Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Sabtu, 23 September 2017

BAHAGIAN KEDUA: SEJARAH RINGKAS SALSILAH ULAMA TERENGGANU DARUL AMAN 1700 -1900


PENDAHULUAN:
Selepas kejatuhan Melaka kepada penjajah Portugis, kedudukan negeri-negeri di Semenanjung di dalam keadaan tidak stabil. Sebaliknya pada masa yang sama kerajaan Aceh semakin berkembang dibawah raja-raja yang soleh seperti Sultan Iskandar Mahkota Alam dan Sultan Iskandar Sani Mahkota Alam. Kerajaan Aceh Berjaya mengantikan Kerajaan Melaka dengan menyatukan semua negeri-negeri Melayu di bawah kekuasaan mereka.Maka kita dapati kegiatan penulisan dan pendakwahan berkembang di Sumatera dan Pulau Jawa. Di Sumatera lahir tokoh-tokoh seperti Hamzah Fanzuri,Shamsuddin Sumterani,Rauf Singkel dan di Jawa lahir tokoh-tokoh dari kalangan Wali Sembilan @ Songgo seperti Sunan Kali Jaga,Sunan Bonang,Sunan Ampel, Syed Ibrahim al Hadrami.

Sehingga akhir kurun ke 16, Negeri Pahang telah Berjaya menghasilkan sebuah perlembagaan baru yang diberi nama Kanun Pahang, Negeri-negeri lain mula stabil seperti Terengganu,Kelantan,Kedah,Brunei dll.Dalam abad ke 17, kita dapati penulisan agama kebanyakannya mengunakan medium puisi terutama syair sebagaimana di Aceh, Hamzah Fansuri menghasilkan syair-syair tasawuff seperti Syair Perahu,Syair Burung Pingai. Begitu juga Shamsudin Sumaterani ada menulis puisi,di Terengganu pula Tuk Ku Pulau Manis menterjemahkan puisi Arab yang terkenal ke Bahasa Melayu. Manakala di Pahang pula, Imam Syahibudin menghasilkan hamper 400 rangkap puisi di dalam bentuk syair seperti Syair Asyikin,Syair Ghafilah,Syair Sifat Dua Puluh,Syair Tumbuhan.

Pada awal akhir kurun ke 18 dan awal kurun ke 19, penulis dan pendakwah agama kembali semula menulis buku di dalam bentuk prosa iaitu kitab-kitab. Pada ketika ini lah lahir tokoh penulis seperti Syeikh Daud Patani yang menghasilkan lebih dari 66 buah kitab,Syeikh Abd Samad Palimbang,Syeikh Mohd Arsyad Banjari dll.Kerajaan Pahang selepas pertengahan abad ke 18 agak stabil,begitu juga di Terangganu,Kelantan.Oleh itu agak menghairankan kenapa penulisan corak keagamaan di Riau masih mengunakan medium syair di dalam abad ke 19???

TOKOH-TOKOH ULAMA TERENGGANU DI ABAD KE 19

a)TUK KU TUAN BESAR, tahun 1795-1878
Semasa kecil belajar ke ayahndanya Tuk Ku Makam Lama, kemudian mengaji kepada Tuan Guru Sy Abd Kadir Bukit Bayas, kemudian menyambung pelajaran ke Mekah. Antara guru di Mekah ialah Syed Abdullah bin Sy Umar bin Syed Yahya. Beliau kembali ke Terengganu dengan membuka sebuah pusat pengajian agama yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama yang terbesar di Terengganu. Beliau juga dilantik menjadi penasihat raja di dalam soal-soal keagamaan. Tuk Ku Tuan Besar banyak menghasilkan kitab-kitab agama seperti:

1)Kitab Kanzul Ula
2)KItab Jauhar al Saniyah
3)Uqudu Dur retain
4)Tuhfah al Wildan
5)Sirah al Nabawi
6)Sulam al Taufiq
7)Targib al Syibyan
8)Al Ahadis al Nabawiyah
9)Salsilah Ratib al Hadad
10)Kaifiyatul amal Ratib al Hadad.

Beliau mempunyai ramai anak murid di seluruh Terangganu,Keluarga Tuk Ku Tuan Besar mendapat penghormatan dari keluarga diraja Terengganu dan masyarakat umumnya.

b)TUAN GURU HAJI ABD MALIK BIN ISA

c)SYEIKH DUYUNG @ WAN ABDULLAH BIN MOHAMMAD AMIN.

d)TUAN GURU HAJI WAN HUSIN BIN WAN ISHAK, tahun 1860

Beliau berasal dari Negeri Patani Darul Salam dan membuka pondok di kawasan Besut.Keluarga beliau ramai di Besut. Sejak dari kekalahan perang Kedah-Siam tahun 1828, Kebanyakan ulamak dari Patani membawa diri ke Kelantan dan Terengganu. Masyarkat Patani banyak berhimpun di Besut. Semasa kecil belajar di Patani, kemudian pergi melanjutkan pelajaran ke Mekah. Di sana beliau sempat bersahabat dengan Sy Nawawi al Bentani yang terkenal itu.Sekembali dari Mekah beliau kembali ke Besut dan membuka pondok di sana, beliau memiliki anak murid yang ramai. Tuan Guru juga meninggalkan hasil karya seperti Kitab Ayuhai Wildan dan Kitab Hidayatul Mukhtasar (1833).

e)TUAN GURU HAJI MAHMUD BIN MOHD YUSUF

Tuan guru Haji Mahmud adalah tokoh yang terkenal di Kemaman,semasa kecil beliau belajar ke ayahndanya kemudian mengaji kepada Tuan Guru Haji Abd Kadir Bukit Bayas. Kemudian ayahnya menghantar beliau belajar ke Mekah bagi mendalam bahasa Arab. Dari Mekah beliau kembali ke Patani dan membuka pondok di sana iaitu di Kampung Pusin, Jela. Setelah berlaku serangan dari kerajaan Siam maka beliau berpindah balik ke Kemaman dan membuka pondok di sana. Semasa di Patani beliau telah mula menjalakan aktiviti penyalinan kitab-kitab agama sehingga lah beliau berpindah ke Kemaman.Pondok beliau di Kemaman di datangi oleh para senteri dari Terangganu,Pahang dan Kelantan.
Antara kitab yang pernah beliau salin ialah:Kitab Furuk Masa’il karya Sy Daud Patani, Kitab Miratul Quran karya Sy Abd Muti’I ,Kitab Tarhib wa targhib karya Sy Abd kadir bin Abd Rahim Bukit Bayas. Anak cucu beliau mewarisi kerja Islam dari beliau seperti Tuan Guru Haji Abd Samad bin Haji Mahmud  dan Tuan Guru Haji Daud bin Samad
Tokoh ini merupakan Antara tokoh yang paling banyak menyalin kitab-kitab bertulisan tangan,samada dari kitab penulis Arab atau menyalin kitab-kitab dari penulis Melayu.

f)TUK KU PAHANG

g)TUK KU MELAKA BIN TUK KU PAHANG

Semasa kecil beliau belajar kepada ayahndanya Tuk Ku Pahang, seorang tokoh ulama yang mendapat kepercayaan keluarga Diraja di Terengganu. Nama beliau sebenar ilah Syed Ahmad bin Syed Muhamad bin Syed Husin  sehingga ke Syed Ahmad al Muhjir.Semasa remaja beliau kemudian nya  belajar kepada Tuan Guru Haji Abd Kadir di Bukit Bayas,sesudah itu beliau belajar ke Melaka,Di Melaka terdapat beberapa orang ulamak dari golongan syed di zaman itu membuka pondok pengajian agama. Golongan syed agak taksub dengan guru-guru dari kalangan keturunan mereka.  oleh itu beliau di sebut Tuk Ku Melaka. Di Melaka,beliau telah mula melakukan kegiatan penulisan. Antara kitab hasil karya yang beliau tulis sepanjang hayat nya ialah:

1)Kitab al Fawaid fi Solah
2)Kitab Hidayah Awan fi Bayan hukm Sarb al Dukhan
3)Terjemahan Kitab Dalail al Khairat
4)Kitab Tagrib al Rijal fi kasb al Halal
5)Kitab al Khalan fi Tajwid al Quraan
6)Kitab Tanbih al Ikhwan
7)Kitab Majmuk al Wirid wa al Doa’

Sekembali dari Mekah,beliau membuka pondok di Terengganu dan menjadi penasihat keluarga Diraja Terengganu.Beliau merupakan Antara ulama yang mula membahaskan mengenai isu pengharaman rokok di kalangan masyarakat Melayu, oleh itu di dalam kitab tulisan beliau no 2 di atas, beliau telah membincangkan mengenai keburukan amalan merokok dan dalil pengharaman nya di dalam al Quran dan Hadis.Ulasan beliau mendapat tentangan dari beberapa ulama di negeri lain di masa itu yang hanya mengatakan bahawa hokum merokok hanya makruh sahaja.

h)TUK KU PALUH 1880M


Nama sebenar beliau ialah Syed Abd Rahman bin Syed Mohamad al Idrusi @ Tuk Ku Tuan Besar, Beliau lahir dalam tahun 1817 dan meninggal dalam tahun 1917.Beliau terkenal dengan gelaran Tuk Ku Paloh atau Engku Syed atau Engku Cik juga dipanggil dengan gelaran Syeikhul Islam Terengganu. Beliau belajar kepada ayahndanya kemudian pergi ke Mekah belajar dengan Syed Ahamd anak kepada mufti mekah yang terkenal bernama Zaini Dahlan,Mufti Zaini Dahlan merupakan seorang mufti yang banyak menulis buku sejarah dan beliau juga menulis mengenai keburukan gerakan wahabi di masa itu . Tuk Ku  juga sempat belajar dengan Syeikh Muhamad al Makki. Di Mekah beliau berkawan dengan Sy Nawami Bentani,Syed Zain Patani. Maka sejak dari Mekah lagi beliau telah terdedah dengan kegiatan politik Islam dan melawan penjajah.Di Mekah beliau telah mendengar mengenai kejahatan tentera Siam melalui sahabat beliau dari negeri Patani, dan mendengar juga mengenai kejahatan pedagang Belanda dari rakan-rakan dari Indonesia.Apabila beliau kembali ke Terangganu, beliau berdepan dengan kemasukan Inggeris ke Tanah Melayu, oleh kerana itu beliau memulakan gerakan beliau mengajar anak-anak murid beliau mengenai Jihad dan perjuangan menentang tentera kafir. Beliau dikatakan oleh Raffels adalah orang yang memberi semangat baru kepada Dato Bahaman dan Dato Gajah supaya bangkit semula melawan Inggeris, dan juga dikatakan mendorong pejuang Negara Abd Rahman Limbong menentang penjajah. Beliau juga mendorong Tuk Janggut melawan Inggeris di Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Mengenai Penulis

Foto saya
Mengkaji dan mengenali sejarah Islam khususnya di Negeri Pahang