Lensa Sejarah Islam Pahang

Lensa Sejarah Islam Pahang
Lensa Sejarah Islam Pahang (Klik di Gambar)

Pilih Bahasa

Isnin, 21 Ogos 2017

RESEPI HIDANGAN LENGKAP (LASKA ASAM )


5) LAKSA ASAM 




BAHAN UTAMA : 

1 BUNGKUS LAKSA

BAHAN UNTUK KUAH :

1KG IKAN KEMBUNG
1 TIN KECIL IKAN SARDIN
20 BIJI CILI KERING ( KISAR )
1 CAWAN NENAS ( DADU HALUS )
20 GM PES ASAM JAWA ( CAMPUR DENGAN SATU CAWAN AIR )
3 KEPING ASAM GELUGUR
AIR SECUKUPNYA
2 KUNTUM BUNGA KANTAN ( BELAH DUA SETIAP KUNTUM )
1 GENGGAM DAUN PUDINA
1 GENGGAM DAUN KESUM
GARAM DAN GULA SECUKUPNYA RASA

BAHAN KISAR :

5 BIJI CILI MERAH
6 BIJI BAWANG MERAH
1 BIJI BAWANG BESAR
1 BATANG SERAI ( HIRIS )
1 SM LENGKUAS
30 GM BELACAN

BAHAN SAMPINGAN :

HIRISAN DAUN KESUM
HIRISAN DAUN SALAD
HIRISAN DAUN SELOM
HIRISAN CILI PADI
HIRISAN TIMUN ( POTONG BENTUK JEJARI HALUS )
HIRISAN BAWANG BESAR
HIRISAN BUNGA KANTAN ( JIKA SUKA )
BELAHAN LIMAU KASTURI
PETIS SECUKUPNYA

CARA MEMASAK

REBUS LAKSA . ANGKAT ,TOS DAN KETEPIKAN .

SIANG IKAN KEMBUNG , CUCI BERSIH DAN REBUS SEHINGGA MASAK

ASINGKAN ISI DAN TULANG IKAN KEMBUNG. KISAR TULANG – TULANG IKAN TADI DAN TAPIS . KETEPIKAN

IKAN SARDIN DIASINGKAN DARIPADA SOSNYA .

LECEK ISI IKAN KEMBUNG DAN ISI IKAN SARDIN HINGGA HANCUR

AIR REBUSAN IKAN TADI DITAPISKAN KE DALAM PERIUK .

 MASUKKAN CILI KERING , NENAS , BAHAN KISAR DAN AIR KISARAN TULANG IKAN TADI . MASAK SEHINGGA MENDIDIH .

KEMUDIAN MASUKKAN JUS ASAM JAWA , ASAM GELUGUR DAN AIR SECUKUPNYA
TAMBAH BELAHAN BUNGA KANTAN ,DAUN PUDINA DAN DAUN KESUM .

MASAK DENGAN API PERLAHAN SELAMA 45 – 60 MINIT .

PERASAKAN GARAM DAN GULA . BIARKAN MENDIDIH

MASUKKAN LAKSA KE DALAM MANGKUK DAN TUANGKAN KUAH LAKSA . HIAS DENGAN BAHAN – BAHAN SAMPINGAN . SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Mengenai Penulis

Foto saya
Mengkaji dan mengenali sejarah Islam khususnya di Negeri Pahang