Pilih Bahasa

MAKAM MUFTI TUAN HAJI ABDUL SHUKUR









Dalam abad ke 19, Negeri Pahang mempunyai seorang mufti berketurunan jawa bernama Tuan Haji Abdul Shukur bin Haji Abd Kadir. Beliau menjadi mufti dalam tahun 1930 sebagai mana yang di sebut oleh W Linehan dalam buku nya “History of Pahang”. Jawatan ini kemudian nya di serahkan kepada anak nya yang bernama Tuan Haji Mohsin bin Haji Abd Shukur. Haji Abd Kadir datang ke Pahang untuk berniaga,beliau turun dari Kota Mekah. 

Sesampai di Pahang beliau terus menetap di Kampung Sekara dan membuka pusat pengajian agama di sana. Hasil usaha beliau membuahkan hasil apa bila anak dan cucu nya dilantik menjadi mufti di Pahang. Kadi Haji Abd Rahman bin Abd Shukur merupakan kadi di Cenor dan juga mempunyai pondok agama yang terbesar di Pahang ketika itu,Kadi Besar Pahang@ Kadi Ibrahim pernah belajar kepada Tuan Guru Haji Abd Rahman sebelum pergi ke Mekah.  

Menurut Kadi Ibrahim, Tuan Guru Haji Abd Rahman Sekara merupakan seorang ulama yang membawa fahaman Ahli Sunnah aliran Al asyariah dan menentang kuat ajaran Mertabat Tujuh dan segala ajaran sesat. Makam para ulamak ini terdapat di Kampung Sekara Cenor dalam keadaan terbiar. Mohon pihak berwajib memberi peruntukan sewajarnya agar makam ini di pulihara sewajarnya.

Share:

4 comments

  1. As salam Tuan, boleh tuan beri pencerahan sedekit lanjut susur galur Mufti Shukur yang ada sekarang. Tksh

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm... sampai setakat haji kadir sahaja..antara cucunya hj mohd amin bin salleh

      Padam
    2. Terima kasih tuan atas usaha menemukan makam tersebut. Salah satu cucu beliau, Hussein bin Ahmad bin Husin bin Abdul Shukur adalah bekas Penghulu Pulau Manis sekitar tahun 40an dan 50an, adalah datuk saya

      Padam
  2. Apakah benar hj syukur mempunyai 7 org anak yang berlainan ibu...antara anak- anak beliau:
    1.Hj.mukhsin -pekan
    2.hj.abdul rahman -kertau
    3.hj.samad -kertau
    4.hjh.mariam - ?
    5.hjh.fatimah -bera
    6.hjh.maimunah -bera
    7.hj.ahmad/mamat -pulau tawar

    Boleh admin bagi pencerahan latar belakang susur galur mufti hj syukur.

    Dimanakah keberadaan makam mufti hj syukur secara detail.

    Tk.

    BalasPadam

Flag Counter

Pemberitahuan

Pemberitahuan
Segala hantaran/post di blog ini hanya berkaitan dengan usaha sama dalam memperkasakan sejarah islam, budaya, makanan dan tempat pelancongan di negeri Pahang, dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak serta tidak menerima pengiklanan. Semua perkongsian adalah atas minat penulis yang mula berkembang sejak zaman universiti. Sebarang perbincangan yang berkaitan dengan perkongsian sejarah sahaja akan dilayan dan kami amat menghargai pihak-pihak yang berkongsi minat yang sama mengenai sejarah. Terima kasih atas sokongan anda dan para pembaca selama ini. Tanpa sokongan anda dan kerjasama dari mana-mana pihak, belum tentu kami dapat meneruskan usaha ini.Teruskan membaca blog Sejarah Islam Pahang.