Pilih Bahasa

TUAN GURU HAJI ALIAS BIN CHIK : BEKAS PENGETUA DAN TOKOH GURU PAHANG 2017





Dilahirkan pada tahun 1941  di Kampung Pauh Jenderak , anak kepada Haji Chik seorang petani yang gigih di kampungnya . Haji Chik ada kaitan dengan Tuk Penghulu Kuala Tekal dari keturunan Imam Zul Bayan di Mengkarak. Beliau memulakan  pembelajaran Sekolah Rendah di SRK Kampung Jenderak Lok dan seterusnya di peringkat Menengah di Madrasah Al Wosto dibawah kelolaan Tuan Guru Haji Hassanuddin Bin Mohamad (TGHH) yang merupakan Pengasas Madrasah Al Wosto.  Oleh kerana  Tuan Guru seorang murid yang cemerlang di dalam pembelajaran nya, beliau kemudiannya di pilih oleh Tuan Guru Haji Hassanuddin untuk  berkhidmat sebagai Guru Ganti di Madrasah al Wosto. Jawatan ini beliau pegang sehingga beliau  mendapat keputusan melanjutkan Pengajian  di Kolej Islam Malaya.


Madrasah Al Wosto pada zaman kegemilangannya adalah disebut sebagai pondok bertaraf Universiti kerana ketinggi keilmuan  dan kelebihan pengasasnya iaitu TGHH. Tuan Guru Haji Alias setelah habis belajar di Madrasah Al Wosto sudah boleh membaca kitab-kitab seperti al Iqna oleh Abi Suja, juga boleh membaca kitab Qailui wau mairah dll di dalam Mazhab Asyafiee.  Kemudian Tuan guru menyambung pengajian di Kolej Islam Malaya (KIM) pula pada zaman kegemilangannya adalah Bertaraf Sebuah Universiti Awam kerana lepasan (KIM) diterima untuk tahun akhir Universiti Al Azhar, Mesir.Pada masa itu bukan mudah untuk diterima masuk ke KIM kerana ia merupakan sebuah intitusi pendidikan yang menjadi rebutan pelajar dari Malaysia,Singapura dan Berunie.


Setelah tamat KIM Tuan Guru terus bekerja di Sekolah Agama di Pahang iaitu di Sekolah Tinggi Agama Kuliyyah Pekan dan ke Sekolah Agama Al Ihsan Kuantan.Oleh kerana kebolehan beliau maka kemudian nya Tuan Guru di amanahkan menjadi “pengetua” sekolah menangah agama Maran.Tuan Guru mempunyai satu azam yang besar iaitu untuk menyambung pelajaran ke Universiti di dalam atau luar Negara. Azam beliau untuk terus menyambung Pengajian ke peringkat lebih tinggi melalui jalan sukar apabila pada waktu tersebut Cuti Belajar Bergaji Penuh tidak diluluskan dan akhirnya beliau bersama rakan2 mengadap Sultan Pahang memohon perkenan baginda memberikan kelulusan. Pihak tuanku Sultan menerima hasrat para guru2 sekolah agama yang ingin menyambung pelajaran. Akhirnya Jabatan akur kepada arahan pihak Diraja tersebut. Cita-cita melanjutkan Pengajian diperingkat Universiti tercapai dengan diterima masuk ke UKM bersama Family dan pada waktu itu telah bersama  4 orang anak sekalipun tanpa sebarang pembiayaan dari mana2 pihak.


Pada tahun 1981, bermula episode baru di dalam hidup Tuan Guru Haji Alias, sebagai student yang sudah berumah tangga, beliau di tempatkan di asrama kelamin. Pada masa itu kemudahan yang terdapat di UKM sangat banyak. Penempatan pelajar ada empat jenis; pertama asrama bujang di mana pelajar ditempatkan dua orang sebilik, kemudian ada asrama kelamin bujang, di mana pelajar tinggal seorang sebilik dan terdapat asrama kelamin bagi pelajar yang sudah berumah tangga. Pada masa itu ada empat komsis atau Kompleks kediaman pelajar iaitu Komsis A @ Aminuddin Baki , Komsis B,Komsis C @Aminuddin Hilmi dan Komsis D @Kolej Tengku Umar. Tuan Guru tinggal di Komsis C.Asrama tersebut agak selesa kerana mempunyai 3 bilik tidur dan ruang makan dan tamu. Oleh kerana pada awalnya Tuan Guru tidak mendapat gaji kerana cuti belajar,maka perbelanjaan harian terpaksa di ambil dari simpanan yang ada. Di samping itu dalam tahun 1980an kawasan Bangi masih lagi diseliputi hutan tebal di samping terdapat banyak bekas-bekas lombong tinggal. Di dalam lombong tersebut banyak ikan-ikan air tawar seperti Bujuk, Kepar,Sembilang. Maka setiap petang Tuan Guru bersama Ustaz Abdullah dan rakan2 pergi ke bekas2 lombong bagi mendapatkan bekalan ikan bagi menampung perbelanjaan harian.Ada kawan2 yang lain bagi mendapatkan penempatan percuma dan makanan tambahan bertugas sebagai Imam dan Bilal disekitar UKM,Bandar Baru Bangi,Sungai Merab. Kalau tinggal di masjid maka selain dapat rumah percuma dapat pula wang sagu hati sebagai imam.Sebenarnya pelbagai cara dilakukan oleh pelajar untuk menambah wang saku. Ada pelajar yang membuat kerja mem “binding” buku2 thesis, ada pelajar yang membuka workshop kecil kecilan, ada pelajar yang menangkap ikan di Sungai Merab dan menjual di pasar kajang. Begitu lah kehidupan sampingan siswa pada masa itu.


Semasa belajar di UKM, kedudukan Tuan Guru Haji Alias sangat dihormati oleh para tenaga pengajar di sana. Ketinggian ilmu beliau menjadikan beliau tempat rujukan sebahagian tenaga pengajar di UKM ketika itu. Oleh itu pergaulan beliau dengan beberapa pensyarah di sana seperti adik beradik. Beliau suka menolong rakan2 pensyarah di UKM jika ada masalah. Dan beliau kerap di panggil oleh pensyarah ke rumah mereka seperti Dr Harun Din, Dr Halim Muhammady, Dr Harun Fatah, Dr Azizan dll. Pada dua tahun terakhir pengajian nya Permohonan Tuan Guru untuk mendapatkan cuti belajar bergaji penuh termakbul.Alhamdulillah akhirnya Tuan Guru berjaya lulus mendapat ijazah sarjana muda dari Jabatan Al Quraan dan Sunnah di Fakulti Islam UKM. Tuan Guru juga merupakan buah sulung dari jabatan tersebut, kegumbiraan bertambah kerana  menerima cahaya mata kelima semasa belajar. Berkatnya masa dan usia.


Kembali semul berkhidmat di Pahang dengan Jawatan terakhir sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Agama Maran Pahang. Semasa berkhidmat Tuan Guru sibuk dengan Jadual tugas di sebelah siang manakala Malam dengan jadual Kuliah Maghrib di sekitar Maran bahkan sehingga ke Jengka, Temerloh dan Kuantan. Dakwah tidak memerlukan Pengiktirafan kerana Sepanjang berkhidmat Tuan Guru tidak menerima sebarang pingat kecuali setelah bersara menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dari Sultan Pahang.


Setelah bersara Aktiviti Dakwah diteruskan dan berkhidmat semula secara Kontrak Selama dua tahun di Kolej Islam Pahang (KIP) kini KUIPSAS di Kuantan Pahang bahkan hampir menerima tawaran melanjutkan Pengajian ke peringkat kedoktoran tetapi takdir tidak membenarkan. Seterusnya menerima Anugerah Tokoh Guru Negeri Pahang tahun 2012 dengan hadiah menarik iaitu Pakej Umrah PERCUMA.Tahun ini dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Maulidur Rasul Negeri Pahang dan pasti menjadi penyuntik semangat untuk kami terus Berjuang Dalam Pendidikan Al Quran. Terlalu banyak yang beliau sumbangkan kepada Masyarakat sehingga pernah dituduh sebagai Pembangkang kerana lantang mengutarakan isu-isu agama tetapi beliau yakin bahawa beliau hanya mengutarakan Point dari Asas Agama dan bukanlah untuk menentang sesiapa. Beliau yakin bahawa akhirnya Agama itulah panduan utama hidup.Tuan Guru mendirikan rumah tangga dengan anak kepada gurunya iaitu Tuan Haji Hasanuddin Mohamad @ pengasas Madrasah al Wosto Kg Berhala Gantang bernama Puan Hamidah. Tuan Guru Haji Alias di kurnikan 8 orang anak antaranya Ustaz Khairi Alias, pengetua Pondok Tuk Mengkarak, Ust Nazir bertugas di UKM, Cikgu Huda seorang guru di Temerloh, Puan Syahida seorang pensyarah computer di UITM,Puan Nor isteri kepada Imam Masjid di Temerloh,Puan Nur Husna seorang pendidikan, Ust Farhan di Al Baghdadi Center Kuala Lumpur dll

Share:

0 comments

Flag Counter