MEMORI 60’s : PEKAN SE HARI @ SARI TEMERLOH
MEMORI 60’s
Pendahuluan
Tahun ini usia aku menjangkau 60
tahun, aku dilahirkan di tahun kemerdekaan Tanah Melayu 1957. Sekarang aku
dalam masa kecederaan, ibarat dua pasukan bola yang sedang bertarung,bila-bila
masa sahaja pengadil akan meniupkan wisel penamat. Perjalanan hidup aku
bukanlah menghairankan sangat cuma aku banyak masa lapang maka sewajarnya aku
menulis dan mencorit sedikit sebanyak apa yang aku lalui. Mengimbau kenangan
lama bersama kawan-kawan semoga ia jadi satu ingatan yang sentiasa mesra sebab
aku sayang kamu semua. Semoga memori ini menjadi dorongan pada para pemuda
untuk berbakti untuk bangsa dan agama.
MEMORI 60’s : PEKAN SE HARI @
SARI TEMERLOH
Sejak kecil aku tak pernah dengar
perkataan “pekan sari” sehingga aku berusia 11 tahun.Satu ketika tatkala kami
nak mandi di sungai. Seorang yang berpangkat abang mempelawa kami mengikut dia
ke Temerloh,katanya: “Budak2 besok hari ahad, sapa nak ikut pegi ke temerloh? Boleh
kita tengok wayang….oii seronok tengok orang lawan naik kuda,pakai pistol
lagi!!”. Bila balik kerumah aku bertanya kakak ku yang tua dan mintak izin nak
pergi ke Temerloh mengikut Abang Tan. Kalau bawak satu ringgit pun cukup
lah,kata abang tan. Besoknya pagi2 lagi kami dah bersiap dengan pakaian baru
dan seluar yang cantik nak mengikut abang tan menengok wayang. Sejak itu aku
jadi penzairah pekan sari setiap minggu. Cukup dengan lima puluh sen saja kalu
nak berjalan, tetapi kalau nak tengok cerita cowboy mesti ada satu ringgit.
Tambang bot sungai 20 sen, tiket wayang 40 sen,minum air batu campur 10
sen,nasi lemak sedap 20 sen.
Setelah aku remaja, setiap minggu
mesti pergi ke pekan sari, aku jadi ketagih pegi pekan sari .aku kena ada duit
kalau nak pegi. Nak makan satay dan roti canai atau makan roti bakar di kedai
cina atom. Masa itu tak ada pantang larang nak makan di kedai cina,bukan saja
orang ramai. Tok imam dan tok bilal pun suka makan kat kedai nyonya. Aku pun
dah mula belajar merokok. Oleh itu aku
dan kawan baik aku bernama pak we pon buat satu perojek.
Kami akan jual
kelapa….Setiap petang Jumaat,kami akan cari kelapa samada dari kebun ayah kami
atau kami ambil upah panjat kelapa. Aku tak kuat panjat,pak we pon panjat
kelapa dan aku yang tukang kupas kelapa. Setiap pokok yang kami panjat kami
ambil upah, satu batang dua biji kami cas. Kami kumpul kelapa sehingga sampai
target yang kami nak sebanyak RM20.00 seminggu. Kalau dapat target itu kami
taka da masalah nak berjoli, boleh beli rokok dan tengok wayang lagi. Biasanya
ada baki lagi untuk rokok selama seminggu. Kami tak perlu menjual kelapa di pekan
sari,tambahan pula kalau menjaja tepi jalan maka jatuh standard org muda, jadi
kami Cuma jual kepada peraih yang menunggu di tepi bot penamabang, kami ada
konteks dengan satu pak cik benggali yang menjadi pelanggan tetap kami,dia
ambil semua buah kelapa yang kami jual. Bila dapat duit boleh lah makan besar….selain
menjual kelapa, aku juga sering berjual limau langkat yang ayah aku tanam di
kebun seluas satu setengah ekar. Limau itu tidak lah begitu manis al maklumlah
limau kampong.pada satu bulan ramadhn seperti biasa aku berjualan, maka semua
org tak boleh rasa limau tersebut, mula2 orang takut nak beli kerana bimbang
limau itu betul2 masam. Al Kisah nak jadi rezeki aku,maka datang seorang nyonya
dgn cucu perempuan nya menghampiri aku sambil berkata:”Ini limau ada manis ka?”
aku jawab :”cubalah rasa…” maka nyonya itu mengambil sebijik limau dan membelah
dua ,maka diberikan sebelah pada cucunya. Dengan kuat dia berkata:” hai yoo…ini
limau banyak manis lah”….maka mak cik2 yang tadi nya takut2 membeli dating kepada
aku mengambil semua limau tersebut.kih3….limau tu tak lah manis sgt….
Pekan sari Temerloh dalam tahun
60an dan 70an bermula dari kawasan bangunan Tabung Haji hingga ke rumah pasong
lama.masa ini kawasan pecan sari ditambah hingga ke dekat stadium bandar
temerloh. Masa dulu peniaga nya adalah dari orang2 kampung di sekitar bandar
temerloh sahaja tidak ada orang luar kecuali orang yang bermain silap mata dan
penjual ubat.Ada masa peniaga pecan sari temerloh hanya di control oleh orang
Berhala gantang dan Orang Kampar Batu Satu. Pekan sari zaman dulu sangat
berbeza dengn pecan sari masakini. Zaman dulu pecan sari adalah tempat mencari
hiburan,makanan yang sedap2 dan untuk berihat. Berlainan dengan zaman
sekarang,pecan sari semata2 untuk mencari wang,malah kadang kala barangan yang
di jual terlalu mahal. Aku seronok pergi pecan sari kerana di sana ada segala
macam keperluan kita.
Biasanya bila kami pergi ke Pekan
Sari ,Mula2 kami akan pergi ke gerai makanan
yang banyak di kawasan bawah istana hinggap, di situ terdapat gerai jualan
makanan yang beraneka jenis. Makanan jenis berat seperti nasi lemak,nasi
impit,nasi berlauk, kuih2 tradisi yang susah nak dapat,satay,ayam bakar dsb.
Kami makan sehingga kenyang,al maklum zaman itu bukan seperti zaman
sekarang,makanan sedap2 hanya boleh dapat dikampung ketika hari raya sahaja,
pada hari2 biasa mana ada makanan yang sedap. Kita terpaksa makan jambu
air,buah cenerai,buah tending terajang,buah kundang. Buah cenerai sentiasa ada
di dalam poket . Kalau pegi pecan sari maka dapatlah makan makanan yang sedap2.
Sesudah makan kami akan berjalan dulu di pecan sari melihat barang
jualan,melihat ikan yang besar2 atau melihat alat 2 yang tak pernah kami lihat
dikampung. Kemudian kami akan pergi ke gerai jualan ubat ubatan, kami sangat
seronok melihat pelbagai tingkah laku para penjual ubat yang pandai menbuat
lawak jenaka dari cerita yang pelik2.Ada penjual ubat yang membawa ular yang
besar2,ada penjual ubat membawa bintang laut yang luar biasa bentuknya,malah
ada penjual ubat yang boleh mengeluarkan asap bila mengubat pesakit. .Kemudian
kami akan berpindah pula ke gerai silap mata. Masa dulu ada pelbagai jenis ahli
silap mata dating ke temerloh,Mereka memberi hiburan secara percuma,apa tujuan
Mereka tidak kita ketahui.Kemudian kami berpindah pula ke gerai pemuzik jalanan
seperti al baladi dari Kelantan ,pasukan
panca ragam dari pemuda2 temerloh dll. Ramai para pemuzik jalanan datang ke pekan
sari temerloh sejak zaman dulu. Mereka mengadakan persembahan sambil mengutip
derma,pertunjukan Mereka sangat hebat. Ketika ini matahari sudah bersinar
panas,maka kami mula menuju ke pangung wayang yang akan bermula jam 10.30 pagi.
Biasanya wayang habis pukul 12.30,maka kami pun menuju ke pengkalan motor boat
yang akan membawa kami pulang dengan hati yang lapang dan rasa puas serta
dengan harapan akan datang semula pada minggu hadapan nya.
Selepas tamat tingkatan tiga,ayah
aku memindahkan aku belajar di SMA Al Ihsan Kuantan, maka sejak itu hubungan
aku dengan pekan sari temerloh semakin renggang.
0 comments