Pilih Bahasa

MEMORI 60’s : CURFEW (BANJIR BESAR TAHUN 70)



   


Dulu perkataan “curfew” selalu menjadi sebutan orang tua2 bila berlaku musibah yang besar di seluruh Negara. 

Di Zaman Jepun dalam tahun 1940 ,selama 6 tahun rakyat Malaya tidak bebas bergerak ke sana kemari, dalam tahun 1950 pula berlaku darurat bila mana penyokong gerakan militant yang menuntut kemerdekaan cuba merampas kuasa dari British melalu senjata,sekali lagi rakyat Malaysia terbatas pergerakan mereka. 

Itu semua cerita lama,dalam tahun 1970,aku mula dapat merasakan istilah “Kawalan Pergerakan” bila mana berlaku banjir yang luar biasa besar nya. Air Sungai Pahang naik mendadak sehingga rumah-rumah kami tenggelam.

Ayahnda saya selaku “tuan guru” mengarahkan orang kampung Berhala Gantang berpindah ke Masjid Kg Lubuk Kawah, kami tinggal di situ sebulan lebih. Di sekeliling kami yang ada cuma air yang deras dan laju. Kami sebagai kanak-kanak tidak boleh pergi ke mana-mana cuma duduk di dalam Masjid saja.

Alangkah bosan nya ketika itu tidak boleh hendak di ceritakan,kita biasanya pergi memanjat pokok,turun ke paya mencari ikan, berenang di sungai di waktu tengah hari;di kenakan “kawalan pergerakan” oleh ayah dan atuk di dalam masjid yang penuh sesak,tanpa tv,tanpa congkok,tanpa gasing.Bersyukurlah tuan-tuan,walaupun dikenakan kawalan pergerakan namun tuan tuan masih boleh pergi ke Kuala Lumpur, pergi ke Mekah dan ke New York melalu tv astro secara percuma.

Share:

0 comments

Flag Counter

Pemberitahuan

Pemberitahuan
Segala hantaran/post di blog ini hanya berkaitan dengan usaha sama dalam memperkasakan sejarah islam, budaya, makanan dan tempat pelancongan di negeri Pahang, dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak serta tidak menerima pengiklanan. Semua perkongsian adalah atas minat penulis yang mula berkembang sejak zaman universiti. Sebarang perbincangan yang berkaitan dengan perkongsian sejarah sahaja akan dilayan dan kami amat menghargai pihak-pihak yang berkongsi minat yang sama mengenai sejarah. Terima kasih atas sokongan anda dan para pembaca selama ini. Tanpa sokongan anda dan kerjasama dari mana-mana pihak, belum tentu kami dapat meneruskan usaha ini.Teruskan membaca blog Sejarah Islam Pahang.