Pilih Bahasa

SEJARAH SALINAN SURAT BERANTAI PERTAMA DI MALAYSIA & TUAN TEH (1803 masehi)


Pada tahun 1803, Tuan Teh telah menerima satu surat dari Sy Ahmad Perengat yang mana surat itu datang dari Mekah.Surat itu diterima dari guru mereka yang bernama Sy Abdul Jalil di Mekah. Sy Abdul Jalil menerima surat itu dari Sy Sidek Umar Khan yang tinggal di Madinah. Surat itu merupakan wasiat yang di tulis oleh Sy Ahmad, salah seorang dari penjaga makam Rasullulah dewasa itu. Surat ini disibarkan oleh mereka yang mengenali Sy Ahmad ke seluruh dunia. Maka akhirnya surat ini dikenal dengan nama "SURAT BERANTAI". Pengedaran surat ini menganggu ketenteraman rakyat Islam Malaysia sehingga menimbulkan perasan kurang senang. Ada pihak yang percaya kepada surat ini dan ada pihak yang langsung tidak percaya kepada surat ini.  Beberapa tahun yang lalu, kerajaan Malaysia melalui JAKIM telah mengharamkan pengedaran surat tersebut kerana ia mengandungi unsur2 syirik kerana terdapat perkataan :"Barang siapa yang tidak membuat salinan surat ini dan di hantar kepada orang lain,maka ia akan di timpa bencana".  Bunyi surat itu seperti berikut:

Dengan nama Allah jua ku memulai membaca surat wasiat ini, Ia jua tuhan yang maha pengasih akan segala hamba yang mukmin dan kafir dalam negeri dunia ini lagi amat mengasihani akan segala hambaNya yang dalam negeri akhirat. Segala puji pujian tertentu bagi Allah tuhan seru sekalian alam dan rahmat Allah dan Salam Allah ke atas penghulu kita nabi Muhamad dan atas segala keluarganya dan segala sahabatnya sekalian.
Adapun dari itu maka berkata Syeikh Ahmad (1803 Masehi ) yang khadam di makam Rasullulah katanya : aku mimpikan dalam tidurku pada malam Jumaat pada hijrah Rasul 1216 Hijrah,maka aku lihat baginda itu sedang membaca Al Quraan. kemudian dia berkata kepada ku .Katanya:"Hai Sy Ahmad ,engkau hadirkan pada mu satu wasiat supaya meminum dia akan segala mukmin dari umat ku". Sabda Nabi lagi:"Adalah hal umat ku pada masa sekarang di dalam kesukaran yang amat sangat kerana banyak durhaka meraka dan dosa mereka kepada Allah taala. Maka adalah jika dikira bilangan mereka yang meninggal dalam satu minggu 70,000 orang, maka yang beriman hanya 70 orang saja. yang beriman. ..........semua aku dengar perkataan ini dari Malaikat.Dan segala Malaikat itu berkata lagi: Mereka itu ya Muhamad mengerjakan ia akan maksiat pada hal diketahui dan kenal mereka akan Allah maka sekarang dengan kehendak Allah menukarkan rupa mereka itu dan sifat mereka yang elok kepada yang keji.DiKehendaki oleh Allah membinasakan mereka itu dalam dunia ini dan mengubah segala nikmat yang telah dianugerahkan dengan sebab mereka melakukan maksiat.
Bahawa segala mereka itu melakukan maksiat,:
-Meminum arak
-berbuat zina
-mencuri dan merampas
-Memakan riba & berbuat inaya
-Berkata-kata dusta & bersaksi palsu
-Banyak mengumpat & Mengadu domba .
-Ujub, Takbur, Dengki, Kasih pada pujii orang,
-Bermain gendang, serunai, bersabung dan berjudi
-tiada mahu memberi makan orang miskin 
-Kasih pada dunia lebih pada akhirat
-meninggalkan segala fardhu kerana dunia
-meninggalkan solat berjemaah & Jumaat

........................Barang siapa  yang membaca wasiat ini dan tidak beramal dan tidak menghantar kepada orang lain maka datang lah hari kiamat besok muka nya hitam legam dan aku akan jadi seteru kepada mereka itu....(inilah ayat yang menyebabkan jadi tidak betul akidah jika percaya pada surat berantai ini)


Apa yang menarik pada surat ini terdapat satu fakta iaitu Tuan Teh mempunyai hubungan baik dengan Sy Ahmad Perengat sehingga mereka saling hubung menghubungi antara satu sama lain. Apabila Sy Ahmad Peringat menerima surat ini dari Mekah, maka dengan segera ia menghantar surat ini ke Pahang. Ini bermakna pihak berkuasa agama di Pahang mempunyai hubungan baik dengan pihak agama di lain-lain tempat di Nusantara. Kemungkinan melalui hubungan ini lah kita dapati ada kitab karya Tuan Teh di cetak di Sumatera. Surat ini juga menyebutkan bahawa Tuan Teh pernah belajar di Mekah.Begitu juga dengan adiknya Kadi Besar Pahang Kadi Abu Bakar bin Imam Syahibudin meneria pendidikan di Mekah. Nama gurunya yang disebut dalam surat ini ialah Syeikh Abdul Jalil. Nama guru ini memang merupakan guru yang terkenal di Mekah awal kurun ke 19.
Setengah pihak berpendapat, surat ini merupakan usaha musuh-musuh Islam untuk merosakkan umat Islam dari dalam, mereka menggunakan para pemuka agama dan sentimen agama untuk memberi kesan kepada usaha mereka. Walaupun surat ini permulaan nya agak baik akan tetapi di akhir surat ini mengandungi unsur-unsur yang merosakkan akidah dan agama.


Share:

0 comments

Flag Counter