Pilih Bahasa

SHAHIBUL SAMAHAH MUFTI TUAN SYEIKH ABDUL RAHIM BIN IBRAHIM SAMANUDDI AL AZHARI

PENGETUA KULLIAH YANG PERTAMA (1941-1949)
SHAHIBUL SAMAHAH MUFTI TUAN SYEIKH ABDUL RAHIM BIN IBRAHIM SAMANUDDI AL AZHARI.

            Tuan Syeikh Abd Rahim al Samanuddin merupakan tokoh agama yang terkenal di Singapura. Beliau berasal dari Mesir,mendapat pendidikan agama di sana hingga berjaya menamatkan pengajian beliau di Univesiti al Azhar.   Kemudian beliau datang ke Singapura dan mengajar di beberapa buah sekolah seperti sekolah al Junid  dan mengajar sambilan di beberapa buah  masjid di sana seperti Masjid Sultan .Nama beliau menjadi sebutan penduduk tempatan kerana kebolehan beliau di dalam Bahasa Arab dan bidang Syariah. Tuan Sheikh sempat berkenalan dengan Sultan Pahang ketika diSingapura. Baginda KDYMM Sultan Abu Bakar sering ke Singapura bagi urusan kerja dan juga berehat di sana.  Hasil dari perkenalan dan kekaguman baginda kepada Tuan Syeikh Abdul Rahim,Sultan Abu Bakar sangat mencintai ulamak dan mempunyai hubungan yang baik dengan para ulamak terutama para ulama yang mempunyai pemikiran yang kritis dan berdaya maju . Maka  baginda menjemput beliau untuk menjadi pengetua di Kulliah Sultan Abu Bakar yang pada masa itu kekurangan guru yang mahir di dalam bahasa Arab.  Pada tahun 1941 setelah Kulliah didirikan maka Baginda Sultan telah menjemput Shiekh Abdu Rahim menjadi pengetua Kulliah yang pertama.Jasa tuan syeikh terhadap Kulliah sangat besar, selama 8 tahun beliau berada di sana dan menghadapi dua kali dugaan yang besar, pertama sebaik sahaja Kulliah di tubuhkan,maka berlaku perang dunia yang pertama di mana Negeri Pahang turut terlibat sama sehingga memaksa KDYMM Sultan berpindah randah ke seluruh daerah sehingga menetap agak lama Kg Raja,Temerloh Pahang. Kemudian Tuan Syeikh pula terpaksa berhadapan dengan gangguan dari Militan Melayu yang gigih untuk menuntut kemerdekaan dari British.Peristiharan Darurat oleh British menyebabkan kesukaran kepada ibubapa dan murid untuk datang ke sekolah. Pada masa beliau mentadbir sekolah ini didirikan sebuah pejabat dan juga rumah guru untuk kemudahan pentadbiran. Rumah guru dibuat berkembar kerana Tuan Syeikh berkahwin dengan dua wanita tempatan. Namun perkahwinan itu tidak mendapat zuriat.

            Setelah beberapa tahun menjadi pengetua di Kulliah Sultan Abu Bakar,maka Tuan Haji  Abbas Taha meninggal dunia, maka KDYMM  Sultan berkenan pula melantik Tuan Syeikh Abdul Rahim sebagai mufti Pahang ketika itu mengantikan Tuan Haji Abbas Taha. Tawaran itu diterima dengan baik oleh Al Fadilat al Sheikh, akan tetapi jawatan itu tidak lama di pegang oleh Tuan Syeikh ini  kerana Tuan Sheikh sudah berumur dan selalu uzur, maka Tuan Sheikh meminta kebenaran dari Tuauku Sultan untuk balik ke Mesir.Beliau kembali ke Mesir dan meninggal di sana.

Bersambung ke kisah Pengetua Ke- 2 : PENGETUA TUAN HAJI MOHD MOKHTAR BIN AHMAD

Share:

0 comments

Flag Counter

Pemberitahuan

Pemberitahuan
Segala hantaran/post di blog ini hanya berkaitan dengan usaha sama dalam memperkasakan sejarah islam, budaya, makanan dan tempat pelancongan di negeri Pahang, dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak serta tidak menerima pengiklanan. Semua perkongsian adalah atas minat penulis yang mula berkembang sejak zaman universiti. Sebarang perbincangan yang berkaitan dengan perkongsian sejarah sahaja akan dilayan dan kami amat menghargai pihak-pihak yang berkongsi minat yang sama mengenai sejarah. Terima kasih atas sokongan anda dan para pembaca selama ini. Tanpa sokongan anda dan kerjasama dari mana-mana pihak, belum tentu kami dapat meneruskan usaha ini.Teruskan membaca blog Sejarah Islam Pahang.