Pilih Bahasa

KISAH BAGAIMANA KAMPUNG 'BALIK GANTANG' MENDAPAT NAMA


Makam Tuan Teh bin Imam Shahibudin, dipercayai memegang jawatan Kadi Besar Pahang pada tahun 1790. Beliau mempunyai beberapa karamah di antara nya; pernah seorang saudagar di timpa ribut di laut cina selatan berhampiran Kuala Pahang, apa bila kapal nya hampir karam, saudagar itu berseru:’ Ya Allah, dengan berkat karamah Tuan Teh selamatkan lah baranganku dari jatuh kelaut. 


Makam Tuan Teh di Kampung Berhala Gantang


Maka tidak lama kemudian laut pun reda dan angin kencang pun berlalu.Maka saudagar itu bernazar untuk memberi Tuan Teh segantang emas. Ada pun emas segantang itu di tutup dengan tembakau.Maka berkata saudagar itu:”Jika benar Tuan Teh  itu keramat nescaya emas ini akan pulang pada tuan nya”.

Maka emas itu dikirim oleh saudagar itu pada seorang peniaga perahu pecut yang membawa barang dari Pekan ke Kuala Lipis.Peniaga yang menerima kiriman barang itu berjaja dari Pekan Ke Kuala Lipis hingga habis semua barangan yang di bawa kecuali tembakau yang diletak dalam gantang itu.

Sesampai ke Kuala Lipis masih tidak laku juga tembakau itu,maka pulang lah peniaga itu ke Pekan. Sesampai di Kg Berhala Gantang,peniaga itu singgah utk solat dan bermalam. Apabila tiba di pengakalan, kebetulan Tuan Teh sedang mandi lalu beliau menegur peniaga itu: “Apakah ada lagi barangan yang boleh di beli?”, maka jawab peniaga:” semua barang sudah habis kecuali tembakau segantang”. 

Maka kata Tuan Teh:” Bagi lah kepada hamba tembakau itu”. Maka di jual oleh peniaga itu tembakau dan gantang nya sekali…..maka dari kisah itu mula orang menyebut Kg Berhala Gantang dengan nama “Balek Gantang” kerana gantang yang sudah sampai ke Lipis balik semula ke hilir di Kg Berhala Gantang.

Share:

0 comments

Flag Counter

Pemberitahuan

Pemberitahuan
Segala hantaran/post di blog ini hanya berkaitan dengan usaha sama dalam memperkasakan sejarah islam, budaya, makanan dan tempat pelancongan di negeri Pahang, dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak serta tidak menerima pengiklanan. Semua perkongsian adalah atas minat penulis yang mula berkembang sejak zaman universiti. Sebarang perbincangan yang berkaitan dengan perkongsian sejarah sahaja akan dilayan dan kami amat menghargai pihak-pihak yang berkongsi minat yang sama mengenai sejarah. Terima kasih atas sokongan anda dan para pembaca selama ini. Tanpa sokongan anda dan kerjasama dari mana-mana pihak, belum tentu kami dapat meneruskan usaha ini.Teruskan membaca blog Sejarah Islam Pahang.