TAREKAT TUK SYAHIBUDIN @ IMAM SYAHIBUDIN?????
Semasa singgah di kedai kopi
dipinggir jalan dari Temerloh ke rumah. Ana bertemu dengan seorang lelaki tua
yang bercakap benda-benda yang pelik. Dia berkata bahawa beramal dengan TAREKAT
TUK SYAHIBUDIN selama setahun beliau memperolehi hikmat dan ilmu ladduni sehingga
boleh melihat benda-benda yang ghaib seperti dia mendakwa pernah bertemu dengan
Malaikat Maut, Mungkar Nakir dsb nya.Sepanjang saya mengkaji tokoh ini, saya
tidak pernah bertemu walau seorang dari tokoh lama yang menyebutkan Imam
Syahibudin memiliki atau mengasaskan satu tarekat.
Imam Syahibudin mula mengaji
kepada Kadi Ismail Bangau Tanjung Temerluh Pahang. Kemudian beliau pergi ke
Betawi mengaji kepada Syekih Abdullah seorang alim yang datang dari Yaman.
Kemudian beliau di percayai menyambung pelajaran ke Yaman di bawah pimpinan
tuan-tuan guru anak cucu kepada Imam Al Hadad yang terkenal dengan Ratib Al
Hadad. Sesudah beliau tamat pengajian beliau di Yaman, Imam Syahibudin telah
menunaikan haji ke Mekah dan menyambung perjalanan ke Afrika Selatan. Tujuan
utama perjalanan beliau ke Afrika Selatan adalah untuk menjejaki tuan guru
kepada guru beliau di Temerloh ia itu Syeikh Yusuf Makassar.Dalam perjalanan
pulang dari Afrika Selatan, Imam Syahibudin telah mengambil sebutir buah Kelapa
Laut Afrika untuk di bawa balik ke Pahang. Buah kelapa tersebut masih di simpan
oleh anak cucu beliau sebagai kenang kenangan.
Dari sejak Pahang di taaluki oleh
Melaka 1470 sehingga ke zaman Imam Syahibudin 1760 , kegiatan terekat
mendominasi kehidupan beragama di Nusantara. Pegangan para ulama terhadap
tarekat begitu kuat dan menjadi amalan yang sebati di dalam jiwa raga mereka.
Amalan Tarekat digunakan juga sebagai alat perjungan untuk menyibarkan Islam
dan juga untuk melawan penjajah Kristian dari barat.Latihan-latihan keras di
dalam amalan tarekat menjadikan para ulama ini kuat di dalam kelembutan. Jiwa
mereka keras,semangat mereka tinggi, kekuatan mereka menyerlah. Di zaman Wali
Songgo para pendokong tarekat ini berjaya mengalahkan raja-raja Jawa dan menyibarkan
Islam di sana. Di zaman kesultanan Aceh pula ulamak tarekat seperti Hamzah
Fansuri,Shamsuddin Sumaterani dilantik menjadi Perdana Menteri. Mereka juga
bertanjjung jawab memerangi negeri-negeri Melayu yang masih kafir dan mereka
juga yang Berjaya mengalahkan tentera Kristian dari Barat sama ada dari pasukan
Belanda , Portugis dan Spanyol.Jajahan takluk Negara Islam di bawah pimpinan
ulamak tarekat ini melebar ke seluruh ASEAN. Apabila ulamak baru mempersoalkan
tarekat dan mengajak ummah meninggalkan tarekat maka jiwa ummah jadi
lemah,cenderong pada dunia dan mudah tewas kepada orang kafir.
Pusat tarekat pertama di
Semenanjung Tanah Melayu di jumpai di Pahang ia itu di Lubuk Pelang,Kuala Krau
Temerloh Pahang.Di sebut di dalam Kitab Sejarah Melayu, Sultan Pahang mahzul
dari takhta kerana baginda ingin menumpukan hidupnya untuk beribadat kepada
Allah. Di zaman Aceh pula,Negeri Pahang mempunyai hubungan rapat dengan ulamak
di sana. Pengaruh Hamzah Fansuri dan tarekatnya berkembang di Pahang, manakala
di zaman Syeikh Nuruddin al Raniri pula, tarekat beliau juga turut berkembang
di Pahang. Di zaman Imam Syahibudin pula pengaruh Syeikh Rauf Sengkel dengan
Tarekat Syatarriah juga mempengaruhi ulama-ulama Pahang di dalam pegangan
mereka. Sementelah pula di zaman itu lahirnya tokoh di Terengganu iaitu Tuk Ku
Pulau Manis anak murid kepada Sy Abd Rauf Sengkel yang mengembangkan ajaran beliau
di sana. Maka ramailah murid-murid dari Pahang pergi mencari ilmu di
Terengganu.Imam Syahibudin adalah anak murid dari Kadi Ismail , Kadi Ismail
pula di percayai anak murid kepada Sy Yusuf Makkasar, maka kita dapati Imam
Syahibudin pada masa awal nya beramal dengan Tarekat Khalwatiyyah. Ini
bertepatan dengan sindiran Imam Zul Bayan yang mengatakan bahawa kelakuan
ibadat Imam Syahibudin seperti orang mencuri;yakni berlawanan dengan cara
tarekat amalan Imam Zul Bayan yang mengamalkan Tarekat Naqsabandiyyah yang
berzikir secara kuat.
Setelah Imam Syahibudin
menyambung pelajaran ke Yaman beliau telah mengambil jalan tarekat al Hadad dan
dikembangkan ke Pahang. Sebab itu zikir al Hadad di amalkan setiap selepas
solat di Pahang.Beliau juga membawa zikir rebana dari sana dan di kembangkan di
Pahang; zikir itu disebut sebagai Dikir Tuk Syahibudin. Selawat ini @ Dikir Tuk
Syahibudin dibaca pada malam kenduri kawin . Menurut Tuan Guru Lebai Hassan,
sebelum perang Jepun, amalan dari tarekat al Hadad ini diamalkan dengan
bersungguh2 di pasentern di Berhala Gantang. Pada masa bulan Ramadhan, masa
diambil untuk Solat Tarawikh sehingga pukul 2-3 pagi. Ini kerana di antara
solat-solat itu mereka membaca ratib al hadad dan selawat 25 rasul. Selepas
perang Jepun, kegiatan ini terhenti.Amalan tarekat al Hadad tidak lagi di
amalkan kecuali ratib panjang selesai solat Subuh.
Kesimpulan nya,Tarekat yang di
dakwa sebagai Tarekat Imam Syahibudin sukar di percayai, ini kerana Imam
Syahibudin sendiri tidak ada mengasaskan sebarang tarekat yang khusus kecuali
tarekat al Hadad dan Tarekat Khalwatiyyah.
1 comments
Pahang tidak ditakluki pada tahun 1470.
BalasPadamKetika itu sultan Pahang Sultan Ahmad adik kpd sultan Pahang pertama keturunan sultan Mansyur Shah Melaka.
Sultan2 Pahang seterusnya sampailah kpd sultan terakhir Sultan Abdul ghafur dan anaknya raja muda Abdullah yg mati dibunuh oleh anaknya yg gila.kemudian Acheh menyerang dan menakluki Pahang di awal tahun 1600an.