Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang

Pilih Bahasa

Isnin, 31 Julai 2017

LAWATAN KE PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W 3



   Penulis sempat mengenali beberapa artifak peninggalan Rasulullah s.a.w . Antaranya :


(Capal Rasulullah)


(Gambaran Tapak Kaki Rasulullah)


 (Busur yang digunakan Rasulullah s.a.w)

(Cop Mohor)


Setakat ini sahaja penulis boleh kongsikan mengenai lawatan ke Pameran Artifak Rasulullah. Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk pada maklumat yang disediakan. 

Bayaran setiap pengunjung adalah seperti berikut :

Harga Tiket adalah seperti :
Dewasa – RM20.00 seorang
Pelajar – RM10.00 seorang
Warga Emas – RM10.00 seorang
OKU – RM10.00 seorang
Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma

Selamat berkunjung !
Sebarang cadangan, kritikan dan persoalan. Sila komen di bawah . Terima kasih.

LAWATAN KE PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W 2



 Pengalaman Penulis 


 Setibanya di sana, banyak perkara baru dikenali dan dipelajari. Bahkan, menambahkan suasana teruja dan perasaan cinta pada Rasulullah s.a.w. Ramai pengunjung lain yang turut mengambil kesempatan turun ke pameran memandangkan pada hujung minggu.

Antara perkara yang boleh dikongsikan adalah :


KELAMBU KAABAH

KUNCI KAABAH

KUNCI MAKAM NABI ALLAH IBRAHIM A.S

            
BATU MASJID QUBA'

Koleksi di atas hanyalah sebahagian daripada artifak yang dipamerkan. Ingin melihat lebih banyak?
Jom ke Pameran Artifak Rasulullah s.a.w .

Anda boleh klik pada KOLEKSI PENINGGALAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W untuk melihat lebih banyak gambar koleksi peninggalan Rasulullah s.a.w. 



LAWATAN KE PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W. (10 Julai - 13 Ogos 2017 )


Pengenalan

Pada minggu lepas, penulis SEJARAH ISLAM PAHANG sempat mengadakan kunjungan ke PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH 2017 . Pameran ini berlangsung pada 10 Julai sehingga 13 Ogos 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Shah Alam, Selangor.




Pameran ini mempamerkan 27 artifak daripada peninggalan Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Selain itu, turut dipaparkan artifak tokoh-tokoh Islam terdahulu..

Sebagai contoh seperti :

1 ) CAP MOHOR
2 ) REPLIKA MAKAM RASULULLAH
3 ) SERBAN RASULULLAH SAW
4 ) KUNCI MAKAM RASULULLAH SAW
5 ) KUNCI MAKAM NABI ALLAH NABI IBRAHIM A.S
6)  BUSUR YANG DIGUNAKAN RASULULLAH SAW KETIKA BERPERANG


dan sebahagian artifak yang dipamerkan adalah tulen dan asli. Peninggalan ini dibawa khas oleh pemilik persendirian dari Jordan, Turki, India, Syria, Mekah dan Madinah.

Anda boleh rujuk di link PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W untuk sebarang pertanyaan atau rujukan untuk mengadakan lawatan.

Sedikit sebanyak maklumat sebagai perkongsian.

Tarikh : 10 Julai -13 Ogos 2017

Masa  :  9 pagi- 10 malam (Setiap waktu solat akan ditutup sebentar.)

Hubungi : 03 5523 6092

Selanjutnya anda boleh klik di link di atas.

Anda boleh menggunakan CARI DI SINI untuk mencari lokasi.


Pengalaman Penulis semasa berkunjung ke Pameran Artifak Rasulullah s.a.w 

Sila klik di sini . PENGALAMAN PENULIS DI PAMERAN ARTIFAK RASULULLAH S.A.W..



Ahad, 30 Julai 2017

Risalah Al Faidat Wa Al Muhimmat susunan Kadi Ibrahim bin Hurairah 1840-1920

Di lampiran akhir kitab “hidayah tul wildan” susunan kadi ahamd,kg bangau temerloh pahang terdapat satu lampiran yang bertajuk :al faidat wa al muhimmat, konon nya lampiran ini merupakan kata kata hikmah yang di warisi oleh kadi Ibrahim bin Hurairah @ kadi besar Pahang (1900m) dari koleksi simpanan imam syahibudin bin zainal abidin (1770m). maka untuk manufaat bersama maka kami rumikan kata kata hikmah itu supaya mudah di fahami dan di baca.


                                          
Saudara Muslimin dan Muslimat!!!

Marilah kita membicarakan kelakuan-kelakuan dan tabiat kita tiap-tiap hari, ini sama ada zahir atau batin kerana tiap-tiap daripadanya wajiblah mempelajari dan mengetahui ­manakah yang ditegah oleh syarak dan mana yang dilperintahkan olehnya.

ADAPUN PERBUATAN-PERBUATAN YANG TIDAK WAJAR DIKERJAKAN OLEH SEGALA ORANG YANG BERIMAN IAITU LAPAN PERKARA :
Pertama        : Jangan membesarkan diri di depan segala makhlukNya.
Kedua           : Jangan takbur pada melakukan sesuatu pekerjaan.
Ketiga           : Jangan kamu putuskan harapan orang yang meminta
Keempat       : Jangan sekali - kali mengubah janji sesama mahluk.
Kelima          : Apabila kita dimuliakan tak dapat tiada kita takut akan dia dan
merendahkan diri kita akan dia dan apabila kita dipercayai orang jangan kita khianat kepadanya.
Keenam          :Jangan sekali-kali kita ittikad kan hendak menghina akan orang.
Ketujuh             :Jikalau kita jadi raja atau ketua barang dimana -mana hendaklah kita berbuat adil dan bermaruah.
Kedelapan     : Jangan sekaJi-kaJi menghilangkan jasa orang seboleh-bolehnya kita balas juga. Wa1lahu a'lam.

* * * * *
MAKA ADALAH PADA SATU MASA DITANYA ORANG AKAN NABI ALLAH IBRAHIM ALAIHISSALAM: “KERANA APA TUANHAMBA DIAMBIL ALLAH TAALA AKAN TUAN HAMBA KEKASIHNYA?’ MAKA JAWABNYA:” DENGAN EMPAT SEBAB :
Pertama :     Aku utamakan suruhan Allah di atas suruhan orang lain .
Kedua      : Tiada aku percintakan rezeki (kekayaan)
Ketiga      : Tiada aku makan melainkan bahawasanya aku berjamu.
Keempat     : Apabila bertemu dua pekerjaan dua dan akhirat maka aku kerjakan akhirat dahulu”.
* * * * *
KATA KHATIM AL IMAM RAHIMAUANHU, ADAPUN PERKERJAAN BERGOPOH-GOPOH ITU DARIPADA PEKERJAAN SYAITAN MELAINKAN PADA LIMA PERKARA:
Pertama: Memberi makan orang datang ke rumah kita
Kedua: Menanam mayat apabila sudah mati
Ketiga: Memberi anak perempuan bersuami apabila beraka! baligh .
Keempat: Membayar hutang apabila dapat peluang,
Kelima: Taubat apabila berbuat dosa, wallah waalam.
* * * * *

KATA LUKMAN AL HAKIM,EMPAT PERKARA ITU MEMBAWA KEPADA EMPAT PERKARA:
Pertama: Berkelahi  iaitu membawa kepada malu
Kedua: Membesarkan diri iaitu membawa kepada perseteruan
Ketiga: Marah membawa kepada sesal
Keempat: Berlebihan(membazir) membawa kepada papa, walllah a'lam.
* * * * *

Kata Sultan Ibrahim bin Adham adalah dunia itu seperti mimpi sahaja apabila jaga daripada tidurnya maka hilanglah yang dimimpinya itu demikianlah orang yang menuntut dunia ; apabila sudah mati maka tinggalah ia, wallah a'lam.
* * * * *

SABDA NABI S.W.A ADAPUN TANDA ORANG YANG BAHAGIA ITU EMPAT PERKARA:
Pertama: Apabila bertambah ilmunya maka bertambah amalnya
Kedua: Apabila bertambah hartanya maka bertambah pemurahnya
Ketiga: Apabila bertambah umurnya maka kurang tamaknya
Keempat: Apabila bertambah kuasanya maka bertambah ia merendahkan diri, wallah 'alam.
* * * * *

 ADAPUN TANDA ORANG YANG CELAKA ITU EMPAT PERKARA:
Pertama: Apabila bertambah ilmunya bertambah bebalnya
Kedua: Apabila bertambah hartanya maka sangat bertambah bakhilnya
Ketiga: Apabila pendek umumya maka sangat bertambah halobanya
Keempat: Apabila bertambah kuasanya maka bersangatlah bertambah takbumya, waJlah a'lam hisa wawab.
* * * * *
SABDA NABI S.W.A ADALAH DITURUNKAN ALLAH TAALA ATAS UMATKU LIMA PERKARA DENGAN SEBAB LIMA PERKARA JUGA:
Pertama: Apabila diubahkan mereka itu janji nescaya dikeraskan Allah Taala atas mereka itu  musuh..
Kedua: Apabila tiada dihukumkan oleh merek aitu dengan hukum Allah Taala nescaya diturunkan Allah Taala atas mereka itu kepapaan
Ketiga: Apabila dinyatakan oleh mereka itu zina nescaya diturunkan Allah T aala pada mereka itu penyakt taun(penyakit2 bahaya).
Keempat: Apabila mereka itu melebihi dan mengurangkan sukatan dan timbangan nescaya ditahan Allah Taala akan merekaitu tumbuhan maka datanglah kepada mereka itu kelaparan.
Kelima: Apabila merekaitu menahan zakat nescaya di tahan Allah Taala akan hujan waJlah a' lam.
* * * * *

SABDA NABI S.W.A ADAIAH ALAMAT ORANG PENGHUNI SYURGA ITU EMPAT PERKARA:
Pertama: manis muka,
Kedua: murahtangannya,
Ketiga: mukmin hatinya,
Keempat:  suci lidahnya, wallah a'lam.
* * * * *

ADAPUN ALAMAT ORANG ISI NERAKA ITUPUN EMPAT PERKARA:
Pertama: Sentiasa  masam mukanya,
Kedua: kikir tanganya,
Ketiga: fasik hatinya,
Keempat:  dusta lidahnya, wallah a'lam.
* * * * *

SABDA NABI SAW: ENAM PERKARA YANG DIKASIHI ALLAH TAALA DARIPADA ENAM ORANG:
Pertama: Adil pada segala raja - raja,
Kedua: amal segala uIama'
Ketiga: Sabar daripada segala fakir,
Keempat: malu segala perempuan ,
Kelima: murah daripada segala orang kaya,
Keenam: taubat daripada segala orang tuham wallah a'lam.
Adapun raja dengan tiada a'dil seperti sungai dengan tiada aimya dan alim dengan tiada amal seperti rumah dengan tiada beratap dan orang kaya dengan tiada murah seperti awan dengan tiada hujan dan dosa dengan tiada taubat seperti pohon kayu dengan tiada berbuah dan orang fakir dengan tiada sabar seperti pelita dengan tiada minyak dan perempuan dengan tiada malu seperti makanan dengan tiada bergaram wallah a'lam.




[1] Nota ini telah kami ubah suai kepada bahasa baru sesuai dengan keadaan semasa supaya mudah difahami oleh orang muda.

Jumaat, 28 Julai 2017

PESTA AIR CHENOR (SIRI AKHIR)


(SIRI AKHIR) 

   Akhir sekali, penulis sempat merasai kemeriahan di Zon F. Pertandingan yang sedang berlangsung  diadakan untuk kanak-kanak.

   
   

 (Anda boleh mendaftar di sini berhadapan dengan papan tanda ZON F)

Sekiranya anda ingin menyertai aktiviti-aktiviti di Pesta Air, segera ke tempat pendaftaran yang terletak dihadapan papan tanda yang telah dinyatakan.


 (Tapak Perasmian Pesta Air Chenor)


 (Suasana Pertandingan yang melibatkan kanak-kanak ) 



Anda boleh merujuk pada jadual di bawah :



  Selamat berkunjung ke Pesta Air Chenor Pahang ! .
    
  Sebarang komen, cadangan atau kritikan. sila tulis diruangan komen di bawah. Kami amat mengalukan pandangan anda. Sekian. 

PESTA AIR CHENOR SIRI 4

SIRI 4

Kemeriahan di Pesta Air Chenor dapat dirasai di Zon Rekreasi Keluarga dan Food Garden.




 (GERAI MASAKAN)


 (SESI MEDICAL CHECK UP PERCUMA)


 (DEMONSTRASI MASAKAN)


 (CENDERAHATI UNTUK KUIZ ) 


 (KEMAS) 


 (ANDA BOLEH MENCUBA KUIZ DI JABATAN PERANGKAAN) 


(SKMM menawarkan hadiah untuk pengunjung yang menyertai kuiz)

Pelbagai aktiviti yang diadakan di Zon ini sangat meriah dan dipenuhi pengunjung sejak pagi tadi. Anda jangan terlepas peluang untuk menyertai aktiviti di Pesta Air Chenor Pahang.

Bersambung ke SIRI AKHIR

PESTA AIR CHENOR (SIRI 3)


SIRI 3

Perjalanan diteruskan ZON C dan Zon D iaitu aktiviti  PESTA AIR CHENOR. Aktiviti berasaskan air akan diadakan pada waktu tengahari bermula jam 12 tengahari. Boleh rujuk laman web PESTA AIR CHENOR. Memandangkan penulis menyertai sesi pagi, penulis tidak berkesempatan menyaksikan aktiviti air di Pesta Air Chenor.


 (ZON IKAN) 


                                              (Aktiviti diadakan pada sesi petang)







   Bermula jam 12 tengahari pada hari Sabtu , persembahan Kemahiran di Air akan berlangsung sehingga jam 7 petang. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aktiviti ini.

Bersambung ke SIRI 4


PESTA AIR CHENOR (SIRI 2)

  PESTA AIR CHENOR (SIRI 2)


   Setelah menyaksikan beberapa pertandingan berlangsung, penulis sempat mencuba peluang menaiki Pasar Bergerak 1 Malaysia yang menjual pelbagai produk tempatan .


  (PASAR BERGERAK 1 MALAYSIA) 



  (PRODUK TENUSU TEMPATAN)


  (PRODUK MAKANAN TEMPATAN)



(PRODUK FROZEN FOOD )


  Kesemua produk ini dihasilkan oleh rakyat tempatan dan anda boleh mencuba untuk menaiki PASAR BERGERAK 1 MALAYSIA yang berada di Pesta Air Chenor Pahang. 

Bersambung ke SIRI 3 

PESTA AIR CHENOR PAHANG 2017 (SIRI 1)


PESTA AIR CHENOR (SIRI 1) 


   Minggu lepas, penulis SIP ada terbaca mengenai PESTA AIR CHENOR PAHANG yang bakal diadakan pada 28-30 Julai di Jeti Chenor Lama, Chenor. Minggu ini bakal menyaksikan kelainan dan tarikan di Chenor dengan kepelbagaian aktiviti yang diadakan untuk pelbagai peringkat umur.


                           (Diperoleh daripada sumber Facebook : Kumpulan Pesta Air Chenor )                      




(Tempat yang menjadi pilihan untuk bergambar)


Terdapat 3 sesi aktiviti selama 3 hari berturut-turut iaitu pada sesi pagi, petang dan malam. Penulis sempat meluangkan masa pada sesi pagi kerana banyak aktiviti pertandingan permainan tradisional dipertandingkan seperti sesi memanah, pertandingan gasing , mewarna dan banyak lagi. 









        (LOKASI PERTANDINGAN MEMANAH DAN BERSILAT)


(PERTANDINGAN MEMANAH SEDANG BERLANGSUNG)


   Bersambung ke  SIRI 2 . - klik pada SIRI 2

IMAM BAYAN @ TUN DERMA PUTRA ADAKAN SAMA DENGAN IMAM ZUL BAYAN?




Pendahuluan:
Sejarah raja-raja Melayu sangat jelas, sejarah mereka ditulis di dalam beberapa hikayat yang masyhur seperti Kitab Sejarah Melayu,Hikayat Raja-raja Riau,Hikayat Raja-raja Pasai,Hikayat Misa Melayu,Syair Johor, Syair Pahang dll. Sesaorang yang hendak mengaku dia keturunan raja mestilah merujuk kepada kitab-kitab hikayat yang disebutkan tadi, Bagi mereka yang hendak mengaku mereka keturunan panglima atau pahlawan yang terkenal,maka saya sarankan mereka mengkaji salsilah keturunan mereka berdasarkan teori “Family Tree” yang biasa digunakan di barat dimana antara satu salsilah dengan salsilah yang lain jarak nya 30-35-40 tahun. Kiraan ini agak tepat, jika sekiranya kita mengaku kita keturunan Dato Bahaman yang hidup antara akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20, jaraknya dengan zaman kita hamper 170 tahun,maka salsilahnya mestilah antara 4-6 jenerasi. Jika kurang ada yang tidak lengkap,jika lebih sangat yang yang ditambah-tambah.Ini sebagai saranan dari saya.

Beberapa tahun lalu saya dipanggil oleh anak tempatan Kg Mengkarak untuk menghuraikan mengenai Imam Zul Bayam menurut riwayat dari Imam Syahibudin @ Tuk Syahibudin. Imam Syahibudin mengarang beberapa syair ini dalam tahun 1770 dan syair ini di salin oleh seorang penyalin yang lain dalam tahun 1782. Kemudian timbul gossip yang menpertikaikan apa yang saya tulis konon nya tidak betul. Beberapa persaolan timbul kononnya Imam Zul Bayan tidak ada anak lelaki. Ada pula yang menyatakan bahawa Imam Zul Bayan adalah seorang raja. Maka saya menjawab dari hasil kajian saya bahawa Imam Zul Bayan ada beberapa orang anak lelaki,dan Imam Bayan bukan dari darah raja yang tulen kerana gelaran “Tun”,”Megat”,”Nik”,”Tuan” gelaran ini digunakan kepada anak raja-raja yang bapanya dari  keturunan orang kebanyakan dan ibunya adalah anak raja. .Maka di sini timbul persaolan adakah Imam Zul Bayan yang dicatatkan oleh Imam Syahibudin sama dengan Imam Bayan yang dicatitkan oleh riwayat orang tua-tua di Negeri Sembilan dan Buntut Pulau?
Di sini juga timbul beberapa persaolan lain yang berkaitan dengan perkara ini; menurut Ustaz Mohd Redho bin Hj Abd Ghaffar @keturunan Imam Bayan: Imam Bayan merupakan satu gelaran begitu juga dengan “Dato Mengkarak” merupakan satu gelaran.Gelaran Imam Bayan ini bermula sejak dari zaman Melaka dibawa ke Negeri Sembilan hingga ke Pahang. Begitu juga gelaran Tuk Mengkarak ini terdapat dari tahun 1600 hingga ke 1750 Masehi. Oleh itu berkemungkinan terdapat beberapa orang yang memakai gelaran Imam Bayan dan juga beberapa orang memakai gelaran“Tuk Mengkarak”.Saya agak bersetuju dengan pendapat ini kerana jika kita rujuk kepada tarikh Imam Syahibudin membuat ulasan terhadap Imam Zul Bayan,tarikhnya agak terkehadapan dari tarikh Raja Melewar datang ke Negeri Sembilan.Tokoh-tokh seperti Imam Bayan, Raja Khatib,Panglima Naam berada dalah tahun 1780 hingga 1800 sedangkan Imam Zul Bayan berada dalam tahun 1720 hingga 1750,kemudian di sambung oleh anaknya Imam Nur Qadim dan Imam Muda Mamat dalam tahun 1760-90.Perbezaan masa ini menunjjukan kepada orang yang berbeza,maka besar kemungkinan bahawa Imam Zul Bayan tidak sama dengan Imam Bayan@ Tun Derma Putera.
Menurut Imam Syahibudin, Imam Zul Bayan adalah bapa saudara sepupu beliau,kerana ibu Imam Zul Bayan bernama “Umbi” adalah adik beradik dengan Dato Suji Bilang yang pernah kita sebutkan sebelum ini.lihat petikan syair ini:

205      Tersayang-sayang pada rasaan
Kepada Umbi datuk perempuan
Orangnya arif lagi budiman (@Imam Zul Bayan)
Upas jahil sudah termakan
Dalam rangkap ini, dinyatakan bahawa di antara Imam Syahibudin dengan Imam Zul Bayan ada pertalian darah di mana datuk Imam Syahibudin adalah adik beradik kepada Ibu Imam Zul Bayan,maka ternyata Imam Zul Bayan adalah bapa saudara sepupu dengan Imam Syahibudin. Imam Syahibudin menegur Imam Zul Bayan sudah mempelajari ilmu yang salah kerana memakan upas yang gatal sedangkan umbut masih ada.

206      Beberapa yang lain daripada itu
Suas dan sarban,leqa dan selu
Ummahat Fakir nasab yang tentu
Beratur moyang,datuk dan nenek

207      Ke atas  itu Datuk Perkasa
Perhimpunan dagang tempat semenda
Daerah Pahang sekaliannya rata
Sekaliannya habis cicit dan cunda

208      Asal Pahang empat saudara
Di Pulau Datu,seorang di Bera
Daerah Mengkarak saudara yang tua
Yang di Cenor moyang Tuk Raja
Orang besar Pahang pada satu masa dulu menduduki empat kawasan iaitu di Pulau Datu dekat Mentiga Pekan Pahang, Seorang lagi tinggal di Bera, manakala bakinya tinggal di Mengkarak dan Cenor. Imam Syahibudin menurut riwayat lisan berasal dari Cenor kerana datuknya yang terawal bernama Dato Perkasa menjadi pembesar raja yang tinggal di Cenor,manakala bapa Imam Syahibudin berkahwin dengan sepupunya norsiah berasal dari Cenor,adik Imam Syahibudin bernama Tuk Aboi kawan dengan Juhara anak Orang kaya Pahlawan Cenor.

209      Seorang pun tidak ada yang tinggal
Keling dan Cina,Bugis dan Benggal
Sehingga bercicit nutfahnya tanggal
Datuk Perkasa ( فـقـسا )itulah asal

210      Tetapinya jarang orang yang tahu
Cawangnya banyak mendaun kayu
Beberapa bangsa beberapa suku
Campur gaul tiada bertentu

211      Itulah Fakir berani berkata
Sekaliannya itu bukan siapa
Lagi pun wajib jalan agama
Baik berkenan baik tiada

Begitu juga di dalam sejarah Pahang, kedudukan pembesar-pembesar spt Orang Besar Berempat,orang besar berlapa, dan enam belas tidak tetap, Ini kerana di Pahang berlaku pergolakan politik yang terlalu kerap, dari Zaman Raja Bujang ke zaman Sultan Abd Jalil,kemudian zaman Sultan Sulaiman,diambil alih oleh Bendahara Tun Ali kemudian sehingga ke zaman Sultan Ahmad 1. Di zaman Bendahara Ali  barulah kedudukan Orang Besar Berempat agak kukuh dan jelas.Dari pada anak2 keturunan raja johor,anak raja Minangkabau,anak raja bugis dan anak2 bendahara sentiasa bertukar ganti.
Saya telah nyatakan beberapa kali bahawa tulisan saya adalah berdasarkan syair yang dikarang oleh seorang pengarang yang hidup dizaman itu, ia itu Imam Syahibudin dan kebetulan pengarang itu adalah anak saudara kepada Imam Zul Bayan. Saya rasa apa yang Imam Syahibudin tulis itu tidak salah,tetapi Sebaliknya tanggapan orang yang membuat gossip itu salah ini kerana Imam Syahibudin menulis sesuatu yang dilihat dan alami sedangkan kita bercakap hanya berdasarkan cerita lisan dan catatan dari satu jenerasi ke satu jenerasi;yakni sesuatu yang tidak boleh dipertanggungjawabkan secara pasti. Di dalam petikan syair dibawah dinyatakan bahawa Imam Zul Bayan yang dikritik oleh Imam Syahibudin merupakan seorang ahli agama yang beliau sebut sebagai “Naib Sultan” yang mempunyai kuasa dalam bidang agama (pulang padanya perintah sekalian), yang saya membuat jangkaan bahawa ia adalah Mufti Pahang dalam tahun 1730-50, beliau ini dibantu oleh anaknya Imam Nurqadim yang alim dan sangat dihormati di Pahang ketika itu.

Cerita ini dipendekkan
Masyhur di Pahang Imam Zul Bayan
Ialah jadi Naib sultan
Pulang kepadanya perintah sekalian

Kemudian itu Imam Nurqadim
Anak yang tua lagipun alim
Mertabat besar terlalu rahim
Seisi Pahang tawakal dan salim

Kedua-dua tokoh ini terkenal kerana kealiman nya bukan kerana ketokohan sebagai pahlawan atau sebagai anak raja. Imam Zul Bayan seorang yang menguasai Ilmu Martabat Tujuh yang di asaskan oleh Hamzah Fansuri dan mempunyai pengikut yang ramai di Pahang dalam pertengahan abad ke 18. Manakala anaknya merupakan seorang “Tuan Guru” yang terkenal di Pahang pada masa itu.

Jalan agama tatkala itu
Sebarang jenis sekalian laku
Berbuat ibadat sekalian nafsu
Tukang tidak membuang kayu

Berapa banyak yang handalan
Dari Jelai sampai ke Pekan
Kampung Makasar bergelar To’Uban
Dirantau Temerloh berbilang pegangan

Kepala ilmu mengenal diri
Dimitalkan tanah buyung dan kendi
Sekalian alam wujud mazaji
Hanyalah Allah yang hakiki

Berbagai jenis kias dan misal
Siapa yang menang itulah handal
Alam arwah, Alam misal
Alam ajsam, Insan Kamil

Alam lahut, Alam jabarut
Alam nasut, Alam Malakut
Ayan Thabit dimisalkan ombak
Putus makrifat disanalah hanyut

Muhadith dan Qadim disana terhimpun
Umpama laut ombak mengalun
Dimisalkan benih dengan pohon
Benihkan dahulu atau pohon

Kesimpulannya; kajian lanjut mestilah buat bagi menentukan kedudukan yang sebenar siapakah Imam Zul Bayan yang digarap oleh Imam Syahibudin di dalam karya-karya beliau. Adakah beliau ini sama dengan Imam Bayan yang di tulis oleh para pencerita lisan yang kita dapati di kawasan daaerh Bera. Bagi saya kewujudan dua tokoh ini sangat jelas berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan di atas tadi.


Rabu, 26 Julai 2017

SAMBAL KUINI



  Resepi Sambal Kuini


 
 
   Pokok kuini atau nama saintifiknya ' Mangifera odorata' banyak terdapat di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Biasanya buah ini akan dimakan begitu sahaja atau dijadikan sambal. Hari ini, kami ingin berkongsi resepi sambal kuini memandangkan sekarang musim buah kuini.

  (Sumber Wikipedia)



Bahan :

     1) Buah kuini
     2) 6 Ulas lada kecil


       Pertama sekali : Kupas kulit buah kuini.
       Kedua              : Potong halus memanjang dan basuh dengan bersih kerana ada getah.
       Ketiga              : Tumbuk lada dengan menggunakan lesung batu.
       Akhir                : Gaul sambal lada dengan kuini. Siap untuk dimakan.

       
     (Sambal Kuini) 


Selasa, 25 Julai 2017

JALAN-JALAN KE PEKAN SEHARI AHAD TEMERLOH (TAHUKAH ANDA?)


TAHUKAH ANDA? (ANDA BIASA JUMPA TETAPI TAK TAHU NAMA)


Kunjungan kami kali ini ke PEKAN SEHARI AHAD di Temerloh ingin berkongsi antara perkara yang anda biasa jumpa tetapi anda mungkin keliru pada namanya atau tidak tahu mengenainya. Ada 10 jenis hasil jualan pertanian yang anda mungkin biasa lihat tetapi tidak tahu namanya.
Minggu ini, blog ini akan berkongsi pelbagai tumbuhan.

1) Daun Palas.

Pokok palas merupakan salah satu tarikan apabila tiba Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Daunnya menjadi kegunaan untuk membuat ketupat yang dimakan pada hari tersebut. Di Pekan Sehari Ahad Temerloh, anda boleh membelinya dengan harga berpatutan kerana di pekan sehari ini tidak asing lagi dengan daun palas. Anda boleh mencarinya di gerai jualan.
Kebiasaannya daun palas terlihat seperti ini :

Jika anda membelinya, daunnya seperti ini :




Biasanya, dijual secara ikat. 


Di sini kami ingin berkongsi resepi membuat ketupat :
Anda memerlukan daun palas, beras pulut, santan dan garam sesedap rasa.

Pertama, masak beras, santan dan garam sehingga separuh masak.

Kedua, apabila bahan tersebut telah masak, masukkan ke dalam daun palas.

Ketiga, lipat mengikut kreativiti anda.

Akhir, ketupat boleh direbus dan makan.

Zaman sekarang, ketupat segera boleh didapati tetapi sesetengah orang masih mengamalkan cara masakan moden untuk mengekalkan rasa dan keasliannya.

                            (Kelongsong ketupat yang belum digunakan - Sumber Wikipedia )



              (Ketupat palas - Sumber Wikipedia)


  2) Ulam Tenggek Burung

  
(Daun Tenggek Burung di atas plastik merah )

 Anda boleh menemui daun ulam ini dijual di pintu masuk A KLIK SINI. Di sini, anda boleh          mendapatkannya dengan harga yang berpatutan. Penulis sempat bertanyakan kegunaannya kepada penjual. Katanya, dibuat sebagai ulam-ulaman untuk dimakan.  Ulam ini jarang didapati dan hanya dikenali oleh orang yang arif mengenainya. Pastikan anda rajin bertanya sebelum membelinya. 

3) Anak Pokok  Pelbagai Jenis Herba

   

   (Anak pokok herba : anda boleh rujuk pada tulisan)

 Sekiranya anda peminat herba dan sayuran serta minat berkebun, anda boleh mendapatkan    pelbagai jenis herba dan sayuran untuk ditanam. Anda boleh singgah di Pintu Masuk A


4) Daun Serai Kayu 

    

(Pokok Serai Kayu) 
   
Daun Serai Kayu boleh dijadikan ulam-ulaman dan khasiat untuk badan. Daun Serai Kayu digunakan di seluruh dunia dengan pelbagai jenis kegunaan. Sebagai contoh di Malaysia, dijadikan ulam-ulaman dan sebagai bahan masakan. Di negara Barat, daun ini dijadikan sebagai perisa tambahan. Sekiranya anda berminat, lebih baik bertanya kepada penjual sebelum membeli.  Nama saintifik adalah  Syzygium polyanthum .


5) Daun Salon 

         
(Daun Salon) 

    Daun Salon atau dipanggil Daun Selom. Daun ini tidak asing lagi dalam kalangan peminat herba dan sayuran. Semestinya mendapat tempat dikalangan pembeli. Daun ini banyak dijual secara ikat. Banyak terdapat di Malaysia tetapi, anda mungkin jarang mendengarnya. Kebiasaannya, boleh ditanam dengan mudah. Tidak hairanlah Malaysia terkenal dengan kepelbagaian tumbuhan semula jadi. Nama saintifik adalah Ooenanthe Javanica. Boleh dijadikan sebagai ulaman penambah selera semasa makan.

Ahad, 23 Julai 2017

KEPULAUAN LINGGA JADI PUSAT KERAJAAN DLM TAHUN 1780AN.


Kepulauan Lingga adalah gugusan pulau-pulau di Indonesia, di selatan Kepulauan Riau dan di timur Pulau Sumatera. Garis khatulistiwa melewati kepulauan ini, yaitu di ujung utara Pulau Lingga, pulau utama di kepulauan ini. Kebanyakan populasi adalah suku Melayu, Bugis dan Tionghoa

Asal  nama Pulau  Daik.

Disuatu masa berdatanglah para perantau dari Mandir, Pangkalan Lama dan Jambi ke Daik. Sebelum sampai di Daik, Mereka singgah disalah satu pulau yang bernama Mepar (dahulu pulau Mepar bernama pulau Lepa dan lama kelamaan menjadi Mepar). Kemudian menyusuri sungai disekitar pulau Mepar, dalam penyusuran tersebut mereka menancapkan pancang sebagai tanda bahwa mereka telah menyusuri sungai yang bersangkutan. Tanda-tanda itulah yang akhirnya membuat sungai bersangkutan disebut sebagai sungai Tanda. Dari sungai ini mereka melanjutkan perjalanan dan sampailah disebuah tempat yang tanahnya datar, airnya jernih mengalir dari air gunung, ditempat ini mereka sangat terkesan, menurut mereka tempat ini sangat baik. Kesan inilah yang kemudian menjadi nama sungai dan daerah sekitarnya, dengan perkataan lain sungai dan daerah sekitarnya diberi nama Baik. Akan tetapi nama itu lama-kelamaan berubah menjadi Daik, tidak diketahui kapan kata Baik berubah menjadi Daik, mungkin karena sejak seseorang salah dengar sehingga kata Baik menjadi Daik.

Asal nama Pulau Lingga.

W.P. Groeneveledt dalam bukunya yang berjudul History Notes on Indonesian and Malay, menyebutkan bahwa nama Lingga berasal dari kata Ling yang berarti Naga dan Ge yang berarti Gigi, tidak jauh berbeda dengan nama yang diberikan oleh para perantau Cina. Menurut para perantau Cina, sebelum mereka sampai di Daik, mereka melihat sebuah gunung (gunung Daik) yang bentuk puncaknya seperti Gigi Naga atau Tanduk Naga yang bercabang dua,(konon, dahulu bercabang tiga) yang mereka sebut Lengge. Istilah Lingga juga terkait dalam pengertian keagamaan agama Hindu, dikarenakan gunung Daik bercabang tiga, dan salah satu puncak gunung menyerupai perlambang phallus, puncak tertinggi dinamakan gunung Daik, terendah disebut gunung Cindai dan puncak yang tengah disebut gunung pejantan.Jauh sebelum Daik Lingga dijadikan pusat Kerajaan Johor-Riau oleh Sultan Mahmud Syah lll / Yang dipertuan Besar Johor-Pahang-Riau-Lingga ke XVl dan pusat Kerajaan Riau Lingga oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Syah /Yang Dipertuan Besar Johor-Pahang-Riau-Lingga ke XVll yang juga merupakan Yang Dipertuan Besar Riau Lingga ke l setelah Kerajaan Johor-Riau dipecah menjadi dua yaitu Kerajaan johor dan Kerajaan Riau Lingga pada tahun 1824,
Pada mulanya daerah Lingga dan sekitarnya didiami oleh Orang Suku Laut, dengan dipimpin oleh kepala sukunya yang disebut Batin.Kemudian pada akhir abad ke-18 datang Datuk Mata Kuning yang merupakan putra dari Datuk Mata Merah yang berasal dari Pangkalan Lama Jambi datang ke Lingga.Selama beberapa tahun Datuk Mata Kuning Memegang kekuasaan di wilayah Lingga dengan gelar Datuk Megat Kuning.


 Pada tahun 1787, Sultan Mahmud Syah lll /Yang Dipertuan Besar Johor-Pahang-Riau-Lingga ke XVl memindahkan pusat Kerajaan Johor-Riau dari Hulu Riau Bintan dengan membawa sebanyak 200 kapal perahu layar pindah ke Daik Lingga dan tempat kedudukan Yamtuan Muda juga dipindahkan dari Hulu Riau Bintan ke pulau Penyengat pada tahun yang sama. Sejak saat itu Datuk Megat Kuning menyatakan sebagai hamba Sultan mahmud Syah lll, kemudian Datuk Megat Kuning diangkat menjadi Orang Kaya Temenggung yang bertugas menjaga keamanan perairan Lingga dan bertempat tinggal di pulau Mepar, di pulau Mepar dibangun benteng lengkap dengan meriam-meriam sebagai salah satu benteng pertahanan Kerajaan. Sebelum itu Datuk Kaya Temenggung tinggal di Semarong Daik (Mentok) dan kemudian pindah ke Kopet Daik (Melukap) baru setelah itu pindah ke pulau Mepar dan menetap disana. Sultan-Sultan yang memerintah di Daik Lingga, sebagai berikut :Sultan Mahmud Syah lll /Yang Dipertuan Besar Johor-pahang-Riau-Lingga ke XVl (1761-1812). Sultan Mahmud Syah lll  /Yang Dipertuan Besar Johor-Pahang-Riau-Lingga XVl, menikah dengan Raja Hamidah /Engku Puteri dengan mas kawinnya adalah Pulau Penyengat Indra Sakti.Sultan Mahmud Syah lll adalah Sultan yang memindahkan pusat Kerajaan Johor-Riau yang sebelumnya  berada di Hulu Riau Bintan pindah ke Daik Lingga. Pada tahun yang sama yaitu tahun 1787, tempat kedudukan Yamtuan Muda juga dipindahkan dari Hulu Riau Bintan ke pulau Penyengat.

Ikuti SIP

Nota

Jika ada iklan yang tidak sesuai, sila tekan pangkah pada iklan kerana kami sangat mementingkan keselesaan pembaca.