Latarbelakang:
Daerah Pekan merupakan kawasan pingir pantai Negeri Pahang
yang berdekatan dengan laut. Ia juga berdekatan dengan laluan kapal dagang Cina
dan Arab. Bukti kedatangan Islam ke Pahang terdapat di Pekan bertarikh pada
tahun 419 Hijrah dengan terjumpanya makam lama di Kampung Pulau Jawa.Di dalam
Kitab Sejarah Melayu karangan Bendahara Tun Seri Lanang juga menyatakan bahawa
seorang Arab yang bernama Syed Ahmad telah membantu Hang Nadim melarikan Tun
Teja dari Pahang ke Melaka. Syed Ahmad sangat mahir berkenaan dengan laluan
kapal di Kuala Pahang. Maka kewujudan makam dan tokoh yang ada kaitan dengan
Islam, memperlihatkan bahawa sehingga ke hari ini, Daerah Pekan merupakan
kawasan pertama di Pahang yang mula dijejaki oleh pendakwah Islam dan Orang
Arab. Walaupun begitu beberapa persaolan masih wujud di dalam kajian kita;
kerana terdapat sebuah pusat pengajian Islam di Lubuk Pelang di zaman Sultan
Abdul Jamil yang terletak jauh ke pendalaman Negeri Pahang.
Kawasan Penempatan :
Kawasan Kuala Pahang merupakan kawasan penempatan Orang
Islam di masa dahulu, Kg Kuala Selangor,Kampung Serandu,Kampung Marhum,Kampung
Pulau Tambung,Kampung Maulana,Kampung Pahang Tua terdapat banyak kubur kubur
lama tinggalan orang Islam yang tinggal di sana.Nama2 kampung seperti Kg
Marhum,Kampung Maulana memberikan ciri ciri nama Islam. Dan di kampung Padang
Buluh terdapat kubur anak raja tujuh beradik. Pada batu nesan ini tertera
tarikh2 bila makam itu di bina. Keluarga di raja mempunya dua tempat tinggal
satu di Pekan dan satu lagi di Cenor. Sebab itu di dalam pantun lama Pahang di
sebut:”Di Cenor Moyang Tuk Raja”; kerana sebahagian keluarga di raja tinggal di
Cenor.
Tokoh-tokoh:
Tokoh-tokoh
agama di Pahang yang terdapat di zaman Melaka (1750M) hingga ke zaman Acheh
(1650M) kemudian di zaman Kesultanan Riau-Johor-Pahang masih tidak diketahui
,maklumat berkenaan dengan mereka ini masih tidak dapat ketahui sama sekali. Di
samping kemajuan Islam di Pahang begitu pesat sebagai mana kemajuan Islam di
Melaka dan Aceh. Jika di Melaka ada “Hukum Kanun Melaka”,maka di Pahang ada
“Hukum Kanun Pahang”. Jika di Aceh ada tokoh Martabat Tujuh, apa kurang nya di Pahang
pun ada ramai tokoh-tokoh Martabat Tujuh yang alim dan terbilang. Begitu juga
di Pekan masih belum dapat dikenal pasti tokoh tokoh agama secara fakta sejarah
yang mempunya bahan bukti bukan hanya setakat cerita lisan semata mata. Oleh
itu kami memgambil jalan tengah di dalam soal ini, di samping kami memberikan
bukti sejarah secara fakta kami juga mengambil cerita lisan dari orang tua-tua
sebagai pegangan dan bahan penceritaan kami. Di Antara tokoh-tokoh agama yang
wujud sepanjang sejarah di Pekan adalah seperti berikut:
Allahyarham
dato’ makasar,
Pada awal
zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil , baginda telah menjemput empat orang
ulamak dari perguruan-perguruan Wali Songo datang ke Pahang. Maka baginda
mendapat sambutan dari empat tokoh iaitu Tok Makasar, Tuk Ali , Suji Bilang dan
Imam Besar . Oleh sebab Negeri Pahang sebuah negeri yang agak luas dan
perjalanan agak sulit, maka Dato’
Makasar bertugas di Pekan, Dato’ Ali bertugas di Kampung Mambang, Paloh
Hinai. Dato’ Suji Bilang bertugas di Temerloh dan Dato’ Besar bertugas di Kuala
Lipis.Pendapat ini adalah dari sumberlisan oang tua-tua di zaman dahulu.
Penulis mempunyai firasat yang kuat bahawa beliau ada lah mufti Pahang pada
ketika itu kerana tokoh ulamak ini tinggal di kawasan Pekan.
Allahyarham dato’ ali mambang
Tokoh agama ini membuat penempatan di
Kampung Mambang,Paloh Hinai Pekan,beliau mendirikan pondok di sana dan
berkahwin dengan Orang Asli yang terdapat di sana. Seruan dakwah di sampaikan
kepada penduduk Pahang terutama dikalangan orang Melayui yang terdapat di
sekitar kawasan tersebut hingga ke hulu sungai Pahang seperti Pulau Datu,Pulau Mentiga,Serengkan,Lubuk
Paku ,Sanding dan Cenor. Menurut cerita orang tua-tua tokoh-tokoh ulamak di
masa itu mempunyai pelbagai kebolehan bukan sahaja ilmu agama tetapi pelbagai
ilmu bagi kegunaan masyarakat setempat seperti ilmu
persilatan,perubatan,pertanian dan perlombongan. Merekalah yang menjadi tempat
tumpuan masyarakat di dalam kehidupan mereka. Para
ulamaklah yang menjadi tempat rujukan di dalam apa sahaja keperluan masyarakat.
Tokoh ini tidak diketahui asal usulnya
Allahyarham dato’ keriang aji 1720
Tokoh ini disebut oleh Tuk Shahibudin di
dalam syair Ghafilah, juga di sebut oleh W.Linehan di dalam bukunya
"History of Pahang". Beliau berasal dari Bugis dan pernah di anggap
oleh pihak mezium ngeri Pahang sebagai pengasas kepada kain songket tenunan
Pahang. Di samping pelbagai kebolehan lain, tidak boleh dinafikan beliau juga
adalah seorang ulamak yang mengikut aliran Mertabat Tujuh , Hamzah Fansuri dari
Acheh.Beliau memyambung usaha Tuk Mekasar menghidupkan trdisi pengajian agama
di kampong tersebut. Kampung Makasar di zaman dahulu merupaka sebuah pelabuhan
yang besar di Pahang…….
Berapa banyak yang handalan
Dari Jelai sampai ke Pekan
Kampung
Makasar bergelar To’Uban
Dirantau
Temerloh berbilang pegangan
Kepala ilmu mengenal diri
Dimitalkan tanah buyung dan kendi
Sekalian alam
wujud mazaji
Hanyalah Allah
yang hakiki
Perlu menjadi ingatan kita semua bahawa
ajaran ulamak dahulu berkaitan dengan Martabat Tujuh bukan lah sebagaimana,
Ilmu Hakikat yang di ajarkan oleh guru-guru di tengah malam sebagaimana yang
ada sekarang. Mereka adalah para ulamak yang pakar di dalam bahasa
Arab,memahami tafsiran al Quraan dan menghafaz banyak hadis-hadis Rasullulah.
Mereka sebenarnya adalah orang yang sangat alim tetapi hanya aliran mereka ini
mengikut fahaman Hamzah Fansuri yang di ambil dari ahli tasawuff yang terkenal
Ibnu Arabi. Sedangkan guru-guru ilmu hakikat dewasa ini kebanyaknya jahil
bahasa Arab, tidak memahami tafsiran al quraan dan tidak hafal sama sekali
hadis-hadis nabi,terdiri dari orang-orang yang jahil tidak pandai berbahasa
Arab dan buruk tulisan jawinya.
Allahyarham nahkhoda abdullah
Menurut cerita lisan dari orang tua-tua
di Pekan, tokoh ini berasal dari Acheh, merupakan seorang ahli perniagaan,
kuburnya terdapat di kampung Pulau Jawa Pekan di dalam keadaan yang tidak
terjaga.Pernah di tunjukkan kepada penulis makam tersebut disebelah hulu masjid
Kg Jawa. Sesampai di pantai timur Tanah Melayu beliau ke negeri Terengganu bagi
mempelajari ilmu agama kepada Tuk Ku
Pulau Manis. Setelah tamat pengajian beliau berpindah ke Pahang,tinggal di sana
dan mendirikan pondok pengajian agama di Kampung Sungai Mak Dulang, Kampung ini
terletak bersebelahan dengan kampong Makasar. Kg Sungai Mak Dulang boleh
dikatakan sudah pupus dari peta kerana dibina
masjid Daerah Pekan di tempat tersebut.
Oleh kerana beliau berasal dari Acheh
sudah tentu terdedah kepada ajaran Mertabat Tujuh Hamzah Fansuri dan menyambung
pengajiannya kepada Tuk Ku Pulau Manis yang terkenal dengan kitab
"HIKAM" Melayunya,maka sudah
tentu semasa mengajar di pondoknya beliau menyibarkan aliran tersebut. Tuk
Shahibudin seorang tokoh penyair dan penyokong aliran Nuruddin al Raniri tentu
sekali tidak berpuas hati dengan aliran yang di bawa oleh Nahkoda Abdullah
ketika itu.Tokoh ini sebut namanya oleh
Tuk Shahibudin di dalam Syair Ghafilah,
Nakhoda
Abdullah di Sungai Mak Dulang
Mengajarkan ilmu dari Tuk Marang
Jibri dan
Qadir mukaranah sembahyang
Memutuskan kata
tali dipinggang
Penulis
pernah bertemu dengan seorang tua di Pekan untuk bertanyakan maksud perkataan
di dalam syair :”Memutuskan kata tali di pinggang”. Beliau menjelaskan bahawa
setelah belajar ilmu hakikat dengan tuan guru maka si murid mesti memberi
pengeras yang adat istiadanya dibuat di belakang busut. Di mana pemutusnya
sehelai kain yang di ikat di pinggang.Kemungkinan adat ini tidak diwarisi dari
Nahkoda Abdullah sebaliknya hanya rekaan dari Mereka yang terkemudian, ini
kerana bila penulis mencari jejak tokoh ini di kalangan guru2 yang mengajar
ilmu hakikat di Pekan, tidak ada seorang pun yang mengenali tokoh ini.
Allahyarham orang kaya osman
Tokoh ini lahir dari kalangan pembesar
Pahang, dari keluarga Orang Kaya Shah Bandar Pekan. Jika kita merujuk kepada
salasilah keluarga tersebut tidak ada orang yang bernama Osman tetapi terdapat
satu tokoh yang sezaman dengan Imam Shahibudin yang di sebut “BEDIMAN”.
Kemungkinan kedua dua nama ini ada lah milik orang yang sama kerana Imam
Shahibudin tidak begitu mengenali nama pembesar Pahang yang berada di Pekan
ketika itu kerana kedudukan yang agak jauh.Tokoh agama dan juga pembesar negeri
Pahang ini disebut oleh Tuk Shahibudin di dalam syair Ghafilah :
Demikian lagi Si Kaya Seman,
Melingguk zikir kiri dan kanan,
Sampai kepada
Duli Pertuan @sultan,
Ajad
Atar melengakan.
Patut di ingat sekitar rahun 1630 negeri
Pahang ditaaluk oleh Sultan Mahkota Alam dari Acheh, baginda dengan
kekuatan tenteranya berjaya menawan Pahang sebagaimana negeri-negeri lain dan
baginda telah menawan 10,000 rakyat Pahang beserta Puteri Kamariah dan Iskandar
Thani di bawa balik ke Acheh DarulSalam. Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
memgambil Hanzah Fansuri sebagai penasihat dan Shamsuddin al Sumaterani sebagai
Perdana Menteri. Baginda meletakkan wakil Acheh di Pahang bagi mentadbir negeri
tersebut.
Kesan dari penaalukan Acheh ke atas
Pahang,maka pengaruh aliran Mertabat Tujuh sangat kuat di Pahang hingga ke
tahun 1750an.Semasa pemerintahan Sultan Sulaiman,Terdapat seorang pembesar raja
yang bernama Orang Kaya Osman yang juga
seorang orang ulamak dan memegang fahaman Mertabat Tujuh. Beliau ini banyak
mempengaruhi pihak istana dalam soal-soal keagamaan dan kegaitan tarekat.Kalau
di lihat dari kritikan Tuk Shahibudin nyatalah bahawa Orang Kaya Osman mengikut
Tarekat Naqsabanddi, Ini sama dengan tarekat yang menjadi pegangan mufti Pahang
ketika itu Imam Zul Bayan yang tinggal di Mengkarak.
Kesimpulan:
Daerah Pekan merupakan satu daerah yang menerima kemasukan
Islam paling awal di Pahang, disamping itu juga didaerah ini ramai melahirkan
tokoh agama yang terkenal sepanjang zaman. Ini berkemungkinan kawasan ini dekat
dengan Pulau Tioman. Pulau Tioman merupakan satu pelabuhan yang sibuk satu masa
dahulu kerana ini merupakan tempat persinggah saudagar Arab,India dan Cina yang
dating untuk mengambil bekalan air tawar dan juga tempat membaiki kerosakan
yang berlaku kepada kapal2 dagangan Mereka.
Catat Ulasan