Pilih Bahasa

MEMORI 60’s : PENGAKAP KELANA

MEMORI 60’s : PENGAKAP ISLAM @SUKARELAWAN PEMUDA ISLAM

Pendahuluan

Tahun ini usia aku menjangkau 60 tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab aku sayang kamu semua.

MOMEIR 60’s : PENGAKAP KELANA

Semasa aku masih bujang, aku menumpang tinggal di rumah kakak ku bernama Hamidah. Isteri kepada Ustaz Alias Sichik. Aku tinggal disitu bagi memudahkan aku datang ke sekolah kerana rumah Ust Alias hanya bersebelah dengan Kulliah Sultan Abu Bakar, di samping aku boleh makan dan minum tanpa perlu memasak dan pergi ke kedai, mentelah rumah sewa itu agak besar sekali pun kakak ku mempunyai ramai anak yang kecil tapi masih selesa. Aku agak baik dengan pelajar2 ku, bukan sahaja kami berkawan malah aku juga datang kerumah sewa pelajar yang tinggal di luar seperti rumah sewa Tuan Kadi Lepih ketika ini. Kawan baik aku masa itu ialah Cikgu Salleh Harun yang mengajar di SMA  Al Attas, Cikgu  Nazaruddin,Cikgu Mokhtar,Ustaz Haji Sulaiman,Cikgu Nasir yg sekarang pengetua SMA Bukit Ibam, Cikgu Tee Ah Wang seorang guru cina berasal dari Kelantan. Di antara ramai-ramai ni kawan yg agak rapat dgn aku ialah Cikgu Salleh Harun yang berasal dari Kg Bukit Nyalas Melaka dan Cikgu Te Ah Wang yang berasal dari Kelantan.Cikgu Te Ah Wang boleh berbahasa melayu dengan baik malah selalu melanggang surat kabar jawi Utusan.Oleh kerana aku tinggal bersama kakak ku maka soal makan minum bukan menjadi masalah bagi orang bujang spt aku. Masa  disebelah petang dihabiskan dengan pelajar ku yang sudah besar panjang.Aku menyokong pelajar2 dlm kegiatan kurikulum, masa itu pasukan bola kami agak kuat, di pekan dalam tahun 70an,80an ada liga bola sepak antara kampung2, semua kampong ada pasukan bola sepak yg kemas tersusun, kami sekalipun mewakili sekolah tapi dengan kebenaran KDYMM, maka kulliah boleh sama bertanding.  Kami selalu menduduki tempat naib johan, ini kerana bila ke final kami bertemu dengan pasukan mahkota Alam, pengetua selalu berpesan:”buat2 kalah”……Sebagai orang suruhan setiap petang rabu aku menjaga dan mempastikan semua pelajar asrama lelaki dan perempuan menghadiri kegiatan kelab ilmiah bemula pukul tiga petang hingga waktu asar. Aku merrancang kegiatan ilmiah sepanjang tahun, pelbagai pertandingan ilmiah di adakan dalam tiga Bahasa, kami selalu menjuarai pertandingan syarahan dan Bahas Bahasa inggeris untuk daerah pekan. Klau pengadil tak main silap mata, ada sekali tu kami hampir jadi juara Bahasa Bahasa inggeris untuk negeri Pahang.

Pada sebelah malam biasanya aku ke sekolah SMA Al Attas bertemu kawan2 terutama Cikgu Salleh Harun,kadang bermain badminton dengan cikgu te ah wang di dewan sekolah.Hari cuti sabtu dan Ahad merupakan hari yang ditunggu, ini disebebkan kami masih muda dan bujang banyak masa lapang pada hari tersebut, tidak seperti sekarang cikgu dipaksa datang ke sekolah pada hari cuti.Kami merancang pelbagai kegiatan untuk mengisi masa lapang dua hari tersbut, salah satu acara kegemaran kami ialah pergi berkelah . Cikgu Te selalu membawa bersama beliau beberapa orang amoi dari bandar pekan utk jadi teman berbual dan memasak untk kami sepanjang perkelahan.ini menambahkan lagi kekuatan semangat kami untuk pergi setiap minggu berkelah.  Tempat yang menjadi tumpuan kami ialah kawasan2 terpencil seperti Sungai Miang.Batu 12 nenasi,Tasik Cini, Kuala Pahang Tua,Padang Rumbia,berkayak di pulau enjin, pantai air lilih di Kuala Pahang.Cikgu Te Ah Wang adalah cina Kelantan dia tak berapa pandai cakap cina maka dia kesunyian ketika di pekan, manakala Cikgu Salleh Harun pula pada masa itu gila nak dapatkan “Manik Kayu” sebeb dia aktif di dalam pengakap. Maka Cikgu Salleh menubuhkan kelab pengakap kelana, pasukan yg beliau susun itu pelajarnya di ambil  dari Institute Kemahiran Mara Pekan bagi pelajar remaja dan beberapa sekolah rendah spt Sekolah Rendah Kebangsaan Kg Langgar bagi pelajar peringkat awal. Aku Selalu juga mengikuti beliau pergi membuat latihan ke sekolah2 itu. Pernah Cikgu Salleh membawa kami pergi mendaki gunung ledang bersama dengan pelajar2 dari IKM bagi menjayakan usaha beliau untuk mendapatkan manik kayu yang sangat beliau impikan itu.Kami naik dari Asahan dan turun ke air terjun di sebelah negeri Johor. Perjalanan itu tidak dirancang,kami berjalan dari pukul 7 pagi dan tidur dalam pukul 2 pagi, besoknya kami bangun pukul 10.00 pagi.



Hasil dari kerja keras untuk mendapatkan manik kayu, Cikgu Salleh Harun mengsyorkan supaya di tubuhkan satu pasukan pengakap Islam. Aku rasa idea itu baik dan meminta beliau membuat satu kertas kerja lengkap.  beberapa bulan kemudian beliau datang membawa kertas kerja tersebut dengan lengkap,betul2 lengkap setiap peringkat dan lengkap dengan uniform untuk lelaki dan perempuan. Aku katakan pada dia bawa proposal itu pada pengetua dan satu Salinan untuk JAIP. Aku juga memberi cadangan supaya beliau tubuhkan satu pasukan contoh di SMA Al Attas. Pasukan yang beliau raancang itu mempunyai asas yang sama dengan pasukan pengakap biasa Cuma dari segi aktiviti kami ubah spt duduk keliling unggun api diubah kepada duduk santai sambil berusrah, lagu2 pengakap yang pelbagai jenis itu kami ubah kepada lagu2 dan zikir keagamaan. Begitu juga dari segi sijil kepandaian memasak,memasang kemah dll kami tambah dengan sijil azan,sijil imam,sijil mencari arah kiblat.Apabila kertas kerja ini dibawa pada pengetua….biasalah kertas ini di tolak dan JAIP pun buat tak tahu saja sebeb benda ini memerlukan perbelanjaan yg besar….tak lama kemudian Cikgu Salleh di tukarkan ke tempat lain, Cikgu Te Ah Wang berkahwin dan tukar ke Perak, 

aku yang tinggal seorang mula berbaik2 dengan puak2 ABIM pulak…….habislah zaman muda  aku,tahun 1984 aku kawin dan mula sibuk dengan keluarga….

Share:

0 comments

Flag Counter