Pilih Bahasa

JALAN -JALAN KE PEKAN SEHARI AHAD TEMERLOH (SAYURAN)


PEKAN SEHARI AHAD TEMERLOH


Bandar yang terletak di  Negeri Pahang ini menjadi tumpuan ramai pengunjung dari arah utara dan selatan Malaysia. Lebih-lebih lagi, bandar  ini menjadi penghubung dua pusat bandaraya iaitu Kuala Lumpur dan  Kuantan . Kali ini, kami telah berkunjung ke Pekan Sehari Ahad di Temerloh yang merupakan pekan sehari yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Terdapat pelbagai jenis tarikan di pekan sehari ini dengan kepelbagaian produk tradisional dari seluruh kampung yang terdapat di sekitar daerah Temerloh. Lebih menarik, pengunjung sanggup datang dari luar daerah Temerloh untuk berkunjung ke Pekan Sehari Temerloh ini.


ANDA TANYA KAMI JAWAB :



1)DI MANA PEKAN SEHARI AHAD TEMERLOH BEROPERASI?

  Berdekatan dengan Stadium Temerloh dan Klinik.


2)NAK LETAKKAN KENDERAAN DI MANA?
 
     Terdapat tiga lokasi yang berdekatan dengan Pekan Sehari Temerloh
  yang merupakan pintu masuk ke pekan sehari tersebut. 

 A)Di belakang Masjid Temerloh dan berhampiran dengan SJKC KHEE

   CHEE. (PINTU UTARA)

     

     
B)Berhadapan dengan Stadium Temerloh(PINTU SELATAN).

  



     

     

 C)Di sebelah stesen minyak Petronas yang berdekatan dengan
   Terminal Bas Lurah Semantan Temerloh. (PINTU TENGAH)

     




 3)PENGANGKUTAN AWAM ?

    


  

  Terminal Bas Lurah Semantan paling dekat dengan pekan sehari. 

  Anda boleh menggunakan pengangkutan awam sekiranya tiada kenderaan
  sendiri. 


4)Jam Beroperasi ?


   Seawal jam 7.30 pagi anda sudah boleh berkunjung ke Pekan Sehari.





SEKITAR SUASANA DI PEKAN SEHARI TEMERLOH


Terdapat pelbagai jenis sayuran kampung tradisional yang sukar diperolehi boleh dibeli di Pekan Sehari Temerloh dengan harga yang murah.






     (Sayuran yang diikat dijual dengan banyak dengan harga yang murah)





  
  (Sayuran ini biasanya hasil pertanian peniaga sendiri secara    kecil-kecilan dan hasilnya diambil,terus dijual dan tidak disimpan dalam tempoh yang lama)



  





( Sayuran tradisional yang dijual dalam kuantiti yang banyak )


  



  

  


 






(Peniaga yang ramah dan murah dengan senyuman )



   



5 FAKTA MENARIK :


1. PEKAN SARI YANG TERPANJANG DI SEMENANJUNG MALAYSIA.
2. TERDAPAT PELBAGAI MAKANAN TRADISIONAL DAN KUIH MUIH .
3. KEPELBAGAIAN SUMBER SAYURAN KAMPUNG DAN HERBA YANG SUKAR 
   DIJUMPAI DI TEMPAT LAIN.
4. IKAN- IKAN AIR TAWAR BOLEH DIDAPATI DALAM KEADAAN SEGAR DAN
   HIDUP SEPERTI IKAN PATIN YANG TERKENAL DI BANDAR TEMERLOH.
5. PENIAGA YANG RAMAH MESRA DAN HARGA YANG DITAWARKAN MENARIK.



 Nantikan penulisan seterusnya, bakal bersambung pula kunjungan ke bahagian ikan air tawar dan ikan-ikan sungai yang terdapat di Pekan Sari Temerloh. Semoga cuti hujung minggu dapat dimanfaatkan melalui kunjungan ke Pekan Sari Temerloh. Selamat membaca.



(UPDATE : 2/1/17 )




~Sebarang cadangan, kritikan atau komen sila emelkan kepada penulis.

Share:

3 comments

  1. SA suka pi pasar tani..tp kalau nak pi temerloh jauh gak kan dari NS..so pasar tani ni start 7.30am sampai petang ye?

    BalasPadam
  2. Terima kasih semua.. bermula 7.30 sehingga 12.00 sahaja

    BalasPadam

Flag Counter

Pemberitahuan

Pemberitahuan
Segala hantaran/post di blog ini hanya berkaitan dengan usaha sama dalam memperkasakan sejarah islam, budaya, makanan dan tempat pelancongan di negeri Pahang, dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak serta tidak menerima pengiklanan. Semua perkongsian adalah atas minat penulis yang mula berkembang sejak zaman universiti. Sebarang perbincangan yang berkaitan dengan perkongsian sejarah sahaja akan dilayan dan kami amat menghargai pihak-pihak yang berkongsi minat yang sama mengenai sejarah. Terima kasih atas sokongan anda dan para pembaca selama ini. Tanpa sokongan anda dan kerjasama dari mana-mana pihak, belum tentu kami dapat meneruskan usaha ini.Teruskan membaca blog Sejarah Islam Pahang.