuan yang rokiah (beserah) sy Ngah (kemaman)Che Wan KalsomCik Hafifah - Pasir Panjangcik aminah dll. Dari hasil perkahwinan YM Tengku Besar beliau meninggakan ramai zuriat antaranya :YM Tengku Abdul Jalil Tengku Besar Sulaiman;YM Tengku Abd Majid Tengku Besar sulaiman; YM Tengku zainab tengku besar sulaiman; YM tengku azmah binti tengku besar sulaiman; YM Tengku Aminah binti Tengku Besar Sulaiman dll

Semasa hayatnya YM Tengku Besar Sulaiman menunjjukan minta yang mendalam di dalam bidang agama,  Sebelum Jabatan agama di tubuhkan di Pahang. YM Tengku telah menyertai Jawatan Kuasa Agama Islam Pahang di dalam menghidupkan kegiatan kelas-kelas Al Quran bersama Tuan Mufti Haji Muntok. Beberapa usaha dibuat bagi memajukan agama Islam akan tetapi agak sukar kerana masalah kekurangan wang dan bantuan dari kerajaan British. Kerajaan British takut jika peruntukan kewangandiberikan kepada sekolah-sekolah agama,ini akan meningkatkan semangat anti British di Pahang. Maka YM Tengku Besar bersama dengan Tuan Mufti Haji Montok juga beberapa yang lain memikirian untuk menguruskan duit kutipan Zakat Fitrah secara tersusun agar duit2 tersebut dapat di kumpulkan di dalam jumlah yang besar dan dapat digunakan bagi faedah umat Islam di seluruh negeri Pahang. Maka usaha dibuat untuk menubuhkan Jabatan Agama Islam di Pekan. Jabatan Agama Islam Negeri Pahang ditubuhkan pada tahun 1926, dikenali dengan nama Majlis Anggota Islam. Pada masa itu pengurusannya terletak di bawah tanggungjawab Tengku Besar Pahang, Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Bagi memudahkan kerja penyeliaan terhadap jabatan agama nin maka pejabat yang pertama dibina berhampiran dengan istanaLeban Tunggal. Ia mula beroperasi di sebuah bangunan kayu yang kecil berhampiran dengan tempat kediaman Al-Marhum. 

Kemudian pejabatnya dipindahkan ke Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sehingga akhir tahun 1951, seterusnya ia dipindahkan pula ke Balai Hinggap di pinggir sungai di Pekan Lama, Pekan. Pada 25 Mei 1973, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang telah dengan rasminya ditempatkan di bangunan sekarang ini.Pada awal penubuhannya, bidang tugas Jabatan Agama Islam Negeri Pahang berkisar kepada aspek pentadbiran, pengurusan nikah cerai dan ruju’ serta Mahkamah Syariah. Ia hanya dianggotai oleh seorang Ketua Jabatan, seorang Mufti dan empat orang Kerani. Pada tahun 1956 Undang-Undang Majlis Anggota Islam telah dipinda dan diganti dengan Undang-Undang Tadbir Agama Islam Tahun 1956. Serentak dengan itu Pejabat Qadhi Daerah telah diwujudkan di Rompin, Pekan, Kuantan, Chenor, Temerloh, Jerantut, Lipis, Bentong, Raub dan Cameron Highlands.Pada tahun 60-an dan seterusnya, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang telah mengalami perkembangan pesat dari segi bidang tugas, maka Bahagian dan Unit-Unit baru diwujudkan sejajar dengan penambahan bilangan kakitangan, mengambilalih sekolah-sekolah Agama Rakyat dan pengujudan Masjid-Masjid Daerah.Bagi mengimarahkan lagi pentadbiran agama Islam,maka YM Tengku Besar membina sebuah istana di Jalan Rompin Lama.Istana ini  dibina pada tahun 1935. Istana ini diberi nama Leban Tunggal kerana kawasan istana itu ditumbuhi hanya sebatang sahaja pokok leban. Istana ini merupakan kediaman Yang Teramat Mulia Tengku Besar Pahang Tengku Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad. Bentuk istana adalah separuh batu dan separuh kayu dua tingkat dan mempunyai dua dome di kiri dan kanannya. Di samping itu juga, terdapat sebuah balai iaitu rumah kayu setingkat bertiang yang digunakan untuk orang mengadap. Istana ini didiami oleh Tengku Besar Pahang sepanjang hayatnya.


 Sesungguh nya Al- Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah, Raja pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur ketika itu telah berusaha ke arah kemajuan Islam di negeri ini.Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan bercita-cita hendak mendirikan sebuah pusat pengajian tinggi Islam.Cita-cita baginda itu telah dialu-alukan oleh Ahli-ahli Majlis Ugama Islam dan para ulamak bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam dari segi pelajaran dan pendidikan Islam negeri ini.Walaubagaimanapun pada ketika itu telah wujud beberapa buah madrasah agama peringkat rendah di negeri Pahang Darul Makmur ini,di mana anak orang Islam dapat mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.Keperluan sebuah pusat pengajian tinggi Islam bagi membolehkan para pelajarmenyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi menjadi semakin penting.Setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk mendirikan pusat pengajian tersebut di sebuah kawasan berhampiran padang Polo dalam daerah Pekan, maka Majlis Anggota Islam Pahang yang diketuai oleh Tengku Besar Pahang Al-Marhum Tengku Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad telah memainkan peranan penting untuk melaksanakan projek tersebut.Pusat pengajian tersebut telah selesai dibina dengan menggunakan wang zakat fitrah yang dikumpulkan dalam Baitul-Mal dan ianya diberi nama “ Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang”. Pengetua pertama Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang ialah Sheikh Abdul Rahim bin Ibrahim As Sammanudi,seorang ulamak dari negara Mesir dan merupakan lulusan daripada Universiti Al-Azhar,Mesir.Kedatangan beliau adalah sebagai menyahut jemputan khas daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan.Di samping itu terdapat beberapa orang guru sebagai penolong kepada beliau, di antaranya ialah Al-Fadhil Ustaz Khudri yang berasal dari Sumatera,Indonesia dan yang lain-lainnya adalah anak negeri Pahang Darul Makmur sendiri. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang telah dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah pada 24hb Jamadil Akhir 1360 Hijrah bersamaan 30 Mei 1941Tengku Besar Pahang, 


Tengku Sulaiman ibni Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah . mangkat di Istana Leban Tunggal, Kampung Parit Tengah, Pekan pada 16 Jun 1962, sewaktu berusia 78 tahun.Jenazah Almarhum Tengku Besar Sulaiman telah disembahyangkan di Masjid Abdullah, sebelum disemadikan di Makam Diraja Pekan. Almarhum merupakan Kerabat Bergelar Negeri Pahang yang kedua disemadikan di makam diraja ini. Adinda Almarhum, Tengku Panglima Perang Muhammad merupakan kerabat bergelar yang pertama disemadikan di Makam Diraja Pekan, iaitu dalam tahun 1957. Jasa-jasa YM Tengku Besar Sulaiman di dalam bidang agama agak besar di Pahang pada awal kurun ke 20, jika tidak kerana usaha beliau yang bersungguh2 maka dengan sebab peperangan dan bencana alam, kemungkinan perkembangan agama di Pahang agak terkebelakang hingga ke hari ini.

Jumaat, 5 Mei 2017

JALAN-JALAN KE PEKAN SEHARI CHENOR (KHAMIS)


   PEKAN SEHARI CHENOR (KHAMIS)


    Jika sebelum ini, pihak Sejarah Islam Pahang berkunjung ke Pekan Sehari Temerloh pada hari Ahad, 2 minggu lepas pihak kami sempat berkunjung ke Pekan Sehari Chenor. Pekan Sehari Chenor semestinya ada pada setiap hari Khamis pagi di pekan Chenor. Anda perlu bangun awal untuk ke Pekan Sehari Chenor memandangkan pelbagai jenis sayuran segar, makanan tradisional dan keperluan harian dijual seawal pukul 7.30 pagi. Tarikan utama di Pekan Sehari Chenor antaranya kuih-muih tradisional buat peminat dan penggemar kuih-muih tradisional.




    (Pemandangan pekan sehari Chenor daripada pintu masuk)


   Banyak keistimewaan yang ada di Pekan Sehari Chenor terutamanya kepelbagaian makanan tradisional terutamanya kuih-muih dan makanan. Perkara yang paling menarik juga anda boleh mendapatkan sayuran kampung yang segar dan murah harganya.













    Kuih muih tradisional dan makanan yang enak anda boleh beli di Pekan Sehari Chenor. Penulis dah cuba pelbagai kuih muih di sini. Memang sedap dan murah harganya. Terbaik.



(Laksa , Mee Kari)


                                 (Kuih tradisional pelbagai jenis dan rasa)


       











                     (Makanan yang enak dan menarik)







Seperti biasa ikan sungai yang terkenal di Sungai Pahang ada di setiap pekan sehari yang berhampiran.









 Di Pekan Sehari Chenor, semestinya menjadi pilihan penggemar buah-buahan tempatan dan peminat tanaman pokok buah-buahan.






Jadi? Tunggu apa lagi, jom berkunjung ke Pekan Sehari Chenor pada pagi hari Khamis. Selamat memanfaatkan masa ke Pekan Sehari Chenor jika anda berkesempatan. 

Segala cadangan, komen dan kritikan, jangan segan untuk berkongsi semuanya melalui blog kami pada ruangan komen. 

Selasa, 2 Mei 2017

MEMORI 60’s : SEKALI AIR BAH SEKALI PANTAI BERUBAH : BADAN HOBI.



Pendahuluan
Tahun ini usia aku menjangkau 60 tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab aku sayang kamu semua. Semoga memori ini menjadi dorongan pada para pemuda untuk berbakti untuk bangsa dan agama nya.

SEKALI AIR BAH SEKALI PANTAI BERUBAH : BADAN HOBI

Ketika aku membaca laporan ketua pelajar STASAB 1970 iaitu Dato Mufti Sulaiman Ahmad, aku begitu tertarik dengan nama2 badan-badan kegiatan pelajar. Dato Sulaiman adalah ketua pelajar STASAB pada masa itu  dimana  beliau menpunyai tiga portpolio dibawah kawalan beliau iaitu Ketua Badan Jemaah Pelajar, Ketua Pasukan dan Ketua Kelas. Ketua pelajar biasanya di masa itu dipilih oleh pengetua dengan dinasihati dan diberi pandangan oleh Guru-guru. Masa aku mengaji di STASAB, ketua pelajar nya ialah Syeikh Arim bin Sy Ghalib. Beliau seorang pelajar berasal dari Pekan. Perwatakan beliau agak tenang dan budibicara beliau adalah lembut. Perwatakan Dato Mufti dengan Sy Arim tidak banyak berbeza. Manakala ketua-ketua pelajar dipilih dari kalangan pelajar yang berkebolehan dlm komunikasi samada di asrama atau di kelas.

Bahagian perwakilan pelajar pula terbahagi kepada empat iaitu Badan Sosial, Badan Kebudayaan,Badan Khutub Khanah dan Badan Hobi?..........Badan Hobi???.....Badan Hobi mempunyai empat unit di bawahnya ia itu Kelab Perkebunan,Kelab Pertukangan,Kelab Masakan dan Kelab Jahitan. Dicatatkan bahawa guru penasihat Badan Hobi ialah Ustaz Jamaluddin Awang Ngah dan Cikgu Ibrahim Muhammad. Manakala AJK nya ialah Tajudin Mat,Salam Mat Saman,Kasmah Ibrahim,Ardiah Mohd,Mustafa Bakar,M Rawi Othman,Sahabati Mat Lela,Naimah Yunus,Fatimah Mohd dan Habibah Kadir.Pada tahun 1970, Badan Hobi menambah dua lagi unit iaitu Unit Basikal dan Unit Lukisan. Mereka mengdakan aktiviti pertanian dengan menanam sayur. Hasil dari jualan sayur sebanyak RM15.00, satu hasil yang agak lumayan dlm tahun 1970.Semasa aku tiba di Kulliah aku lihat dibahagian bawah asrama lelaki ada satu bengkel khat, pada hari sabtu dan ahad,pelajar yang berkebolehan memperlihatkan kemahiran Mereka menulsi khat jawi dengan cantic samada menggunakan pencil,dan ada pelajar yang menggunakan cat yang di sapu pada cermin kaca,apa bila siap khat tersebut terus dipasang bingkai.  Dalam tahun 1977 aku menyertai Badan Pertanian STASAB di bawah bimbngan Ustaz Mohd Abu,kami menanam kacang hijau ,maka hasilnya pun agak lumayan. Pada akhir tahun kami memperolehi hampir RM5.00 seorang hasil jualan kacang hijau yang kami tanam.

Di masa dahulu di adakan “Hari Kulliah”, pada hari ini pihak sekolah cuba mempamerkan kebolehan pelajar kepada tetamu dari luar. Bagi yang pandai membuat lukisan dank hat,maka pada masa inilah hasil karya Mereka di jual,begitu juga bagi pertukangan kayu,Mereka menjual hasil ukiran juga hasil pertukangan spt katil dan kerusi serta meja. Hari Kulliah ini sepatutunya dihidupkan semual semasa majlis Graduasi. Satu pameran hasil kerja tangan pelajar sewajarnya di adakan bagi mendapatkan sumber kewangan dan kutipan derma dari para pengunjung yang datang.

Masa aku menuntut di STASAB, usia para pelajarnya agak lewat. Pada masa aku memasuki STASAB, usia aku agak muda jika dibandingkan dengan usia pelajar2 senior yang sudah menjangkau lebih 20an,sesetengah pelajar sudah berkahwin dan mempunyai anak.Kami dari system baru persekolahan,maka usia kami masuk ketingkatan enam dalam lingkungan 18 tahun. Pelajar masa itu agak agresif dan berani melawan kata-kata ustaz. Ada pelajar perempuan yang berani menegur ustaz ketika mengajar jika ustaz itu agak keterlaluan membincangkan masalah “sex”. Di dalam mempelajari kitab fiqh mengenai bab perkahwinan biasanya masalah sex dibincang dengan agak panjang lebar,begitu juga di dalam kitab2 tafsir…Aku masih ingat satu ayat dari Surah al Baqarah yang menceritakan mengenai kerasnya hati sang Yahudi yang tidak mahu menerima ajaran Nabi Musa, ayat itu membuat perbandingan yang hati manusia lebih keras dari batu, sedangkan sekeras2 batu masih boleh mengeluarkan air;ustaz yang mengajar masa itu mula memanjangkan kisah batu yang boleh mengeluarkan air,maka kami pelajar lelaki ketawa terbahak2 sehinggakan pelajar perempuan kemalu-maluan….maka seorang ketua pelajar wanita menegur ustaz yang sedang mengajar itu…..”sudah-sudahlah” katanya.


Dalam tahun 70an,kami sangat terpengaruh dengan gerakan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam se Malaysia  juga mula menerima sebahgian idea2 dari ABIM. Jika ada isu2 yang agak menyentuh masalah berkaitan kepentingan dengan Islam,kami selalu mengadakan demostrasi di dalam kawasan sekolah. Pengetua pada masa itu sangat bersimpati dengan kami dan membenarkan para pelajar membuat demostrasi di dalam kawasan sekolah.Kami juga selalu membuat demo serentak dengan demo2 yang di adakan oleh pihak ABIM di Kuala Lumpur. Semasa aku menjadi tenaga pengajar di STASAB, pelajar telah mengadakan dua kali demo yang agak besar tetapi demo itu berkaitan dengan masalah dalaman Mereka bukan masalah ummah.

Ikuti SIP

Nota

Jika ada iklan yang tidak sesuai, sila tekan pangkah pada iklan kerana kami sangat mementingkan keselesaan pembaca.