Pilih Bahasa

Permulaan Nama Bandar Kuantan

 


 

Kuantan merupakan salah satu daerah di negeri Pahang terkenal dengan pelbagai tempat  pelancongan yang menarik. Kuantan merupakan ibu negeri Pahang. Gambar diambil berhampiran Menara  Kuantan 188. 


Nama “Kuantan” mula di kenali apabila Munsyi Abdullah menyebut di dalam catitan buku Hikayat Pelayaran Abdullah ke pantai timur iaitu lawatan ke Pahang,Terengganu dan Kelantan pada tahun 1851. Sepuluh tahun kemudian nama “Kuantan” di sebut pula dalam Hikayat Pahang yang menceritakan tentang kisah Wan Ahmad yang melarikan diri ke Kuantan dan seterusnya ke Kemaman.
Sebuatan nama “Kuantan” adalah nama bagi tempat yang biasa bagi Orang Melayu seperti nama Lubuk Kawah, Kg Bintang dll. Nama Kuantan mula di gunakan oleh orang Melaka ketika mereka Berjaya menguasai Klang,terdapat di sana sebuah kampong bernama Kg Kuantan di zaman Tun Perak. Nama “Kuantan” juga di gunakan di daerah Riau di Sumatera, kemungkian nama ini di berikan oleh orang Melaka juga.
Dalam abad ke 12,Orang Cina telah mengadakan hubungan dagang dengan orang Siam dan Orang Melayu di Peisiran pantai timur Tanah Melayu, mereka menyebut kawasan di kuala sungai Kuantan dengan nama “Teruntum”.Tempat ini merupakan pelabuhan tempat mereka membaiki kapal dan mengambil bekalan air.

Share:

0 comments

Flag Counter

Pemberitahuan

Pemberitahuan
Segala hantaran/post di blog ini hanya berkaitan dengan usaha sama dalam memperkasakan sejarah islam, budaya, makanan dan tempat pelancongan di negeri Pahang, dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak serta tidak menerima pengiklanan. Semua perkongsian adalah atas minat penulis yang mula berkembang sejak zaman universiti. Sebarang perbincangan yang berkaitan dengan perkongsian sejarah sahaja akan dilayan dan kami amat menghargai pihak-pihak yang berkongsi minat yang sama mengenai sejarah. Terima kasih atas sokongan anda dan para pembaca selama ini. Tanpa sokongan anda dan kerjasama dari mana-mana pihak, belum tentu kami dapat meneruskan usaha ini.Teruskan membaca blog Sejarah Islam Pahang.