Pilih Bahasa

MENYELUSURI SEJARAH ISLAM PAHANG MELALUI MAKAM LAMA



Perkembangan Islam di Pahang boleh di lihat melalui beberapa peristiwa sejarah yang tercatat di dalam buku buku lama, transkrip seperti salinan kitab-kitab perundangan,senjata lama dan lain-lain lagi. Salah satu perkara yang di abaikan oleh pengkaji sejarah ialah bukti perkembangan Islam dari makam-makam lama yang banyak terdapat di seluruh Pahang. Pengkaji sejarah Islam yang terawal di zaman modern ini seperti W Linehan di dalam buku nya History Of Pahang, menulis dengan panjang lebar mengenai makam-makam raja yang terdapat di kawasan Pekan dan lain-lain tempat di Pahang.





Makam Imam Salam


Di antara makam lama yang masih wujud di Pahang dewasa ini ialah Makam Imam Salam yang terdapat di Perkuburan Kg Seberang Cenor. Menurut riwayat orang tua-tua, Imam Salam merupakan antara pendakwah yang terawal datang ke Pahang,khususnya ke Daerah Cenor ketika itu dari Melaka. Makam yang berbentuk bulat ini menunjjukan beliau ini merupakan pendakwah dari Melaka. Batu Nesan berbentuk bulat dan berbunga-bunga di bahagian permukaan atas nya.Melaka menaaluki Pahang pada tahun 1470,membawa bersama mereka syiar Islam seperti Hukum Kanun Melaka.


Batu Nesan Aceh


Kalau kita berziarah ke kubur di sekitar Daerah Cenor di zaman dahulu, kita akan berjumpa banyak batu nesan Aceh. Pada awal tahun 1600, Sultan Iskandar Mahkota Alam berjaya menaakluki Pahang dan melebarkan pengaruh beliau di sana. Batu Nesan Aceh ini banyak terdapat di Pahang seperti Makam Condong atau Makam Tujuh Beradik di Pekan. Begitu juga di Cenor terdapat Batu Acheh di sana sini, gambar di atas ada lah Batu Nesan Acheh di Kuala Bera yang di rakam oleh al Fadhil Maulana Ustaz al Barakat Ilahi dari pondok Pak Kob Kg Seberang Cenor.,





Share:

0 comments

Flag Counter

Pemberitahuan

Pemberitahuan
Segala hantaran/post di blog ini hanya berkaitan dengan usaha sama dalam memperkasakan sejarah islam, budaya, makanan dan tempat pelancongan di negeri Pahang, dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana pihak serta tidak menerima pengiklanan. Semua perkongsian adalah atas minat penulis yang mula berkembang sejak zaman universiti. Sebarang perbincangan yang berkaitan dengan perkongsian sejarah sahaja akan dilayan dan kami amat menghargai pihak-pihak yang berkongsi minat yang sama mengenai sejarah. Terima kasih atas sokongan anda dan para pembaca selama ini. Tanpa sokongan anda dan kerjasama dari mana-mana pihak, belum tentu kami dapat meneruskan usaha ini.Teruskan membaca blog Sejarah Islam Pahang.