Pilih Bahasa

YM TENGKU BESAR PAHANG, TENGKU SULAIMAN IBNI SULTAN AHMAD AL-MU’AZZAM SHAH, KERABAT DIRAJA YANG BERJIWA AGAMA.




Tengku Besar Sulaiman merupakan putera keempat Almarhum Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah. Almarhum diputerakan dalam tahun 1884.YM Tengku Besar pernah berkahwin dengan beberapa orang isteri antaranya ialah : Aliah haji muda zainal abidintuan yang rokiah (beserah) sy Ngah (kemaman)Che Wan KalsomCik Hafifah - Pasir Panjangcik aminah dll. Dari hasil perkahwinan YM Tengku Besar beliau meninggakan ramai zuriat antaranya :YM Tengku Abdul Jalil Tengku Besar Sulaiman;YM Tengku Abd Majid Tengku Besar sulaiman; YM Tengku zainab tengku besar sulaiman; YM tengku azmah binti tengku besar sulaiman; YM Tengku Aminah binti Tengku Besar Sulaiman dll

Semasa hayatnya YM Tengku Besar Sulaiman menunjjukan minta yang mendalam di dalam bidang agama,  Sebelum Jabatan agama di tubuhkan di Pahang. YM Tengku telah menyertai Jawatan Kuasa Agama Islam Pahang di dalam menghidupkan kegiatan kelas-kelas Al Quran bersama Tuan Mufti Haji Muntok. Beberapa usaha dibuat bagi memajukan agama Islam akan tetapi agak sukar kerana masalah kekurangan wang dan bantuan dari kerajaan British. Kerajaan British takut jika peruntukan kewangandiberikan kepada sekolah-sekolah agama,ini akan meningkatkan semangat anti British di Pahang. Maka YM Tengku Besar bersama dengan Tuan Mufti Haji Montok juga beberapa yang lain memikirian untuk menguruskan duit kutipan Zakat Fitrah secara tersusun agar duit2 tersebut dapat di kumpulkan di dalam jumlah yang besar dan dapat digunakan bagi faedah umat Islam di seluruh negeri Pahang. Maka usaha dibuat untuk menubuhkan Jabatan Agama Islam di Pekan. Jabatan Agama Islam Negeri Pahang ditubuhkan pada tahun 1926, dikenali dengan nama Majlis Anggota Islam. Pada masa itu pengurusannya terletak di bawah tanggungjawab Tengku Besar Pahang, Al-Marhum Yang Amat Mulia Tengku Besar Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad dilantik sebagai ketuanya yang pertama. Bagi memudahkan kerja penyeliaan terhadap jabatan agama nin maka pejabat yang pertama dibina berhampiran dengan istanaLeban Tunggal. Ia mula beroperasi di sebuah bangunan kayu yang kecil berhampiran dengan tempat kediaman Al-Marhum. 

Kemudian pejabatnya dipindahkan ke Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan sehingga akhir tahun 1951, seterusnya ia dipindahkan pula ke Balai Hinggap di pinggir sungai di Pekan Lama, Pekan. Pada 25 Mei 1973, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang telah dengan rasminya ditempatkan di bangunan sekarang ini.Pada awal penubuhannya, bidang tugas Jabatan Agama Islam Negeri Pahang berkisar kepada aspek pentadbiran, pengurusan nikah cerai dan ruju’ serta Mahkamah Syariah. Ia hanya dianggotai oleh seorang Ketua Jabatan, seorang Mufti dan empat orang Kerani. Pada tahun 1956 Undang-Undang Majlis Anggota Islam telah dipinda dan diganti dengan Undang-Undang Tadbir Agama Islam Tahun 1956. Serentak dengan itu Pejabat Qadhi Daerah telah diwujudkan di Rompin, Pekan, Kuantan, Chenor, Temerloh, Jerantut, Lipis, Bentong, Raub dan Cameron Highlands.Pada tahun 60-an dan seterusnya, Jabatan Agama Islam Negeri Pahang telah mengalami perkembangan pesat dari segi bidang tugas, maka Bahagian dan Unit-Unit baru diwujudkan sejajar dengan penambahan bilangan kakitangan, mengambilalih sekolah-sekolah Agama Rakyat dan pengujudan Masjid-Masjid Daerah.Bagi mengimarahkan lagi pentadbiran agama Islam,maka YM Tengku Besar membina sebuah istana di Jalan Rompin Lama.Istana ini  dibina pada tahun 1935. Istana ini diberi nama Leban Tunggal kerana kawasan istana itu ditumbuhi hanya sebatang sahaja pokok leban. Istana ini merupakan kediaman Yang Teramat Mulia Tengku Besar Pahang Tengku Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad. Bentuk istana adalah separuh batu dan separuh kayu dua tingkat dan mempunyai dua dome di kiri dan kanannya. Di samping itu juga, terdapat sebuah balai iaitu rumah kayu setingkat bertiang yang digunakan untuk orang mengadap. Istana ini didiami oleh Tengku Besar Pahang sepanjang hayatnya.



 Sesungguh nya Al- Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah, Raja pemerintah Negeri Pahang Darul Makmur ketika itu telah berusaha ke arah kemajuan Islam di negeri ini.Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan bercita-cita hendak mendirikan sebuah pusat pengajian tinggi Islam.Cita-cita baginda itu telah dialu-alukan oleh Ahli-ahli Majlis Ugama Islam dan para ulamak bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam dari segi pelajaran dan pendidikan Islam negeri ini.Walaubagaimanapun pada ketika itu telah wujud beberapa buah madrasah agama peringkat rendah di negeri Pahang Darul Makmur ini,di mana anak orang Islam dapat mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama.Keperluan sebuah pusat pengajian tinggi Islam bagi membolehkan para pelajarmenyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi menjadi semakin penting.Setelah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk mendirikan pusat pengajian tersebut di sebuah kawasan berhampiran padang Polo dalam daerah Pekan, maka Majlis Anggota Islam Pahang yang diketuai oleh Tengku Besar Pahang Al-Marhum Tengku Sulaiman Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad telah memainkan peranan penting untuk melaksanakan projek tersebut.Pusat pengajian tersebut telah selesai dibina dengan menggunakan wang zakat fitrah yang dikumpulkan dalam Baitul-Mal dan ianya diberi nama “ Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang”. Pengetua pertama Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang ialah Sheikh Abdul Rahim bin Ibrahim As Sammanudi,seorang ulamak dari negara Mesir dan merupakan lulusan daripada Universiti Al-Azhar,Mesir.Kedatangan beliau adalah sebagai menyahut jemputan khas daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan.Di samping itu terdapat beberapa orang guru sebagai penolong kepada beliau, di antaranya ialah Al-Fadhil Ustaz Khudri yang berasal dari Sumatera,Indonesia dan yang lain-lainnya adalah anak negeri Pahang Darul Makmur sendiri. Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar Pahang telah dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdullah pada 24hb Jamadil Akhir 1360 Hijrah bersamaan 30 Mei 1941Tengku Besar Pahang, 


Tengku Sulaiman ibni Sultan Ahmad Al-Mu’azzam Shah . mangkat di Istana Leban Tunggal, Kampung Parit Tengah, Pekan pada 16 Jun 1962, sewaktu berusia 78 tahun.Jenazah Almarhum Tengku Besar Sulaiman telah disembahyangkan di Masjid Abdullah, sebelum disemadikan di Makam Diraja Pekan. Almarhum merupakan Kerabat Bergelar Negeri Pahang yang kedua disemadikan di makam diraja ini. Adinda Almarhum, Tengku Panglima Perang Muhammad merupakan kerabat bergelar yang pertama disemadikan di Makam Diraja Pekan, iaitu dalam tahun 1957. Jasa-jasa YM Tengku Besar Sulaiman di dalam bidang agama agak besar di Pahang pada awal kurun ke 20, jika tidak kerana usaha beliau yang bersungguh2 maka dengan sebab peperangan dan bencana alam, kemungkinan perkembangan agama di Pahang agak terkebelakang hingga ke hari ini.

Share:

2 comments

  1. Al fatihah...saya merupakan cucunda kpd almarhum yg masih menetap di dpn istana leban tunggal bersama bonda saya ym tengku zainab binti tengku besar sulaiman..

    BalasPadam
  2. Al fatihah...saya merupakan cucunda kpd almarhum yg masih menetap di dpn istana leban tunggal bersama bonda saya ym tengku zainab binti tengku besar sulaiman..

    BalasPadam

Flag Counter