Pilih Bahasa

KEMPEN PULIHARA KESAN SEJARAH DI PAHANG, MAKAM PAHLAWAN DAN PARA ULAMA.



Pahang sebuah negeri yang terkenal di Semenanjung Tanah Melayu yang mempunyai ramai para pahlawan yang terkenal seperti Dato Gajah,Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Kelubi dan ramai lagi. Di samping itu; Pahang juga memiliki ramai para ulama yang hebat dan terkenal yang menjadi guru kepada beberapa orang ulama terkenal seperti Tuan Guru Haji Man yang merupakan guru kepada  Tuan Tulis,Tuk Montok, Dato Mengkarak,Imam Sahibudin. Malang nya makam tokoh-tokoh ini terbiar,usang malah tidak di kenali oleh anak cucu di tempat mereka sendiri.




Ulasan gambar: Makam ini terletak berhampiran dengan Bandar Temerloh di dalam keadaan terbiar,di mana batu nesan nya tinggal satu di sebelah kepala sahaja.Makam ini terletak di sebelah taska di atas sebuah bukit belukar.

Oleh itu kami menyeru pihak Kerajaan Negeri Pahang, pihak Persatuan Sejarah Pahang, Pihak Muzium Pahang,Jabatan Agama Pahang berganding bahu bersama-sama agar kesan sejarah ini di pulihara,di rezabkan tanah nya dan di pagar supaya dapat jadi tatapan anak cucu di masa hadapan; bahawa bumi ini,tanah ini kepunyaan Orang Melayu. Ada kesan sejarah nya, ada kubur nya, ada nama tokoh nya,ada anak cucunya.


Ulasan Gambar: Makam ini terletak di seberang Bandar Cenor Lama,kelihatan ia telah dipagar tetapi di dalam keadaan terbiar. Tokoh ini merupakan tuan guru,berkahwin dengan anak Tok Raja Cenor.

Kita tidak mahu kesan sejarah ini hilang sirna sebagaimana kian menghilangnya tulisan jawi sehingga ada orang melayu yang berani mendakwa tulisan jawi sama taraf dengan tulisan sengskrit,huruf kawi dan sebagai nya kerana kejahilan mereka terhadap sejarah bangsa sendiri.



Share:

2 comments

  1. Assalamualaikum.. Boleh tolong ada info apa2 tak tentang sejarah, pahlawan, ulama, berasal, atau menetap di lanchang pahang, saya sedang buat research.

    BalasPadam

Flag Counter