Pilih Bahasa

TUK MENGKARAK TIDAK ADA WARIS LELAKI ?


Sekadar gambar hiasan.


Tuk Mengkarak @ Imam Zul Bayan (1700-1760)

Tuk Mengkarak adalah satu jawatan pembesar di Pahang dlm era Bendahara, pada awal kurun ke 18, jawatan itu di pegang oleh seorang ulama yang di sebut “Imam Zu Bayan”. Gelaran ini juga bukan nama asal batang tubuh tokoh.Semasa saya membentang satu kertas kerja berkiatan tokoh ini di Kampung Mengkarak, saya mendengar bisikan dari penonton di sekeliling saya bahawa Imam Zul Bayan tidak ada anak lelaki. Apakah dakwaan ini benar?

Sepanjang saya membuat kajian berkaitan dengan tokoh ini, saya pernah membaca satu syair karangan Imam Syahibudin yang mengatakan bahawa Imam Zul Bayan mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Imam Nur Qadim(bukan nama sebenar), Kealiman Imam Nur Qadim adalah standing dengan ayahnda nya,malah di katakan pondok yang dipimpin beliau lebih ramai muridnya dari ayahnya.Rujukan ini bagi saya membatalkan dakwaan konon nya Imam Zul Bayan tidak ada anak lelaki, patut di ingat bahawa Imam Syahibudin merupakan anak saudara sepupu Imam Zul Bayan,ini kerana ibu Imam Zul Bayan merupakan adik perempuan kepada Dato Suji Bilang.Perkataan Imam Syahibudin ini satu perakuan yang sangat jelas Imam Zul Bayan ada anak lelaki.

Pada awal tahun 2000, saya pernah membuat kajian lapangan mengenai perkembangan Islam di Kg Guai,Bera Pahang. Di sana saya bertemu dengan orang lama kampung Guai yang di sebut dengan nama “Ustaz Mat Joli”.Saya bertanya beliau mengenai hubungan dia dengan Imam Zul Bayan, beliau telah menyebutkan dihadapan saya,beliau adalah keturunan dari: Iman Zul Bayan beranakkan Tuk Adam beranakkan Khatib Buruk beranakkan Imam Man beranakkan Abd Rahman bercucukan Dr fatimah @Guai, juga bercucukan Ust Ahmad.” Ini bermakna  sebilangan penduduk kampung Guai adalah dari keturunan Iman Zu Bayan dari anak lelaki beliau yang bernama Tuk Adam.Khatib Buruk berkahwin dengan seorang gadis yang sgt cantik bernama  “Guai”, maka saya berpendapat nama kampung guai diambil dari nama ini bukan dari nama “Juai Buluh”.

Pada pertengahan tahun 1990, saya pernah bertemu dengan seorang pengkaji salsilah yang terkenal di Kg Buntut Pulau bernama Cikgu Abu Bakar@arwah,  dari beliau saya mengambil beberapa salsilah,antara nya beliau mengatakan beliau dari keturunan anak lelaki Imam Zu Bayan yang di gelar “Imam Muda Mamat @ Keramat Buntut Pulau, makam tokoh ini masih di jaga dengan baik di sana.Menurut Pak Sako,tokoh ini merupakan seorang kadi dan pemimpim masyarakat. Di antara anak cucu beliau yang mudah di kenali ialah arwah Penghulu Mat Dahan di Kuala Semantan, dan anak nya Dr Mahyuddin Mat Dahan seorang pensyarah di IPTA di Kuala Lumpur. Pelakon S Romainor juga merupakan anak cucu beliau .Asbab itu kita dapati pada masa Jepun telah lahir beberapa tokoh terkenal di Temerloh yang bangun menantang penjajah dari kalangan anak cucu Imam Zul Bayan kerana sememang nya mereka keturunan Pahlawan Melayu.

Sebenarnya pada zaman selepas kematian Imam Zu Bayan, beberapa jawatan tuk kaya di berikan kepada anak cucu beliau antara nya Tuk Kaya Paus dan Tuk Kaya Abbas.Jawatan dari keturunan Tuk Kaya Abbas kekal sehingga ke zaman British,antara anak cucu beliau yang mudah di kenali ia lah arwah Raja Borhan yang banyak terlibat dalam Persatuan Cakna Pahang.

Kesimpulan dari tulisan saya ini,jelas kepada kita dari beberapa sumber bahawa Imam Zul Bayan (1700-1760) yang memegang kuasa di Mengkarak mempunyai waris lelaki yang berjasa kepada negeri Pahang dalam abad ke 18 dan 19. Mereka berkuasa dari kawasan Bera hingga ke Buntut Pulau dan meliputi seluruh Mukim Lebak, menurut permerhatian saya,anak cucu Imam Zul Bayan sangat ramai di Mukin Lebak termasuk lah Sahibul Samahan Mufti Pahang ketika ini.


Share:

2 comments

  1. Kajian dan ulasan terbaik.
    Daripada Dr Aminudin Mansor@Ami Masra, PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana membaca blog Sejarah Islam Pahang

      Padam

Flag Counter