JALAN-JALAN KE PASAR PAGI BANDAR PEKAN (SABTU)
PASAR PAGI PEKAN - HASIL LAUT KUALA PAHANG.
Bandar PEKAN (3.483N/103.3996E) adalah sebuah pusat perniagaan yang sudah lama wujud di Negeri Pahang. Nama Pekan di ambil dari perkataan “Pekan” yang bererti Bandar kecil atau pusat perdagangan. Dikatakan nama Pekan juga diambil dari nama sejenis bunga renek yang banyak tumbuh di kawasan pantai laut yang cuaca nya panas dan kering. Bandar Pekan ketika ini mula dipopularkan oleh Kesultanan modern Pahang sejak tahun 1800. Sejak dulu pusat pentadbiran Pahang ada lah di Kampung Kuala Pahang Tua dan Cenor.
Manakala Kuala Pahang(3.5324N/103.4595E) pula terletak di muara Sungai Pahang ketika ini, Kuala Pahang terbahagi kepada dua. Pertama Kuala Pahang Tua yang di buka oleh para tentera dari Melaka ketika mereka menakluki Pahang dalam tahun 1470. Digambarkan di dalam Kitab Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang, bahawa air di Kuala Pahang Tua sangat jernih masuk ke laut,dan pantai , Mereka mendirikan sebuah istana berhampiran simpang lampu merah yang masuk ke Kg Pahang Tua. Kampung Kuala Pahang sekarang terletak berhampiran dengan Universiti Malaysia Pahang.
Pekan Sari di Bandar Pekan di adakan pada setiap pagi hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hinggga 1.00 tengah hari. Dulu nya pasar pagi ini di adakan di satu kawasan padang berhampiran dengan Sek Men Ahmad Pekan, Bapa kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengajar di sekolah ini. Sekarang pihak Majlis Bandaran Pekan telah membina satu bangunan bertutup yang agak luas bagi mengatasi masalah hujan yang agak lama di sana pada musim tengkujuh,jadi pekan sehari ini berada di dalam bangunan yang agak besar.
Antara hasil laut yang umumnya dari Kuala Pahang :
IKAN MASIN |
Diantara keistemewaan pekan sehari di sini terdapat banyak kuih-kuih asli yang hanya terdapat di Pekan yang tidak ada di daerah lain,seperti Puding Raja, Mertabak Pekan,kuih2 yang menjadi santapan keluarga Diraja. Di sini juga terdapat bahan jualan dari hasil usaha tangan penduduk di Kuala Pahang seperti pelbagai jenis ikan kering yang dibuat secara traditional, juga keropok yang dihasilkan oleh mak cik secara kecilan di sana, Keropok kering ini sangat sedap rasa nya kerana tidak banyak dicampur dengan perasa modern.
KEROPOK |
Kalau anda datang ke Pekan Sehari di Pekan,anda juga boleh melawat Istana Sultan Abu Bakar yakni istana rasmi Negeri Pahang, Padang Polo yang terletak dihadapan dan Sekolah Tinggi Agama di bersebelahan. Manakala dibandar pula anda boleh melawat meuzium Negeri Pahang, Meuzium Sejarah Islam Pahang, Pusat Tenun Sutera Pahang di Pulau Rusa. Dalam perjalanan pulang ke Kuantan, elok anda menyusuri jalan ke Kuala Pahang terus ke UMP hingga ke Pantai Sepat sebelum melalui pusat ikan bakar di Tanjung Api Kuantan.
6 comments
Kalau i travel i also like to visit their local market and enjoy the local food
BalasPadamNnti kalau visit Pahang, don't forget to stop by at our pekan sehari.
PadamI enjoy local markets alot whether it's wet market, or morning or night market whenever I'm travelling to any destinations. Thanks for this, add to my list. Cheers Siennylovesdrawing
BalasPadam👍✨
PadamYeah!!! I visited Pasar Pagi last August. It was fun. Kuantan is a good place for cuti2 Malaysia.
BalasPadamThat's great. ^^
Padam