Pilih Bahasa

PANTUN TERTUA DI PAHANG



Catatan pantun terawal di Pahang ini di nukilkan oleh Dato Zakaria Hitam ahli sejarawan Pahang. Perkembangan puisi di Pahang bermula sejak zaman tori lagi sebagai mana syair terawal di Pahang dijumpai di dalam Bahasa Arab yang tercatat pada Batu Nesan Lama di Pekan bertarikh pada tahun 419 Hijrah. Manakala pantun terawal di Pahang yang di catat oleh Dato Zakaria Hitam di percayai dalam tahun 1760an. Pantun ini adalah pantun yang terhasil dari perbualan Antara Imam Syahibudin bin Zainal Abidin yang menentang ajaran Martabat Tujuh yang di bawa oleh Imam Nur Qadim. Sesampainya Imam Syahibudin ke Pahang yang baru pulang dari Betawi, beliau tidak terus pulang ke kampong halaman beliau, sebaliknya beliau terus menjalankan usaha dakwah yang di amanahkan oleh gurunya untuk menghapuskan ajaran Martabat Tujuh tersebut. Menurut Dato Zakaria Hitam, Imam Syahibudin memulakan dakwah nya dari Pekan. Kemudian beliau mudik ke hulu Pahang iaitu di Cenor, Mengkarak, Pulau Tawar kemudian balik semula ke  Temerloh. Di Antara tempat yang menjadi tumpuan utama beliau ialah di Kampung Mengkarak. Di sana tinggal seorang tokoh ulama yang terkenal pada masa itu yang bernama Imam Nur Qadim. Imam Nur Qadim asalnya seorang “tuan guru” yang di segani di Pahang,Terangganu dan Kelantan. Sesudah itu beliau mengantikan ayahnnda nya sebagai “Mufti” di Pahang.Tapak kawasan pondok @ pasentren kepunyaan Imam Nur Qadim masa kini di dirikan semula sebuah pusat pendidikan agama diberi nama “PONDOK TUK MENGKARAK” yang di usahakan oleh Ustaz Khairi bin Alias dari Jabatan Agama Islam Daerah Bera bersama rakan-rakan nya di sana. 

Ulama di zaman tori sangat hebat, mereka boleh berdebat dengan menggunakan pantun sementara orang ramai boleh menyaksikan perdebatan mereka.Ulama bijak menggunakan syair dan pantun di dalam menyampaikan dakwah dan memberi pengajaran. Cara ini merupakan satu daya tarikan sebagaimana Ust Kazim Alias menyanyikan lagu-lagu P Ramlee dan lagu Hindustan sebagai bahan seloka. Di dalam sepanjang kajian saya mengkaji syair dan pantun Melayu warisan dari ulama Pahang, saya agak terkilan kerana ada beberapa syair dan pantun yang disimpan oleh para waris,mereka tidak membenarkan kita membuat fotocopy bahan-bahan tersebut. Di Mengkarak, konon nya ada tersimpan beberapa naskah syair Imam Nur Qadim,saying kita tidak dapat mengkaji naskah-naskhah tersebut. Begitu juga karya prosa ulama Pahang; banyak yang dibuang seperti sampah bila si pemiliknya meninggaldunia. Oleh itu jika tuan-tuan ada menyimpan bahan-bahan tersebut bolehlah berbincang dengan kami,agar bahan itu boleh kita perpanjangkan bagi tatapan jenerasi muda hari ini.Sebagai mana dapatan Dato Zakaria Hitam sesame di dalam perjalanan beliau mengkaji sejarah dan budaya Pahang. Maka pada hari ini kita dapat mengkaji dan menatapinya.
Berikut kami rakamkan pantun tersebut:

Imam Nur Qadim berpantun:

Tuk Imam Syahibudin alim Betawi,
Batu Intan dikatakan kawi,
Berbuat ibadat bersayo diri,
Seperti kelakuan orang mencuri.

Ilmu Usul terlalu payah,
Sekalian ulama selalu berbantah,
Jikalau tidak kena kata sepatah,
Menjadi kafir Nauzubillah.

Jawab Imam Syahibudin :

Imam Qadim ali bangsawan
Berbuat ibadat berkuat kuatan
Kelakuan seperti hantu dan syaitan
Bila berbunyi lari hantu di hutan.

Nafi Isbat terlalu payah
Sekalian ulama  banyak berbantah
Jika bercerai kalimah Lailahaillallah
Menjadi kafir nauzubillah.

Martabat Tujuh terlalu masyhur
Racun terbang negeri timur
Lekat dihati sikit tak kendur
Seumpama riwayat orang berikan.

Orang jahil sama nasrani
Terlalu banyak sekarang ini
Mengajar ilmu sesame sendiri
Kepalanya itu mengenal diri.

Ada setengah anasir yang empat
Ada setengah cahaya zuriat
Ada setengah sahabat yang empat
Waktu mati tanda nya ubat.

Berguru ilmu,tiada beringar
Ilmu yang karut disangka benar
Bersunyi-sunyi baru berkhabar
Dengar yang alim terlalu liar.

Terasa sayu pada pandangan
Kepada isteri datuk perempuan
Orang bijak lagi budiman
Upas jahil sudah termakan.

Beberapa fakta sejarah dapat kita keluarkan dari pantun ini ialah:

a.       Imam Syahibudin pernah belajar di Betawi @ Jaya karta atau Jakarta
b.      Imam Syahibudin beramal dengan tarekat Khalwatiyyah
c.       Imam Syahibudin menentang keras ajaran Martabat Tujuh

d.      Imam Nur Qadim keturunan Bangsawan
e.       Imam Nur Qadim bertarekat dengan tarekat Naqsabandiyyah
f.       Imam Nur Qadim merupakan saudara dekat dengan Imam Syahibudin
g.      Imam Nur Qadim orang alim ternama di Pahang
h.      Imam Nur Qadim membawa ajaran Martabat Tujuh Hamzah Fansuri dari Aceh


Mohon jika ada salinan pantun Melayu yang lebih awal dapat kita kongsi bersama untuk maklumat dan kajian sejarah.

Share:

25 comments

  1. Wah.. ada juga pantun tertua ek? Maknanya ini pantun yang trawal wujud ke?

    BalasPadam
  2. Wow.. kehidupan bangsawan penuh dengan adab sopan cara mereka bertutur bicara, tak macam kita ni, guna bahasa pasar aja, its good you documented all these info dik, so tak hilang di telan masa, keep up the good work

    BalasPadam
  3. Dengar ceramah atau dakwah menggunakan konsep ini sememangnya akan menarik perhatian orang ramai. tak sangka plak teknik nih dah digunakan sejak dulu dulu lagi.

    BalasPadam
  4. menariknya info mengenai pantun tertua ini. bagus untuk sharing, lagi-lagi untuk anak muda zaman sekarang. :)

    BalasPadam
  5. nice poem to read. Long time no visit to Pahang, shall make travel list to go

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, welcome and feel free to read our post about one of Pahang attraction at http://sejarahislampahang.blogspot.my/2016/12/jalan-jalan-ke-pekan-sehari-sekitar.html

      Padam
  6. Suka pantun orang lama2 sangat synchronize dan begitu jiwa sangat bangga jadi orang Pahang tau..

    BalasPadam
  7. Sangat menarik pantun ni. Org Pahang ni pon kena byk belajar sejarah negeri sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye jemput baca artikel di sebelah kanan mengenai negeri Pahang

      Padam
  8. Nice info,sis baru tahu benda ni, rasa macam belajar sejarah semula pula haha.

    BalasPadam
  9. Cantik je pantun dia...tersusun indah bila dibaca. Orang dulu2 pantun ni macam kacang je bai diaorg. Kalau sis org suruh reka pantun sure lari x cukup tanah..hehehe

    BalasPadam
  10. Beautiful poem...
    Org dulu2 pndai buat poem

    BalasPadam
  11. Thanks for sharing. Really informative and true about real life.

    BalasPadam
  12. Pantun tentang kehidupan ni lagi mudah difahami. Lenggok orang zaman dulu buat pantun, syair, sajak memang best. Ni belum lagi dibaca oleh mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye mmg betul, jemput baca syair2 dan artikel di sebelah kanan blog.

      Padam

Flag Counter