Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
"Pemandangan Sungai Pahang di Temerloh" -Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Ahad, 30 Julai 2017

Risalah Al Faidat Wa Al Muhimmat susunan Kadi Ibrahim bin Hurairah 1840-1920

Di lampiran akhir kitab “hidayah tul wildan” susunan kadi ahamd,kg bangau temerloh pahang terdapat satu lampiran yang bertajuk :al faidat wa al muhimmat, konon nya lampiran ini merupakan kata kata hikmah yang di warisi oleh kadi Ibrahim bin Hurairah @ kadi besar Pahang (1900m) dari koleksi simpanan imam syahibudin bin zainal abidin (1770m). maka untuk manufaat bersama maka kami rumikan kata kata hikmah itu supaya mudah di fahami dan di baca.


                                          
Saudara Muslimin dan Muslimat!!!

Marilah kita membicarakan kelakuan-kelakuan dan tabiat kita tiap-tiap hari, ini sama ada zahir atau batin kerana tiap-tiap daripadanya wajiblah mempelajari dan mengetahui ­manakah yang ditegah oleh syarak dan mana yang dilperintahkan olehnya.

ADAPUN PERBUATAN-PERBUATAN YANG TIDAK WAJAR DIKERJAKAN OLEH SEGALA ORANG YANG BERIMAN IAITU LAPAN PERKARA :
Pertama        : Jangan membesarkan diri di depan segala makhlukNya.
Kedua           : Jangan takbur pada melakukan sesuatu pekerjaan.
Ketiga           : Jangan kamu putuskan harapan orang yang meminta
Keempat       : Jangan sekali - kali mengubah janji sesama mahluk.
Kelima          : Apabila kita dimuliakan tak dapat tiada kita takut akan dia dan
merendahkan diri kita akan dia dan apabila kita dipercayai orang jangan kita khianat kepadanya.
Keenam          :Jangan sekali-kali kita ittikad kan hendak menghina akan orang.
Ketujuh             :Jikalau kita jadi raja atau ketua barang dimana -mana hendaklah kita berbuat adil dan bermaruah.
Kedelapan     : Jangan sekaJi-kaJi menghilangkan jasa orang seboleh-bolehnya kita balas juga. Wa1lahu a'lam.

* * * * *
MAKA ADALAH PADA SATU MASA DITANYA ORANG AKAN NABI ALLAH IBRAHIM ALAIHISSALAM: “KERANA APA TUANHAMBA DIAMBIL ALLAH TAALA AKAN TUAN HAMBA KEKASIHNYA?’ MAKA JAWABNYA:” DENGAN EMPAT SEBAB :
Pertama :     Aku utamakan suruhan Allah di atas suruhan orang lain .
Kedua      : Tiada aku percintakan rezeki (kekayaan)
Ketiga      : Tiada aku makan melainkan bahawasanya aku berjamu.
Keempat     : Apabila bertemu dua pekerjaan dua dan akhirat maka aku kerjakan akhirat dahulu”.
* * * * *
KATA KHATIM AL IMAM RAHIMAUANHU, ADAPUN PERKERJAAN BERGOPOH-GOPOH ITU DARIPADA PEKERJAAN SYAITAN MELAINKAN PADA LIMA PERKARA:
Pertama: Memberi makan orang datang ke rumah kita
Kedua: Menanam mayat apabila sudah mati
Ketiga: Memberi anak perempuan bersuami apabila beraka! baligh .
Keempat: Membayar hutang apabila dapat peluang,
Kelima: Taubat apabila berbuat dosa, wallah waalam.
* * * * *

KATA LUKMAN AL HAKIM,EMPAT PERKARA ITU MEMBAWA KEPADA EMPAT PERKARA:
Pertama: Berkelahi  iaitu membawa kepada malu
Kedua: Membesarkan diri iaitu membawa kepada perseteruan
Ketiga: Marah membawa kepada sesal
Keempat: Berlebihan(membazir) membawa kepada papa, walllah a'lam.
* * * * *

Kata Sultan Ibrahim bin Adham adalah dunia itu seperti mimpi sahaja apabila jaga daripada tidurnya maka hilanglah yang dimimpinya itu demikianlah orang yang menuntut dunia ; apabila sudah mati maka tinggalah ia, wallah a'lam.
* * * * *

SABDA NABI S.W.A ADAPUN TANDA ORANG YANG BAHAGIA ITU EMPAT PERKARA:
Pertama: Apabila bertambah ilmunya maka bertambah amalnya
Kedua: Apabila bertambah hartanya maka bertambah pemurahnya
Ketiga: Apabila bertambah umurnya maka kurang tamaknya
Keempat: Apabila bertambah kuasanya maka bertambah ia merendahkan diri, wallah 'alam.
* * * * *

 ADAPUN TANDA ORANG YANG CELAKA ITU EMPAT PERKARA:
Pertama: Apabila bertambah ilmunya bertambah bebalnya
Kedua: Apabila bertambah hartanya maka sangat bertambah bakhilnya
Ketiga: Apabila pendek umumya maka sangat bertambah halobanya
Keempat: Apabila bertambah kuasanya maka bersangatlah bertambah takbumya, waJlah a'lam hisa wawab.
* * * * *
SABDA NABI S.W.A ADALAH DITURUNKAN ALLAH TAALA ATAS UMATKU LIMA PERKARA DENGAN SEBAB LIMA PERKARA JUGA:
Pertama: Apabila diubahkan mereka itu janji nescaya dikeraskan Allah Taala atas mereka itu  musuh..
Kedua: Apabila tiada dihukumkan oleh merek aitu dengan hukum Allah Taala nescaya diturunkan Allah Taala atas mereka itu kepapaan
Ketiga: Apabila dinyatakan oleh mereka itu zina nescaya diturunkan Allah T aala pada mereka itu penyakt taun(penyakit2 bahaya).
Keempat: Apabila mereka itu melebihi dan mengurangkan sukatan dan timbangan nescaya ditahan Allah Taala akan merekaitu tumbuhan maka datanglah kepada mereka itu kelaparan.
Kelima: Apabila merekaitu menahan zakat nescaya di tahan Allah Taala akan hujan waJlah a' lam.
* * * * *

SABDA NABI S.W.A ADAIAH ALAMAT ORANG PENGHUNI SYURGA ITU EMPAT PERKARA:
Pertama: manis muka,
Kedua: murahtangannya,
Ketiga: mukmin hatinya,
Keempat:  suci lidahnya, wallah a'lam.
* * * * *

ADAPUN ALAMAT ORANG ISI NERAKA ITUPUN EMPAT PERKARA:
Pertama: Sentiasa  masam mukanya,
Kedua: kikir tanganya,
Ketiga: fasik hatinya,
Keempat:  dusta lidahnya, wallah a'lam.
* * * * *

SABDA NABI SAW: ENAM PERKARA YANG DIKASIHI ALLAH TAALA DARIPADA ENAM ORANG:
Pertama: Adil pada segala raja - raja,
Kedua: amal segala uIama'
Ketiga: Sabar daripada segala fakir,
Keempat: malu segala perempuan ,
Kelima: murah daripada segala orang kaya,
Keenam: taubat daripada segala orang tuham wallah a'lam.
Adapun raja dengan tiada a'dil seperti sungai dengan tiada aimya dan alim dengan tiada amal seperti rumah dengan tiada beratap dan orang kaya dengan tiada murah seperti awan dengan tiada hujan dan dosa dengan tiada taubat seperti pohon kayu dengan tiada berbuah dan orang fakir dengan tiada sabar seperti pelita dengan tiada minyak dan perempuan dengan tiada malu seperti makanan dengan tiada bergaram wallah a'lam.




[1] Nota ini telah kami ubah suai kepada bahasa baru sesuai dengan keadaan semasa supaya mudah difahami oleh orang muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ikuti SIP