GAMBAR & PERISTIWA : KOLAH BATU MESJID BEROGA
Ketika saya membaca kisah hidup
Pak Kamaruzaman Teh, seorang pejuang militant dari Pahang yang giat menentang
penjajah British dalam tahun 1940an, saya dapati di dalam Surat Beranak beliau,
tokoh ini dilahirkan di Kampung Beroga Mk Sanggang Temerloh Pahang. Cacatan
pada Surat Beranak ini menarik perhatian saya kerana sepanjang saya menbuat
kajian mengenai tokoh-tokoh di daerah Temerloh, saya tidak menjumpai seorang
tokoh pun yang mencatatkan tempat kelahiran mereka di Kampung Beroga.Menurut Tuan
Haji Alang bekas wartawan Utusan Melayu Pahang, ibu mereka bernama siteh
mempunyai adik beradik bernama Maryam merupakan anak kepada pasangan Ali dan
Hawa. Adapun Hawa itu merupakan penduduk asal Kampung Beroga. Keluarga ini
adalah keturunan dari Tuk Penggawa di kawasan tersebut.Tanah kepunyaan Hawa
diberikan kepada adiknya bernama Maryam sehingga kini tanah tersebut masih ada
di sana.Tanah tersebut sebahagian nya dibeli oleh Keluarga Ust Shamhari bin
Alias.Bapa Kamaruzaman Teh berasal dari Kampung Lebak Temerloh Pahang, beliau
seorang guru dan mengajar di beberapa buah sekolah rendah Melayu di Kg
Bangau,Kg Sanggang Tuk Penghulu. Selepas tahun 1926,sebuah sekolah Melayu
didirikan di Kampung Paya Banir,maka disitulah Cikgu Teh bertemu dengan
pasangan beliau. Cikgu Teh memilih kampong Beroga kerana kampong ini terletak
diseberang sungai Sekolah Kebangsaan Paya Banir.Namun setakat ini tidak ada
lagi pihak yang berani mengabadikan nama tokoh pejuang ini pada apa-apa nama
jalan,bangunan atau tempat.Mungkin kerana tokoh ini di anggap sebagai golongan
kiri…..
Kampung Beroga ini untuk
pengetahuan tuan2 dan puan2 ialah sebuah perkampungan kecil di Temerloh yang
kini terletak nya Sekolah Menangah Agama Al Wosto.Nama asal kampong ini ialah
Tanjung Beroga menurut Tengku Jaafar ibni al Marhum Tengku Abdullah. Menurut YM
Tengku Jaafar, semasa kecil beliau sering dibawa oleh ayahndanya melawat ke
hulu Pahang. Biasanya keluarga diraja akan menginap beberapa lama di Kampung
Pulau Tawar. Biasanya di dalam perjalanan pulang ke Pekan, rombongan diraja ini
akan singgah di Tanjung Beroga. Ini kerana di sana kedudukan sungainya agak
menarik dan cantek. sampai di
sini,rombongan diraja itu akan bermandi manda dan berjamuan sambil menangkap
ikan-ikan sungai serta udang yang banyak terdapat di situ. Kata YM Tengku
Jaafar di sana air nya jernih berbatu-batu dan pasir nya cantek dan bersih.Semasa
saya kecil, saya masih lagi dapat menikmati keindahan di kawasan berbatu-batu
di Lubuk Beroga, Kawasan ini terdapat banyak ikan dan juga tumbuhan air seperti
pokok jambu air, ara nasi dll.Ikan yang baik2 banyak terdapat di sini seperti
Ikan Jelawat,Ikan Patin Muncung, Ikan Tamalian dsbnya.
Pada tahun 1920an, Kawasan Mukin
Sanggang Dua menghadapi masalah untuk mengadakan Solat Jumaat, Menurut Mazhab
AsSyafiee tidak sah solat Jumaat jika bilangan ahli nya kurang dari 40 orang
lelaki,yang baligh,sihat akal dan bermaustautin@penduduk tetap.Kampung Lubuk
Kawah,Kg Berhala Gantang,Kg Paya Banir penduduknya sangat sedikit. Kekurangan
bilangan penduduk ini berkemungkinan kesan dari perang yang berpanjangan
berlaku di Pahang, sejak dari perang saudara tahun 1860,kemudian berlaku pula
perang Kelang 1870, dan seterusnya berlaku pula pemberontakan yang di pimping
oleh Dato Bahaman dalam tahun 1880an. Menurut bancian yang dijalankan oleh
Pentadbiran British,pada awal tahun 1900 penduduk Pahang bilangannya tidak
sampai 30 ribu orang. Kebanyakan penduduk terbunuh di dalam peperangan dan
sebahagian yang lain lari meninggalkan Pahang brpindah ke Terengganu,Kelantan
dan Negeri Sembilan. Memandang keadaan yang sukar itu,maka Kadi Ahmad bin
Abdullah Endul telah mengambil insiatif mendirikan sebuah masjid yang boleh
guna sama bagi semua kampung2 yang di sebutkan itu. Setelah mengadakan
mesyuarat bersama dengan Tuk Penghulu dan ketua2 kampung terbabit,maka Kg
Beroga telah di pilih untuk didirkan sebuah masjid bagi didirikan Solat Jumaat.Kampung
ini dipilih kerana kedudukannya terletak di tenggah-tengah kampong di dalam
Mukin Sanggang Dua. Di zaman itu jalan perhubungan adalah sungai dengan
menggunakan perahu. Jarak dari Kampung Lubuk Kawah dan Berhala Gantang ke
Kampung Beroga tidak begitu jauh,begitu juga dari Kampung Bintang dan Kg Paya
Banir. Maka kutipan derma dibuat dan pada tahun 1925 maka siaplah sebuah masjid
di sana. Masjid dari kayu itu dibina hasil dari titik peluh penduduk setempat,
dan kolah nya ada dua semuanya dari batu@simen.
Pada masa itu, Hari Jumaat adalah
hari bercuti, para lelaki sejak awal pagi lagi sudah bersiap-siap menuju ke
masjid. Dengan pakaian yang paling cantik seperti berbaju Melayu mereka
beramai-ramai berkumpul di kampong Beroga. Bagi golongan tua mereka pergi ke
masjid sejak awal bagi tujuan beribadah, mereka masuk ke masjid menunaikan
solah duha, kemudian membaca al Quraan, berzikir. Kadang kala Tuan Kadi akan
membacakan kitab atau mengajar Tajwid sehingga masukwaktu solat Jumaat. Bagi
golongan muda pula,mereka datang ke masjid awal juga akan tetapi dengan tujuan
lain.Maka menurut cerita2 di kedai kopi,pada masa itu golongan muda ni main
kayu pangkah dalam tiga lubang, setiap lubang diletakan duit satu sen atau
setengah sen, maka golongan muda ini asyik lah setiap hari Jumaat sebelum masuk
waktu dengan permainan ini.Setahun sesudah masjib baru itu dibuka maka pada
tahun 1926 datang lah janji Allah.Maka berlaku bah yang sangat besar, ada orang kata Bah Merah. Maka dengan sekali
pukul maka hilang semua masjid di Kg Beroga yang tinggal hanya lah dua Kolah
batu untuk renungan anak cucu dibelakang hari. Penulis sempat mengabadikan
kolah tersebut sebelum dia disapu oleh bulldozer semasa memdirikan tapak Sekolah
Menengah Agama Al Wosto. Semua ini hanya tinggal kenangan di dalam gambar
sahaja.
3 comments
pernah perasan nampak...tak sangka ada sejarahnya
BalasPadamassalamualaikum warahmatullah..
BalasPadamSangat berminat dan senang sekali dengan titipan di blog ini. Teruskan menulis...
saya sekolah alwosto dari 85-88.masa tu kolah ni ada lagi .ditepinya tangga batu aje yg tinggal.bangunan mesjid dah takde.tempat budak laki main bola.mandi manda di tg. beroga tp kat situ kena hati2 ada air pusar.bila kemarau timbul pasir kat tgh pahang kome berenang dgn timba bawa makanan piknik de situ.hahaa nostalgik betul..Moga Allah rahmati guru2 kome Tuan guru hj Hassan,ustaz Alias dan Ticer Wei.amin
BalasPadam