BHG 2 : SULTAN-SULTAN MELAYU YANG BERTARAF ULAMA’
Salah
satu sumber kekuatan Orang Melayu di zaman dahulu kerana raja-raja nya sangat
alim dan kuat beragama, mereka adalah raja-raja yang tidak sanggup mengadaikan
maruah,harga diri dan tanah air demi pangkat dan kemewahan dunyawi.
Sultan-sultan di Jawa di bawah bimbingan Wali Songgo seperti Raden
Fatah@1518,Sultan Syarif Hidayatullah, Sultan Zainal Abidin dari Ternate di Maluku,
Sultan Babulllah@1570 merupakan susuk-susuk pemerintahan yang terdiri dari para
ulamak yang alim yang mengsasarkan dasar pemerintahan kepada menegakkan agama
Allah di muka bumi ini. Begitu juga di Tanah Melayu.
SULTAN
ZAINAL ABIDIN KE 3 TERENGGANU, SULTAN YANG MAHIR ILMU FALAK……….
Di
Negeri Terengganu Darul Imam, lahir seorang raja bertaraf ulama ia itu Sultan
Zainal Abidin III merupakan Sultan Terengganu ke sebelas yang memerintah
Terengganu Darul Iman dan segala jajahan takluknya pada tahun 1881 hingga 1918.
Baginda digelar “Sultan Regu Ulama” kerana keakraban baginda dengan ulama-ulama
Terengganu ketika itu, khususnya Syeikhul Ulama Terengganu, Syed Abdul Rahman
Bin Syed Muhammad Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Peribadi
baginda digambarkan dengan jelas pada Syair Tun Humpreys (Syair Tuan Humpreys)
yang dikarang oleh Hajjah Wook Aishah Binti Haji Idris menyatakan pula:
Adapun nama Sultan Paduka
Sultan Zainal Abidin yang ke tiga
Di dalam negeri jadi mastika
Memerintah jajahan takluk belaka
Sultan Zainal Abidin yang ke tiga
Di dalam negeri jadi mastika
Memerintah jajahan takluk belaka
Rajanya alim lagi jauhari
Kitab Quran lagi pelajari
Alimnya tidak lagi terperi
Termasyhurlah khabar ke sana ke mari
Kitab Quran lagi pelajari
Alimnya tidak lagi terperi
Termasyhurlah khabar ke sana ke mari
Soleh dan Warak lagi pendita
Bijak laksana jangan dikata
Masyhurlah khabar di dalam warta
Di Alam Melayu sekalian rata
Bijak laksana jangan dikata
Masyhurlah khabar di dalam warta
Di Alam Melayu sekalian rata
Perangainya alim, tangannya murah
Sekalian kasih memandang wajah
Cukup faham Ilmu Arabiyyah
Baginda nan gemar Ilmu Falakiyah
Sekalian kasih memandang wajah
Cukup faham Ilmu Arabiyyah
Baginda nan gemar Ilmu Falakiyah
Baginda
sangat cenderung kepada ilmu pengetahuan agama dan menunjukkan minat luar biasa
terhadap ilmu pengetahuan. Beginda mempunyai ramai guru, antaranya:Habib Umar
Al-Attas (Guru Bahasa Arab),Haji Wan Abdullah Bin Muhammad Amin (Tok Syeikh
Duyong),Syed Abdul Rahman Bin Syed Muhammad (Tok Ku Paloh),Syed Zainal Abidin
Bin Syed Muhammad,Haji Zainal, Kampung Banggol,Haji Wan Muhammad Bin Wan Ali,
Kampung Gedung,Haji Wan Abdul Latif Bin Abdullah Losong,Haji Musa Atas Tol,
Haji Wan Muhammad Saleh Bin Wan Abdul Kadir Bukit Bayas,Syed Abdul Rahman
Al-Haddad. Baginda juga pernah mengajar agama, terutamanya di Masjid Al ‘Abidin, juga terdapat banyak kitab-kitab agama di dalam
simpanan baginda. Ada yang sempat disimpan, ada pula yang diwakafkan oleh
putera puteri baginda kepada khutub khanah, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
Baginda menyambut dan memberi layanan kepada alim ulama yang datang ke
Terengganu, menawarkan ruang di istana dan membuka istana untuk dijadikan
tempat pengajian agama. Ini digambarkan oleh Ustaz Muhammad Saleh ketika
menceritakan perihatl gurunya As-Syeikh Muhammad Saleh Bin Muhammad Taib,
Syeikul Islam Perak Darul Ridzuan ketika melawat Terengganu pada 1890an.
Baginda juga memperkenalkan undang-undang kecil Islam bagi mempermudahkan pelbagai urusan. Negeri
Terengganu ketika ini menyaksikan pertambahan perdagangan dan jumlah pedagang
yang tiba di Kuala Terengganu bertambah. Alim ulama dan cendekiawan cenderung
untuk berhijrah dan mengajar di Terengganu disebabkan kemudahan yang disediakan
oleh Sultan Terengganu.
Baginda
mangkat pada 21 Safar 1337 bersamaan 25 November 1918, pagi isnin. Pada malam
isnin, baginda masih dalam keadaan sihat dan boleh bangun bersiar-siar di
istana, memerhatikan rakyat yang menghadiri majlis ratib masuk ke dalam kota.
Baginda sendiri mengurniakan sedekah kepada setiap pasukan ratib yang masuk ke
dalam kota. Kira-kira jam 11 malam, baginda merasa sesak nafas. Pada jam 5
pagi, meriam ditembak, menandakan kemangkatan baginda. Peristiwa ini dicatatkan
jelas dan diceritakan jelas oleh penduduk Kuala TerengganuNama baginda
diabadikan pada institusi dan tempat di Terengganu, sebagai tanda peringatan
terhadap baginda. Antaranya:Universiti Kolej Sultan Zainal Abidin (dahulunya
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin – KUSZA) dan Sekolah Menengah Agama (atas dan
bawah) Sultan Zainal Abidin.
SULTAN
ALAUDDIN SULAIMAN SHAH BIN RAJA MUDA MUSA @SULTAN SULAIMAN DARI SELANGOR, RAJA
YANG MENGARANG KITAB AGAMA.
Seorang lagi sultan
yang juga alim dan sangat mengasihi ulama ialah Sultan Selangor iaitu
Sultan Sulaiman. Nama lengkapnya ialah Sultan Alauddin Sulaiman Shah bin Raja
Muda Musa bin Sultan Abdul Samad bin Raja Abdullah bin Sultan Ibrahim Shah bin
Raja Lumu (Sultan Salehuddin Shah, Sultan Selangor yang pertama) bin Upu Daeng
Celak (Yamtuan Muda Riau yang kedua). Sultan Sulaiman lahir pada 19 Rabiul
Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat pada 30 Muharam 1357
Hijrah/31 Mac 1938 Masihi (sama tahun kemangkatannya dengan Sultan Iskandar
Shah Perak). Baginda merupakan Sultan Selangor ke-5 yang memerintah Selangor
selama 40 tahun iaitu dari tahun 1898 hingga tahun 1938 Masehi. Baginda menaiki
takhta menggantikan nendanya, Sultan Abdul Samad ibni Almarhum Raja Abdullah
yang mangkat dalam tahun 1898 setelah memerintah Selangor selama 41 tahun. Sama
seperti Sultan Iskandar Shah, Sultan Sulaiman juga sangat suka berapit dengan
ulama. Dizaman baginda, seorang ulama besar dari Patani iaitu Tengku Mahmud
Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani telah dilantik menjadi Syeikhul Islam. Dengan
Syeikhul Islam inilah, Sultan Sulaiman mendapatkan pandangan khususnya tentang
pentadbiran dan penyebaran agama di seluruh negeri Selangor pada waktu itu.
Bahkan jika berkunjung ke luar negara pun, Sultan Sulaiman tetap membawa Tengku
Mahmud Zuhdi bin Abdur Rahman al-Fathani agar mengikuti baginda dalam dalam rombongan
baginda. Syeikhul Islam Selangor Tengku Mahmud Zuhdi al-FathaniSultan Sulaiman
sangat mementingkan kemajuan Islam di negerinya. Baginda membina sebuah masjid
yang diberi nama dengan nama baginda iaitu Masjid Alauddin di Kuala Langat,
Selangor. Sebagai ketua agama Islam, baginda sendiri berdiri membaca khutbah
Jumaat, khutbah kedua-dua hari raya; Aidilfitri dan Aidiladha. Dalam
kesibukannya memerintah negeri Selangor, baginda sempat meluangkan masa
mengarang dua buah kitab iaitu
Kitab
Pohon Ugama Bahagian Rukun Iman dan
Kitab
Melatih Kanak-kanak Laki-Laki dan Perempuan
Agama
Islam 1. Kitab Pohon Ugama Bahagian Rukun Iman selesai ditulis oleh baginda
pada tahun 1337 H/1919 M. Kitab ini pernah dicetak oleh Mathba'ah New Klang
Press, Klang pada 15 Jamadilakhir 1349 H/1930 M. Kitab ini telah disemak oleh
Syeikhul Islam iaitu Tengku Mahmud Zuhdi al-Fathani. Kitab Melatih Kanak-Kanak
Laki-Laki Perempuan, Agama Islam 1, diselesaikan oleh baginda di Istana Mahkota
Puri, Kelang pada 3 Zulhijjah 1348 H Kitab ini pernah dicetak oleh The Boon Hua
Press, Kelang pada tahun 1349 H/1930 M. Kandungan kitab ini adalah tentang ilmu
tauhid dan disasarkan kepada kanak-kanak yang baru hendak belajar di dalam
sekolah agama. Kitab ini juga telah disemak oleh Haji Mahmud Zuhdi al- Fathani.
Seperti yang dicatat oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir, Selain memuji
kandungan karya, Haji Mahmud Zuhdi
al-Fathani juga memuji baginda sultan, katanya, ``... padahal ia daripada
karangan orang yang mempunyai akal yang sempurna. Dan tinggi hemah pada
meneguhkan tiap-tiap pekerjaan yang berguna. Iaitu mereka yang menghamparkan
atas rakyatnya naung kurnia. Dan aman hadhrat yang mentadbirkan dan
memerintahkan negeri Selangor Darul Ehsan Yang Maha Mulia Maulana as-Sultan Sir
Alauddin Sulaiman Syah ibni al-Marhum Maulana al-Mu'azzam Raja Musa. Nama
baginda telah di abadikan di sebuah masjid di Bandar Kelang dengan nama Masjid
DiRaja Sultan Suleiman. Masjid ini telah dibina pada tahun 1932 sempena
pengisytiharan Kelang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Perasmian
masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda sultan sendiri pada tahun 1934 dan
dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah. Masjid ini pernah dijadikan
masjid negeri Selangor sehinggalah terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah di Shah Alam. Pada masa ini ia dimasyhurkan dengan nama Masjid Diraja
Klang.
SULTAN YANG MENJALANKAN TUGAS KADI, SULTAN ISKANDAR SHAH PERAK. (1938m)
Sultan
Iskandar Shah Perak juga merupakan seorang Sultan yang sangat menitik beratkan
urusan agama dikalangan rakyat baginda. Baginda juga gemar mendampingi
guru-guru agama dan baginda pernah berguru dengan Shaikh Haji Mohammad Salleh
di Istana Bukit Chandan Perak. Sultan Iskandar disebut begitu kasihkan gurunya
itu sehinggakan baginda sering bersantap dengan tokoh agamawan tersebut.
Disebabkan oleh dorongan daripada baginda keatas usaha pengembangan agama Islam
di Perak, beberapa tokoh agama telah memilih untuk menubuhkan
institusi-institusi Islam di Perak antaranya Maahad Ehya Al Syariff Gunung
Semanggol, Al Huda Matang Kunda, Madrasah Irsyadiah dan Al Ulum di Bagan Datuk,
Al Akhlak Islamiah Masjid Tinggi, Bagan Serai serta banyak lagi sekolah agama
yang lain. Baginda turut melantik seorang alim ulama agama Islam bernama Shaikh
Muhammad Saleh yang berasal dari Minangkabau, Sumatera, untuk menjalankan
kerja-kerja tabligh di Teluk Anson (sekarang dinamakan Teluk Intan). Sheikh
Muhammad Saleh digelarkan Sheikhul-Islam (pangkat itu sesama dengan mufti
sekarang) bagi Negeri Perak.
Baginda
juga sering mengunjungi masjid-masjid serta surau-surau diserata negeri Perak
dan baginda sering memberi titah mengenai agama Islam kepada rakyat jelata.
Sultan Iskandar juga terkenal tegas dalam beragama. Terdapat kisah dari
orang-orang tua di Teluk Intan yang menyebut Sultan Iskandar pada bulan
Ramadhan pernah memakai kan rantai leher
dan juga memberi denda dengan memerintahkan orang yang makan dikhalayak ramai
sewaktu bulan puasa agar memakan rumput di padang Teluk Ansoni atau disuruh
berlari keliling padang dengan disaksikan oleh orang ramai. Baginda juga
pernah bertitah kepada rakyatnya bahawa celakalah seseorang lelaki itu jika
tidak menghadiri Solat Jumaat tanpa sebab. Baginda sendiri turut memantau
rakyat baginda yang tidak menghadiri solat Jumaat. Di muka surat 121 dalam
Risalah Iskandar, disertakan salinan surat baginda kepada Setiausaha Sulit
baginda Y.A.M. Raja Harun Al-Rashid, titah baginda:
“Adinda
Raja Harun , boleh khabarkan kepada kadi-kadi dan penghulu-penghulu wajiblah
mereka bersungguh-sungguh menyuruh anak buah mereka di dalam jajahan
masing-masing membuat sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat dan
dikehendaki mereka itu menghantar repot di atas perkara ibadat ini pada
tiap-tiap tiga bulan sekali. Mana-mana rakyat beta yang tidak mahu sembahyang
lima waktu dan Jumaat boleh mereka itu menghantar nama orang itu kepada kekanda
dengan seberapa segera dan kekanda boleh pergi di mukim itu bicarakan hal itu.
Siapa siapa kadi-kadi dan penghulu-penghulu yang bantah atau kurang usahanya di
atas pekerjaan ini Insya Allah nanti mendapat susah yang besar sekalian
naib-naib yang wajib menjalankan ini adanya. Tamat.”
Ketegasan
baginda juga terserlah apabila di Lambor Kanan, baginda pernah meletakkan
tangan agak keras ke perut seorang pengembang ajaran sesat dan
bertitah dengan penuh kemurkaan, ” Iblis bersarang di perut kamu!” Tidak
lama beberapa hari selepas itu orang itu pun meninggal dunia. Menarik mengenai
Sultan Iskandar ini juga ialah baginda pernah menguji ulama-ulama di Negeri
Perak.
Pernah
terjadi pada suatu hari Paduka Seri
Sultan Iskandar Shah telah memanggil para ulama Perak untuk berbuka puasa di
Istana. Belum pun tiba waktu berbuka, Baginda telah menyeru kepada semua yang
hadir supaya menjamah makanan. Kesemua dari mereka yang hadir terdiam tidak
berani membantah. Namun kemudian Haji Nawawi bangun memberitahu kepada
baginda dengan kata-kata : “Jikalau Tuanku hendak masuk neraka, masuklah
seorang”. Baginda memuji keberanian Haji Nawawi menegur Baginda dan kemudian
memarahi ulama-ulama yang membisu dengan titah “Nasib baiklah di Negeri
Perak masih ada orang yang berani menegur beta!”. Keberanian baginda membendung
kemungkaran telah menginsafi rakyatnya sehingga mereka tidak berani untuk
berbuat maksiat secara terang-terangan. Setelah memerintah Negeri Perak dengan
penuh gemilang selama hampir 20 tahun, baginda akhirnya mangkat dijemput Ilahi
pada 14 Ogos 1938 dan dimakamkan di Makam Perkuburan Diraja Al-Ghufran Kuala
Kangsar. Sesungguhnya baginda telah meninggalkan nama yang harum diatas watak
dan keperibadian agung baginda yang menjadi contoh buat rakyat jelata. Di atas
kenang-kenangan buat Almarhum Sultan Iskandar, kami kepilkan bersama nasihat
baginda didalam Risalah Iskandar yang dikarang oleh baginda sendiri;
“…
maka siapa-siapa Raja-raja, Orang-orang Besar, Kadi-kadi dan Penghulu-penghulu
hendak digemar dan disukai oleh Rajanya hendaklah mereka itu taat dan
bersungguh menjalankan perkara yang dituntut oleh Tuhan dan meninggalkan
perkara yang ditegah oleh Tuhannya. Maka hendaklah mereka itu menegur ajar
kepada anak buah mereka itu diatas perkara-perkara tersebut… Maka hendaklah
mereka itu ingat pada zaman ini. Inilah perkara kegemaran kami.. Silalah
Tuan-tuan buat”.
0 comments