AJARAN SESAT: FATWA TUAN TEH @ KADI BESAR PAHANG PADA TAHUN 1791
AJARAN SESAT: FATWA TUAN TEH @ KADI BESAR
PAHANG
Sebagai Kadi Besar di Negeri Pahang, selepas dilantik
maka Tuan Teh telah mengeluarkan satu edaran surat warta berkaitan dengan
perkara yang melibatkan akidah dan kepercayaan di Pahang.Oleh kerana Negeri
Pahang terkenal dengan para pahlawan yang gagah perkasa di samping terdapat
sebilangan ulama yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, maka
lahirlah pula pelbagai mazhab dan aliran di Pahang ketika itu. Maka terdapat di
Pahang sebilangan pengikut Aliran Martabat Tujuh yang diambil dari Aceh,Aliran
Bersufi-sufi Diri yang di dapati dari kerajaan Payang, Pelbagai golongan
tarekat seperti Tarekat Ba Alawi yang di bawa oleh Imam Syahbudin ,Tarekat
Naqsabandi yang di bawah oleh Imam Zul Bayan , Tarekat Satariyyah yang dibawa
oleh Kadi Ismail . Begitu juga di dalam ilmu kependekaran dan perbomohan
terdapat ramai mereka yang terlibat kerana Negeri Pahang sejak awal kurun ke 18
mulai tidak lagi aman di mulakan oleh perebutan kuasa di antara Raja Kecil
Besar dengan Raja Sulaiman, Campur tangan Bugis ,Kerajaan Pahang membantu Bugis
menyerang Kedah,Bendahara Tun Ali membantu mengukuhkan kesultanan Selangor dsb.
Para Pahlawan bukan sahaja berasal dari Pahang tetapi mereka juga diundang dari Tanah Jawa,Palembang, Makasar,
Kalimantan. Maka terdapat pelbagai suku kaum di Pahang sama ada dari suku
Melayu,Banjar,Rawa,Minangkabau,Bugis,Jawa termasuk India,Cina,Eropah,Siam ,
Kemboja dll. Maka dari keadaan ini Tuan Teh selaku Kadi Besar Pahang mengeluarkan
satu garis panduan mengenai iktikad dan kepercayaan, mengenai perkara bidaah
dan khurafat.Warta ini dikeluarkan bagi tujuan menjaga akidah umat Islam tidak
terjerumus ke dalam aktikad yang syirik,sesat@dholalah dan salah. Maka warta
tersebut berbunyi begini:
“Dengan sebab ilmu, tanbih (ingat2)
daripada iktikad semata kufur lagi dholalah seperti iktikat bahawa wujud
manusia wujud Allah dan Nur Muhamad pancar dari zat Allah dan Muhamad sifat Allah
dan asal alam daripada zat Allah kemudian kembali kepada zat Allah dan umpama Allah
dengan alam seperti matahari dengan cahaya dan seperti ombak dengan laut dan
kapas dengan kain dan seperti bayang dengan empunya bayang dan berpindah sifat Allah
kepada insan dan menjadilah Allah itu bersatu dengan insan maha suci lagi maha
tinggi daripada kata kafir yang malun dibinasakan Allah taala dan lagi ingat daripada iktikad yang cemar lagi
najis ia itu iktikad Martabat Tujuh dan daerah yang dicemarkan Allah taala
dengan mahluk seperti orang yang belajar dengan bersunyi-sunyi dan orang yang
berkata iktikad hakikat bersufi-sufi diri dan orang yang belajar talqin zikir
dijadikan Allah taala dalam manusia dan beberapa lagi perkataan yang semata
mata kafir lagi dholalah seperti perkataan A’yan Thabith,A’yan Kharij dan Alam
Lahut dan Ruh Idhofi dan kiblat nyawa dan diri yang sebenar diri dan sembahyang
batin dan nikah batin dan hakikat junub dan hakikat menyembelih dan hakikat
senjata dan hakikat sembahyang dan pantang pemali dan tuah senjata dan
bertenung dan berjaga dan semangat padi dan segala riwayat yang tidak ketahuan
asalnya seperti kiambang,donan dan lain nya dan ilmu tembak dan ilmu kebal yang
berhakikat dari sesuatu dan cuca harimau dan ilmu nisyan dan tawar dan jampi
yang tidak ketahuan asalnya dan asal besi dan ketika lima dan naka dan jakni
dan Rijal al Ghaib dan kata menyangkal dan tempoh sekati dan ajal muajjal, maka
sekalian ini masyhur di bawah angin pada sekaliah jahil dan fasik maka sekalian
aktikad ini dan perkataan ini masuklah pada iktikad dan perkataan Wujudiah dan
Batiniah dan Dahriyah dan Falsafah dan Nasrani dan Yahudi dan Majusi
dibinasakan Allah taala dilaknatikan dalam Al Quran;Firman Allah taala:
Mereka itulah orang di kutuki oleh Allah akan mereka itu dan firman Allah:
Yakni segala mereka yang sesat hidup mereka dalam dunia ada lah mereka itu
mengira-gira ia akan kebajikan amal mereka sedangkan amal mereka hanya lah
hampa semata mata.Maka sekalian iktikad dan perkataan itu jangankan hampir kepada
Islam,mencium bau Islam pun tiada.Dilindungi Allah taala kiranya segala yang
beriman daripada yang demikian itu- Catatan ini di tulis pada malam Ahad
selepas solat Isyak akhir bulan Muharram bersamaan 1206 Hijrah , penulisnya ia
lah fakir alHaq Muhammad bin Syahibudin al Fahani al Berhali. Catatan ini di
salin semula pada malam Rabu bulan Zu al Hijjah 1312 Hijrah.
(Warta ini tercatat di dalam Cenderahati
Majlis Memperingati Tokoh Ulama Silam ke 8 Anjuran UKM 1983 & Buku “Tokoh
Ulama Pahang” sempena hari memperingati keputeraan KDYMM Sultan Pahang 2014)
Ajaran yang salah:
1)Martabat Tujuh @ Wihdat al Wujud @ Wujudiyah
: Ajaran ini berasal dari pengaruh ajaran Yunani kuno yang diimplemantasikan
oleh Ibnu Arabi @ Ahli Tasawuf yang mengatakan bahawa manusia dan Allah itu
adalah satu dari segi wujudnya seperti ombak dan laut. Ombak berasal dari laut
yang zahir dengan sebab akibat yang hanya diketahui oleh Allah. Pecahan dari pendapat
ini ada banyak seperti pengikut al
Hallaj dsb
2)Bersufi sufi Diri: Ajaran yang diambil dari
Sy Siti Jenar dari Payang di Jawa yang mendakwa bahawa tuhan ada dalam dirinya
dan syurga neraka itu tidak ada. Kebahagian ada di mana tidak kira orang miskin
atau kaya.
3)Batiniah: Ajaran dari Iran yang mengatakan
bahawa setiap yang zahir itu ada batin nya.Ia merupakan ajaran yang lahir dari
fahaman syiah, ajaran ini berkembangan menjadi ajaran Ahmadiyyah dan Bahai.
4)Dahriyah: Golongan yang berpendapat bahawa
alam ini tidak dijadikan oleh tuhan sebaliknya ia terjadi sendiri dengan perubahan
masa. Ajaran ini berkembang dari pendapat golongan zindik dari agama majusi.Di
zaman moderan ini ajaran ini menyamai teori evolusi yang di polupori oleh
Charles Darwin.
5)Nasrani merujuk kepada agama Kristian
6)Yahudi merujuk kepada agama Nabi Musa yang
diselewingkan oleh Rabi-rabi Yahudi
7)Rijal al Ghaib: adalah sejenis manusia yang
berkebolehan menghilangkan diri tetapi boleh dipanggil untuk meminta bantuan
dengan cara cara tertentu, ada pendapat mengatakan ia berasal dari golongan
jin.Ada mengatakan ia adalah para malaikat, ada pendapat mengatakan mereka
adalah golongan para Abdal, semua pendapat ini adalah meragukan yang paling
jelas ini bukan dari ajaran Islam,bukan dari sunah Rasullulah dan para sahabat,
dibimbangi ia adalah jelemaan syaitan.
8)Ajal Muajjal; Ilmu sesat untuk mengetahui
bila ajal sesaorang itu akan sampai dengan melihat tanda tanda pada anggota
badan dan alam semesta, ajaran ini tidak ada di dalam Quran dan hadis hanya
rekaan manusia semata-mata.
9)Roh Idhofi: seperti rijal alGhaib ia boleh
membantu sesaorang dalam kesempitan
10)Nikah Batin: Akad nikah yang dilakukan oleh
“Mahaguru” bagi membolehkan ia berkahwin dengan sesaorang wanita yang di ingini
tanpa perlu pada mas kahwin, wali dan saksi.Ada amalan nikah batin berlaku
ketika golongan ini melakukan ratib beramai2,”Tok Guru” melakukan persetubuhan
dengan murid perempuan yang dia kehendiaki sehingga selesai ratib maka tidak
lagi berlaku nikah batin ini. Tujuan ajaran ini hanyalah untuk memuaskan nafsu
sahwat sex sahaja.
11)Segala jenis ilmu hakikat spt Hakikat
Solat,Hakikat Sembahyang,Hakikat Sembelih,Hakikat Junub: Sejenis ajaran sesat
yang kononya jika sesarang mengetahui
hakikat sesuatu maka ia sudah sampai ke martabat tertinggi di dalam
agama, oleh itu setelah mengetahui sesuatu “Hakikat” ia tidak perlu lagi
melakukan amalan spt solah,puasa,zakat dan haji. Orang ramai melakukan semua
ritual ibadat keran mereka belum mengetahui hakikat amalan tersebut.
Ilmu Pendekar & Perbomohan
12)Tenung : Ilmu Bintang Dua Belas, Nujum dan
Tilik Nasib.
13)Pantang Pemali: Ilmu Pelangkah, Untung Rugi
dll.
14)Tuah Senjata: Ilmu memilih senjata, Ilmu
tuah besi dan batu permata.
15)Kiambang:
sejenis ilmu sihir yang boleh membunuh dari jauh.
16)Donan : Ilmu Gagah
17)Cuca Harimau: Ilmu untuk menghalau atau
melemahkan harimau & binatang buas
18)Naka: Ilmu Persilatan
19)Ilmu Kebal: Ilmu Kepahlawanan.
Menurut Tuan Teh semua ajaran ini berlawanan dengan Islam dan
dilarang oleh Rasulullah. Ajaran ini sama ada tidak berasal dari Islam atau pun
direka oleh musuh-musuh Islam. Begitu juga sebahagian ilmu kependekaran seperti
ilmu kebal dan ilmu perbomohan seperti ilmu tenung dan rasi adalah ilmu yang
diambil dari agama Hindu yang berlawanan dengan akidah Islam. Oleh itu beliau
telah memberi peringatan kepada umat Islam di Pahang mengenai bahaya
ajaran-ajarang tersebut yang boleh merosakkan iman dan akidah mereka.
0 comments