Pilih Bahasa

MISTERI ISTERI KADI IBRAHIM (BAHAGIAN 3)




a)Wan Sopiah: Salah seorang isteri Kadi Ibrahim bernama Wan Sopiah di Kampung Berhala Gantang,Dari pada Wan sopiah,Kadi Ibrahim memperolehi 5 orang anak,antara nya Mak Lang Teh,Wan Dayang,Lebai Yong,Dinar dan Wan Cu Busu. Wan Dayang adalah nenek kepada Ustaz Wahid Ghaffar bin Ibrahim al hafiz, sekarang ini merupakan pengetua kepada Maahad Tahfiz al Amin Kampung Berhala Gantang, antara tokoh terkenal yang lain ialah Ahli Dun Cenor iaitu Ustaz Mujibur Rahman bin Ishak & Ust Johari Ishak.Di Berhala Gantang,Kadi Ibrahim Cuma mempunyai seorang isteri sahaja.

b)Wan Timah: Tokoh kedua ialah Wan Timah dari Kg Teluk Sentang, Wan Timah mempunyai empat anak ia itu Budin,Sabariah,Haji Taib dan Teriah. Antara tokoh yang kita boleh hubungi di Teluk Sentang ia lah mantan ketua kampung bernama Ishak bin Ali. Anak cucu Kadi Ibrahim yang agak terkenal dari keturunan beliau ialah mantan mufti Pahang: Dato Sulaiman bin Ahmad, Begitu juga ahli Parlimen Dato Sabri Said yang mewakali Parlimen Krau.

c)Wan Timah: Isteri beliau seterus nya Wan Timah di Kg Kerdau. Anak-anak Wan Timah antara nya Haji Husin dan Wan Sharifah. Antara anak Hji Husin yang masih ada ia lah Cikgu Ibrahim yang tinggal di Kg Lipat Kajang berkahwin dengan Batasa,rumah nya di kawasan srk Lipat Kajang, dari Wan Fah pula,anak-anak nya ramai antara nya Hj Yaakub bapa kepada Dr Munir Yaakub mantan IKIM dan juga Ust Mokhtar Yaakub yang pernah menjadi Naib Presiden al Arqam Semalaysia.Cucu –cucu Kadi Ibrahim sangat ramai di kerdau.

C2)Wan Sara: Isteri kedua Kadi Ibrahim di Kerdau ialah Wan Sara yang beranakkan Wan Hajar, anak Wan Hajar ada tiga orang,antara nya Ustaz Ishak Mohammad,manta pengetua SMA Dong, dan anak nya Ust Fakhruddin bin Ishak seorang pensyarah di IPTA di Kuantan.

d)Wan Esah : Di Kampung Purun Mk Sanggang, Kadi Ibrahim mempunyai dua anak yang bernama WoK Bakar dan Dayang.Dayang berkahwin dengan orang Teluk Sentang dan berpindah ke sana,manakala WokBakar berpindah ke Kg Bintang, antara anak nya ia lah Pak Itam Idris . Pak Itam Idris berkahwin dua,siteri pertama bernama Fatimah yang beranakkan Siti Sara.Di Purun waris yangmasih ada ialah Ahmad bin Abd Rahman.

e) Wan Sofiah : Di Kampung Jelam, Kadi Ibrahim mempunyai seorang isteri yang bernama Wan Sopiah,yang berasal dari kerdau, anak wan sofiah berkahwin dengan orang kampung Jelam.antara anak cucu Kadi Ibrahim yang mudah di kenali di sana ialah Keluarga Dato Sarit bin Jusoh, mantan Ahli Parliman Temerloh awal tahun 2000.
f)Wan Long Leha: Kadi Ibrahim mempunyai seorang isteri di Kampung Bintang bernama Wan Long Leha dan mendapat seorang anak bernama Wan Manja. Wan Manja ada dua anak bernama Sopiah yang berkahwin dengan Penghulu Awang Noh yang anak nya Penghulu Nordin, Seorang lagi anak nya bernama Aminah ,ibu kepada En Abdul Hamid bin Ali seorang tokoh Tabligah yang terkenal di Temrloh & Jerantut.

g)Wan Sara: Tokoh ini tidak di ketahui asal usul nya, beliau mempunyai seorang waris yang bernama Wok Awang yang tinggal di Kg Lubuk Kawah, anak-anak Wok Awang yang mudah di kenali ialah mantan  Pengetua SMK Temerloh,Cikgu Hamidah binti Wok Awang, anak-anak perempuan Wok Awang merupakan gadis-gadis yang terawal menjejakkan kaki ke menara gading di Temerloh.

h)Kertau: Di Cenor ,Kadi Ibrahim di percayai mempunyai dua isteri, pertama orang kampung Sentang. Nama masih belum diketahui. Anak beliau bernama Yasin yang beranakkan Khadijah yang beranakkan Ust Yusuf;sekarang bertugas sebagai Tuk Naib bagi kawasan Kg Paya Pulai Temerloh, Mat Yasin ada 10 orang adik beradik. Seorang lagi cucu Kadi Ibrahim yang mudah di hubungi di Cenor ialah Ustazah Meriam Hj Chik, yang merupakan wanita pertama di cenor yang berjaya masuk ke university al Azhar Mesir.

Ini lah di antara para wanita yang pernah dikahwini oleh Kadi Ibrahim yang mana dengan berkat ilmu agama nya yang tinggi,anak cucu beliau menjadi individu yang berjasa kepada masyarakat Islam di Pahang dan Malaysia umum nya.Kami berharap satu hari nanti dapat menyatukan semua waris-waris ini dalam satu majlis perjumpaan untuk menyambung dan saling kenal mengenal antara satu sama lain.


Share:

6 comments

  1. kesilapan:

    c} Wan Timah > Hj Hussin - Cikgu Ibrahim yg dekat SKLK tu bin Abdullah bin Hj Bakar, bukan anak Khatib Husin bin Kadi Ibrahim tu.. pangkat aki sedara saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak Cikgu Ibrahim tu anak Khatib Hussin.. maknanya dia cucu kpd Khatib Hussin, bukan anak. sekian.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Flag Counter