Pilih Bahasa

MUFTI RESMI KERAJAAN PAHANG PADA AWAL ABAD KE 19


MUFTI HABIB MUHSIN BIN HABIB ABDUL RAHMAN AL HABSYI(1813M)


Kewujudan jawatan mufti di dalam kerajaan Pahang telah dikesan sejak awal abad ke 16 lagi,namun belum dijumpai bukti bertulis dalam hal yang berkenaan.Pada tahun 1590,Kerajaan Pahang telah mewartakan satu Hukum Kanun Pahang semasa pemerintahan Sultan Abd Ghafur.Ini bukti bahawa sebaris ulama yang berkarisma telah ada di Pahang. Begitu juga di dalam Syair Ghafilah karya Imam Syahibudin di sebutkan nama tokoh terkenal Pahang Imam Zul Bayan di sebut “Dia lah Naib Sultan” yang bermaksud dia lah yang memegang kuasa mufti, dakwaan saya di tolak.

Di sini saya bawakan satu jawapan dari banyak dakwaan saya yang mana jawatan mufti Pahang telah wujud sejak Islam sampai ke sini. Di dalam kajian saya secara umum ini, saya telah membaca satu kertas kerja dari tokoh sejarah Islam yang terkenal di Malaysia ia itu Hji Wan Mohd Shaghir Abdullah yang menbuat kajian terhadap satu  naskah kitab agama yang terawal di tulis di kerajaan Riau.

Naskah tersebut di tulis oleh seorang ulamak Riau yang terkenal,ia juga guru kepada Raja Haji Ali iaitu Syeikh Abdullah bin Syeikh Muhammad.Syeikh Abdullah telah menulis satu risalah pendek atas permintaan mufti Pahang ketika itu supaya menjawab beberapa persaolan berkaitan dengan Ilmu Hakikat. Beliau juga menulis risalah yang sama untuk dihantar kepada Kerajaan Bugis di Selewasi.


Petikan dari Kitab Bayanu al syarki pada membicarakan syirik dan tauhid menurut pandangan ahli haqaiq dalam ilmu tasawuff karangan Syeikh Abdullah bin Syeikh Muhammad tahun 1228H/1813Masehi. Catatan itu berbunyi:

“Ada pun kemudian dari itu,maka akan berkata yang berkehendak kepada rahmat Allah Taala dan ampun nya; iaitu Syeikh Abdullah nama nya anak Syeikh Muhammad yang terlebih hina dari kaus.Maka tatkala ia di kehendaki Allah Subhanhu akan menyampaikan ia akan ia akan kehendak ku kepada negeri PAHANG sanya menuntut daripada aku setengah daripada sebesar besar manusia, dan iaitu Maulana penghulu yang amat mulia MUHSIN nama nya ,anak MARHUM HABIB ABDUL RAHMAN, HABSYI bangsa nya,lagi BA ALAWI bahawa aku perbuatkan bagi nya satu risalah yang pendek daripada perkataan ahli haqaiq”.

(Sumber- Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah –Manuskrip dan Dokumen Riau ,Catatan dan Analisa:Satu Pengenalan Awal – Riau – 18 Juli 2000)
.
Situasi di Pahang pada akhir kurun ke 18 dan awal kurun ke 19 dari segi akidah di cemari oleh satu aliran yang dinama kan “Salik Buta” yang di ambil dari serpihan ajaran Martabat Tujuh di Aceh.Terjadi pertelingkahan di kalangan para agamawan mengenai hokum mempelajari Ilmu Hakikat,adakah ia nya boleh atau di larang. Kadi Besar Pahang yang di gelar “Tuan Teh” pernah mengeluarkan satu surat warta yang mengharamkan ajaran Mertabat Tujuh namun persaolan ini tidak selesai hingga ke masa Tuan Mufi Habib Muhsin,ini kerana sebahagian orang dalam masih beramal dengan Ilmu Hakikat.Dalam kemelut yang berpanjangan ini,maka Tuan Habib Muhsin telah menulis surat mohon penjelasan lebih teliti dalam perkara ini merujuk kepada ulama terkenal di Riau masa itu iaitu Syeikh Abdullah bin Syeikh Muhammad.

Bagi memperkuat hujah saya, menurut Hj Wan Mohd Shaghir bahawa naskah yang beliau kaji itu sangat elok,lengkap,tiada kerosakan,tulisan jelas,dakwat hitam dan merah serta mudah di baca.Naskah ini adalah naskah nadir,belum lagi di cetak.

Sekadar gambar hiasan.


Kedua hujah saya, Perkataan “sanya yang menuntut daripada aku setengah daripada SEBESAR BESAR MANUSIA dan ia itu maulana PENGHULU YANG AMAT MULIA Mushin namanya…” perkataan sebesar besar menusia adalah merujuk kepada jawatan beliau sebagai ketua dalam urusan agama di Pahang ketika itu iaitu jawatan mufti.

Kalau kita merujuk kepada buku sejarah tulisan W Linehan yg berjudul History of Pahang di katakana dalam tahun 1830 ,Mufti Pahang bernama Tuan Haji Shukur bin Hj Abd Kadir dari Kg Kertau Cenor,maka sebelum beliau jawatan ini di pegang oleh Tuan Haji Habib Muhsin bin Habib Abd Rahman.Tuan Habib Muhsin mempunyai  7 orang adik beradik iaitu Habib Omar yang pernah di lantik menjadi menteri besar Pahang,Habib Hassan,Habib Abdullah,Habib Alwi dan Habib Husin. 

Ibu kepada Tuan Mufti ini bernama Tun Mahdewi binti Tun Abd Majid,Bendahara Pahang ketika itu.biasa nya tokoh yang di lantik menjadi mufti Pahang di zaman dahulu mesti mendapat pendidikan di Mekah. Tuan Haji Habib Muhsin ini mendapat didikan di Yaman dan Mekah.

Inilah bukti kuat bahawa jawatan mufti telah wujud di Pahang pada awal abad ke 19, atau lebih tepat menurut catatan Syeikh Abdullah pada 1813 yang bernama Tuan Mufti Haji Habib Abd Muhsin bin Habib Abd Rahman cucu kepada Bendahara Pahang,Tun Abdul Majid(1750M).

Share:

1 comments

Flag Counter