MEMORI 60’s : AKU DAN WAHABI
Pendahuluan
Tahun ini usia aku menjangkau 60
tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku
dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila
masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku
bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku
menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan
lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab
aku sayang kamu semua. Semoga memori ini menjadi dorongan pada para pemuda
untuk berbakti untuk bangsa dan agama...............................
Ayah ku seorang
ulamak yang terpandang di daerah aku tinggal, sejak kecil aku mengikuti
pergerakan beliau, rutin harian beliau adalah mengutamakan orang lain dari
kami. Beliau tidak mempunyai masa untuk melayani kami,sentiasa sibuk kehulu ke
hilir dengan urusan masyarakat samada pagi,petang atau malam. Walau di dalam
kepayahan di zaman tahun 60an di mana belum ada kereta atau motosikal tetapi
beliau sentiasa keluar jauh. Ayah ku terlibat dengan aktiviti pendakwahan,
parti politik PAS dan juga sesekali sekala aku dengar dari perbincangan yang
keluar dari mulutnya mengenai kaum Tua dan Kaum Muda. Persaolan mengenai Ibnu
Taimiyyah, Masalah Tak baca Qunut, Golongan tidak mahu tahili lepas solat,Tidak
mahu baca Talqin dan tidak mahu tahlil arwah sudah biasa aku dengar sejak
kecil.Aku dengar juga cerita-cerita mengenai Kaum Muda yang apabila selesai
solat tidak berwirid Sebaliknya mengambil sikat dari poket seluar dan menyikat
rambut, katanya menyikat rambut lebih afdal dari berwirid,berwirid beramai-ramai
selepas solat adalah bidaah @ berdosa. Akhir-akhir ini aku dengar ada Ustaz
Wahabi yang bagi ceramah mengatakan tengok wayang lebih afdal dari tahlil
arwah.Ayah ku anti wahabi dan Ibnu Taimiyyah.Aku sendiri seorang yang agak
liberal,lalu semasa di universiti, aku belikan ayah ku sebuah buku bertajuk
“Ibnu Taimiyyah”,aku hadiahkan buku tersebut kepada ayah ku, aku harap dia
mengenal siapa tokoh tersebut.
Pada awal tahun
80an, aku mula mengajar di bandar diraja. Rumah aku berdekatan dengan sebuah
pasentren swasta, ketika aku mula sampai di sana. Tuan Guru yang membuka
pasentren itu meninggal dunia. Maka aku di titipkan oleh Ajk pasentren itu
mengantikan Tuan Guru mengajar beberapa subjet agama kerana guru-guru lain
tidak mampu mengajar beberapa matapelajaran di dalam Bahasa Arab sekalipun di
peringkat rendah. Isteri Tuan Guru itu ada rakan baik kakak ku semasa mereka
belajar dahulu. Kehidupan isteri tuan guru agak sukar, dengan bilangan anak
yang ramai sementelah mereka pula bukan orang tempatan. Maka pertolongan dari
penduduk setempat agak sukar. Anak-anak Tuan Guru agak pintar, kesemua mereka
Berjaya di dalam pelajaran dengan mendapat lima A dalam UPSR, 7-8 A dalam PMR,
10A dlm SMA dan rata-rata 8-10 dalam SPM. Tiba-tiba mereka mendapat tawaran
belajar secara percuma di Universiti Madinah di Arab Saudi. Tawaran itu
diberikan kerana kecemerlangan mereka di dalam pelajaran sejak dari peringkat
kecil. Namun apa yang menghairankan, isteri Tuan Guru menolak semua tawaran
dari Kerajaan Arab Saudi itu, Katanya: “Wahabi….susoh kita esok lusa”….aku
terdiam. Bagi aku inilah peluang bagi orang miskin untuk mengubah nasib mereka.
Pada awal tahun
1990an, ramai anak-anak murid ku mendapat tawaran belajar di Madinah,Kami pihak
sekolah sangat gembira dengan kedatangan pensyarah dari Universiti Madinah ke
sekolah kami. Kami sediakan tempat tinggal yang agak mewah kepada mereka.Biasanya
para pensayarah ini tinggal agak lama di sekolah kami, pada masa itu mereka
menguasai sekolah dan surau kami. Kami tidak
lagi boleh berzikir selepas solat, tidak boleh baca selawat semasa
mengadakan majlis-majlis,tidak boleh ada bunyi muzik dan sebagai nya. Namun
kami gembira dengan kedatangan mereka,dengan harapan anak-anak murid kami dapat
melanjutkan pelajaran ke seluruh dunia ke peringkat yang lebih tinggi.Di bawah
bimbingan dan perancangan Pengetua kami yang bijak sana ,sekolah kami dapat
pengiktirafan dari semua university di Indonesia,Arab Saudi, Kuwait,Mesir,
Maghribi,Sudan,India dll. Sijil Agama
kami layak memasuki mana-mana university hatta ke UIA & UKM.Kami dapat
menghantar se jumlah kecil anak-anak didik kami ke sana…… betul pun
telahan isteri Tuan Guru tu….mereka yang
balik dari university di Tayyibbah semua
jadi wahabi.Namun aku tak kisah sangat……
Akhir-akhir
ini, persaolan wahabi mula timbul semula, ramai anak-anak muda sokong wahabi
terutama mereka yang terpengaruh dengan seorang mufti di utara tanah air dan
juga seorang doctor hadis dari Jordan. Mereka membawa sesuatu yang baru, hujah
yang baru,hokum yang baru…ini menarik minat orang muda untuk mengikuti mereka. Sikap
Orang Melayu agak ganjil menurut kata
seorang penceramah:”Kalau mereka pergi England balik nanti mereka lebih hebat
dari Mat Salleh;rambut pun merah ,jika masuk Tabligh pergi Pakistan lebih hebat
dari Orang Pakistan;baju melayu pun tak ada, Kalau belajar di Mekah pula mereka
lebih hebat dari wahabi Mekah”.Aku rasa pendapat penceramah itu betul, kalau
nak bandingkan Imam Muhammad Abd Wahab dengan Imam Asyafiee, apa lah sangat.
Imam Asyafiee seorang mujtahid mutlak,hafal Quraan dan menghafal ratusan ribu
hadis, ahli Bahasa,ahli sejarah. Kedudukan Muhamad Abd Wahab sangat jauh dengan
Imam Asyafiee tetapi orang wahabi tetap mengatakan Muhammad Abd Wahab lebih
hebat.Kitab-kitab karangan Muhammad bin Abd Wahab ada beberapa judul sahaja,
satu judul hanya ada 100 halaman sahaja. Begitu juga kalau nak banding doctor
hadis dari Jordan itu dengan ahli hadis Malaysia yang mengaji di India apa lah
sangat, Doktor yang dikatakan pakar hadis itu Cuma hafal 700 hadis saja,
sedangkan penuntut hadis yang mengaji di Pakistan dan India, mereka menghafal
Sunan Sittah (7 kitab besar sunan) paling tidak mereka menghafal Kitab Bukhari
dan Muslim,paling2 tidak ada 7000-10000 hadis mereka hafal,namun kerana sifat
tawaduk mereka tidak dikenali.
Cuma aku heran,
cara puak-puak wahabi ni menjawab segala persaolan berbelit-belit sebagai
contoh; pernah aku petik satu risalah dari Mohamad bin Abd Wahab mengenai
persaolan mazhab,masalah tarekat,masalah berselawat dll, maka jawab satu orang
ustaz wahabi:”Cuba tengok dalam kitab Hassan Saqaf”,maka kebetulan aku ada
memiliki kitab tersebut lalu aku ambik quotation dari risalah tersebut…..antara
nya Mohamad bin Abd Wahab dia tidak pernah mengkafirkan orang bertawasul dll….maka
jawab ustaz itu:”Itu ada lah fitnah!!”….aku jadi keliru, ustaz-ustaz wahabi
menolak quotation tersebut tetapi segala cakap mufti dari salah satu negeri di
utara semenanjung dan doctor pakar hadis itu sama dengan apa yang di tulis oleh
Mohamad bin Abd Wahab di dalam Risalah nya. Contoh:
“Dan sebagian perkataannya [Muhammad bin Abdul Wahhab],
“Aku menganggap
bathil kitab [fikih] empat madzhab, dan aku katakan bahwa manusia dalam kurun
waktu 600 tahun mereka tidak beada atas kebenaran
= Ustaz Wahabi
selalu menolak untuk berfatwa di dalam Mazhab Assyafiee Sebaliknya mengambil
mazhab lain spt Babi tidak najis diambil dari Mazhab Maliki sekali pun pendapat
ini sangat daif di dalam mazhab tersebut(Hadis mereka pakai hadis sahih tetapi
pendapat fekah guna pendapat paling lemah), mereka membuat seruan supaya
berfikiran terbuka,menolak mazhab ,kembali berijtihad,menolak hadis daif.
“Dan sebagian perkataannya [Muhammad bin Abdul Wahhab],
aku katakan
jika aku mampu untuk menghancurkan kubah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa
sallam niscaya akan aku hancurkan, dan sekiranya aku mampu juga atas ka’bah,
niscaya aku ambil talangnya dan aku buatkan talang dari kayu, dan aku haramkan
berziarah ke makam Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan aku mengingkari
untuk berziarah ke makam kedua orang tua dan selain dari keduanya,
=Ustaz Wahabi
selalu memfatwakan bahawa talqin,tahlil arwah bidaah,dsb manakala menzairahi
kubur nabi bukan lah Sunnah, tetapi bila dikatakan sumbernya dari risalah Mohamad
bin Abd Wahab,mereka menafikan nya.
“Dan sebagian perkataannya [Muhammad bin Abdul Wahhab],
Dan aku
mengkafirkan orang yang bersumpah dengan selain Allah, dan aku mengkafirkan
Ibnu Al-Faridh dan Ibnu ‘Arabi, dan aku akan membakar kitab Dalalil Al-Khairat
dan kitab Raudh Ar-Riyahin [taman kesenangan] dan aku akan menamainya Raudh
Asy-Syayathin [taman para setan],
=Di dalam
ceramah ustaz-ustaz wahabi selalu mereka “condem” tarekat dan tasawuff,konon
nya ajaran ini dari syiah,atau terpengaruh dengan syiah dll. Mereka selalu
mengatakan tarekat ada sesat dan tarekat ajaran setan bukan dari sumber Islam
atau Hadis.
Kenapa mereka kata quatation dari Muhamad bin Abd Wahab ini tidak benar????
Aku seorang
yang tidak taksub, agak liberal…..Cuma bagi aku, pandangan yang diberikan oleh golongan wahabi sangat-sangat
mengelirukan , Ini kerana puak wahabi tidak ada menghasilkan sebuah pun kitab
fekah yang boleh jadi pegangan kita, wahabi tidak ada menghasilkan satu kitab
tauhid pun utk panduan kita, wahabi tidak ada satu kaedah fikhiyyah pun utk
jadi minhaj hokum kita….bagaimana kita nak tukar jadi wahabi dalam keadaan yang
meraba-raba begini……..Dal wa aldal….
marilah kita menganalisa jangan takut
mengkaji,membaca,berbincang; kita akan menemukan jalan yang benar akhirnya.
18 comments
perkongsian yang bernas.. mencabar minda.. baca dengan fikiran yg luas..
BalasPadamMungkin kena letak picture supaya tak bosan nak baca tapi nice bagus ni...
BalasPadamPeringatan buat diri Ros sendiri. Perlu rajin belajar, membaca, berguru dan mengkaji. Jangan mudah terikut-ikut, bimbang memudaratkan.
BalasPadamNice sharing :)
BalasPadamBagus sebab dapat membuka minda.
BalasPadamNice info..terima kasih atas perkongsian
BalasPadamnote to myself..
BalasPadamTerima kasih untuk artikle ini.. Tak dinafikan... kita mudah terpengaruh dengan sesuatu yang baru, walaupun tak beberapa jelas. Janji nampak lebih hebat berbanding dengan ornag lain
BalasPadamPeringatan utk semua..kita perlu bijak emmilih guru tetapi akhirnya kita kena kembali kepada Al-Quran utk info yg lebih sahih
BalasPadamPeekongsian yang sangat berguna. Next time, 1 entri kalau boleh letak gambar 2 atau gambar untuk tidak membosankan pembaca untuk baca. Salam perkenalan dari onie :)
BalasPadamMesti ambik masa nak tulis entri ni, sebab banyak details dan perincian. Kalau boleh share lah gambar menarik gak, so kita as reader boleh imagine hehe, gambar google pun takpe
BalasPadamwah... sarat dengan ilmu. moga-moga teruskan penulisan ilmiah begini dan selitkanlah gambar. hihi. Salam perkenalan!
BalasPadamWah, sama umur dengan negara kita mendapat kemerdekaan. Semoga anak-anak generasi akan datang tidak mudah terpengaruh.
BalasPadamWah dah lama tak baca blog yang ada buat kajian sebegini. Bagus sungguh! Teruskan!
BalasPadamTerima kasih semua 😊
BalasPadamgood writing, cara penulisan yg sangat bagus.
BalasPadamTerbaik ... orang melayu mudah terikut-ikut ...
BalasPadamSusah untuk mengenalpasti golongan yang digelar 'ustaz wahabi' di dalam artikel ini. Kerana pandangan 'ustaz wahabi' tersebut sangat pelik dan terasing. Walaupun dua tokoh yang dibayangkan (Mufti di utara tanah air dan doktor hadis) di dalam artikel ini mudah diteka siapa, tetapi dakwaan yang mengaitkan 2 tokoh tersebut tidak tepat dan sangat mengelirukan. Semoga kita semua terlindung dari membuat dosa yang tidak sepatutnya.
BalasPadam